Kemalangan Teruk dan Tsunami Diikuti Oleh 3 Tarian Yang Membuatkan Orang Ternganga - CrazyDuck -->

Header Ads

Kemalangan Teruk dan Tsunami Diikuti Oleh 3 Tarian Yang Membuatkan Orang Ternganga

Tentunya dia punya Power of Visualization. Macamana nak buat move yang fancy dan pelik. Dia practice dalam kepala hotak dia dulu. Lepas tu terus pergi buat, bukan tidur atau melepak sembang kencang Twin Tower pun boleh tumbang. Kesilapan itu Memahirkan. Tetapi kesilapan pada tempat ini walau pun sekali maut padahnya. Mahu tindakan yang berhasil? Ilmu, maklumat dan kemahiran yang digunakan pada waktunya. Peluang baik tidak datang setiap hari. Rezeki dan kejayaan memihak kepada yang bersedia.
simpang-maut

Kemalangan Dan Kematian Berlaku Setiap Hari

Setiap hari ada saja kemalangan, tetapi bukan di tempat yang sama atau seakan-akan sama. Dalam video ini dipaparkan kemalangan yang berlaku dibeberapa simpang. Simpang maut.

Pautan kepada video diberikan pada penghujung artikel. Tapi baca dulu sebelum ke sana.


Kesilapan itu Memahirkan... Tetapi kesilapan pada simpang ini boleh membawa anda cepat pulang. 

Pulang? Pulang ke mana? Ke rumah kecil…yang ada dua batu tu.

Dikebanyakan negara barat, pemandu selalunya berhemah - kecuali New York mungkin. Orang jalan kaki nak melintas dia berhenti atau perlahankan pemanduan.

Dalam video ni… ha…lintas, aku sapu. Memang dia sapu sungguh. Sampai terlambung.

Tapi kan... kita semua boleh elak benda macam ni dari berlaku, sekali pun jika tak ada lampu isyarat. Berhati-hati dan tak tergopoh gapah. Jangan KLABOK kata orang Baling, Kedah.

Dan jangan take for granted yang orang lain akan memandu dengan baik. Bukan sangka buruk tapi malang tu kan adakalanya berbau?

Sama juga dengan kesihatan. Masalah kesihatan selalunya terjadi bila kita sering take things for granted. Kebal. Aku mana boleh sakit.

Penjagaan kesihatan bukan sekali buat sihat selamanya. Ia perkara harian yang diberikan perhatian. Contohnya seperti sakit kulit atau hal yang membawa kepada jerawat dan jeragat.

Tahuuuuuu… 

Ya memang, tak dinafikan.

Ada Perkara Kita Boleh Kawal Ada Juga Hal Yang Kita Kena Berserah Saja

Imu dan tindakan. Nak bertindak tak ada ilmu, maklumat atau kemahiran… susah dan tak berkesan. Dah tak reti nak wat geno?

Ada ilmu banyak… itu tau ini tau, tapi kuat melepak (err… meeting) sembang pung-pang-pung-pang… tak jadi apa juga.

Peluang pun macam tu juga. Peluang baik bukan datang setiap hari. Perkara buruk pun tak juga datang macam datang bulan tu. Siap boleh agak boleh jangka boleh standby.

Bila peluang baik sudah mari… dengan ilmu dan kemahiran yang ada, boleh saja grab the opportunity tu serta merta. Atau menyelamatkan diri dari bencana macam ketika Tsunami kat Jepun ni.

Tsunami-Jepun-nyawa-dihujung-stereng

Pokoknya mahir... pernah buat dan ada pengalaman. 

Setakat ilmu theory? Boleh juga laa untuk bagi pendapat dan beraksi atas pentas. Tu… macam Harith Iskandar… kayo tu. Buat lawak jer pun. <= KLIK dan baca. 

Tapi pun dia berlatih macam nak gila rasanya sebelum mahir menyampaikan theory lawaknya tu.

Cuba tengok mamat Jepun Kenichi Ebina ni pula. 

Kepandaian dia menari macam robot membuatkan orang bersorak. Pandainya tu datang dengan tiba-tiba ke? Mana boleh eh?
.

Awesome Punya Robotic Dance – Kenichi Ebina

Mamat Jepun ni nak cakap Mat Saleh pun tergagap-gagap. Kena perli dengan juri lagi. Tapi tak tunjuk dalam video ni. Kasi potong.

Lepas dia habis… ha tu dia. WOW punya. Tapi bukan ini yang aku nak ceritakan. Benda lain.

Ia itu… persediaan dan peluang.

Aku tak rasa kejayaan dia ni berpunca dari latihan dan persiapan (fizikal dan minda) yang dia buat semalam, minggu lepas atau pun bulan lepas. 

Impian, perancangan dan tindakan yang diambil mungkin sudah bertahun-tahun. Hanya untuk pertunjukkan yang mengambil masa tidak sampai 5 minit. Tapi kesannya? Anda sendiri tahu.

Saksikan videonya… link kat hujung artikel ni.

Kenichi-Ebina-tarian-robot-America's-got-talent
.

Evian Water “Live Young – Drink pure and natural”

Siapa yang mengaku kaki travel worldwide, jangan sembang deras kalau tak kenal Evian Water ni menatang apa. Paling kurang pun ternampak atau terpegang botolnya.

Tapikan… mereka tetap buat iklan yang ada perangai budak-budak. 

evian-water-the-kids-in-you-live-young

Company power macam ni pun buat iklan. Dan dalam iklan ini tak ada pun dia taruk harga atau kat mana nak beli. Nombor phone contact pun tak ada. Itu softselling depa kata. Depa laa kata.

Beza dengan company kecil. 

Satu, tak mau iklan. Sombong tak bertempat. Kedua… Bila buat iklan pula jenis hard selling punya. 

Orang memang suka membeli tapi tak suka dijual. Namun… jangan salah faham. Hard-selling itu ada tempatnya dan sangat patut dibuat bila keadaan sesuai.

"Itu pasal iklan arr… bukan sombong laa bang… bajet tara cukup."

"Erm… ya lah. Faham."

"Tapi satu perkara mau hinnnngat…"

Sale itu bergantung pada 20/80. 20% pada produk itu sendiri dan 80% pada pemasaran. Pemasaran tu sama dengan bawa masuk dalam pasar. Bagi orang kenal. Hebahkan. Ceritakan. Tunjukkan. Demokan mana yang patut.

Bagi test sample. Buat promotion through discount atau free gift. Pertandingan untuk hadiah. Bagi laa Mercedes ke BMW ke macam BSN tu dok buat… kalau patut.

Iklan tu hanya satu dari cabangnya.
.

Latihan dan Terus Berlatih. Practice Makes Perfection

main-akrobat-dan-menari-guna-gelung
KLIK gambar dan lihat Videonya
Klip video yang ini lebih kurang sama mesejnya dengan tarian robot tadi. Practice-practice-practice. Buat-buat-buat… sampai jadi.

Adjust tang tu tweak kat sini… lama-lama flow dia smooth.

Mamat gelung ni… kita nampak senang jer dia main dengan gelung tu.

Tapi kita tau tak berapa kali dia jatuh “tertomoih?” Maksudnya hidung cium jalan.

Berapa kali dia kena boo?

Betapa punya nervous masa mula-mula dia nak buat show. Dan adakah show dia yang pertama kali terus mendapat tepukan?

Tak… kan?

Agaknya dia kuat berangan tak? 

Oh pasti. Tentunya dia punya Power of Visualization juga. 

Macamana nak buat move yang fancy dan pelik. Dia practice dalam kepala hotak dia dulu… lepas tu terus pergi buat, bukan tidur atau melepak sembang kencang Twin Tower pun boleh tumbang.

Kesilapan ketika main gelung atau buat tarian robot tadi menambahkan kemahiran. Boleh adjust situ tweak sini. Bila sampai masa buat show nampak perfect jer.

Tapi… memandu kat simpang maut jangan cuba-cuba buat silap pula. Peluang buat silap langsung tak ada. Zero. Hanya sekali jer silap kat simpang tu. Terus pindah alam. Perfectly gone. Perfect juga... he he he.

Kesimpulan

Senario yang dipaparkan tadi (tengok videonya lagi best) bermaksud anda mendapat reward (anugerah eh?) dengan apa yang anda buat. Dalam bentuk baik atau pun musibah.


Nak raikan atau nak nangis?

Winners celebrate losers cry. Dan nangis itu ada bermacam jenis. Ia juga satu bentuk keraian bila terlampau happy, dah tak boleh nak senyum. Terharunya terlalu amat banget.

Stay Beautiful, Healthy, Energetic, Happy and Blissful...