Jerawat, Igauan Pada Wanita Tetapi Kemachoan Pada Lelaki?
Jerawat -- Igauan Pada Wanita Tetapi Kemachoan Pada Lelaki. Apa Benar?
Jeragat dan jerawat adalah dua perkara yang menjadi igauan disiang hari bagi ramai wanita. Bagi sesetengah lelaki pula, jerawat (atau bekasnya) memberikan tahap kemachoan tambahan, tetapi bukan peningkatan keayuan pada wanita.Kesian kat orang perempuan ni sebenarnya.
Pakaian dah laa nak kena proper selalu. Yang lelaki pula pakai apa yang tercapai dek tangan pun kira jadi.
Ada kesan parut jerawat pula muka nampak tambah rebel. Tambah macho.
Saham naik.
Apatah lagi bila jadi pelakun bawa watak jahat lanun perampok. Sangat sesuai.
Tapi bagi perempuan, jerawat dan jeragat ialah musuh utama terutama pada yang mahu selalu kelihatan cantik.
Macam tak adil sungguh.
Heh... sejak bila kehidupan ni adil ek? Alangkan Nabi (SAW) sendiri pun kena ujian teruk, inikan pula kita (ya aku yang sedang membaca ni) manusia kaki pendosa.
Tetapi tak apa... Ianya bukan satu kecacatan yang tidak boleh diubati. Boleh banget!!!
Ready? Ayuk mari kita lihatin.
Kecantikan Sebahagian Dari Punca Keyakinan Diri
Lihat semula gambar yang di atas tadi jika tidak percaya. Suka yang nampak gigi tu atau yang pipi berkerutu? Heh... tahu pun.
Dan ini sangat kritikal, terutama sekali apabila mahu menghadapi temuduga. Jawatan yang bakal menjana pendapatan ribuan ringgit. Malah ratusan ribu untuk jangka panjang jika kekal.
Tak kena buang melalui MSS, VSS, dan entah hapa-hapa SS lagi. PMS ada?
SS (separation scheme) ni supaya sedap didengar jer, padahal sama saja...
...You're FIRED!!!
Kewujudan jerawat atau jeragat atau kedua-duanya pada wajah mereka adalah antara sebab yang paling utama perasaan tidak menarik ini menghantui mereka.
Lalu hilanglah (atau pudar) keyakinan diri. Pantang lalu depan cermin, sekurang-kurangnya mesti nak jeling. Lebih teruk terus berhenti dan belek pipi. Itu sebagai petanda jelas akan kekurangan keyakinan diri.
Padahal bukan ada kaitan pun antara kebolehan buat kerja dengan kecantikan. Kecualilah kalau model peragaan. Peragawati...
Lalu hilanglah (atau pudar) keyakinan diri. Pantang lalu depan cermin, sekurang-kurangnya mesti nak jeling. Lebih teruk terus berhenti dan belek pipi. Itu sebagai petanda jelas akan kekurangan keyakinan diri.
Padahal bukan ada kaitan pun antara kebolehan buat kerja dengan kecantikan. Kecualilah kalau model peragaan. Peragawati...
Tapi itu lah hakikatnya… perempuan.
Nok wat geno lagi kan? Dah fitrahnya begitu.
Lelaki pun sama juga ada yang macam itu. Bergantung kepada jenis profession, tahap kelembutan dan kesopan-santunan empunya diri.
Terdapat berbagai jenis jerawat dan juga puncanya. Jerawat halus, jerawat batu, dan jerawat yang banyak penuh muka tu. Sesetengah orang jerawat akan tumbuh apabila memakan makanan laut atau belacan.
Sesetengahnya pula kulit muka terlalu sensitive dengan debu atau kotoran di jalanan.
Ada juga jerawat timbul apabila berpeluh secara berlebihan akibat akiviti lasak atau berpanasan untuk jangka masa yang panjang.
Malah pada sesetengah orang, stress dan emosi yang tidak terkawal seperti marah atau mengalami depression akibat kekecewaan seperti putus cinta juga boleh menimbulkan jerawat.
Apa juga punca jerawat suka melawat dan menjelajah wajah anda, nyahkan apabila ianya muncul tanpa dijemput. Jangan panggil MakNyah sudah... ramai sekarang ni.
Komen sikit boleh? Nak share mudah jer... tekan salah satu dari butang sederet kat bawah ni.. Terima Kasih!!!
Thank you for your comments