Suasana Romantik di Atas Batas Sawah - CrazyDuck -->

Header Ads

Suasana Romantik di Atas Batas Sawah

Dia bingkas bangun dan mereka jalan beriringan sambil berpegang tangan di atas batas sawah. Lama betul aku tak terasa feeling seromantik macam ni. Bisik hati si isteri.
parking-violation-by-JPJ-and-minister-cars

Ingatan Tentang Iklan Rasuah Itu Tetap Segar

"Mama ingat lagi tak… satu malam tu kita makan di Deina Seafood. Adik tanya sesuatu pasal iklan rasuah kat TV tapi abang tak jawab soalan adik.”

“Oh ya… yang itu… ya Ma ingat.”

“Kadang-kadang bila iklan pasal rasuah tu keluar kat TV dan adik tanya dengan Ma. Ma pun tak jawab juga.  Susah nak jawab hal orang tua pada budak-budak.”
.
“Abang tak jawab bukan sebab hal orang tua atau hal kanak-kanak, tetapi hal rasuah yang mahu diketengahkan oleh iklan tu.”

“Hal rezeki yang halal atau haram yang menjadi darah daging kita sekeluarga.”

“Abang sebenarnya terlibat dengan rasuah ni semenjak membeli motor besar hari tu sehinggalah motor tu dijual.”

“Abang tak pernah beritahu dengan sesiapa – tak tahulah Mama perasan atau pun tidak.”

“Sejak soalan itu dilontarkan, ia sering mengganggu perasaan abang. Abang tidak tenang.”

Sehinggalah abang tersinggah di Masjid untuk buang air pada waktu Maghrib."

"Dan entah macamana abang terikut solat berjemaah dan kemudian selepas itu ada tazkirah tentang dosa, taubat dan solat tasbih.”

“Selepas itulah abang pergi kebun dan balik dengan tangan kosong. Dikebun – ada pondok kecil – abang buat solat tasbih sendirian di sana.”

“Nanti kita balik Mama elok juga pergi kebun. Kalau Mama suka suasana sawah macam ini, pasti juga Mama akan suka suasana dikebun.”

“Boleh ajak anak-anak sekali.  Eh?  Masak-masak kat sana makan sambil berkelah tepi kolam.”

“Bunyi macam best jer… boleh lah nanti Ma pergi melawat kebun abang tu.”
.

Rasuah — Rezeki Yang Tiada Keberkatan

.
kayu-balak-besar-sangat-tak-muat-lori-bahaya
Gambar: FB Khairul Azhar

"Tiada keberkatan dengan rezeki yang haram seperti rasuah.”

“Memang kita rasa ada banyak duit dapat beli itu ini tetapi rasa ketamakkan semakin bertambah.”

“Harta kekayaan yang dijana melalui kerja haram ini tidak memberikan kebahagian tetapi kita lebih banyak menonjolkan kepalsuan dan kepura-puraan.”

“Kepada masyarakat pula aktiviti rasuah ini banyak memberikan mudharat.”  

“Peningkatan kemalangan jalan raya, kecurian kereta, kerosakan alam sekitar, harga projek yang meningkat berkali ganda, kemiskinan tegar yang amat susah ditangani, perkongsian kek ekonomi yang tidak adil, dan bermacam-macam masalah sosial.”

“Rasuah politik jangan kata apa lagilah."

"Kalau Pak Menteri datang jer… kena lah pergi.  Yang pergi tu pulak siap dibayar lagi…"

"Tambah-tambah kalau PM yang datang supaya nampak ramai sangat yang menyokong dia, padahal datang pun berbayar.”

Honda-odyssey-cloned
Gambar: FB Raja Mohd Shahrim

“Rasuah semua tu."

“Contoh terbaik ialah ketika Perasmian Ekspo dan Pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 di Stadium Bukit Jalil Tahun 2012.”

“Bila dewan kosong, 5 orang Pengarah dari 5 buah negeri ditukarkan serta merta dalam masa 24 jam demi menutup kelemahan Menteri yang bertanggung jawab.”

“Begitulah… kerana duit, pangkat, dan kuasa… rasuah berlaku dari segenap lapisan.”

“Kepura-puraan menjadi makanan dan hiasan harian. Jujur dan transparent boleh dapat nahas.”

“So... mana nak datang berkat?”

Kemewahan Yang Memabukkan

.
hari-koperasi-negara
Gambar: http://suarakamibaru.blogspot.my/

“Yang memberi dan mengambil rasuah kat Malaysia ni sebenarnya tak reti mati."

"Itu pasal tak ada apa yang nak dia orang takutkan.”

“Mereka hanya takut kalau hilang pangkat, jawatan atau hilang peluang dapat projek – itulah punca sebenar rezeki mereka.”

“Mereka melafaz “La Ilaha illallah – tetapi duit yang mereka sembah harta benda yang mereka pertuhankan.”

“Mereka sudah mabuk akibat kemewahan – samada kerana menerima atau memberi rasuah atau keduanya.”

“Mereka hanya takut kalau kegiatan rasuah itu tak dapat ditukar menjadi tunai.”

“Serupa dengan orang mabuk akibat arak atau dadah – dia tak rasa takut akan kemabukan itu.  Dia takut kalau bekalan arak atau dadah tu habis. Bila habis dia mengamok.”

Rasuah Bukan Untuk Aku Lagi

“Dah cukup untuk abang dengan duit rasuah ni.”

“Orang lain nak teruskan – itu pilihan dia orang. Abang tak mahu. Tak mahu menyesal macam Dr. Richard Teo dan Steve Jobs di saat kematian dia orang.”

“Selagi abang tak bersihkan diri dan keluarga kita dari unsur rasuah ni, entah abang rasa tak tenteram.”

“Tak boleh hidup. Dulu sungguh tak apa.”

“Kebelakangan ni lain sangat. Mungkin umur sudah meningkat melepasi 40 tahun agaknya – ada kawan cakap ini umur remaja purba.”

Ini apa yang Steve jobs cakap:-

Being the richest man in the cemetery doesn’t matter to me … Going to bed at night saying we’ve done something wonderful… that’s what matters to me.” - Forbes

Maksudnya: “Tak penting dan tak ada guna bagi aku untuk menjadi orang yang paling kaya kat kubur nanti.  

Tapi biarlah aku menjadi seorang yang boleh mengatakan… hari ini aku sudah melakukan sesuatu yang memberi manfaat."

HAMKA-lalu-aku-hidup-sebagai-apa
Gambar: FB ProfAbdullah Hassan
Dan kalau mengikut Pak Hamka pula… “Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?

Pilihan ditangan kita dan antaranya kita boleh menjadi:-
  • Pengamal rasuah?
  • Pemberi rasuah?
  • Penentang rasuah?
  • Penyokong rasuah?
  • Aku boleh membeli (merasuah) sesiapa sahaja dan boleh melakukan apa saja kesalahan?
  • Tiada rasuah siapalah aku?
  • Kalau aku tak ambil tetap akan ada orang yang mengambil, so… baik aku ambil juga
  • Rasuah membantu pesalah kerana menjimatkan kos saman terhadap kesalahan mereka
  • Tiada punya rasa apa-apa tentang rasuah?
  • Kerana rasuah aku punya pekerjaan?
  • Tugas dan kerja aku membenteras rasuah tetapi aku pula yang dikerjakan?
arrogant-owner-of-mercedes-parked-in-front-of-mall-entrance
Gambar: FB Pak Malek Baretta
Orang-orang yang kaki bagi rasuah ni selalunya sangat sombong. Boleh dilihat cara dia orang park kereta.  

Mentang-mentang kereta mahal. Ada yang sengaja park kat tempat orang cacat atau depan pintu masuk mall.

Sebab dia rasa dia boleh beli penguat kuasa. Kerana apa? Memang dia tau sebab selalu buat begitu. Inilah orang jenis tak civilized.

Lihatlah gambar-gambar ini... sungguh menyemakkan perut!!!

Isteri Ah Matt mendengar sahaja celotehan suaminya yang panjang lebar. 

Cerita yang diminta ceramah yang dia dapat.  Ambik kau… padan muka lain kali tanya lagi ek?

Tak apa, hatinya lega dan lapang. Sudah jelas duduk perkara.

Rezeki berkat menjamin ketenteraman  

Pernah satu ketika dia bermurung sendirian akibat Ah Matt yang jarang ada di rumah. Manakala anak-anak dengan hal mereka sendiri. 

Dia terperuk dengan handphone sendirian.  Anak-anak tidak mendengar kata.

Maka benar sangat dengan pesan dipenghujung berita TV-1 yang berbunyi:- 

“Orang yang kerjanya mengumpul harta sepanjang hayat kerana takut miskin, maka itulah sebenarnya miskin.”

“So… amacam… puas?”

“OK jom balik nanti Ah Zam dan sedara-sedara dia tertunggu pulak.” 

Ah Matt bingkas bangun dan mereka beriringan sambil berpegang tangan berjalan di atas batas sawah.

Lama betul aku tak terasa feeling seromantik macam ni,” bisik hati isteri Ah Matt. Dia bahagia!!!

Soalan penutup bagi episod ini dan INI JUGA:-


1. Pada pengamal rasuah, adakah isteri / suami atau ahli keluarga mereka yang lain mengetahui yang sebahagian besar pendapatan berpunca dari rasuah?

2. Sekiranya tahu, adakah timbul rasa bersalah atau sebaliknya berbangga dengan kemampuan memiliki barangan tertentu yang hanya menjadi idaman sekiranya tanpa ada sumber rasuah?

BMW-320-clamped-for-parking-violation
3. Sekiranya anda pengamal rasuah dan membaca artikel ini – tidakkah timbul sekelumit rasa bersalah?

Atau anda akan terus berbangga dengan segala kemewahan anda?

Anda sangat berbahagia dengan kemampuan memiliki harta idaman anda menggunakan wang yang tidak halal?

Atau… eleh … persetankan saja dengan hal halal haram ini? Nanti aku taubat lah… gitu?

4. Biar dikatakan miskin kerana sibuk kumpul harta dari miskin yang sentiasa meminta-minta?  Atau si kaya yang minta persen?

Apa pendapat anda?  Bagaimana pula dengan si kaya yang dapat “derma?”

Baca sambungan episod perjalanan Ah Matt seterusnya. Klik pada tajuk ini “Ikhlas Memberi Tanpa Bersyarat.

Mohon ringankan jari tu... Jom tekan butang bawah ni.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.