Bila Ada Cash Semua Boleh Jadi
Kuala Lumpur never sleep. Jalan Sultan Ismail. Gambar: expatgo.com |
Aku sudah kehabisan modal untuk meneruskan perniagaan aku. Satu hari aku berjumpa dengan seorang pegawai GLC-X. Sebelum bersurai dan dalam berseloroh dia menyebut “pergi Jalan Alor lah.”
Aku tidak faham ketika itu apa maksudnya.Produk keluaran syarikat aku mendapat banyak permintaan. Masalahnya aku tidak dapat tunaikan semuanya. Setiap unit pengeluaran perlukan modal.
Bahan mentah, elektrik, gaji, dan pelbagai kos tetap.
Aku mendapat kemudahan kredit dari ramai pembekal, termasuk pemilik lori yang menghantar barangan aku ke seluruh pelusuk Malaysia. Produk aku sebagai bahan mentah kepada banyak kilang.
Produk apa tu? Heh… biarlah rahsia. Tak penting pun untuk diceritakan.
Yang penting ialah bagaimana masalah aku dapat diselesaikan dan apa pengajaran kepada anda yang membaca.
Ya… boleh dikatakan kebanyakan pembekal yakin dengan kemampuan aku membayar. Track record aku dengan mereka baik. Aku dicop sebagai good paymaster.
A handshake is always a golden one… my words can be counted and depended upon.
Ada beberapa pelanggan yang memahami dan terus membayar samada sewaktu menerima pro-forma invoice (sebelum penghantaran) atau selepas penerimaan barang yang disertakan invoice.
Gambar hiasan dari www.suciutami.com |
Ada juga yang diberi term 2 minggu atau sebulan. Mereka bayar tepat pada waktu. Seronok berurusan dengan mereka jenis begini.
Namun ada pelanggan yang mana barang sudah aku hantar kepada mereka berkali-kali dan berlori-lori tetapi pembayaran tidak dapat aku kutip.
Setiap kali aku telefon atau SMS… dijawab minggu depan. Selepas seminggu, minggu depan lagi.
Minggu berganti menjadi bulan. Dan jumlah kutipan tertunda dari mereka ini sangat besar. Melebihi 50% dari jumlah jualan bulanan terkumpul yang bakinya boleh dikutip.
6 angka hampir mencecah 7.
Duit belum dapat, tapi pengeluaran yang memerlukan modal perlu diteruskan.
Lalu aku berjumpa dengan GLC-X minta bantuan. Juga pandangan dan cadangan membuka jalan jika mereka tidak boleh membantu secara terus.
Entah mungkin dia sekadar berseloroh atau benar… keluar dari mulutnya perkataan tadi… “pergi Jalan Alor lah.”
Sehingga ke hari ini bibit-bibit duka dalam bilik mesyuarat itu masih segar dalam ingatan aku.
Tapi tak apa lah… bukan aku mahu mengenang peristiwa lalu. Cuma bagaimana ianya mengubah perspective aku tentang rezeki, duit, kehidupan, dan kebahagiaan.
Fokus kali ini ialah tentang seks dan kasih sayang. Dan bagaimana duit sangat rapat kaitannya dengan dua perkara ini.
Nak Makan Apa Semuanya Ada Di Jalan Alor
Satu hari aku sampai juga ke tempat ini. Ya… Jalan Alor di Bukit Bintang. Dan apa yang aku temui?Bacalah…
Aku mahu kaitkan cerita Jalan Alor ini dengan “With money you can buy sex but not love”. Aku rasa anda sudah mendapat idea sedikit sebanyak…
Sebenarnya aku tak setuju dengan ungkapan ayat tu…
Dari Taman Tasik Perdana aku mengambil Jalan Pudu. Sampai di kawasan berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis, jalan menjadi sesak.
Jem…
Perlahan-lahan aku mencilok dan sampai di satu kawasan parking. KL mana ada tempat free punya. Segalanya kena duit. No money no talk and you cannot park here.
Mudah jer.
Sekarang lagi lah. Udara pun sudah kena caj. Tak percaya… masuklah sesetengah tempat untuk termenung sekejap. Servisnya berbayar dan sekarang ditambah lagi dengan GST.
Ya… hidup sekarang mahal. Tak ada duit tak payahlah nak hidup di kota metropolitan macam KL tu.
Kalau ada kampong, duduk jer di kampong. Udaranya fresh. Hidup tidak terlalu bergantung dengan duit.
Mahu rajin dan ringan tulang saja. Kau lempar benih apa pun ia boleh hidup subur.
Nak buah atau sayur pergi petik. Nak ikan pergi tangkap. Nak makan ayam… kejarlah. Nak makan daging… janganlah pula sembelih, kat tepi jalan tu ada jual. Sekilo RM 25 - 30 jer.
So… selepas parking kereta aku berjalan mencari “Jalan Alor” yang diperkatakan.
Mak ai…
Nak makan apa? Segala jenis ada.
Dari buah-buahan sehinggalah bermacam jenis juadah. Yang sedia dikaut atau dimasak fresh. Ini lah yang dikatakan ada duit semua jadi.
Termasuklah seks…
Ya… perkataan seks ini agak taboo dikalangan masyarakat kita. Orang malu nak memperkatakannya secara terbuka.
Kecuali penjual ubat atau produk tertentu. Setiap ayatnya diselang seli dengan perkataan kuat, padat, dan sayang ketat-ketat.
Kalau kat England pula ada Essex County. Nama Universiti pun taruk Unversity of Essex. Mesti kuat fikir pasal tu agaknya... ek?
Gambar hiasan: asiancorrespondent.com |
Gambar hiasan; asiancorrespondent.com |
Gambar hiasan: www.dailymail.co.uk |
Ya… kawasan Bukit Bintang. Seks boleh dibeli dan dijual. Sama seperti barangan dan makanan yang menyesakkan di kawasan itu.
Aku berjalan meronda hampir seluruh kawasan Jalan Alor dan sekitarnya. Memang banyak Hotel di situ. Dari kelas murahan sampai 5 bintang.
Ramai yang mencari pelanggan dengan berpakaian seksi. Kalau pakai jubah lagu mana lah eh?
Nak yang dari mana? Minah Saleh dari Russia, yang gelap dari Afrika, yang kuning langsat dari China, Vietnam, Thailand, Cambodia… semua ada.
Rumah urut-urutan… heh, jangan cerita lah. Refleksologi, goyangologi, dan gosokologi… segala macam ada.
Gambar hiasan: www.kuala-lumpur.ws/klareas |
Sex Gives You Money
Penat berjalan, aku berhenti dan berehat sambil minum berhampiran dengan hotel di Jalan Bukit Bintang. Tak pasti samada JW Marriott atau The Westin. Tapi dekat salah satu tu lah.Gambar hiasan: The Westin Hotel - Youdolah.com |
Prego Italian at Westin Hotel. Gambar: www.asia-bars.com |
Anak Ikan Mak Ikan
Ada seorang pemuda tapi dari cara berpakaian dan gelagatnya, bukan orang Malaysia.Mungkin expatriate. Duduk selang 2 meja dari aku. Aku dapat dengar dengan jelas perbualannya melalui telefon.
Biarlah… aku tidak menyangka apa-apa. Walaupun ayat-ayatnya ada ala-ala romantic sikit.
Biasalah… orang muda. Kan?
Tak berapa lama sebuah Mercedes E-320 berhenti depan restoren. Tanpa mematikan enjin, seorang wanita pertengahan umur keluar dan terus menuju kepada pemuda tadi.
Seperti membuat pengesahan dan kemudian seolah-olah mencapai persetujuan, mereka terus menuju ke kereta. Aku tak nampak dia bayar bil. Mungkin terus caj ke bilik agaknya.
Yang peliknya… wanita tadi memegang tangan pemuda tersebut. Ait… bukan sebangsa pun, kalau nak kata adik beradik atau anak saudara. Entah lah… anak angkat kot, ek?
Ya… aku masih bodoh akan semua hal kota metropolitan ketika itu.
Hari ini perkataan “anak ikan” sangat sinonim dengan apa yang aku ceritakan kat atas tadi. Kalau tak faham juga… Google sendiri lah.
Rupanya… perkataan “pergi Jalan Alor lah” oleh orang GLC tu memberikan maksud supaya aku buat jalan singkat. Cari duit dengan jual servis kepada mak-mak datin yang kesunyian.
Hampeh betul… hensem nau ke aku ni eh? Hensem sekali pun… tu nate harem punya wo. Nate mu...
Mak ikan siap iklan lagi ooo. Rujukan cari sendiri lah. |
Aku Nangis Ada Orang Kisah?
Nasib menyebelahi aku… tapi bukan kerana berurusan dengan ibu ikan seperti yang disarankan (walaupun secara gurauan).Aku dapat keluar dari kemelut modal setelah aku nekad tidak melayan permintaan pelanggan yang liat membayar.
Aku tegaskan terms of payment yang sudah dipersetujui dari awal. Sebelum next delivery, bayaran untuk semua yang tertunggak perlu dijelaskan.
You got money… we can talk.
You pay I deliver… Mudah.
Aku jadi keras hati setelah hati aku disakiti.
Ya… kalau aku tak jaga hati aku, siapa mau jaga?
Aku menangis… ada orang ambil peduli?
Ya… dalam berniaga, bila duit tak kecukupan, sebulan terasa macam seminggu. Cepat sungguh masa berlalu. Tau-tau sudah sampai masa untuk bayar gaji. Dan macam-macam bil nak kena settle.
Stress betul… Muka kerani akaun yang kena jawab pasal pertanyaan payment atau gaji tukar ke bentuk 88.
Gaji sendiri belum tentu ada. Staff… dia orang peduli apa. Ada sale ke tak… atau tak cukup collection… cukup bulan gaji mesti mau.
Lambat sikit… naik pejabat buruh. Harem betul…
Aku tak cukup duit… orang siap sarankan supaya jual diri. Err... service. Jadi anak ikan. Pergi mampus lah dengan menjaga hati orang dalam berniaga ni.
Kecuali… ada sebab-sebab tertentu.
Ibarat dalam perang… berundur bukan bererti mengalah tetapi untuk persediaan supaya dapat menghentam lagi.
Keraskan Hati Baik Biar Bertempat. Kau Nak Mampus? Mampus lah...
Kedudukan kewangan aku semakin kukuh kerana pelanggan yang dulunya aku bekalkan bahan mentah untuk mereka tidak dapat tidak mesti menggunakan produk aku untuk pengeluaran mereka.Boleh saja mereka ambil dari sumber lain, tapi aku tahu resepi rahsia aku mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Aku dapat maklumat dalaman dari staff mereka apabila menggunakan produk dari pembekal lain, productivity mereka menurun dan banyak reject.
Sangat merugikan.
Staff mereka membocorkan rahsia dalaman kerana tidak mendapat bonus atau insentif dari hasil yang tidak melepasi target production volume & quality.
Sama seperti syarikat aku, majority staff bekerja kerana duit gaji. Dapat tawaran lebih sikit walaupun RM 10-50 sebulan mereka akan cabut. Tidak ada istilah kesetiaan.
Jadi kenapa aku mesti setia dengan pelanggan yang berkira dan kedekut? Kalau aku mampus bungkus ada dia orang kisah?
Mampus… mampus lah kau.
Aku pasti itu memang ada dalam fikiran mereka. Nakarom-toi…
Bagi aku, selagi tidak melanggar terms and conditions of supply yang sudah dipersetujui… kenapa aku nak layan lebih-lebih?
Ini perniagaan, bukan khidmat masyaratkat macam Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pusat Zakat. Dua-dua jabatan ini pun ada terms and conditions mereka.
Kan?
Boleh sesuka hati pergi minta? Cuba lah… Masa kita bayar… pun mereka sudah tetapkan jumlah.
Kesimpulan
Nah… aku sudah paparkan 3 senario di mana duit bukan untuk cinta dan kasih sayang. Tapi untuk keperluan hidup dan nafsu.Apakah ianya membahagiakan? Anda punya jawapan sendiri…
✥ Di Jalan Alor dan kawasan Bukit Bintang segala macam boleh ditemui dan dibeli. Pokoknya ada duit.
Dari makanan sehingga kepada anak ikan, bapak ayam, dan berurusan dengan ibu ayam.
Di sini segalanya tentang hal duit. Tak ada istilah money for love… tetapi duit untuk ditukarkan dengan barangan sehinggalah kepada seks.
They just love the money… not me or you.
✥ Money talks. Berniaga perlu keras hati. Berlembut hanya pada ketika yang sesuai.
✥ Hari ini baik business atau pekerjaan, duit sebagai penyebab utama. Kesetiaan atau loyalty masih ada tempatnya, tapi jangan terjebak sehingga menangis sendirian.
Kerana ketika aku kesempitan tak punya wang tak ada siapa yang akan peduli.
Atau… pada anda yang membaca ni… masih ada yang sayang? Alhamdulillah… bertuahnya badan.
Artikel selanjutnya tentang bagaimana membeli cinta dan kasih sayang. Sebagai ulasan lanjutan menjawab tajuk artikel ini. Diikuti dengan cinta yang terbang bila abang sudah tidak punya wang.
Sentuhlah butang bawah ni... taruk komen lagi best. Semangat sikit jadinya.
Thank you for your comments