Duit Tak Ada Bagaimana Mahu Bercinta? - CrazyDuck -->

Header Ads

Duit Tak Ada Bagaimana Mahu Bercinta?

Duit sebagai alat mempermudahkan urusan. Mekanik perlukan spanar tukang masak perlukan periuk. Bukan periuk atau spanar yang mereka mahu. Mahu bercinta dan disayangi salah satu alatnya ialah duit. Secara tak langsung duit membeli kepantasan kerja mekanik, kesedapan masakan, dan kerberlangsungan sebuah percintaan.

Episod sebelum ini tentang “Duit membeli seks tetapi bukan cinta dan kasih sayang.” Kalau ada sayang pun sebab sayang yang bersyarat. Bukan cinta tulus mulus lautan api sanggup ku redah.

Tapi… tak ada duit kau boleh belah.

Lihat gambar di atas. Comel lote dan cantik-cantik, kan? Tulus mulus gebu berseri-seri.

Eh… boleh pula nampak kegebuannya? Ya… mata hati kan ada? Dicampur pula dengan kuasa bayangan.

Bukan orang lelaki saja yang suka melihat perempuan cantik, perempuan pun suka juga. Jika tidak masakan ramai wanita yang menonton pertandingan ratu cantik?

Tapi suka wanita dengan suka lelaki berlainan maksud.

Perempuan bila dia pandang timbul keinginan nak jadi macam tu. Lelaki pula kalau dia pandang lama-lama, terjatuh cintanya.

Adakah cinta yang terjatuh itu akan bersambut atau retak lalu pecah seribu? Adakah syarat-syarat tertentu untuk cinta itu disambut lalu dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang?

Yang aku pasti… kalau aku terberkenan dengan salah seorang dari 11 tu… aku hanya mampu lihat gambar gigit jari bila tak berduit.

Bila berduit, keyakinan aku akan mantap. Dah berkenan sesangat aku akan cari mereka walaupun di mana berada.

Dan bagaimana penerimaan oleh orang yang aku ter-berkenan itu pula terhadap aku?

Adakah bila dia melihat aku yang sederhana hemsem (layak jadi anak ikan - rujuk artikel terdahulu) maka terus cintanya juga akan jatuh untuk aku sambut sebelum bertaburan?

Heh… tak semudah tu bang oi…

Membeli Cinta dan Kasih Sayang

Saja nak dijadikan cerita…

Aku sudah suka dan berkenan dengan seorang gadis. Ya… waktu itu aku masih belajar. Melalui kerja part-time aku punya cukup wang. Cukup untuk keperluan seorang bujang.

Melalui orang yang kenal dengannya, aku selidik di mana dia selalu lepak atau mengulangkaji pelajaran. Kalau ada study group di mana mereka akan pergi selepas selesai.

Dari maklumat yang aku dapat aku mengekori dia dari jauh. Melihat gelagat dan perangainya. Dengan siapa dia bekawan. Sudah ada boyfriend atau belum.

Apa kesukaan dia. Tempat makan yang macam mana yang selalu dikunjunginya.

Bila hujung minggu adakah dia balik rumah, adakah ibu bapanya datang, atau dia keluar sendirian, atau dengan kawan-kawan.

Setelah sekian lama aku jadi secret admirernya… hati aku semakin betambah suka.

Tidur malam asyik terbayang wajahnya. Senyumannya walau pun belum pernah dilemparkan kepada aku tetap saja sangat manis.

Makin lama aku layan perasaan… rindu aku padanya semakin menjadi-jadi.

Ya… dia belum berpunya. Kalau sudah… aku tarik diri saja. Tak guna buang masa dan siksa jiwa. Ini satu pelaburan… bukan mahu main-main.

And I Want To Tell You So Much. I Love You

Lagu Lionel Riche dan Stevie Wonder sering bermain dalam kepala. Ya… mungkin aku sudah jatuh cinta padanya.
I've been alone with you. Inside my mind. And in my dreams I've kissed your lips
A thousand times. I sometimes see you. Pass outside my door. Hello!...
Is it me you're looking for? I can see it in your eyes. I can see it in your smile. You're all I've ever wanted. And my arms are open wide. 'cause you know just what to say. And you know just what to do.

And I want to tell you so much. I love you
~~~~
I just called to say I love you. I just called to say how much I care. I just called to say I love you. And I mean it from the bottom of my heart…

Usaha aku untuk bersama satu kelas dengannya berjaya.

Walaupun belainan kursus tetapi dapat kelas English yang sama. Dari situ aku dapat memerhati perangai, sifat dan sikapnya dengan lebih dekat.

Setiap kali kelas bermula… aku datang awal dan ambil tempat di belakang. Ada satu dua orang kawan yang perasan gerak geri aku… tapi menyimpan rahsia.

Bila dia datang mereka dua orang ini akan bagi signal dari luar kelas. Heh… nak tackle awek pun pasang spy ooo… ya lor… ini benda serius maa.

Aktiviti berkumpulan (study group) memudahkan aku untuk mendekati dia.

Kalau kawan aku yang dua orang tu termasuk dalam group dia, salah seorang akan volunteer tarik dari dan diganti dengan aku. Tak ada siapa yang sedar komplot kami.

Dari situ aku boleh masuk daun dengan lebih serius.

Perempuan Sangat Sensitif Dengan Bau dan Wangian

Masa berlalu dan aku sudah kenal keperibadian dia. Dia juga suka wangian, tetapi jenis tertentu.

Aku mencuba beberapa jenis wangian sewaktu group activity… dan aku perasan bila aku menggunakan Chaps Ralph Lauren… dia sangat senang bila aku mendekati.

Berbincang sambil jual saham. Biar dia mengigau bau badan aku.

Ya… orang perempuan ni deria bau mereka cukup kuat. Sebab tu ramai yang suka tidur celah ketiak suami. Yang pakai wangianlah.

Yang bau hapak akibat tak mandi 2-3 hari… ha ha ha … err adakah yang sudi?

Ke kena disuruh oleh isteri supaya pergi mandi dan basuh ketiak molek-molek dulu dan taruk wangian sebelum masuk tidur?

Yang dah berkahwin mereka tahu lah… yang belum berkahwin, ini panduan untuk dicoba.

Dari group activity dalam kelas, aku masuk daun dalam activity study group. Menyibuk kalau tak ada kena mengena dengan subject aku. Ye lah… major course pun lain-lain.

Mana yang aku tahu dan terror, aku masuk campur.

Yang mana aku tak tahu… mengaku tak tahu dan diam. Yang penting dia selalu ada depan mata aku. Wah… cintan sudah mari la wey…

Tapi adakah dia mempunyai rasa yang sama?

Dunia Bagaikan Aku Yang Punya

Sewaktu cuti pertengahan semester dia balik kampung tapi aku tidak. Kena stay kat hostel siapkan final year project. Disamping ada lawatan ke beberapa buah kilang.

Aku hanya dapat melepaskan rindu dengan lalu dan melihat dinding bilik asramanya saja. Jadi lah… dinding pun dinding lah… asalkan hati aku tenang sudah.

Waktu tu mana ada handphone, SMS, WhatsApp, e-mail… hanya public phone atau surat.

Ya… sangat seni zaman aku dulu. Mana ada chance nak tulis surat pakai lap top. Hanya tulisan tangan.

Sebelum semester berakhir… aku mencari jalan supaya dapat keluar dating dengannya.

Entah macamana, dengan sekali ajakan saja dia terus setuju.

Waaa… dunia ini gua yang punya wooooooo…. Nak bagi tau dia punya rasa bahagia tu… oh, tak ada perkataan lah.

Siapa yang pernah alami, dia tahu sendiri.

Aku luahkan perasaan aku kepadanya sewaktu dating. Dia senyum simpul termalu tanpa ungkapan kata-kata. Aku fahamlah apa maksudnya…

Hari ini kami sudah jadi suami isteri… dan memang sungguh dia tidak mahu aku pakai wangian lain kecuali yang satu tadi.

Bila aku keluar outstation, kain pelikat aku yang belum dibasuh jadi peneman tidurnya. Tak ada… tak boleh lena.

Nah… dari coretan di atas… adakah cinta itu dibeli atau bagaimana? Sekiranya tak berduit bolehkah ianya dipupuk dan disuburkan?

Dari pandangan pertama, kepada tersyiok, kemudian usyar-usyar mengorat, proses memikat, rindu-rinduan, keluar dating sambil bagi proposal… semuanya memerlukan duit.

Pada yang berkata “Money can buy sex but not love” I say to you… “to be able to love and to be loved at the same time and for the rest of your life you need to put in money, effort, and time to get it and to maintain it.”

“Sekiranya kamu dicintai dan disayangi sekali pun tak ada duit… kamu sudah jadi macam anak ikan.”

Bini kaya OK laa… kalau tak kaya?

Beli Drill Untuk Hasilkan Meja


Untuk mendapatkan meja yang tidak dipaku… samada beli saja meja tu atau buat sendiri.

Beli… ibarat kawin atas dasar rancangan emak-bapa. Terima saja apa yang sediada dan kita tak tahu apa-apa tentang macamana meja tu dibuat.

Nak meja yang special design kena buat sendiri macam ngorat awek sejak mula pandang pertama.

Maka perlu ada mesin drill yang dibeli, dipinjam atau sewa untuk buat lubang.

Atau boleh juga upah pakar buat meja tetapi mengikut cita rasa kita sendiri.

Semua tu perlukan duit.

Kalau cinta dan kasih sayang itu ibarat hari-hari kita guna meja tu untuk kerja. Tak ada meja macamana?

Kena keluar duit. Tak nak berbelanja, buat kerja duduk atas lantai lah.

Rumah Tangga Yang Bahagia… Duit Mesti Kena Cukup 

Bermaksud setiap keperluan (bukan keinginan atau kehendak) selalu ada. Rezekinya tak bergantung sangat dengan duit. Bila diperlukan, ada dan selalunya cukup.

Duit itu hanya alat seperti drill dan meja… dari kasih sayang itu datanglah hasil keharmonian keluarga. Ibarat hasil dari pekerjaan dengan menggunakan meja tadi.

So… sesiapa yang kata kasih sayang itu tak boleh dibeli… mu gi ninggal lah. Aku kata ianya perlu dibeli. Hanya tidak secara terus macam beli ais krim.

Dan artikel seterusnya tentang perkahwinan yang mana ada duit abang sayang tak ada duit abang boleh gi jalang-jalang sensorang.

Sana tempat anging makang. Balik rumah piok torobang. Meh tekan ini bawah punya butang.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.