Kawan Ketawa Senang Dicari Kawan Menangis Bolehkah Diketahui
Ketika aku disarankan walaupun secara berseloroh supaya pergi ke Jalan Alor untuk mencari tambahan modal pusingan, aku terasa ketiadaan wang itu sangat menghina.
Staff yang dulunya menghormati dan mengagungkan aku kerana tepat dengan pembayaran gaji sudah tiada lagi kesetiaan mereka.Mereka menghidu (gossip) petanda buruk dan dengan sekelip peluang datang untuk melompat, mereka terus pergi.
Aku kesaorangan… mengemudi bahtera perniagaan.
Fikiran yang kusut dan buntu tidak boleh aku tunjukkan pada riak wajah. Mesti berlakun nampak positive, macho, dan cool selalu.
Kerana ia (sesuatu yang negative itu) mudah berjangkit pada staff lain.
Hati yang ada rasa marah dan kegusaran aku usaha untuk tenangkan.
Kerana perkataan yang terkeluar ketika marah boleh merosakkan mood ramai orang. Orang yang berharap dan bergantung dengan aku dalam beberapa hal tentang kehidupan mereka.
Teman ramai ketika senang dan mewah. Bersendirian ketika susah dan berada di bawah. Tapi itulah realiti kehidupan yang sudah aku tempah dan sanggup aku tempuh.
Aku tahu… ramai di luar sana yang mengharungi gelora lautan keusahawanan dengan bahtera yang seakan sama.
Aku tidak lagi menangis atau mahu menangis. Kerana air mata sudah kering. Apa guna aku menangis lagi? Tiada siapa yang peduli dan tiada siapa yang mahu mendengar.
Suka atau tidak, mahu atau sebaliknya… perjalanan ini hanya aku yang tahu dan mesti diharungi sendiri.
Sendiri dengan kesedihan dan bebanan perasaan.
Membawa tanggung jawab seberat gunung. The struggle was real. Kesakitannya juga begitu. Ya… tak ada siapa mahu ambil peduli. Bila mengetahui… mereka malah menjauhi.
Tulisan ini bukan untuk sesiapa tetapi untuk peringatan pada diri aku sendiri.
Ketika Di Puncak
Satu ketika dulu aku pernah berada dipuncak… puncak kesakitan, kekecewaan dan kemurungan.Tetap saja aku memberitahu hati ini…harapan masih ada dan tetap akan ada.
Berundur sebentar untuk melompati parit dan batas. Berehatlah ketika nafas sudah mengah.
Cari lah bantuan menggunakan alat perkakas. Perkara berat dan perlahan boleh menjadi pantas.
Satu langkah lagi… satu ketukan lagi… dan setiap langkah memendekkan jarak antara aku dan penghasilan. Hasil yang sudah dapat aku bayangkan.
Ibarat bermula dari tepung, air, telur, gula, garam dan juga coklat badam. Semangat sebagai api pembakar menukar bahan ini menjadi kueh kesukaan.
Ya… aku masih punya semangat itu.
Aku masih boleh berfikir dan bertindak. Aku masih punya kekuatan. Aku tetap memiliki ilmu dan kepakaran. Tidak ada siapa boleh mengambilnya.Kecuali sakit tenat dan mati. Kesihatan itu adalah harta aku yang sebenar. Wang ringgit hilang boleh dicari dan diganti.
Aku sedar kini. Ujian itu rupanya bukan didatangkan tanpa sebab atau tanpa tujuan. Bukan juga untuk gurauan. Aku lebih menghargai kehidupan ini dan kuasa ghaib selain dari usaha dan ikhtiar aku sendiri.
Kuasa ghaib yang menjadi peneman dikala kedukaan. Dikala aku kesaorangan. Hanya DIA yang memahami dan mampu memberi kekuatan.
Petunjuk, ilham dan idea didatangkan berbagai cara.
Dipertontonkan akan perlakuan orang. Pembacaan akan tulisan bernas yang tiba-tiba datang. Bayangan kepayahan dan hasil ketika mengangkat tangan.
Mahu sedih… bersedihlah. Mahu menangis… menangislah.
Sampai masanya segalanya akan terubat dan terbuat. Kesedihan bertukar kegembiraan. Kepayahan mengajar membuka cara untuk perkara dipermudah dan dipercepatkan.Asal saja api semangat terus dijagai. Ibarat api yang menukar bahan mentah kepada masakan.
Tulisan ini aku dedikasikan untuk teman FB yang sedang dalam kesulitan dan kesempitan. Berasal dari Kuala Terengganu tapi selalu pergi Kubur Panjang, Pendang, Kedah. Menetap di Kajang. Namanya Lutfi Lokman.
Aku tak pernah bersua muka dengannya. Berselisih komen dalam FB pun jarang-jarang. Tapi aku pernah melalui lurah, gaung dan tersepit sepertinya sekarang.
Ketika itu tiada siapa sudi mendengar aku meraung. Bantuan ku pinta disarankan supaya cari Mak Ikan Baung.
Ya… aku mengerti akan kesempitannya. Kerana jalan itu sudah aku lalui. Maka pada siapa yang terbaca tulisan ini, sudikanlah perhati. Lihat dan rasalah dengan qalbu dan mata hati.
Bantulah seberapa yang mampu. RM1, 10, 100, 1,000 atau berapa yang sudi.
Bantuan Anda Dihargai
Dan atas kemurahan hati budi kalian, aku hadiahkan tanpa syarat 2 buah buku dalam bentuk PDF.
Kalau nak ambil percuma pun aku tak boleh sekat. Ya… sementara pautannya masih dibuka sebelum pintunya ditutup rapat.
Hanya melalui article ini dan yang membaca sampai ke sini yang akan dapat. Percuma dua buah buku yang bernilai RM 59.80.
1. 10 Tips Story Telling Untuk Content Marketing. 110 muka surat paparan HP.
2. Value Proposition - Kejayaan Menanti Anda. 239 muka surat paparan HP.
Download percuma dengan klik pada 2 tajuk di atas dan selepas tu ringankan tangan untuk berurusan mobile banking bagi membantu teman FB kita Sdr. Lutfi Lokman. Kalau rajin nak pergi bank pun tak ada hal.
Maklumat lanjut di penghujung artikel ini.
Harga asal 2 buah buku ini pada RM 59.80 boleh dilihat dengan klik SINI.
Ya... aku sudah merasai keperitan yang dikatakan perit yakmat. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Kini aku tenang-tenang aja. Buat apa yang aku suka (termasuk menulis). Bila masa di mana dan dengan siapa. Aku tak mungkin aku yang begini jika tidak pernah melalui lorong sempit lagi berduri.
Posting Asal Dari Sdr. Lutfi Lokman
Cerita dan sumber asal: Lutfi Lokman |
Terima kasih kepada yang bertanya personal. Ada yang PM, ada yang whatsapp, ada yang call, ada yang komen di FB, ada yang datang bertemu.
Benar kawan, kita ada masa naik dan turun. Macam badan saya, asyik naik tak turun-turun. Risau betul .
Kini adalah fasa kemerosotan yang melanda diri saya dan persekitaran.
Ia rentetan masalah demi masalah yang Tuhan hadirkan buat ujian bagi diri ini untuk melihat sejauh mana keupayaan saya dalam menghadapinya.
Benar kata Tuhan di dalam surah Al Baqarah ayat 286:
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”
Kerana Dia tahu saya mampu maka diberikan ujian sebegini buat saya. Dinilainya saya adakah layak untuk pergi jauh dengan dugaan kecil sebegini?
Ada keadaan yang saya mampu untuk hadapi dari segi mental dan fizikal.
Namun lumrah dunia, saya tewas pada faktor kewangan yang meruncing sedangkan di bawah saya terdapat banyak tanggungan yang perlu diuruskan.
Ketika saya diam mengusahakan pelbagai pekerjaan demi untuk menampung kekurangan yang ada, saat itu datang…
Saat di mana sisa kewangan telah tiada bagi meneruskan kehidupan.
Saya mampu tersenyum kerana bagi saya, jalan pasti ada. Cuma belum dikurniakan lagi untuk ditemui.
Ketika berbual secara online, mesej, whatsapp dan juga talian, ramai teman mencadangkan agar dibukakan ‘Tabung Buat Lutfi.’
Saya terkedu.
Relevankah perkara ini?
Ujar mereka, kau pasti rasa malu. Namun untuk kelangsungan hidup sementara, jangan fikirkan.
Ramai mereka di luar sana ingin menghulurkan bantuan. Menunggu jawapan dirimu.
Menanti hadirnya sinar.
Saya terharu.
Ujar mereka lagi, kau sudah bantu ramai orang. Samada dari tulisanmu, dari pergerakanmu, dari perniagaanmu, dari doamu.
Saya menangis.
Jangan diungkit. Jangan dikenang.
Bukan itu tujuan saya berkhidmat untuk anda. Bantuan itu adalah gerakan yang Tuhan hadirkan dalam diri kita sebagai satu kewajipan seorang makhluk.
Tolong jangan persoalkannya lagi.
Ujar mereka, bukalah Tabung itu. Dengannya kami mampu meringankan sedikit bebanmu.
Saya ketawa…
Ketawa kerana seronok mengetahui hadirnya kalian yang diam-diam mengikuti dan mendoakan kebaikan buat saya.
Membantu dalam diam dan terbuka. Ia anugerah dari Tuhan yang menghadiahkan dugaan untuk sebuah pertalian indah.
Nah! Buat anda yang ingin membantu saya. Saya perlukan duit dan doa.
#TabungLutfiLokman
Maybank: 163019515363
Mohd Lotfi Bin Lokman
email : kamitaken@gmail.com
Whatsapp : +60199939723
Tuhan pasti membalas jasa baik mu.
Ikhlas,
Lutfi Lokman
#mutalis tersepit.
Sudikan share artikel ini supaya ianya sampai kepada banyak hati yang punya kasih dan rasa simpati. Butang atas tu jer...
Hari ini hari dia… hari kita bagaimana pula?
Dunia terus berputar. Akan sampai masanya anda juga akan berada di bawah. Permudahkan urusan insan lain Allah permudahkan urusan kita. Terima kasih…
ramai kawan time susah ni menghilag...
ReplyDeleteProses pematangan dan peng-wisdom-an memang macam tu.
Delete