Duit, Cinta, Dan Kasih Sayang Mana Dahulu - CrazyDuck -->

Header Ads

Duit, Cinta, Dan Kasih Sayang Mana Dahulu

Dari mula nak kenal, mengorat, dating, sehinggalah alam perkahwinan. Semuanya memerlukan duit. Bukan membeli secara terus, tetapi cinta itu disuburkan dengan pelbagai aktiviti dan penampilan. Tak ada duit abang sayang boleh terbang sorang-sorang.
The-expression-of-having-Financial-Freedom

Gaya dan Keselesaan Itu Ada Harganya

Dari mula nak kenal, mengorat, dating, sehinggalah alam perkahwinan. Semuanya memerlukan duit. Bukan membeli, tetapi cinta itu disuburkan dengan pelbagai aktiviti dan penampilan… yang semuanya memerlukan duit.

Ibarat membeli kereta… samada Kancil, Honda, BMW atau Jaguar… semuanya membawa anda dari point A ke point B.

Tetapi keselesaan, keyakinan, dan kebanggaan yang dirasakan tak sama. Kos pembelian dan mentenance pasti berlainan.

Yang dibayar itu sebenarnya ialah lifestyle, melalui kereta yang dibeli. Bila sudah kurang kemampuan lifestyle juga perlu diubah.

“Ketika diawal perkahwinan aku mempunyai kerja yang bagus.” Pak Hamid memulakan cerita hal rumah tangga dan perubahan lifestylenya.

Didikan Dari Kecil Kesannya Sampai Ke Tua

Aku dari kecil memang dididik untuk berdikari. Kami tak punya mesin basuh atau dapur gas.

Mencari ‎kayu api - Gambar dari FB Putra Inhil‎

Maka sewaktu cuti sekolah aku dengan ayah atau abang pergi masuk hutan getah dan potong mana pokok yang tumbang atau sudah tua. Untuk dibuat kayu api.

Aku selalu tolong abang dan ayah belah dan jemur kayu, tangkap ikan, dan jaga ayam.

Gambat hiasan: Belat dan bubu – AbdRahin. Ikan keli – Mikoro Enterprise

Dengan mak aku selalu tolong dia basuh baju, sidai dan juga memasak. Dalam keluarga aku semua adik beradik lelaki. Enam orang. Aku nombor tiga.

Entah apa pasal… mak aku suka sangat panggil dan suruh aku.

Kalau waktu subuh, memang aku yang kena bangun dulu untuk jerang air dan masak lempeng. Untuk sarapan dan bekalan ayah ke kebun.

Bukan senang tau nak hidupkan api guna dapur kayu. Perlukan kesabaran yang tinggi. Sekarang main petik saja. Itu pun ramai yang masih malas.

Mungkin sebab aku tak banyak membantah, jadi mak senang suruh aku berbanding abang-abang aku.

Tak kisahlah… dan aku berterima kasih dengan mak yang selalu suruh aku buat itu ini.

Dia percayakan aku. Keyakinannya terhadap aku berada ditahap yang tinggi. Mungkin itu pasal lah…

Aku terbiasa buat kerja tanpa perlu ada supervision. Sehingga aku tua macam ni.

Mak cuma bagi tahu dia hendak siapkan itu ini… macamana aku nak buat suka hati aku.

Hanya kalau dia nampak aku buat salah terlajak bodoh… baru dia tegur. Dan dia akan tunjukkan cara yang betul dan lebih cepat.

Tanpa marah-marah. Tapi ditunjukkan cara dengan kasih sayang. Aku sangat merindui mak. Hanya doa yang boleh aku titipkan setiap kali habis solat.

Dia Membeli Aku Tak Berkira

Bila dah berkahwin, aku selalu tolong bini aku kat dapur dan juga kerja-kerja rumah. Basuh berak anak, mandikan dia orang, basuh baju, cuci lantai… tak ada hal.

Dengan gaji aku yang agak besar hidup kami boleh dikatakan mewah.

Isteri aku selalu belikan makanan supplement dan ubatan tambahan untuk kami berdua. Pemakanan kami jaga. Amalkan hidup sihat.

Tak mahu tunggu sakit baru nak beringat. By that time banyak benda yang sudah terlewat. The damage has been done, orang kata.

Bini aku tak berapa demand tentang make-up. Tapi bila keluar, aku selalu galakkan dia pergi ke kawasan perempuan. Lihat barangan kecantikan.

Kalau terjumpa di mall atau supermarket booth tempat orang jual jamu atau set kecantikan sengaja aku ke situ. Dia tak beli ikut suka. Dia akan tanya aku dulu.

Setuju ke tidak. Sebab dia membeli aku membayar…

Ya… hidup kami bahagia. Badan sihat dan penampilan (kecantikan) terjaga. Di luar atau dalam rumah. Di luar dan juga dalam tubuh.

Perubahan Pada Lifestyle

Tetapi keadaan tiba-tiba berubah. Secara perlahan-lahan. Setelah aku kena buang kerja melalui VSS.

Memang aku dapat pampasan. Tapi bila aku congak… sekiranya mahu maintain lifestyle aku sebelum diberhentikan kerja, duit pampasan tu tak akan bertahan lama.

Lagi pun ketika itu aku terlalu murung… tak ada idea nak buat apa. Tekanan perasaan akibat kena VSS agak teruk.

Aku hilang self-esteem. Malu dengan orang dan jiran sekeliling.

Duit KWSP aku tak mahu kacau. Sudah ada keperluan yang amat sangat baru dikeluarkan. Sebab ada keuntungan dari simpanan tu. Biar duit tu beranak pinak.

Jadi aku terperuk duduk di rumah saja untuk beberapa bulan. Sesekali aku keluar sendirian melayan perasaan. Aku terlalu sedih dan tertekan.

Nak termakan dan join iklan-iklan business on-line dan yang seangkatan dengannya aku agak takut. Terlalu banyak kisah scam.

Tamak Menjadikan Orang Mudah Ditipu

Orang pandai pun boleh diperbodohkan bila emosi tamak dan cepat kaya dapat dipermainkan dan digunakan oleh scammers ni.

Dia orang memang terlatih untuk memaniskan kata-kata.

Ada seorang kawan di Shah Alam… kena scam dengan “Black Money” pada tahun 2008.

Dia tunjukkan aku kertas hitam yang kononnya boleh bertukar jadi US Dollar bila dibasuh dengan “cecair ajaib.”

Ada sekotak kat rumah dia. Memang hitam kertas tu. Tapi kertas biasa yang sememangnya berwarna hitam. Bukan ada kualiti atau ciri-ciri kertas duit.

Aku carikkan kertas tu dan bandingkan dengan carikan dari duit. Baru dia faham dan terpaksa menerima kebenaran yang dia sudah kena tipu.

Tamak punya pasal. Habis terbang RM 50 ribu. Konon boleh dapat ratusan hampir juta-juta.

Aku pernah didatangi oleh orang-orang tertentu yang menjanjikan bulan dan bintang supaya duit pampasan yang aku dapat dilaburkan dalam program mereka.

Semua tu aku tolak dengan baik.

Kemudian aku mula mengatur langkah. Mempelajari selok belok perniagaan di internet.

Pun banyak scam juga. Bermacam bentuk. Yang janji bila kita beli atau subscribe kepada system mereka, duit masuk tiap-tiap bulan.

Malah setiap minggu atau setiap hari. Ada juga yang aku terkena tapi tak banyak… setakat RM seratus dua.

Cara Membeli Sudah Berbeza

Aku seperti memulakan hidup dari kosong bila melibatkan diri dengan internet ni.

Masa aku habis depan computer hampir 20 jam setiap hari. Dan aku tekad untuk menguasai apa yang aku pelajari.

Tapi tak semudah yang aku jangka. Zaman berubah dengan pantas.

Contohnya kesan on-line marketing oleh Amazon di USA. Toys"R"Us yang besar giant gedabak itu pun boleh bungkus. 182 buah kedainya akan ditutup.

Kini Best Buy dan Target pula berhenti dari menjual CD. Orang banyak beli music on-line atau download saja.

Theori lama banyak yang sudah tak boleh diguna pakai.

Hanya sesuai untuk sesetengah XXXXX yang tak pernah  jadi industry player. Tapi claim serba tahu segala mak nenek tentang taktik dan strategi pemasaran, deal closing, dan macamana nak buat untung kaw-kaw.

Sekiranya kita tidak mengikut perkembangan semasa dalam memenuhi kehendak, cita rasa dan perubahan cara pelanggan (audience) membeli… business pasti akan bungkus.

Begitu lah…

Lagi pula aku berurusan dengan generasi yang jauh lebih muda dari aku. Jadi gaya bahasa dan budaya jauh berbeza. Generation gap. Ini pun aku kena sesuaikan diri juga.

Apa yang berlaku seterusnya ialah… masa yang aku habiskan dengan isteri aku makin sedikit.

Hubungan Yang Dingin

Dia dengan dunia dia dan aku dengan dunia aku. Walaupun serumah… kami jarang bersembang macam dulu-dulu.

diabaikan-sendirian-kesunyian-sebagai-teman
Sunyi sendirian - Gambar FB Yanthie Abdulah Riyanti

Selalu aku tertidur dikusyen. Dan dia tidur bersendirian dalam bilik.

Aku terlalu mengejar impian dan mahu bangkit semula.

Tetapi bukan dalam dunia yang biasa dengan aku. Semuanya baru. Dan aku tak mahu mengalah. Sudah memang keperibadian aku dari kecil begitu.

Rupanya ada harga lain yang perlu aku bayar. Keseimbangan antara kerja dan keluarga sudah terabai dan kemesraan semakin hilang.

Isteri aku sudah dapat alternativenya. Handphone menjadi teman setia. Kalau aku dengan computer laptop, dia dengan kawan-kawan dalam handphonenya.

Hubungan suami-isteri terus menjadi hambar. Kehangatan dulu sudah tak ada lagi. Sekali sekala aku tidur awal. Dia hanya membelakangkan aku. Seolah-olah aku tak wujud.

isteri-layan-handphone-suami-diabaikan
Gambar hiasan: FB Mohely Jamhari‎ 

Make-up dan penjagaan kecantikan pun dia sudah tidak berapa ambil peduli. Untuk apa?

Kalau dulu kami sering keluar. Sekarang keluar hanya untuk ke pasar membeli barang masakan. Untuk apa make-up atau pakai cantik-cantik?

Duit Datang Kasih Sayang Senang Ditatang

Aku terlalu tenggelam dengan azam dan usaha mahu bangkit semula. Laptop seperti bini baru. Mungkin itu dalam fikirannya.

Mahu berjimat (nota… "k" pun hilang juga) dan menukar lifestyle adalah antara punca kami jarang bershopping membeli supplement kesihatan dan bahan kecantikan. Pakaian baru memang stop terus.

Aku bernasib baik… bulan lepas aku keluarkan simpanan KWSP.

Banyak juga.

Dengan duit itu aku ajak isteri aku keluar berjalan-jalan merayau ke Pantai Timur. Tidur kat hotel atau homestay.

Seminggu kami merayap dan aku memberikan sepenuh masa dan perhatian terhadapnya.

Make-up aku belikan apa mahunya. Termasuk juga pakaian baru.

The Glimpse of Success – Bayangan Kejayaan

Kenapa aku boleh buat begitu? Tak takut duit KWSP itu akan habis?

Aku sudah mula mendapat kunci menjana duit melalui internet. Walau pun belum banyak tetapi ia memberikan harapan. Setiap hari ada income yang masuk.

Bayangan kejayaan semakin cerah.

Dan jumlah duit KWSP yang agak banyak itu sebahagiannya aku laburkan dalam skim-skim tertentu yang selamat.

Aku ambil hanya untuk perbelanjaan bulanan yang agak selesa tetapi tidak mewah sangat.

Cukup untuk kecantikan isteri aku dan kesihatan kami. Dia sudah tidak kelihatan serabai dan aku pula tidak serabut.

Masa dengan laptop sudah aku hadkan. Aku buat macam kerja di pejabat. Ada waktu mula, rehat, tamat dan masa untuk keluarga.

Sesekali kami pergi melawat anak-anak di Universiti.

Kadang-kadang kami lanjutkan perjalanan dengan melawat adik beradik kami. Ya… aku ada 3 orang adik dan dua orang abang. Bini aku pula ada 4 adik beradik dia.

Isteri aku kembali ceria dan hubungan yang dingin membeku kembali hangat meluap. Steam keluar selalu. Ha ha ha…



Begitulah cerita Pak Hamid bila aku tanyakan pendapat dia tentang apa yang dikatakan orang “With money you can buy sex but not love.”

Pesanan Yang Tak Diungkapkan

Rupanya bila tak berduit bukan setakat kasih sayang sediada boleh hilang, seks pun tak kunjung datang. Tada duit itu steamboat taboley mari… itu barang pun taboley kasi steam juga.

Silap haribulan periuk belanga pun boleh terbang…

Sudikan tekan butang bawah ni, ya... Terima Kasih.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.