Melompat Parti Selepas PRU Itu Menganiaya - CrazyDuck -->

Header Ads

Melompat Parti Selepas PRU Itu Menganiaya

Sokongan pengundi yang tidak berbelah bagi. Dari segi masa, tenaga, wang ringgit, putus silaturrahim dengan kawan dan keluarga. Tiba-tiba bila sudah menang calon yang dipercayai melompat parti. Perlu ada pembaharuan menangani calon yang begini. Supaya lompatan mereka memberi manfaat pada rakyat.
Ahli-dan-YB-BN-melompat-kepada-PH-Selepas-PRU-14
Gambar:- FB Art Saad

Calon Katak Pengkhianat Kepada Penyokong dan Pengundi

Kita mendengar akibat sokongan terhadap parti yang berbeza, adik beradik bergaduh. Kawan sudah jadi musuh. Akibat perbalahan dan perdebatan yang berlaku secara on-line dan juga off-line.

Sokongan yang tak berbelah bagi tiba-tiba dikhianati. Berbaloikah pengorbanan mereka?

Yang berniaga berkorban dengan menutup perniagaan supaya staffnya boleh balik dan mengundi. Pemilik sendiri pun balik juga. Malah ada yang memberi wang poket untuk perjalanan. Pendapatan ribu-ribu ditinggalkan dan duit perjalanan dihabiskan kerana sokongan terhadap calon.

Alih-alih… yang disokong melompat parti? Bukankah sangat menyakitkan hati?

Melompat untuk kepentingan rakyat atau poket sendiri? Kejar jawatan yang bakal disandang selepas lompatan atau apa? Lebih buruk jika ada unsur rasuah.

Ramai penggiat media yang tidak berbayar memberikan sokongan dalam bentuk idea dan pemikiran menyokong calon kesukaan. Tak kiralah atas apa dasar atau kepercayaan. Masa mereka banyak dihabiskan untuk menaikkan calon.

Secara langsung atau tidak memberikan pengaruh untuk kemenangan calon yang disokong dan mengalahkan lawan.

Tup-tap-tup-tap… dengar khabar nya mahu atau sudah melompat.

Aduh… inikah balasan kamu bila diberikan kepercayaan dan sokongan? Sudahlah masa terbuang tak ada minta sebarang bayaran.

Begitu juga dengan tukang pasang bendera dan banners. Sokong punya pasal, tak ambil upah pun tak apa. Ikhlas. Mahu lihat perubahan atau meneruskan “hidup rakyat” yang tidak “sehebat” mana.

Berpanas berpeluh dari kulit gebu jadi kusam hitam legam. Tolong calon supaya menang. Tak minta sekupang pun. Orang bagi ambil laa, kan?

Dah menang...

Laa… awat depa pi tukaq jadi katak pulak?

Mampuih laaa… lain kali tobat lahum aku tak tolong dah. Aku ingat sampai mati woi. Hang naik calon aku balun.

Sebenarnya banyak pengorbanan penyokong selain dari apa yang disebutkan di atas yang tak nampak oleh calon. Dan tak mahu diwar-warkan oleh penyokong. Mereka bergerak dengan cara mereka. Ikhlas saja dasarnya. Mahu melihat kemenangan terhadap apa yang mereka percayai dan sama-sama perjuangkan.

Hukuman Bagi Menangani Calon Katak

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah awal-awal lagi memberi amaran “Denda RM 10 juta menanti calon khianat perjuangan.”

Tapi aku rasa baik buat macam ini. Supaya nak melompat pun lompat dengan maruah dan transparent.
  • Calon yang melompat membayar minima RM 10 juta (lebih baik jika lebih). Nombor ini digunakan hanya sebagai contoh. Nak ambil duit dari mana itu dia punya pasal.
  • Parti yang terima lompatan bayar 2 kali ganda (RM 20 juta).
  • Jumlah bayaran ialah RM 30 juta.
  • Senarai pengundi yang mengundi calon mendapat agihan dari RM 30 juta di atas. Sekarang semua sudah boleh dibuat secara on-line. Jangan terperap dengan pensil, dawat, kertas, dan kotak lagi. Dunia sudah lama meninggalkan kita. Cakap fikir luar kotak, tapi kerjanya?
  • Lagi ramai jumlah pengundi disesuatu kawasan, lagi besar jumlah minima bayaran yang dikenakan.
Dengan ini penyokong yang berusaha dengan ikhlas tidak tergurus hati mereka malah akan terus menyokong calon yang melompat. Supaya melompat lagi dilain kali. Kerana mereka juga mendapat laba dari lompatan.

Sudah mendapat habuan semua orang boleh melompat kegirangan.

Tidak ada tuduhan perlakuan rasuah atau tuduhan ketiadaan integriti. Semua pihak boleh berpuas hati.

Dalam ceramah bukan main cakap "win-win situation". Tapi bila lompat dia sorang saja yang win. Buat macam ini, semua orang dan parti boleh win.

Sudah sampai masanya memerangi rasuah dengan sangat keras. Kerana rasuah itu kesannya sangat kejam. Ianya renteten dari kesan pengedaran dan penyalah-gunaan dadah.

Candu lah yang menumpaskan China kepada British. Kemudian pukulan maut (final blow) oleh rasuah.

Bilakah agaknya Malaysia akan mengimport undang-undang supaya hukuman tembak dikenakan kepada perasuah? Sepertimana yang dilakukan oleh China sekarang? Tak kan nak import telefon, barangan murah dan “Projek Mega – oleh BN” saja?

Disclaimer: - Ini hanya pendapat peribadi aku, nak terima atau tidak suka hatilah. Bolehkan? Luahkan pendapat? Dulu takut juga… tong drum dan kampit simen menunggu depan tangga.

Sumber Gambar: Amazon

Lawak dan Pesanan Ringkas Selepas PRU:-

1. Lepas pilihanraya ini harga ayam kekal...harga lembu, kerbau, babi, itik dan ikan juga kekal. Yang naik mendadak ialah harga KATAK.
- Azman MatNoh Kki

2. Penjernihan air akan jadi sia-sia kalau segala lumpur dimasukkan kembali.
- Slevin Klevras

3. PH kena stop ambil kotoran-kotoran BN yang sokong pada kerajaan PH dengan maksud untuk menjaga periuk nasi serta jawatan dia orang dalam organisasi kerajaan.

Bahaya jika PH terima semua. Kerajaan PH akan dipandang serong jika kotoran-kotoran ini masuk beramai-ramai
- Norazman Wakiran

4. Menang boleh bersorak, kalah biar bermaruah.
- Mista Hafiz

5. “The frog culture only serves to destroy democracy because the rakyat will judge the political candidates as dishonest, opportunists, and have betrayed the voters’ mandate,”
- The Star

Apa Yang Bakal Belaku Dalam Masa Terdekat

Dari Status Facebook Sharifah Sofia Syed Rashid via Nur AHayati

  • Sah DSAI akan dibebaskan dalam masa terdekat ini setelah mendapat pengampunan dari Yang Dipertuan Agong. Hanya menunggu proses dokumentasi selesai saja.
  • Bekas Ketua Polis Negara dan AG akan didakwa di Mahkamah.
  • Parti politik PBB di Sarawak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat ini untuk keluar dari gabungan BN. Al-fatihah.
  • Dato Seri Shafie Apdal mengesahkan bahawa 6 ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dari UMNO dan UPKO sah menyertai parti WARISAN dan WARISAN akan membentuk kerajaan baru di Sabah.
  • Mahkamah akan membatalkan parti UMNO dan apabila sah UMNO terbubar maka semua parti yang bertanding atas tiket BN juga akan terbatal dengan sendirinya. Al- Fatihah.
  • Tun Mahathir kekal akan menjadi PM Malaysia yang ke 7 dan DSAI akan dilantik ke jawatan istimewa yang khas dalam masa yang belum ditetapkan.
  • Sayap Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Selangor mendesak Najib Razak dan seluruh kabinetnya yang dulu (sebelum PRU ke 14) untuk meletakkan semua jawatan di dalam UMNO.
  • Minggu depan juga Peguam Negara akan dipecat oleh Perdana Menteri Malaysia.
  • Musa Aman (Bekas K.M Sabah) akan didakwa di Mahkamah di atas segala bentuk rasuah dan penyelewengan yang bernilai berbilion ringgit.
  • Najib Razak dan Rosmah Mansor dilarang keluar negara dikhuatiri melarikan diri. Kesemua aset Najib dan Rosmah telah dibekukan setelah Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 di Istana Negara semalam.
Fuhhhh.... Betul-betul cipta sejarah.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.