Adakah Ini Nasihat Tun M Kepada PM S'pore? - CrazyDuck -->

Header Ads

Adakah Ini Nasihat Tun M Kepada PM S'pore?

Secara logiknya Tun M lah yang patut pergi ke Singapura mengunjungi Lee Hsien Loong untuk pembatalan projek HSR. Tetapi terbalik. 10 hari selepas PRU-14 PM Singapura melawat Tun dan pada 28 Mei projek HSR dibatalkan. Apakah agaknya 7 nasihat yang berkemungkinan Tun berikan kepada PM Singapura itu.
PM-Singapura-Lee-Hsien-Loong-dan-isteri-melawat-Tun-Mahathir-dan-Tun-Siti-Hasmah
PM Singapura Lee Hsien Loong dan isteri melawat Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah - Mohamed MdRashdi

Perdana Menteri Singapura bergegas menemui Tun Dr. Mahathir selepas Pakatan Harapan memenangi PRU-14. Mungkin untuk mengucapkan tahniah. Tapi mungkin juga supaya Tun tidak membatalkan project HSR yang berharga RM110 billion tu.

Dan hari ini kita tahu projek HSR sudah pun diketepikan.

Peribahasa Melayu menyebut, “Pukul anak sindir menantu.” Yang ini pula nasihatkan PM Singapura untuk Tun bagi tahu kepada ahli politik dan businessman kat Malaysia.

Jangan Lupa Pada Kawan Lama Yang Kecundang

Kehidupan di dunia ni macam tiub angin pada bola. Sat kita duk atas sat kita kat bawah. Atau ke kiri dan juga ke kanan.

Aku tau, hari tu masa hang pi melawat Najib dengan Rosmah, hangpa pekena durian. Hang tak hairan pun nak mai jumpa aku. Nak kata hello ka, apa khabar ka. Tak dak aih.

Ya… aku orang tua yang dah tak ada kuasa waktu tu. Aku sedar diri. Aku tau aku ni siapa pada pandangan hang. Bukan boleh bagi untung apa pun kat hang.

Tapi dah hari ni hang mai melawat aku, ni aku nak habaq kat hang la. Aku bukan jenis yang suka simpan-simpan. Nanti aku lupa. Jenuh duk sebut "apa nama", baru dia keluar.

OK, hang ingat ni baik-baik, “Ahli politik yang matang tidak akan menganggap pemimpin yang sudah pencen tak boleh naik balik. Ingat tu noh.”

Jadinya, kebetulan hang dah ada kat Malaysia ni, kalau hang nak pi melawat Anwar pun, pi lah.

Tapi aku rasa elok hang say hello juga kat Najib tu. Tak lah dia rasa terbuang sangat. Aku pasti dia akan menghargai. Kalau hang tak boleh melawat, telefon pun jadi lah.

Mana nak tau kot-kot waktu umor dia 93, dia jadi PM balik, macam aku ni? Dia muda lagi. La ni baru 65 tahun.

Pakaian Hanya Lambang Bukan Semestinya Tata Susila

PM-Singapura-Lee-Hsien-Loong-disambut-oleh-Tun-Mahathir
PM Singapura Lee Hsien Loong disambut oleh Tun Mahathir - Rahmat Bayudi

Oh… lawa baju batik hang noh. Aku tau tu tanda hang hormat kat aku dan juga kat budaya baju tradisi Malaysia. Terima kasih.

Cuma aku nak habaq kat hang, pakai lawa-lawa fesyen-fesyen batik ni bukan satu kemestian dan keperluan bila-bila pun hang nak jumpa aku.

Yang penting bagi aku, sikap dan perangai rendah diri. Hormat menghormati. Apabila seseorang pemimpin atau ketua tu tidak mempunyai sikap berlagak, sombong, angkuh… dia pakai apa pun aku boleh tau.

Heh… cara hang senyum pun aku tau dah. Senyum buat-buat atau senyum ikhlas. Tok sah try nak muhong aku laa. [Dalam hati Tun... "nak ucap tahniah ka nak pujuk supaya aku tak cancel Project HSR berjumlah RM110 billion tu?"]

Aku cakap kat hang lagu ni bukan apa, kita kan dah satu taraf. Satu level. Walaupun gaji hang (sebagai PM) banyak kali berganda dari gaji aku atau gaji mana-mana PM kat Malaysia ni. Duit luar dari gaji, tu aku tak tau la.

Lagi satu, pasal hormat-menghomati ni. Ni aku nak habaq pasal ayah hang tu, Lee Kuan Yew.

Aku selalu gak bertekak dengan dia. Seronok baq ang.

Tapi yang aku respect dia tu ialah dia tau apa yang dia nak dan apa yang baik untuk negara dan rakyat dia. Kalau dia tak setuju pasal sesuatu hal atau polisi dari negara luar yang memberi beban dan susah kepada rakyat dia, dia sondol semacam ja.

Sungguh… dia seorang pemimpin yang baik untuk rakyat Singapura, berani, dan berwawasan. Senang cakap… ada teloq. Hang pun ada juga kot, noh?

Nota: Kalau nak berhenti sekejap sebab panjang, sila tekan butang bawah ini. Senang untuk datang semula.

Setiap Pertandingan Ada Kalah Menang

Aku tau hang suka judi, kan? Tak banyak, sikit mesti ada punya. Tambah-tambah pasal lumba kuda.

Aku tak suka sangat race kuda ni. Itu pasal aku pindahkan Race Course pergi Sungai Besi dari Jalan Ampang. So, aku buat KLCC dan Petronas Tower kat situ.

OK… dalam politik ni sama juga macam lumba kuda. Ada masa kita kena “bertaruh.” Siapa akan menang. Tapi bukan setiap pertaruhan tu kita akan menang. Selalu juga kalah.

Bila dah kalah, terima saja lah. Akui kesilapan. Atau nasib tak baik. Jangan berdalih dan beralasan. Duit dah hangus. Dah kalah. Move on saja.

Race lain kita bertaruh lagi, tapi mesti kena ada data (termasuk track record) yang support pasal apa kita anggap seseorang Jockey dan kudanya akan menang. Kena study. Jangan ikut cakap orang.

Dan aku nak kaitkan pertaruhan kuda dengan dengan apa yang berlaku dalam PRU-14 ni.

Hang tau Tony Fernandez, kan?

Kapal-terbang-Air-Asia-dengan-tagline-Barisan-Nasional
Kapal terbang Air Asia dengan tagline Barisan Nasional. Gambar: says.com

Krew-Air-Asia-mengenakan-baju-menyokong-Barisan-Nasional
Krew Air Asia mengenakan baju menyokong Barisan Nasional. Gambar: freemalaysiatoday.

Dia bertaruh yang BN akan menang. Dan dia siap buat uniform pramugari tanda support BN kaw-kaw. Kemudian dia cat kapai terbang siap dengan logo dan motto BN. Tapi bila BN kalah, macam-macam pula alasan dia.

Ketua atau pemimpin yang lagu ni habaq kat hang, macam lalang. Orang tak respect langsung.

Kalau dah yakin sangat (dari perkiraan dan data) yang kuda pilihan hang tu boleh menang, tapi dia kalah… jangan bagi alasan dah. Terima saja.

Lain kali hang bet pun ikut Jockey atau kuda yang tu juga. Mana tau boleh menang. He he he… ni Jockey tua tengah dok bercakap dengan hang ni. Menang kali kedua.

Kualiti, Pengalaman, dan Latar Belakang Ahli Kabinet

Pasal kabinet. Sangat penting siapa yang hang pilih dan apa latar belakang depa.

Bijak pandai dari segi teori cakap pung-pang pung-pang tu OK. Tapi depa yang dok cakap banyak dalam TV ulas itu ulas ini, ada depa pernah masuk jail dak?

Masa dah tua ni bergaji besar, depa tau rasa susah? Masa kecil, mungkin ya. Tapi depa dah lupa semua tu. Sokong BN macam-macam imbuhan menunggu.

Hang tengok menteri kabinet yang aku nak lantik atau dah lantik.

Ramai antara depa tu pernah kena lokap, penjara, kena buang kerja oleh BN. Atau pun oleh orang yang jadi tali barut BN. Yang ada kuasa dan kabel dengan PM atau bini dia.

Depa ni berani dan tak hairan setakat kena tahan masuk lokap / jail kerana memperjuangkan apa yang depa yakin betul. Dan demi rakyat.

Yang kaki bodek tu… mampuih depa tak berani punya. Kipas, jilat… yang tu depa cukup pandai.

Salah seorang dari Menteri Kabinet yang aku lantik tu ialah Lim Guan Eng. Dia masuk penjara dua kali. Budak ni liat dan ketegaq nak habaq kat hang.

Dia tak lari keluar negara cari kerja macam ramai orang. Sampai orang kata Malaysia ni dah jadi “brain drain.” Yang bijak pandai pakat cabut lari. Yang banyak tinggal macam Mat Selan jaa.

Tapi dia dak. Dia tunggu dan lawan. Sebabnya dia percaya dengan apa yang ada kat Malaysia ni bagus. Dia majukan Pulau Pinang. Hutang peninggalan pemerintah terdahulu habih depa bayar. Dan macam-macam yang dia buat untuk kebajikan rakyat. Tak kira apa bangsa dan ugama.

Tu baru kita kata “berkebajikan.” Buat… bukan sekadar sembang deraih kat ceramah.

Elakkan Adanya "Yes Man" Dalam Pentadbiran

Tadi aku kata ayah hang ada teloq. Ni aku nak kata pasal orang yang tak ada tulang belakang pula. Penakut. Lembik. Kaki bodek. Pak turut. Kaki sapu.

Jangan pilih orang yang sentiasa kata “YES” kat hang. Contohnya… tengok KJ, bekas Menteri Belia dan Sukan.

Dia bukannya tak pandai. Lulusan Universiti Oxford tu.

Sebaik saja BN kalah, dia kata apa? “Kita sepatutnya bersuara dan kesilapan kita ialah tidak memberitahu Najib yang sesetengah polisi BN sudah salah.” Heh… kaki muhong putar alam.

Dah kalah berani lah dia bersuara. Dulu, seronok enjoy dapat macam-macam faedah bila jadi kaki bodek, yes man.

Orang jenis yes man hanya pentingkan diri dia saja. Tapi bila orang yang dibodek sudah tak punya kuasa, dia pun bising lah.

Bila bos sudah jatuh tersungkur mereka baru berani cakap banyak untuk dapat publisiti murahan. Nak jadi hero dan seolah-olah langsung tak terlibat dalam menyumbang kepada kejatuhan parti sendiri.

Yang berani macam Muhyiddin Yassin dan Safie Apdal dipecat dari Umno. Ahmad Husni Hanadzlah pula melepaskan jawatan dalam Umno. Dan Mukhriz terpaksa lepaskan jawatan Menteri Besar Kedah kepada Ahmad Bashah yang punya kelayakan setakat SPM saja.

Gambar-Ahmad-Bashah-di-Signboard-persimpangan-utama,-Alor-Setar
Gambar Ahmad Bashah di Signboard persimpangan utama, Alor Setar

Nak suruh orang suka kat dia, merata-rata simpang utama buboh gambar dia. Habuan ucap selamat. Boleh maju ka negeri dengan buboh muka kita banyak-banyak kat merata signboard?

So… bila ada orang yang berani bersuara, hang ambil dengar lah apa yang depa suarakan. Pelajaran ni hanya ada sekali dalam 61 tahun, nak habaq kat hang. Tapi hang pun tau, kan?

Integriti dan Kehormatan Negara

OK…pasal pentadbiran negara. Ni hang mesti tau punya. Tapi aku nak habaq juga. Hang tak suka? Ada aku kesah? Dengaq sini baik-baik noh.

Undang-undang dan perundangan adalah teras bagi pentadbiran yang adil dan saksama. Badan kehakiman dan perundangan perlu dan mesti bebas dari unsur dan pengaruh serta kepentingan orang politik.

Apabila Pasukan Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua-Ketua Badan Berkanun dan sebagainya dipengaruhi oleh perlantikan ahli politik, terutama yang dekat dengan PMO, mereka akan menguat-kuasakan apa yang hang kata dan suruh.

Kena buang kerja, pindah jabatan, pindah tempat kerja, tak naik pangkat adalah contoh yang dilakukan kepada orang yang jujur dalam kerja depa, tapi tak menurut perintah untuk buat jahat. Silap haribulan boleh kena tembak kat trafik light atau masuk tong simen.

Benda kotor macam ni sangat tak elok untuk integriti hang dan juga negara. Orang menyampah bila banyak sangat unsur rasuah.

Malaysia ni sekarang sangat terkenal, hang pun tau. Bukan sebab maju macam Singapura, yang berada pada nombor 3 dalam dunia keewangan. Atau sebab rakyat Malaysia juara dalam sesuatu jenis sukan. Tapi juara dalam rasuah.

Benda macam ni hang tak akan dapat tau kalau dikelilingi oleh kaki bodek dan penasihat yang hanya pentingkan kesihatan poket depa.

Tapi aku… aku turun jumpa rakyat. Sembang dengan depa. Aku bebas nak pi tang mana. Dalam hujan pun aku bawa kereta sendiri ja.

Bukan macam Najib, tang mana dia nak pi semua dah siap sedia. Siap panggil (paksa dan upah) orang ramai-ramai termasuk budak sekolah supaya angkat placard “I Love PM.” Hampeh…

Tun-Dr.-Mahathir-memandu-dalam-hujan
Tun Dr. Mahathir memandu dalam hujan.

Peranan First Lady Dalam Pentadbiran Negara

Tadi dua kali aku sebut pasal ayah hang. Ni aku nak sebut pasal bini pula. Bukan bini hang la. Bini hang OK ja aku rasa. Tapi bini kepada sesiapa saja yang punya jawatan penting.

Pasal pentadbiran, jangan bagi bini terlibat. Juga jangan bagi dia pegang jawatan apa-apa. Kalau tidak… jadi macam Rosmah. Dia siap boleh bagi arahan kat pegawai kerajaan atau pun mana-mana ahli politik. Orang pun menurut, sebab dia bini PM maa?

Tengok apa jadi? Sampai boleh dianggap sudah masuk geng takut bini. Kalau tak takut pasal apa nak banyak sangat handbag kat rumah?

Ayah hang sempoi ja. Mak hang sekadar bantu dari belakang, mana yang patut bila diminta. Aku dengan Siti Hasmah pun serupa juga.

Bini aku, macam juga mak hang. Mengaji tinggi. Tapi dia tak ambil port apa aku nak kata atau apa keputusan tentang hal pentadbiran negara. Termasuklah hal pelaburan keluar masuk, atau pun apa yang aku boleh buat dengan hasil pendapatan negara.

So… ingat noh apa yang aku habaq ni. Hang buat silap tapi jangan tak mau mengaku atau tak mau dengar apa rakyat kata. Rakyat la ni bukan boleh tutup mulut depa.

Sebab depa bercakap guna jari jaa. Depa geram sangat nanti depa jumpa hang depa bagi jari tengah pula. Padan muka. Ha ha ha.

Penutup

Apa yang aku tulis kat atas tu hanyalah parody yang diadaptasi dari satu posting di Facebook. Ada kebenaran dalam khayalan. Penulis artikel yang asal berkemungkinan ialah Gerard Ong yang disebut pada posting Tuan Rahmat Bayudi.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.