Gambar Kenangan dan Pengajaran Menjelang PRU14
Gambar Lama Tapi Ada Rahsia Dan Pengajaran Yang Terselit
Koleksi beberapa gambar lama ini mungkin sudah ramai yang melihatnya. Melihat sekali lalu membuat komen yang berbagai. Yang mengutuk, bahan lawak & hiburan, dan tak ketinggalan juga yang memuji.Aku memilih untuk menyungkil (extract) iktibar kebaikkan yang terdapat dalam setiap gambar yang dipaparkan. Mungkin hanya angan-angan dan harapan kosong. Atau memang ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan.
Samalah dengan orang yang menonton filem Dukun yang meraih kutipan sebanyal RM 6.2 juta. Manakala filem Avengers: Infinity War pula meraih US $ 240 juta.
Tak ada manfaat mana mungkin boleh mendapat sambutan. Walaupun semua orang tahu apa yang dipaparkan hanyalah sebuah lakunan. Begitu juga lah dengan gambar-gambar ini. Sudah tentu anda juga mempunyai persepsi dan padangan tersendiri.
Jom lihat dan nilaikan… Tapi tulisan ini panjang melebihi 4,300 perkataan.
Semua Orang Ada Pengharapan Setiap Kali PRU
Yang berniaga harapan mereka kerajaan yang baru nanti akan mampu menjana persekitaran yang lebih sihat, membuka peluang untuk perniagaan terus berkembang.Yang makan gaji mengharap berterusan memegang jawatan atau ada peluang kenaikan pangkat.
Yang kehilangan kerja kerana kemerosotan ekonomi lalu ditawarkan VSS atau MSS berharap akan mendapat pekerjaan secepat mungkin. Dengan gaji yang sama atau lebih dari sebelum diberhentikan.
Yang berhutang berharap sesuatu keajaiban berlaku dan dapat melunaskan hutang yang membebankan perasaan. Kerana setiap hari perlu bagi alasan bila masuknya panggilan.
Yang bekerja sendiri mengharap ada projek-projek tertentu yang terbuka dengan perkembangan dan kerancakkan ekonomi.
Yang bertani mengharap hasil mahsul mendapat pasaran yang lebih baik dengan harga yang memberangsangkan. Bila ekonomi baik permintaan akan meningkat.
Yang penat dengan karenah buli, kecurian, ragut, kena cilok berharap mentality dan moral rakyat bertambah baik dengan peningkatan maruah, sivik, dan adab.
Pada yang punya anak baru habis belajar pastinya mengharapkan anak-anak mereka mudah mendapatkan perkerjaan. Atau punya peluang meneroka bisnes sendiri.
Mengikut kemahiran dan kepakaran. Bukan menjadi pemandu Grab kerana tiada lagi pilhan yang ada. Walaupun sekeping ijazah sudah ditangan.
Dan bermacam-macam lagi harapan yang ada pada setiap pengundi. Termasuklah peningkatan peradaban (budaya) yang berteraskan iman dan taqwa.
Semua itu boleh dicapai sekiranya apa yang dipaparkan dalam gambar-gambar ini menjadi amalan dan kenyataan setiap hari.
Gulai Kawah Oleh Salah Seorang Paling Terkenal Di Dunia
Figure 2. Sumber: 1,000,000 Mission. Gulai kawah ke ayam goreng? |
Bayangkan anda berada dalam kisah penceritaan dari gambar untuk gambar di atas dan juga dalam gambar-gambar berikutnya.
Hari ini aku mengekori sebuah bas sekolah. Hanya yang menghairankan ianya tak kerap berhenti menurunkan kanak-kanak sekolah.
Tetapi hanya sekali berhenti dan apabila penumpang yang turun itu terpacul wajahnya, aku seperti mengenali orang itu. Tak pernah bersua muka, hanya melihat melalui TV atau media cetak.
Yang pasti, dia tak kenal aku.
Masya’Allah…orang ini terkenal seantero dunia. Datang ke kampung ini dengan bas sekolah jer. Dasyat. Tak ada pun polis pengiring suruh orang berhenti atau ke tepi. Tapi apa yang nak dibuatnya?
Oh… masak gulai kawah. Mesti sedap, kan? Err tak… mesti hebat, kan? Bertuah aku hari ni dapat semangkuk gulai kawah macam ni. Tak mungkin ada lagi selepas ini.
Alangkah bahagianya rakyat bila ada pemimpin begini yang datang ke kampung-kampung walaupun setahun sekali hanya dengan menaikki bas sekolah.
Mereka dapat merasai betapa seronoknya dapat layan handphone ketika menghadapi jem di jalanraya.
Kemudian sanggup bersama berpeluh-peluh menghadap kepanasan dapur demi menjamu rakyat dengan kudrat tangan sendiri.
Apa mungkin akan berulang lagi? Tanpa ada juru kamera yang akan mengantar videonya dan disiarkan berulang-ulang dalam semua saluran TV?
Sekiranya tulisan ini terlalu panjang dan mahu pergi sekarang, sila klik butang di bawah untuk mudah datang semula.
YB dan Menteri Membantu Membaik Pulih Rumah
Tiga gambar di bawah membuktikan kesediaan mereka membantu rakyat. Bukan sekadar cakap. Kerana cakap itu mudah dan tak ada bukti untuk diabadikan. Ia juga mudah dilupai.Figure 3. Sumber: 1,000,000 Mission.. YB dan Menteri bergotong royong membaiki rumah |
Harapan aku dari gambar ini ialah ianya dijadikan contoh dan role model dalam bergotong royong tanpa ada batasan pangkat dan kedudukan. Yang benar-benar berjiwa rakyat. Boleh ambil feel akan lenguh dan susahnya memasukkan paku dan screw dalam papan dan kayu.
Ianya akan dicontohi oleh ramai orang termasuk remaja. Dari merempit membuang masa mereka salurkan energy mencurah bakti. Energy berlebihan kerana tahap hormone adrenalin dan testosterone yang tinggi.
Juga oleh pakcik-pakcik yang suka lepak main dam haji sembang kosong di kedai kopi.
Kesannya ialah akan sangat berkurangan rumah-rumah yang daif. Masyarakat pun hidup dengan lebih tenang dan aman. Bukan sekadar ada tempat bernama “Aman Jaya.”
Kesan sampingan ialah kemungkinan tukang rumah dan pekerja sektor pembinaan tidak perlu diimport dari luar. Kerana ianya satu kemahran yang dipandang tinggi. Contoh sudah ada.
Pembentukan Akhlak dan “Civic Minded”
Pada mereka yang selalu atau pernah memasuki Singapura, pasti akan terasa sesuatu kelainan apabila mencecahkan kaki di bumi Temasik itu.Yang kaki jentik puntung rokok merata-rata secara automatic tahu mencari tong sampah. Begitu juga mak-mak yang anaknya nak buang plastic bungkusan roti. Tahu jer simpan dulu dan memasukkan ke dalam tong sampah ikut kategori “kaca, plastik, dan kertas.”
Figure 4. Sumber: 1,000,000 Mission. Menteri Besar membersihkan kawasan dan kutip sampah. |
Tapi di Malaysia kenapa ini sangat jarang berlaku? Malahan tong sampah yang disediakan di tepi jalan, sampah bersepah di sekelilingnya.
Naik kereta yang ada logo “CIVIC”, tapi buang botol minuman ikut tingkap. Botol kaca pecah, serpihannya hinggap pada cermin kereta belakang… lalu pecah berderai. Cermin kereta aku lah tu… Itu pasal aku membebel.
Perangai ini boleh diubah apabila orang politik melakukan contoh yang berterusan. Bukan 5 tahun sekali sekadar buat video atau macam gambar di atas untuk jadi viral.
Di Jepun, pemungut sampah dipanggil “Health Engineer.” Memang classlah. Bukan tukang cuci, tukang pungut yang dipandang rendah dan hina.
Aku sangat yakin apabila ada YB yang sanggup bersihkan kawasan masjid, sekolah dan melakukan pembersihan seperti gambar di atas, penduduk dan majlis bandaran secara automatic akan mendapat kemaluan yang besar apabila kawasan mereka kotor dan bersepah dengan sampah yang membusukkan.
Sikap “Civic Minded” akan tertanam dan semua orang sama-sama menjaga kebersihan. Seperti rakyat Malaysia yang pergi ke Singapura.
Menteri Yang Hidup Sederhana dan “Low Profile”
Figure 5. Sumber: 1,000,000 Mission. Ahmad Maslan dan Annuar Musa Makan Nasi Bungkus |
Nasi lemak yang sinonim dengan nasi bungkus adalah makanan ruji bagi ramai orang terutama untuk sarapan. Mudah dan menjimatkan.
Dulu-dulu sering berbungkus dengan daun pisang. Sekarang pun masih ada tapi jarang-jarang. Terutama di kawasan yang tak ada banyak pokok pisang.
Kemudian diganti dengan surat khabar berlapiskan plastik. Hari ini kertas berwarna perang yang dihasilkan dari proses kitaran semula kotak (baca: sampah) menjadi pembungkus utama.
Apabila YB makan selamba macam ini, rakyat tengok pun sejuk hati. Jika ada rasa terkilan sikit-sikit tu hilang terus. Timbul pula rasa kasihan. Kasihan kerana sanggup dan sedia hidup sebagai rakyat biasa yang adakalanya nasi bungkus menjadi makanan mewah.
“Kami tak kisah semua tu. Yang penting ialah kenyang. Syukur Alhamdulillah. Bila rakyat senang, kami pun boleh lah juga rasa seronok dan tenang makan kat hotel yang banyak bintang-bintang.”
Sekiranya mereka mendapat nasi bungkus ini setelah membilang syiling-syiling yang berbaki, aku rasa mereka akan sangat disayangi dan dihormati. Kerana mereka memahami apa erti itu perkataan “tolong aku sikit, aku tak ada duit nak makan lah hari ni.”
Dan kerana duit gaji mereka habis ditaburkan untuk membantu rakyat yang kesusahan.
Bukan taburan sekampit beras dengan wajah mereka terpampang dikulit bungkusan setiap 5 tahun sekali.
Sekiranya tulisan ini terlalu panjang dan mahu pergi sekarang, sila klik butang di bawah untuk mudah datang semula.
Makan Beradab dan Makan Bersuap
Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa. Orang ajak kita sudikan. Bila orang menyuap… yang tak sedap pun kita boleh jadi suka.Figure 6. Sumber: 1,000,000 Mission. Makan ubi rebus ke tu... ke lempeng? |
Gambar atas, bayangkanlah YB datang bersendirian bertujuan melawat dan menjenguk anak buahnya. Ada hadiah hamper yang dibawanya bersama.
Juga bayangkan, disebabkan kesempitan, tuan rumah hanya mampu hidangkan ubi kayu rebus dan teh-O. Itu teh pun dari sachet terakhir. Nasib baik tinggal satu lagi. Kalau tidak jamu air rebus suam saja lah.
Betul O punya sebab tak berduit nak beli gula. Gula, kan dah naik harga? Lagi pun ada menteri cakap harga gula naik sangat bagus supaya rakyat tak kena kencing manis.
Nak buka hamper ambil gula, tak best la pula. Depan-depan sangat. Hormat lah sikit. Lagi pun gula tu nanti boleh diguna untuk buat kueh jualan.
Tanpa banyak soal, ubi kayu rebus dimakan dengan berselera. Mulia sungguh hati dan budi YB ni. Sungguh sopan adab dan tata-susilanya. Patut sangat dicontohi oleh anak muda.
Kalau dia kata “GST tak menaikkan harga barang” mesti Pakcik dan Makcik tu setuju sangat. Walaupun bila cucunya beli buku tulisan akan ada caj GST yang dikenakan.
Nota: Lawatan rumah ke rumah bawa hamper hanya dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad. Hari biasa berurusan dengan korporat dan juga hal rakyat dari sudut yang lain. Kerja 30 hari sebulan dari jam 5 pagi sampai 10 malam.
Figure 7. Sumber: 1,000,000 Mission. Shahrizat menyuap. Dijanjikan jadi Menteri. |
Gambar atas ini pula… dialog dia orang mungkin sebegini:- “Pakcik segan lah nak tengok muka hang. Lawa sangat dengan tudung merah hidung mancung pipi tembam tu.”
“Ehh… Pakcik ni bagi ceq malu sungguh laaa. Takpa lah, Pakcik buka mulut sudah. Ceq datang dari jauh ni Pakcik. Bukan selalu boleh suap-suap macam ni. Nak abadikan kenangan supaya orang tahu saya ni memang jenis kaki suap dan penyayang punya jenis.”
“Binatang ternakan seperti lembu pun saya sayang juga selain binatang yang manja-manja macam kucing.”
“Tu lah… kalau boleh kerap datang sini, Pakcik pun cepat sihat bertenaga semula. Tak jadi muda balik dapat “rasa” jadi macam orang muda pun syiok juga.”
“Tak pa Pakcik… saya tak bertanding PRU kali ni. Tapi saya nak suap 1Malaysia kalau boleh.”
Soalan dan komentar:-
✦ Bilakah kali terakhir anda menyuapkan makanan kepada ayah dan ibu?
✦ Tahukah anda bagaimana perasaan mereka apabila ditunjukkan rasa kasih sayang dengan suapan? Dengan menyikat rambut mereka?
✦ Pastinya anda tahu yang rezeki akan masuk mencurah-curah dari berbagai pintu apabila kita menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Setuju?
Makanya gambar ini sangat patut disimpan dan lebih baik di-frame-kan untuk tatapan harian supaya kita tidak terlupa bawa I/C… eh… bukan, untuk berbakti kepada ibu bapa.
Sambil Suap Sambil Berhibur
Sama seperti gambar Pakcik tadi, Makcik ni mesti rasa sangat special.Kena pujuk atau dia tengah buat lawak. Tak kisah lah… Nampaknya makcik tu macam terhibur. Best kan… bila ada orang bernama dan ternama sanggup melawak dengan “kita” orang tua-tua ni.
Figure 8. Sumber: Harimau Malaya. YB punya lawak, terhibur makcik ni. |
Bilakah kali terakhir anda membuatkan ibu atau bapa ketawa? Atau tiap-tiap bulan minta duit dan mereka menangis / merungut sendirian?
Gambar bawah ini pula, disuap dengan tangan kiri pun tak kisah. Kira OK lah. Janji korang happy dan puas hati. Itulah budaya kemasyarakatan yang membawa keharmonan. Patut sentiasa diamalkan, bukan lima tahun sekali. Yer dok?
Figure 9. Sumber: Abu As Siddiq. Suap dengan tangan kiri pun OK, no hal lah. |
Makan Suap Menambah Baik Hubungan Silaturrahim
Figure 10. Sumber: 1,000,000 Mission. Suap jangan tak suap. |
Dari aspek perniagaan terutama yang berkaitan dengan projek, orang membeli dengan orang, bukan syarikat membeli dengan syarikat. Keakraban perhubungan menghasilkan kepercayaan (trust).
Apabila seseorang boleh menyuap dan suapannya diterima, itu bermakna jalinan silaturrahim (relationship) sudah terbina.
Mana mungkin orang yang tak dikenali berani menyuap? Juga mana mungkin kita boleh menerima suapan dari orang yang tidak dikenali dan dipercayai. Nak mampus?
Bagi yang berniaga, belajarlah seni membina keakraban ini untuk meluaskan network dan mengembangkan business.
Masa undi nanti cerita lain. Sini pasal business dan salah satu seninya ialah kebolehan membina kepercayaan dan menangkap hati pelanggan.
Bila keakraban terbina… banyak kerja boleh lancar. Cepat, pantas, dan berkesan. Pasti hebat.
Hanya sedikit peringatan… makan suap boleh menjadi sesuatu yang haram jika salah tafsir. Salah tafsir mimpi pun boleh mengkibatkan viral apatah lagi salah tafsir “makan suap.” Tak pasal masuk dalam.
Melawat Kawasan Mencari Orang Miskin dan Susah
Figure 11. Sumber: 1,000,000 Mission. Kayuh sama dia. |
Gambar di atas memperingatkan aku akan kisah Saidina Umar al-Khattab salah seorang dari Khulafa ar-Rasyidin. Akan kisahnya yang mencari orang susah lalu bertemu dengan dengan seorang ibu miskin yang hanya memasak batu kerana anaknya kelaparan.
Sambil pusing-pusing round-round terjumpa seorang Pakcik berjalan kaki. Lalu dikasi tumpang dan hantar ke rumahnya. Agaknya bini dah tunggu nak masak, barangnya tak ada. Naik basikal boleh cepat sikit.
Hebat, kan?
YB macam ini lah yang rakyat mahu (bukan bermaksud yang dalam gambar). Pasti aman dan hebat Malaysia negara ku bila ramai dan majoriti wakil rakyat (terutama Pak Mantree) sanggup turun padang walau pun hanya dengan basikal tua saja.
Tak perlu bising ada siren polis suruh orang ke tepi “buka laluan buka laluan.”
Tapi macamana boleh ada tukang ambil gambar eh? Mesti ada yang skodeng ni, kan?
Berbasikal Menguatkan Jantung dan Menyihatkan Badan
Dalam bab kesihatan pula, berbasikal ialah satu dari exercise yang paling berkesan untuk jantung. Cardovacular fitness.Cakap mesti kena serupa bikin.
Lihat gambar ni, kalau MB sendiri boleh berbasikal ke pejabat, rakyat jangan segan silu berbasikal.
Kayuhlah. Jimat duit badan sihat.
Figure 12. Sumber: 1,000,000 Mission. MB Pahang Berbasikal. Ke Pejabat atau ambil angin? |
Bila nak ke surau atau masjid terutama bila tak hujan, naiklah motor. Hirup udara segar dan nyaman. Jadikan kita sebagai role model untuk masyarakat supaya suka ke masjid.
Mengimarahkan. Bukan marah bila diajak. Barulah hebat untuk dunia dan juga akhirat.
Jangan yang akhirat tu diakhirkan dan dunia sering didahulukan. Tak seimbang. Keseimbangan antara duniawi dan rohani membawa ketenangan. Juga kesenangan.
Sebabnya nak senang kena tenang dulu. Barulah boleh hebat, kan? Ooo… pandainyer.
Figure 13. Sumber: 1,000,000 Mission. Contoh yang baik mengimarahkan masjid. Simple.
Sekiranya tulisan ini terlalu panjang dan mahu pergi sekarang, sila klik butang di bawah untuk mudah datang semula.
Mahu Dihormati? Hormati Orang Dulu Baru Betul
Respect is earned. Bukan dibeli. Bukan kerana paksaan. Begitu juga jika mahu dicontohi.Berikan contoh terbaik. Bila kata jangan pilih pekerjaan, berikan contoh yang kita sendiri tak kisah kerja apa pun.
Baru ada power pada apa yang kita cakap. Tak gitu YB?
Figure 14. Sumber: Anak istimewa dan Abu Aqif Al Aman. Cuba anda masukkan caption sendiri. |
And Yes… Of Course We All Love You
Figure 15. Sumber: Cikgu Kamarul dan Fazlina Zahari. Yo lah... We Love PM |
Apabila rakyat puas hati dan merasa aman dengan kehidupan mereka, tidak tertekan dengan keadaan ekonomi, sudah pasti mereka akan sayang pada PM.
Tak kira PM yang mana sekali pun.
Samada orang kampung, bandar, mereka yang di luar negara, penuntut university atau sekolah. They all love their PM. Bukan itu saja, malah sangat berbangga – proud of having a pride in their PM.
Yang pasti bukan lah PM yang menyebabkan dunia luar mengenali Malaysia sebagai negara yang kuat rasuah. Antara yang terhebat di dunia. Ya… Hebatkan, negaraku?
Sayang yang benar-benar sayang. Bukan perarakkan placard yang dipaksa, berbayar, atau ada ole-ole istimewa menunggu bagi yang mengambil bahagian. Atau ugutan bagi yang membangkang.
Mungkin ada yang kata… memanglah kami dibayar. Eh, sekarang ni mana ada benda free? No such things as free lunch lah. Ya… whatever. But you got the message, right?
Sedikit Sentuhan Tentang Kerusi
Figure 16. Sumber:- Md Ali Safudin Mustapha. Drhilmi. Dewa Bendera Bulan? Menang 7 Kerusi tanpa bertanding |
Kerusi hijau disebelah kiri tu… aku tak tahu nak komen apa. Kerana aku tak faham apa fungsinya.
Patung bukan boleh bercakap dan tak memberi mesej apa-apa. Tapi tak apa lah… sebagai gambar hiasan pun cukup. Yang aku faham kalau dalam rumah malaikat tak mahu masuk.
Maka malaikat mungkin tak mahu dekat dengan kawasan tu. Tapi ada pula yang kata boleh dapat undi dengan pertolongan dari malaikat. Entahlah… aku bukan ahli dalam hal-hal ghaib ni.
Gambar atas sebelah kanan tu menjadi viral kerana dikatakan mendapat 7 kerusi tanpa bertanding. Mungkin ada lawaknya tetapi boleh dilihat dari sudut yang lain.
Iaitu protokol.
Banyak YB yang tersinggung atau rasa tidak dihormati apabila kedatangan mereka ke sesuatu majlis tidak disambut dengan peralatan dan kelengkapan yang cukup.
Menganggapnya satu penghinaan. Menjatuhkan martabat. Perlu ada sambutan kompang dan bermacam persembahan dan juga jamuan.
Tetapi yang sebenarnya perkara yang penting pada YB ialah menyampaikan pesanan dan pesanan itu dapat diterima oleh audiencenya. Dalam apa jua keadaan.
YB yang berkhidmat kepada pengundi mereka, bukan pengundi yang berkhidmat kepada YB. Bila tak adakerusi yang cukup tinggi, sapu saja apa yang ada.
Tetapi apa yang kita lihat hari ini sudah terbalik. Semuanya kerana duit.
Yang berduit boleh saja membeli khidmat. Yang berkhidmat pula kerana mahukan duit.
Unsur tanggung jawab dan keikhlasan seperti Khalifah Umar Al-Khattab hanya sekadar kenangan silam yang seronok didendangkan dan diimpikan.
Impian yang pada hari ini kebanyakannya kosong belaka.
Apakah Kita Berterusan Mahu Melihat Lakunan Demi Lakunan?
Sama seperti berbelanja menonton filem Dukun dan Avengers, yang untungnya ialah penerbit dan pelakun. Kita yang menonton mungkin terhibur dan ada yang mendapat inspirasi.Tetapi setakat itu sahaja. Masa terbuang hasilnya tak ada.
Hasil yang akan mengubah nasib. Dan penghasilan itu datang dari tindakan. Bukan inspirasi atau bila termotivasi.
Tanpa hasil segala inspirasi dan motivasi akan pudar. Segalanya akan back to square one.
Pi mai pi mai tang tu juga. Tak terjawab bila orang tanya “hang pi mana hang pi mana.”
Hasil secara otomatik akan menjadi faktor motivasi yang natural, semula jadi.
Ketagihan kepada kejayaan akan terus menerus membuka jalan. Walau pun sedikit demi sedikit. Ibarat retak mula pada buah durian. Yang membolehkan ianya dibelah dan isinya dapat dimakan.
Kesan motivasi dari ucapan berapi, tangisan kesedaran, tarian kegembiraan, atau gema takbir akan terhenti. Terhenti, bila tidur tangan terletak di dahi.
Ibarat melihat durian tapi tak berduit untuk membeli. Sekadar berimpian dan keinginan menikmat, tapi hajat tak kesampaian.
Hanya hala tuju dan tindakan yang boleh mengubah nasib. Nasib diri sendiri, nasib keluarga dan nasib masyarakat sekeliling.
Bukan dengan menonton sandiwara dan lakunan mereka. Sehingga perhubungan silaturrahim dengan kawan dan keluarga terputus. Disebabkan oleh perbezaan pendapat dan ketaksuban sokongan yang keterlaluan.
Mereka dibayar terhadap apa yang mereka lakukan dan lakunkan. Wang pembayarannya datang dari kita yang menonton dan bersorak. Melalui pembelian yang bercukai.
Politik Ini Hampir Sama Sebiji Macam WWE
Aku yakin ramai yang menonton WWE. Secara sengaja atau tertonton ketika makan di restoren. Ianya menghiburkan dan menaikkan adrenalin bagi ramai orang.Kita melihat mereka macam bergaduh. Beriya-iya dengan aksi seperti “pile drive”, “cloth line”, dan sebagainya. Sebelum perlawanan berlangsung, kata-kata provokasi dilontarkan. Menaikkan ghairah penonton.
Tetapi… semuanya lakunan. Siapa yang akan menang sudah ditetapkan. Malah apa yang diucapkan pun sudah ada skripnya. Skrip yang bersambung dari minggu-keminggu. Penonton mahu tahu apa jadi seterusnya dalam permusuhan dan pergaduhan mereka.
Dihujung “perlawanan” mereka balik ke “locker room” ketawa. Tinggal di hotel yang sama. Makan juga direstoren yang sama. Naik pun kapal terbang dan bas pun yang sama.
Lakunan terbaik mengundang penonton yang ramai. Hujung bulan ambil gaji dan komisyen atas jualan tiket.
Figure 17. Lakunan semata-mata. Undertaker vs Brock Lesnar |
Begitu lah… politik ini sangat hampir sama sebiji macam WWE. Lakunan terbaik mengundang sokongan bagi yang tak mengkaji.
Bagi sesetengah parti, di hadapan kita sewaktu berceramah macam musuh ketat sangat. Tetapi ada ketikanya mereka memilih untuk berkecuali. Pada hal mereka dipilih oleh pengundi sebagai wakil untuk bersuara tentang permasalahan rakyat dan negara.
Bukan berkecuali atau ponteng ketika parlimen bersidang.
Malah mudah bagi mereka untuk duduk semeja, berbincang, makan bersama atau peluk-peluk.
Figure 18. Penyokong parti tak bertegur sapa, orang politik selamber makan bersama satu meja. |
Penyokong dan pengundi “belian dan tegar” saja yang terlebih kuah. Bergaduh sesama sendiri. Lalu siapakah yang bahagia? Si “tuan” dan keluarga mereka.
A defeat society is masyarakat yang tewas. In Jawa is enggeh. A defeat society is a slave to dogmatism. Ketuanan. Jenis “yes sir” angguk saja dalam apa jua keadaan.
- Pak Faisal KS
Dogmatism bermaksud terima saja apa yang dikatakan oleh orang yang dianggap tuan. Semuanya betul belaka. Juga menyalak bila terasa tuannya berkemungkinan diganggu.
Pencerahan lanjut dari kamus dalam internet pasal dogmatism:-
✦The tendency to lay down principles as undeniably true, without consideration of evidence or the opinions of others.
✦ Stating your opinions in a strong way and not accepting anyone else's opinions.
WWE itu ada pemiliknya. Digunakan sebagai platform sukan ala hiburan sebagai kenderaan mengutip keuntungan. Politik juga begitu.
Kepentingan Diri Atau Rakyat?
Poli-tikus yang mementingkan diri menggunakan parti sebagai kenderaan untuk mendapatkan kuasa. Dengan kuasa yang sementara itu, ia digunakan sebaik mungkin memperkayakan diri.Rakyat? Pergi mampos. Persetankan. Berlakun sekejap tabur duit, semuanya selesai.
Moga politikus dan pengundi yang begini akan semakin berkurangan dan pupus pada satu hari nanti. Kerana mereka tidak akan membantu negara untuk menjadi hebat dari sudut spiritual yang seimbang dengan material.
Kita bukan mahu kaya tanpa iman sama seperti Firaun. Atau terlalu “kelihatan” tawadduk asyik dengar tazkirah dan pengajian hingga nak bayar gaji staff pun tak cukup. Perlu minta bantuan luar. Lazimnya orang sudi membantu bila ada syaratnya. Bukan sekadar bantu.
Rakyat pula terpaksa berhijrah ke negara / negeri lain untuk mencari rezeki yang lebih baik. Meninggalkan negeri kampung halaman terbiar dalam kemunduran. Brain drain. Err… bunyi macam otak masuk longkang lah pula, eh?
Kaya beriman baru boleh keluarkan zakat yang banyak. Atau pun ramainya rakyat yang hidup senang (tak semestinya mewah). Ibarat dizaman Khalifah Umar Abd Aziz (cucu kepada Khalifah Umar Al Khattab) tiada seorang pun rakyatnya yang layak menerima zakat.
Jadi pilihlah wakil rakyat dari parti yang membawa keuntungan untuk dunia dan akhirat. Untuk mereka dan juga rakyat.
Wakil yang mampu menguruskan dan memastikan perjalanan pembangunan dan kehidupan rakyat. Aman makmur, maju sejahtera, dan hebat & bahagia belaka.
Bukan hebat berhutang… sekarang hutang negara dah dekat RM1 trillion. Hebatnyer. Siapa yang nak bayar tu? Anak cucu korang lah… siapa lagi.
Keseimbangan
Kalau terlibat dengan rasuah (sama haram dengan babi) mana mungkin memenuhi syarat untuk jadi wakil rakyat yang boleh bertanggung jawab?Kalau asyik berceramah tentang hukum tetapi tak tahu tentang teknologi dan pasaran dunia macamana nak tingkatkan kemajuan material dan membaikki tahap kehidupan rakyat?
Kemajuan teknologi bermaksud bukan sebagai pengguna yang tahu mengguna saja.
Tetapi membangun dan mengeluarkan produk hasil dari ciptaan manusia. Sebagai contoh mudah, kertas tisu yang nipis lembut setiap hari kita guna. Berapa buah kilangnya dimiliki oleh orang Islam kat Malaysia ni?
Maksud buat tisu itu bukan convert. Tetapi memproses dari bahan asasnya iaitu pulpa kepada kertas tissue yang siap berbungkus kemas dan dijual di setiap hyper market. Satu kilang pun tak ada yang pemiliknya Muslim / Melayu.
Errr… makan tadi guna tissue ke sapu tangan? Atau main lap kat seluar jer?
Kehidupan Kita Kitalah Yang Bertanggung Jawab
Memang ada ahli politik yang menceburkan diri dalam politik atas dasar perjuangan dan mahu berkhimat kepada rakyat secara ikhlas. Tanggung jawab, akhlak dan adab mereka sentiasa dijaga.Namun, ada ramai yang menceburkan diri dalam kancah politik hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja. Mengaut kekayaan selagi boleh. Dengan apa cara sekali pun. Rasuah memang sudah lali kita dengar.
Ya… Inilah yang kita tak mahu… tapi?
Mereka tahu apa yang pengundi mahu. Dan mereka tersangat licik. Malah punya penasihat untuk setiap pergerakan.
Figure 19. Dumb politicians are not the problem. It is the dumb people that keep voting for them. |
Jangan salahkan mereka yang licik ini. Yang mengangkat mereka (pengundi) itulah yang salah. Mereka tahu apa yang pengundi mahu dan berlakun (tabur janji) memberikannya.
Atau cukup hanya dengan memberikan gula-gula. Dalam bahasa internet marketing. Dedak dalam bahasa politiknya.
Bila sudah menang dia boleh saja mendapatkan apa yang dia mahu. Persetankan dengan perjuangan.
Yang penting poket aku mesti penuh dulu sampai tak muat nak diisi.
Ada pernah anda jumpa geng orang politik (yang memerintah) dan kuncu-kuncu dia orang yang miskin? Miskin kerana berbelanja untuk rakyat dan betul-betul berjuang untuk rakyat.
Mereka yang licik ini dibukakan mata terhadap kebendaan. Setelah berkuasa mereka nampak jalan bagaimana untuk mendapatkannya.
Dan mereka nampak apa yang perlu mereka lakukan. Cara baik atau sebaliknya. Kuasa sudah ada. Mereka tidak bertanggung jawab sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat. Tapi untuk diri mereka sendiri.
Mereka memberi untuk mendapatkan semula dengan lebih berganda. Bukan guna duit sendiri dan diperlihatkan seperti memenuhi tanggung jawab. Contoh mudah: - kenapa bila hampir PRU banyak upacara “pecah tanah”, sedekah Barakoh, harga minyak sudah 5 minggu stabil, dan jalan-jalan ditar semula?
Berbagai Jenis Penyokong dan Pengundi
Ada pengundi dan penyokong yang boleh bertukar arah dan ada yang jenis tegar tak tentu arah hanya tahu & mahu satu arah biar apa pun yang akan berlaku.Penyokong dan pengundi (bukan atas pagar) ini tergolong kepada beberapa kategori dan sebab-sebabnya:-
1. Sudah memang ahli dan AJK parti yang disokong.
2. Pendirian sendiri. Sokongan berubah mengikut dasar yang diperjuangkan oleh parti.
3. Pendirian sendiri yang terlalu taksub. Apa jadi pun aku undi parti yang ini.
4. Pengaruh kawan dan persekitaran.
5. Rayuan undi seperti gambar yang dipaparkan.
6. Pengaruh dan pendirian ahli keluarga. Boleh berubah mengikut dasar dan kepentingan.
7. Kesan dari pengaruh media social termasuk iklan.
8. Kesan personaliti individu yang berucap dan berjaya menyentuh hati (qalbu) pendengar.
9. Terpengaruh dengan fitnah. Terbaru ialah skandal sex yang dicipta terhadap Mat Sabu.
10. Pengaruh janji-janji, walaupun terbukti tak ditepati.
11. Mendapat gula-gula berbentuk beras juga bahan makanan seperti minyak masak, dll.
12. Kerana pekerjaan. Sekiranya parti lain yang menang jawatannya akan terlucut atau ditakuti kena buang kerja.
13. Kerana habuan (atau kebergantungan) dari sudut projek, kontrak, tanah dan sebagainya kepada parti yang disokong.
14. Dapat habuan dengan berceramah menyokong parti yang disokongnya.
15. Kesan dari ceramah oleh orang yang dianggap suci murni dan berpengaruh.
16. Dapat duit kerana menyokong atau janji untuk undi parti itu. Asasnya ialah ada duit ada undi.
17. Mahukan perubahan pada yang sedia ada. Ekonomi, peluang perkerjaan, kesejahteraan ummah. Keharmonian dan pengukuhan agama.
18. Kesan input maklumat dari saluran kerajaan – TV dan surat khabar.yang dikawal.
19. Diugut oleh pihak parti. Tak sokong tak dapat bantuan atau dipinggirkan.
20. Juga ugutan kepada penduduk Felda dan peladang / pekebun sawit. “Jika China tak beli minyak sawit Malaysia, Felda tersungkur, kita tertiarap.”
21. Ada lagi rasanya, tapi cukuplah 20 yang kat atas tu. Kalau rasa nak tambah, sila masukkan dalam ruangan komen.
Kesimpulan
Sudah 60 tahun kita berada dibawah pemerintahan parti yang sama. Bagi aku terburuk ialah dalam masa 5-6 tahun kebelakangan ini.Kekalahan China kepada British ialah kerana dadah (candu, opium). Kemudian disusuli dengan rasuah.
Dua perkara ini diexport ke Malaysia sejak 30-40 tahun yang lalu.
Oleh kerana beratnya kesan rasuah kepada mereka, di China sekarang ini tak kira siapa dan apa juga pangkatnya. Jika sabit dengan kesalahan rasuah… hanya satu hukuman.
Tembak sampai mati. Sekadar bengkak dan calar tak jadi.
Moga satu hari nanti kita juga akan mengimport hukuman mati ini kepada pengamal rasuah. Maka rakyat tidak lagi takut untuk melapurkan.
Sekarang ini yang melapurkan takut kena tong drum dan disimen. Mungkin lebih ngeri dan siksa dari menghadapi “firing squad.”
Malangnya belum sempat diimport hukuman tembak kepada perasuah, kita sudah import segala macam projek dari mereka. Dari Perlis sampailah ke Sabah. Dan khabarnya sudah lebih dari RM 670 bilion pelaburan mereka berada di Malaysia.
Proses menChinakan Malaysia sedang pesat berjalan. Sehinggakan banner kempen pun terpaksa dibeli dari China. Kerana rakyat Malaysia didahulukan supaya boleh rileks sembang kuat-kuat.
Sri Lanka dan beberapa negara Afrika sudah mereka tawan.
Kalau berasa sesuai sangat dengan diri dan tak peduli dengan permasalahan yang ada… teruskan sokong dan undi lah mereka.
Kalau rasa nak ubah selera dan rasa-rasa parti yang baru boleh merealisasikan apa yang anda harapkan, ubahlah.
Selepas 5 tahun jika tetap sama juga macam yang ada atau lebih teruk, hukumlah. Ubah lagi sekali. Lepas tu... entah apa nak jadi. Entah-entah aku pun dah tak ada kat muka bumi ni. Tapi sebelum aku pergi, mahu juga aku berbakti.
Aku puas hati walau ada hanya seorang yang terusik hatinya selepas membaca artikel ini. Ini adalah kali pertama aku tulis artikel panjang sebegini. Melebihi 4,300 perkataan dalam satu posting.
Jika bermanfaat, kongsi dan sebarkan.
You are awesome. Mungkin 1 dalam 1,000. Terima kasih kerana baca sampai sini. Butang kongsi kat bawah ni jer. Sentuh, ON lah ianya.
Thank you for your comments