13 Tabiat Membuatkan Orang Berminda Kuat Jiwanya Kental dan Cekal
Bob Proctor. Mentor pada ramai orang. |
Dalam pemanduan pulang bersendirian, kata-kata Pak Hamid berlegar-legar dalam kepala aku. Ada sesuatu tentang Pak Hamid ini. Kehilangan kerja, bermurung seketika, berusaha mempelajari benda baru, dan kini bersedia melangkah.
Bangun dan teruskan perjalanan kehidupan.
Sabar yang dipalu dengan usaha. Bukan sabar dengan bermenung, tidur, dan terus bermimpi yang indah-indah. Bukan juga menunggu tetapi mencipta kehadiran sinar bahagia.
Semuanya memerlukan masa. Dan masa itu akan tiba membawa sinar bahagia mengikut Qadar ketentuanNYA. Qadar yang kadarnya kita sendiri boleh berusaha untuk mempercepatkan pencapaian.
Kekuatan minda Pak Hamid sudah teruji dan dia tahu dia akan terus diuji. Ujian minda bukan sesuatu yang mudah. Tetapi boleh dikawal bagi mereka yang kenal bagaimana mempertahankan kekuatan minda.
Kekuatan minda bukan datang secara semula jadi. Ianya sesuatu yang dibentuk melalui proses pelajaran, mengenal, pengamalan (pengukuhan), dan pengawalan.
Pengaruh ISSE-Q akan menentukan kekuatan minda seseorang. Tetapi EQlah yang akan menentukan tahap kekentalan dan kecekalan jiwa seseorang itu.
Secara ringkasnya ISSE-Q merujuk kepada:-
• IQ (Intelligent Quotient - Kecerdasan Intelektual)
• SQ (Social Quotient - Kecekapan Sosial)
• SQ (Spiritual Quotient - Kemantapan Rohani)
• EQ (Emotional Quotient - Keutuhan Emosi)
Kebanyakan orang sudah tahu maksud setiap _Q di atas. Tetapi, sekiranya mahukan penjelasan sila masukkan soalan dalam ruangan komen.
Aku hanya mahu fokus kepada EQ, iaitu Keutuhan Emosi yang aku lihat dan perhatikan dari Pak Hamid. Bagaimana dia menangani dan melepasi fasa kemurungan. Kini bergerak untuk bangkit semula dalam bidang yang baru.
Kenapa aku mahu fokuskan kepada EQ?
Kata Pak Hamid, dalam hal kehidupan (bukan sudut akademik dan penghafalan) seperti berniaga, perlumbaan, atau sukan orang yang memiliki IQ pada tahap biasa-biasa sering mengalahkan mereka yang mempunyai IQ yang tinggi.Pak Hamid memberikan perbandingan yang menjelaskan perbezaan ketara antara IQ dan EQ.
Juara memiliki EQ yang tinggi walaupun IQ sederhana |
Contoh untuk IQ yang tinggi itu: seseorang yang boleh menghafal theory menunggang basikal. Juga theory tentang cara basikal diperbaikki mengikut kerosakan. Tetapi dia tidak pernah menunggang dan tak juga pernah memegang spanar.
Bila diadakan ujan bertulis, dia akan mendapat markah 100%.
Namun apabila memasuki perlumbaan lasak menuruni bukit dan lurah, pemenang ialah orang yang tidak mendapat keputusan terbaik dalam ujian bertulis.
Orang ini tak punya masa untuk menghafal tetapi kerjanya berlatih menunggang dan memperbaikki kerosakan apabila basikalnya rosak akibat terbabas.
Terbiasa dengan penunggangan yang lasak, cedera, kepenatan… dia menjadi penyabar dan sangat kental. Sakit sikit tak dipedulikan. Nak mengeluh memang bukan kesukaan. Lagi sukar dan mencabar kawasan penunggangan lagi disukainya.
Contoh tentang basikal tadi, Pak Hamid berikan supaya aku dapat menangkap maksud perkara yang mahu disampaikannya.
Ia itu perkara yang dilakukan oleh orang yang mempunyai semangat kental. Hati cekal. Fokusnya jitu.
Kerana bila tak fokus… penunggang tadi akan langgar pokok atau masuk gaung.
Manakala yang belajar theory, sambil main handphone pun dia boleh hafal… Berkemungkinan juga sangat cekap memberikan alasan dan juga banyak komplen kenapa dia bukan juara.
Juga berkemungkinan dia boleh menjadi Coach, tukang kritik, speaker kat seminar... yang terlibat dengan bercakap atau pengurusan. Lahirkan juara atau sekumpulan juara bila bagus dengan EQ bagi bekas juara yang sudah meningkat umur.
Bentuk Jiwa Kental Dengan Amalan 13 Perkara Ini
Sekiranya tidak pernah belajar secara theory atau praktikal tentang mengawal EQ… boleh lihat dan ikut orang yang ada ciri-ciri kat bawah ni. Susunan tidak mengikut turutan. Aku tulis mana yang aku ingat semasa Pak Hamid bebel kat aku.1. Tidak terperap dalam zon selesa.
Ini bersangkut dengan kupu-kupu yang perlu keluar dari kepompong kalau mahu terbang bebas. Bina kekuatan diri.Dari sudut minda ianya mengenal diri – self-awareness. Kenal di mana kelemahan dan apa yang perlu diperbaikki. Ambil tindakan supaya dapat keluar dari kelemahan.
Duduk diam dengan status yang sama, memang selesa. Tapi akan terus berada ditakuk yang sama untuk tahun-tahun mendatang. Sekiranya tak mati kering.
2. Tidak Menyerah Pada Rasa Ketakutan
Pak Hamid menceritakan pada awal ketika sewaktu lepas menerima VSS. Sememangnya dia merasa takut dan malu. Kemurungan menguasai diri.Tidak memberikan alasan yang dia langsung tak tahu habuk tentang website, dia terus membaca dan tak berhenti menggodek.
Mencuba dan terus buat.
Sama macam kita belajar ambil lesen memandu dulu. Memang takut. Masuk longkang? Masuk lah… panggil orang tolong angkatkan. Lama-lama cekap macam tu jer pun.
Berani menghadapi dikala ia takut untuk bangun. Tidak tunduk dalam kekalahan yang tulus. Rendah hati dan penyantun dalam kemenangan.
~ Tengku Asyrie (1987-2018) via Fareed Halimi
3. Tidak Berhenti Mempercayai dan Yakin “Aku Boleh”
Keras kepala. Keras hati. Lebih kurang macam tu lah. Tapi bukan hati batu. Yang itu bodoh tak boleh terima pengajaran.Tetap yakin… sebab keras hati dan kepala itu bermaksud tak mahu dan tak akan putus asa. Walaupun menemui kegagalan. Hanya belum berjaya kata mereka.
Juga orang jenis ini tak pedulikan apa orang lain nak kata (sindiran). Kata lah banyak mana pun. Berbuih mulut dia orang pun aku tak kisah, kata Pak Hamid. Tak lut.
Anggap yang negative itu sekadar pandangan orang saja. Boleh kau halang apa orang nak pandang? Kalau dia nak, kau masuk toilet pun dia boleh bayangkan yang macam-macam. Mulut jenis membawang punya… lagi lah kau tak boleh nak zipkan.
Masih ingat kisah Sylvester Stallone tentang keras kepala? Mesti lah… kan?
Tapi aku lebih teringat akan satu perdebatan satu masa dulu (tahun 2008 - Hari Ini Memerintah, Esok Harga Minyak Turun) bila Pak Hamid sebut “berbuih mulut.” He he…
Orang yang terus percaya “Aku Boleh” dia tetap fokuskan fikiran, tenaga dan tindakan ke arah pencapaian impian.
Sedikit demi sedikit. Setiap hari tetap saja ada kemajuan. Kemajuan yang boleh dilihat. Atau daya pemikiran yang lebih baik. Akibat idea baru yang timbul hasil dari pergerakan terdahulu.
Les Brown. Your dream. Cultivate and grow it. |
4. Tidak Mengharap Pada Perhatian
Dizaman media social ini “perhatian” yang dimaksudkan boleh terkait dengan berapa banyak followers, berapa banyak dapat LIKE dan Komen bagi setiap status yang disiarkan.Tetapi maksud sebenar “Mengharap” ialah perhatian yang diterima itu membentuk identitinya. Orang yang jenis dahagakan perhatian ini sebenarnya tidak sesuai untuk dijadikan partner dalam perniagaan.
Orang yang kuat EQnya tak kisah berapa ramai followers yang dia ada dan berapa LIKE yang didapati bagi setiap postingnya.
Banyak bagus. Kurang tak kisah. Tak ada langsung pun tak apa.
Cumanya dalam hal media sosial ini, bila engagement banyak, posting itu akan hidup dan merebak. Mencapai “reach” yang lebih tinggi. Maka memberikan manfaat kepada lebih ramai orang.
Call to Action… “sila share”… ini bukan mahukan popularity. Tetapi meluaskan capaian manfaatnya kepada seramai yang mungkin. Itu saja.
Contohnya… Sila tekan butang di bawah ni.
5. Tidak Lompat Sana Lompat Sini
Dalam bahasa kasarnya ialah “jerk.” Merimaskan. Mementingkan diri sendiri. Kurang ajar pun boleh juga lah.Orang yang EQnya tinggi mengutamakan kesopanan dan kesantunan. Mudah memberi hormat. Seperti berdiri apabila seorang yang yang lebih tua atau pernah berjasa memasuki dewan atau bilik mesyuarat.
Bermain dengan handphone ketika mesyuarat atau perbincangan ialah petanda EQ yang rendah dan tidak tahu menghormati. Boleh menyebabkan “keterkucilan” bila ditegur.
Terkucil . Gambar oleh: Ron Salem, Eirwan Hakimie Hasnie, dan Fatan Khariri. Ubi kayu : Abdul Haris B Wahab |
6. Tidak Berdendam
Berdendam adalah rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara atau ke atas seseorang. Selalu memikirkan jalan untuk membalas. Akibatnya menimbulkan stress.Berterusan dengan perasaan dendam boleh mengkibatkan tekanan darah tinggi dan mengundang penyakit jantung.
Orang yang EQnya matang mudah memaafkan atau melupakan perkara yang tak memberi faedah tetapi membawa musibah. Tak perlu sebut “ada ubi ada batas.”
7. Tidak Dikelilingi Oleh Mereka Yang Berfikiran Negatif
Pak Hamid mengingatkan aku akan satu ketika di mana aku baru bermula dengan Facebook.Aku membuat komen kepada satu status hot yang melibatkan politik. Walaupun response tidak ditujukan kepada aku, terlalu ramai yang balas membalas. Seperti bergaduh. Aku jadi stress dengan komen maki hamun mencaci dan mencarut.
Hari ini, tambahan pula sudah dekat dengan PRU14 maki-makian tambah menjadi-jadi.
So… mana-mana individu yang aku tak berkenan dengan cara komen mereka, tekan butang UF (Unfriend atau Unfollow) saja.
Aman kepala hotak…
Oh… orang yang super positif pun bagi stress juga. Dia seorang saja yang tahu. Dia lah yang paling pandai. Hanya dia yang paling benar dan paling betul. Pendapat atau pandangan orang lain langsung tak boleh diterima pakai.
Lalu aku pun berpaling ke lain arah…
Setiap postnya adalah nasihat-nasihat-nasihat. Dah lah begitu, satu hari buat posting antara 10-20 kali. Perkara yang sangat hampir sama. Status dia saja yang keluar setiap kali refresh URL.
Lemas… ini pun aku kasi UF. Lega… senang bernafas.
8. Bersedih Tetapi Bukan Bersedih Yang Keterlaluan
Ada ketikanya memang kita rasa sedih atas sebab-sebab tertentu. Jangan biarkan kesedihan itu berlarutan dan tidak terkawal. Bermaksud kita seolahnya mengaku sebagai mangsa keadaan.Hilang kuasa mengawal diri…apatah lagi mahu mengawal keadaan sekeliling.
Orang yang selalu bersedih tidak akan dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang mahu dilakukan. Tindakan tak menjadi. Banyak masa dibuang begitu saja. Asyik scroll handphone mencari pengubat lara. Last-last tidur…
Penutup Untuk Bahagian Pertama… Sambungannya ada klik ➽ "5 dari 13".
Ikan pinang si ikan bawal,Ayam laga dalam reban,
Ayam tua suka berkelahi,
Semangat juang mesti kental,
Ranjau ada di sepanjang jalan,
Pohon doa kepada Illahi.
- Nadiah Yusoff
Gambar hiasan: FB Nadiah Yusoff |
Thank you for your comments