Mimpi Separa Sedar Bernafas Dalam Air Nampak Ikan Berenang Atas Kepala
Solat Dalam Bilik Bercahaya Suram
Suatu hari… aku solat maghrib dalam bilik yang agak gelap. Sengaja tidak memasang lampu. Tetapi cahaya dari ruang tamu masuk ke bilik melalui pintu. Dan aku boleh melihat atau mencari apa saja yang aku mahu dalam bilik itu.
http://artimimpi-az.com/arti-mimpi-menyelam-lengkap/ |
Jelas. Walau pun tidak terang. Ibarat mata kucing yang boleh nampak dalam gelap… begitu.
Kali ini aku membawa wirid dan zikir yang selalu ayah aku baca selepas solat maghrib.
Lengkap keseluruhan dengan doa mengambil masa hampir dua jam. Selalunya bila ayah selesai dengan doanya, azan Isya’ akan berkumandang.
Aku mahu mencuba untuk mendapatkan reaksi tubuh, terutama pada tapak tangan ketika berdoa.
Apa reaksinya? Klik sini. Atau baca sampai habis… kalau jalan cerita memerlukan, ada aku selitkan nanti.
Apa reaksinya? Klik sini. Atau baca sampai habis… kalau jalan cerita memerlukan, ada aku selitkan nanti.
Nota: ini bukan panduan cara nak wirid dan doa ya… sekadar menceritakan apa yang aku lalui. Carilah Ustaz yang lebih layak kalau nak buat cara yang betul.
Fahami dan Dalami Setiap Ayat Dalam Doa
Untuk mencapai tahap kekusyukan dalam wirid dan doa tak boleh hanya lontarkan bunyi dari hafalan.
Cara begini tak ubah seperti pasang CD / MP3 tanpa mendalami erti dan tidak datang dari qalbu. Itu pesan ayah. Begitu juga dengan solat dan segala gerak-geri dan bacaannya. Iaitu rukun 13.
Bukan sekadar tunggang tonggek dalam keadaan kelam kabut mahu cepat habis. Baca pun main express saja.
Apa pun melakukan solat itu lebih baik dari tak buat langsung. Sekalipun akan ada ahli syorga mengatakan solat itu hanya sia-sia. Dapat penat saja bukan pahala.
Apa pun melakukan solat itu lebih baik dari tak buat langsung. Sekalipun akan ada ahli syorga mengatakan solat itu hanya sia-sia. Dapat penat saja bukan pahala.
"Setiap ayat yang keluar dari mulut kamu sebaiknya diekori oleh pengertian akan maksud perkataan yang dilafazkan. Baru boleh masuk dalam wirid atau doa tu. Atau juga wirid dan doa tu sebati dengan kau…", katanya lagi.
Setelah sekian lama mempraktikkan pesanan ayah, kali ini sesuatu yang berlainan berlaku.
Dimulai dengan istighfar dalam keadaan mata aku pejamkan setiap bait perkataan yang keluar aku mengambil artinya dan kaitkan dengan sikap dan perlakuan aku, kelalaian aku, dosa-dosa yang pernah aku lakukan.
Dan bermacam lagi.
Dan bermacam lagi.
Apa Ini Yang Dikatakan Khusyuk?
Dengan cahaya yang tidak begitu cerah dan tiada gangguan kebisingan aku dapat menumpukan sepenuhnya terhadap apa yang aku lakukan ketika itu.
Sampai pada satu tahap sambil aku terus wirid dan disambung dengan berzikir… aku seperti berada di alam lain. Dengan mata yang terpejam terasa tubuh (jasad), fikiran, hati (qalbu) membawa jalan masing-masing.
Tubuh aku terus dengan duduk bersila tanpa ada rasa lenguh atau kebas. Fikiran aku melayang mengingati kisah silam terutama dosa-dosa yang pernah aku lakukan.
Dalam hati aku timbul kekesalan. Malah ada ketikanya juga kegembiraan.
Air mata secara sendiri mengalir membasahi pipi. Bukan disebabkan kesedihan atau kegembiraan mengenangkan peristiwa silam. Ianya mengalir tanpa ada rasa sebak atau rindu.
Ada juga sekali sekala (dilain ketika) aku ter-menangis teresak-esak bila berdoa akan sesuatu perkara atau terlalu merasakan nikmat kesyukuran. Tetapi bukan untuk kali ini.
Dalam qalbu pula… aku entah berada di mana. Aku tidak tahu. Apakah roh aku masih bersama atau sudah pergi merayau ikut suka mana dia mahu pergi?
Entah… aku tak tahu. Aku ketika itu sedang berada dalam keadaan separa sedar.
Sampai pada satu tahap ketika aku berdoa, aku merasakan seperti berada di dalam air. Jelas pada mata hati aku ikan-ikan yang berenang sangat hampir dengan kepala aku.
Seperti orang yang sedang menyelam dikawasan ikan yang banyak.
Apakah Ianya Gangguan Syaitan Atau Alamat?
Apakah syaitan masih boleh mengganggu selepas aku membaca Ayat Qursi sebanyak 7 kali dengan diikuti oleh “Wa ya’u duhu hifzuhuma” sebanyak 21 kali pada kali yang ketujuh?
Atau ianya sebagai petunjuk alamat? Tapi alamat untuk apa? Entah aku tak tahu.
Ini bukan seperti mimpi dalam tidur. Sekiranya sedang tidur dan mimpi bernafas dalam air mimpi itu boleh di ertikan seperti berikut:-
1. Anda akan bertemu dengan orang yang memiliki pengaruh besar. Contoh seperti bakal bertemu dengan seorang yang berpangkat atau pengaruh yang besar. Sumber 1.
2. Mampu meyelesaikan masalah dengan tenang. Tidak terlalu emosional dalam menangani masalah. Selalu tenang walau pun suasana menjadi bingit dan panas. Dapat mencari jalan keluar dan pendapatnya dapat diterima oleh orang lain disekelilingnya. Sumber 2.
3. Dua pengertian mimpi bernafas dalam air di atas adalah dari sudut positif. Dari sudut negatifnya… anda boleh saja rujuk terus kepada 2 sumber yang diberikan. Hanya klik pada Sumber 1 dan Sumber 2 ini.
Getaran Ketika Berdoa
Ketika aku mengangkat tangan sewaktu berdoa, aku dapat mengulangi apa yang aku rasa satu ketika dulu sewaktu bersama dengan ayah.
Rasa yang bagaimana? Seperti salah satu dari yang disenaraikan di bawah ini:-
- Terasa macam ada sesuatu pada tapak tangan kiri, kanan atau kedua-duanya. Kadang-kadang ringan ada kalanya berat.
- Tangan jadi jem – tangan kiri dan kanan tak boleh nak dirapatkan atau direnggangkan.
- Bila nak rapatkan tangan, seperti ada belon yang menolak diantara dua tangan
- Bila tarik nak renggangkan tangan seperti ada getah yang menarik balik
- Bila boleh renggangkan tangan, seperiti ada geseran atas telapak tangan samada di kiri, kanan atau kedua-duanya.
- Pada jari telunjuk seperti ada sesuatu yang menyentuh atau terasa berat.
- Telapak tangan (dalam daging, bukan permukaan) pada bahagian bawah ibu jari kanan terasa seperi bergegar.
- Selesai doa terasa tangan seperti ditarik ke atas.
Ini semua sesuatu yang pelik yang tidak mampu aku huraikan. Bagaikan mimpi tetapi bukan mimpi kerana aku sedar apa yang berlaku.
Selang beberapa minggu kemudian perkara yang sama berlaku. Tetapi sewaktu aku sedang ambil nap (tidur ayam). Ketika itu waktu hampir masuk waktu zohor. Aku bermimpi Solat Atas Batu Di Kawasan Air Terjun.
Pulak dah... dan sebelum ini mimpi aku tentang memasuki rumah ajaib.
Pulak dah... dan sebelum ini mimpi aku tentang memasuki rumah ajaib.
Thank you for your comments