Beban Dosa Lalu Seperti Diangkat - CrazyDuck -->

Header Ads

Beban Dosa Lalu Seperti Diangkat

Dosa Lalu Yang Menghambat Ketenangan

Ah Matt sudah puas melalui fasa gaya kehidupan mewah. Mengejar duit ke sana ke mari termasuk terpaksa berhutang dengan Ah Long. Dia menyedari dosa dan kesilapannya.


Hatinya terbuka untuk solat Maghrib berjemaah dan kemudian mendengar tazkirah tentang taubat. Tentang penyucian dosa.  Biarpun dosa itu sebanyak pasir dipinggiran pantai.

Selepas mendengar tazkirah itu, hati Ah Matt benar-benar tersentuh dan dia mahu melakukan perubahan pada diri dan keluarganya.  

Dia memilih untuk pergi kebun supaya dapat tenang bersendirian.

Minat Berkebun Sudah Pupus. Hanya SmartPhone...
“Eh … sapa nak ikut abah … pergi kebun.” 
 .
Tiada jawapan dari sesiapa.  

Begitulah … tidak ada seorang pun anak Ah Matt yang meminati kebun, mereka hanya asyik dengan media sosial dan sibuk dengan alam maya masing-masing.

Isterinya pun kurang berminat ke kebun, tetapi sangat gemar akan sayuran kampung yang dibawa pulang oleh Ah Matt, terutamanya ulam-ulaman.

the-freshness-of-morning-dew-embun-pagiSampai di kebun, Ah Matt tidak terus berbuat sesuatu – tetapi berjalan-jalan sambil menikmati suasana pagi yang masih kedinginan dan segar.  

Bintik-bintik embun masih terdapat pada daun-daun yang terlindung.  Hatinya tenang disitu.  

Sungguh berbeza keadaannya berbanding dengan gerombolan motor besar. 

Tiba-tiba matanya terpaku pada sekumpulan semut.

Dilihatnya semut-semut itu bergerak seolah-olah melalui “jalan” dua hala.  Apabila semut yang mahu ke utara bertemu dengan yang mahu ke selatan, masing-masing berhenti dan seolah-olah menegur atau memberi salam. Kemudian terus berjalan. 

Pengajaran Dari Sekumpulan Semut

ants-greetin- each-otherSetiap semut berbuat begitu.  

Perjalanan mereka tidak lancar kerana banyak berhenti untuk bersalaman.  

Mungkin itu cara mereka berkomunikasi antara yang turun dari utara ke arah selatan supaya misi kerja hari itu dapat berjalan lancar.



Mereka terpaksa berbuat begitu kerana tiada teknologi canggih seperti manusia...

Apakah mungkin sekiranya mereka mempunyai telefon pintar, mereka tidak lagi bersalam-salaman?  

Ah Matt tersenyum sendirian – sesuatu yang tidak logik.

Namun, terbayang padanya ketika hari raya masing-masing sibuk melayan telefon pintar (smartphone) walaupun ketika bersama menikmati kuih raya.  

Keriuhan gelak ketawa sudah semakin pupus.

"Sesiapa yang memiliki I-phone atau Samsung Galaxy terbaru dikira standard dan up to date.”Pernah dia terdengar ungkapan sebegini pada perbualan anak muda disatu majlis. 

Gadjet menjadi ukuran pertama.  Maka berlumbalah siapa memiliki model handphone terbaru.


"Rosak sudah." kata hatinya.

Tidak berapa jauh dari Ah Matt berdiri dilihatnya segerombolan semut.  

Dia pergi lebih rapat untuk memerhati gelagat mereka.  Mereka sedang membawa seekor belalang yang besar. 

Sebahagian kaki belalang itu sudah tiada.

Subhanallah…” terungkap perkataan yang sudah lama tidak diucapnya.  

Lututnya Lemah Degupan Jantungnya Pantas

grass-hopper-and-ants-fighting-for-lifeBagaimana semut-semut yang tidak bersuara boleh berkomunikasi dengan baik untuk membawa belalang yang besar dan berat ini ke sarang mereka?

Mereka perlu menyusuri “jalan” bagi mengelakkan belalang itu dari tersangkut dengan rerumput dan dedaunan.

Suasana di kebun itu membawanya mengimbau zaman ketika dia di kampung bersama ayahnya. 


Dia sering dinasihati tentang selok-belok kehidupan dan keagamaan.

Sambil berjalan menuju pondok kecil di kebun itu, pemerhatiannya pada semut tadi masih bermain di benak fikirannya. 

Sungguh hebat penciptaan Allah.


Secara tiba-tiba Ah Matt terasa lututnya lemah, degupan jantungnya pantas dan bintik peluh dingin timbul di dahinya.  

Ucapan “Astaghfirullah…” terkeluar dari bibirnya beberapa kali.  

Teringat dia akan pesan ayahnya tentang tiga perkara – sedekah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.


Dia melabuhkan punggungnya di atas satu tunggul.  Ingatan terhadap ayahnya kian mendalam. Terasa benar akan dosa-dosa yang telah dilakukannya selama ini.  

Terbayang dia akan belalang yang sudah mati dikerjakan oleh semut-semut tadi.  

“Ya … mati itu satu kepastian, hanya aku tidak tahu bila dan bagaimana pula giliran aku nanti”, bisik hati Ah Matt.


Dia cuba mengumpulkan tenaga untuk bangun … “Allahu Akbar”, ucapnya perlahan-lahan.

Langkah Untuk Penghidupan Baru

Dalam hatinya … inilah harinya dia akan memulakan satu penghidupan baru … dia mahu pulang ke pangkal jalan.  Dia mahu memulakannya dengan solat tasbih seperti yang diajarkan oleh Uztaz pada tazkirah beberapa malam yang lalu.

Sebelum naik ke pondok, Ah Matt mengambil wudhu terlebih dahulu.  Sudah sekian lama dia tidak menghayati cara mengambil wudhu – selama ini hanya secara ekspres.   

Ayahnya pernah mengajar akan simbolik pembasuhan anggota wudhu – pembersihan bukan sekadar pada anggota dengan air tetapi lebih dalam daripada itu, iaitu pembersihan hati, jiwa dan roh. 


Wudhu yang sempurna akan mempengaruhi cara hidup seseorang, bukan sekadar memenuhi syarat sah solat,” teringat Ah Matt akan kata-kata ayahnya.  

Dia juga mahu terus berhenti dari melakukan kerja sampingan yang sudah tentu pendapatannya adalah haram.

Ah Matt meneruskan solat tasbihnya dengan membaca Surah At-Takaathur, Al-‘Asr, Al-Kaafiruun dan Al-Ikhlaas dari rakaat pertama hingga empat selepas Al-Fatihah, seperti yang disarankan oleh Uztaz. 

Dia mengambil masa lebih kurang satu jam untuk melengkapkan 300 bacaan tasbihnya. 

Selepas selesai berdoa dia bertafakur sambil mengenangkan perjalanan hidupnya dan ke arah mana selepas ini.

Pipinya basah oleh titisan air matanya. Apakah Allah mengampuni dosa-dosa yang dilakukannya?

Mata Isterinya Terbuntang

Matahari sudah mula menegak di langit dan Ah Matt terasa lapar.  

Kali ini Ah Matt tidak memungut apa-apa dari kebunnya. Dia terus pulang ke rumah dan bercadang untuk menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid selepas makan tengahari.

Sesampai di rumah, isteri Ah Matt terpinga-pinga.

“Tadi kata pergi ke kebun”, tegurnya setelah melihat tiada apa yang dibawa pulang.  

“Pergi … tapi ... mmm … tak apa lah, nanti ada masa atau masa yang sesuai abang cerita.  Lapar dah ni”, jawab Ah Matt. 

“Bolehlah, tapi tak berulamlah tengah hari ni”, balas isterinya.

Ah Matt mengangguk sahaja.  Dia bergegas mandi, makan dan memberi tahu isterinya dia mahu ke masjid.

Terbuntang mata isterinya bila mendengar kata-kata Ah Matt yang dia mahu ke masjid.  Ah Matt sedar tentang perlakuan isterinya, dia mengerti tetapi dengan selamba sahaja buat-buat tak nampak.

“Eh, buang tabiat ke abang ni”, bisik hati isterinya.  “Sudahlah balik dari kebun dengan tangan kosong.”


Bersambung di: Pelaburan Mesti Mau Untung Walaupun Dengan Kawan

Jangan lupa belanja LOVE, LIKE dan SHARE noh.  Ni butang dia ada kat bawah. 

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.