Keajaiban Rumah Baru Yang Belum Siap
Mimpi Bersambung Tetapi Lompat-Lompat
Dalam episode sebelum ini ada aku sebutkan yang mimpi ini tidak datang hanya ketika aku tidur. Kerapkali ianya datang ketika aku ambil nap. Iaitu tidur-tidur ayam merehatkan diri. Paling lama pun satu jam sekiranya terlena. Tetapi kebiasaan nap aku hanya dalam 20 ke 30 minit.
Gambar hiasan: FB Rizal Hakimm. Tiada kaitan dengan artikel ini. |
Ketika napping dan dalam keadaan separa sedar itulah mimpi itu datang. Datangnya pula hanya bila aku memasuki fasa khusuk berzikir secara senyap.
Zikir yang berlaku secara automode mengikut rentak pernafasan atau degup jantung.
Mimipi-mimpi ini pula bersambung-sambung. Bukan bersambung seperti penulisan ini tetapi sambungan yang terlompat-lompat.
Sebagai contoh, katakan hari ini aku bermimpi tentang kisah A. Esoknya atau selang beberapa hari mimpi pasal kisah B, bukan sambungan terus akan kisah A.
Dikali ketiga pula didatangi oleh kisah C. Kali keempat sambungan dari kisah B.
Seterusnya begitu untuk masa yang lama selama hampir 3 tahun. Sehingga melengkapi sesuatu penceritaan dalam mimpi bersiri ini.
Maka penulisan ini adalah penyusunan semula semua mimpi yang bercampur aduk dan diasingkan mengikut tajuk utamanya.
Selepas Terdampar Di Pantai Aku Memasuki Hutan
Setelah aku terdampar oleh pukulan ombak yang membuatkan aku pengsan dan dihumban ke pantai aku tersedar semula.
Dalam keletihan dan kelesuan aku berdiri dan terhoyong hayang mengatur langkah. Aku kemudian memasuki hutan dan mengisi perut dengan pepucuk daun yang aku rasa selamat dan tidak beracun. Minum dari mata air saja.
Kalau mata air tu ada keracunan dari kencing tikus… mampus aku tak bangun dari mimpi dah… nasib masih menyebelahi aku.
Siang malam aku berjalan dalam hutan. Entah beberapa hari. Nyamuk dan pacat jadi kawan berjalan dan hiburan. Sudah lah darah aku kekurangan, kena belasah dengan dua makhluk ini lagi…tapi at least tak jadi menu sang Jerung. OK lagi… kan?
Selang beberapa lama berjalan aku menemui denai dan menelusurinya. Ada manusia yang masuk dalam hutan ini dari tanda-tanda pokok kecil yang dicantas. Hanya tinggal tunggul dan ranting yang dipotong.
Kemudian aku terdengar kokokan ayam. Bukan seperti kokokan ayam hutan tetapi ayam kampong. Hati aku semakin lega kerana pasti sudah sangat berhampiran dengan manusia.
Waktu semakin beredar memasuki fasa tengahari. Terdengar suara azan. Sangat jelas dan dekat. Gaya dendangan azan itu sangat aku kenali.
Rupanya suara azan dari masjid tidak jauh dari rumah aku. Bukan yang dalam mimpi punya…
Aku terjaga lantas bangun mandi… menunaikan solat zohor.
Perut aku berkeroncong. Kesan lapar dalam mimpi dengan hanya makan pucuk kayu dan herba membuatkan aku terus meluru ke dapur setelah selesai solat.
Rumah Banglo Kosong Dan Belum Siap Tapi...
Setelah dekat dengan perkampungan dan dapat keluar dari hutan, aku tidak bermimpi untuk sekian lama. Hampir seminggu. Mungkin lebih. Dan aku pun tak kisah. Bukan ada faedah pun mimpi ni. Buat penat ada. Gerun dan stress pun ya juga.
Mau taknya… bayangan sang Jerung nak sentap kaki masih sangat real.
Satu hari ketika hari minggu aku solat sendirian dalam bilik di tingkat atas. Entah kenapa sebaik selesai berdoa aku rasa mengantuk yang teramat sangat. Lalu tertidur di atas sejadah.
Mimpi aku keluar dari hutan disambung lagi…
Bunyi kokokan ayam menyuruh manusia berhenti dari urusan dunia semakin jelas. Pergi solat laaa wei… zohor dah masuk ni.
Seolah-olah itu yang mahu disampaikan oleh sang ayam yang berkokok bertalu-talu diwaktu tengahari.
Aku mengikut arah dari mana suara ayam itu datang.
Aku sampai di sebuah bangunan rumah banglo. Kelihatan dari luar ianya seperti belum siap. Dan bukan milik orang Bangla (ini saja aku tambah ek… tapi memang betul pun).
Sesampai aku di pintu rumah aku disambut mesra oleh beberapa orang yang ada di dalam. Mereka seolah-olah menunggu ketibaan aku.
Rupanya rumah ini tidak kosong. Tetapi seperti usang tiada berpenghuni bila dilihat dari luar.
Pakaian mereka lengkap dengan suit dan tali leher. Gaya orang korporat. Mereka menyambut kedatangan aku dengan kegirangan.
Aku kenal mereka ini dalam kehidupan bisnes aku. Ada suppliers dan juga customers. Termasuk beberapa orang rakan sepejabat. Tapi kenapa mereka berkumpul dan menyambut ketibaan aku?
Dan mereka tidak kelihatan kehairanan dengan cara penampilan aku yang terselamat dari lautan dan berhari-hari berjalan dalam hutan.
Pastinya aku kelihatan sangat comot dan berserabut. Tetapi seolah-olahnya tidak pada pandangan mereka.
Pesanan ini untuk kandungan di atas dan juga artikel episod terdahulu. |
Tidak kah mereka nampak yang aku ini dalam keadaan blemished?
Tersangat berlemos (comot) kata orang utara. Atau semua ini hanya lakunan mereka? Termasuk Tea Lady juga?
Tersangat berlemos (comot) kata orang utara. Atau semua ini hanya lakunan mereka? Termasuk Tea Lady juga?
Mana mungkin mereka semua berlakun. Begitu natural dan mantap sekali sekiranya ia adalah sebuah lakunan. Aku terfikir begitu.
Selesai minum teh dan pekena beberapa ketul kueh sebagai refresher, aku dijemput masuk ke bilik mesyuarat. Besar dan indah. Meja, kerusi dan perabut diperbuat dari kayu pejal dan tentunya mahal harganya.
Setelah lebih kurang satu jam meeting berlalu aku terasa ingin ke bilik air.
Mak ai… wanginya bilik air ni. Kemas dan sangat bersih.
Aku melihat cermin…
Cermin Ajaib?
Ait… pakaian aku lengkap dengan blazer coat, tie dan baju yang terurus. Kemas dan cantik. Tidak ada kelihatan comot berserabut seperti yang aku rasakan.
Patutlah mereka semua menyambut aku dengan baik saja. Aku yang nampak dan rasa lain. Yang mereka nampak pula lain. Hmmm… ajaib. Cermin ini atau rumah ini?
Tak apa lah… kalau begitu. Dan aku masuk semula ke dalam bilik mensyuarat.
Keadaan berubah dan masing-masing seperti panik ketakutan.
Ada beberapa orang yang tadinya berpakaian kemas dan cantik bertukar wajah. Pakaian mereka juga bertukar.
Aku melihat dan meneliti seorang demi seorang.
Kemudian masuk Tea Lady untuk mengutip cawan dan bekas air yang sudah kosong. Tiada perubahan padanya.
Beberapa orang yang aku kenali jujur dalam tingkah laku mereka juga tiada perubahan. Tetap kemas dan cantik serta tenang.
Tetapi tidak pada mereka yang selama ini aku tahu melakukan penipuan dalam urusan kerja mereka. Termasuk menerima rasuah dari supplier dan supplier yang memberi rasuah.
Pakaian mereka comot seperti comotnya aku keluar dari hutan tadi. Wajah mereka berserabut dan tidak terurus.
Akhirnya mereka yang comot dengan sendiri meminta diri untuk keluar dari bilik mesyuarat dan pergi entah ke mana. Yang tinggal hanyalah orang-orang yang masih berpakaian kemas. Kemungkinan tanda bersih hatinya dan jujur sikap serta perlakuann mereka.
Wah… ini rumah ajaib bukan cerminnya saja.
Walau pun kelihatan usang seperti tidak berpenghuni bila dilihat dari luar, ia sebenarnya sangat cantik di dalam. Dan yang boleh berada di dalam rumah ini hanyalah mereka yang hatinya bersih juga.
“Abang-abang… mak panggil makan kueh. Seri muka dan tepung talam kesukaan abang tu. Ayah beli tadi. Masih panas lagi. Dah sejuk tak best dah.”
Aku dikejutkan oleh adik bongsu… dan aku termangu mengenangkan akan mimpi ini.
Apa petunjuk atau alamat yang didatangkan? Apa maksud rumah di luar buruk di dalam berseri.
Apa Ertinya Semua Ini?
Kenapa orang berpakaian kemas dan cantik tiba-tiba jadi comot?
Kenapa pula ada yang maintain seperti biasa? Tidak kah mereka nampak perubahan pada yang lain?
Adakah hanya tuan badan yang nampak perubahan yang berlaku pada dirinya?
Kenapa pula ada yang maintain seperti biasa? Tidak kah mereka nampak perubahan pada yang lain?
Adakah hanya tuan badan yang nampak perubahan yang berlaku pada dirinya?
Kenapa mereka keluar dan tidak mahu terus berada dalam rumah itu? Apakah mereka tahu yang orang lain juga boleh nampak?
Tea Lady yang gajinya kecil juga tidak berubah jadi comot. Tetapi yang kaya berkereta besar dan berpakaian mahal pula berubah pada wajah dan penampilan mereka. Jadi comot dan berserabut.
Mimpi ini tidak ada sambungannya. Tetapi mimpi lain pula yang datang selepas beberapa minggu. Bernafas Dalam Air Nampak Ikan Berenang Atas Kepala.
Boleh ke bernafas dalam air?. Tak boleh meh tekan butang bawah ni.
Thank you for your comments