Melintas Lautan Dengan Berjalan Kaki - CrazyDuck -->

Header Ads

Melintas Lautan Dengan Berjalan Kaki

Kembali Ke Pantai Dengan Masalah Baru

Selepas berminggu-minggu aku bermimpi (separa sedar) berada di atas batu di pinggiran kolam air terjun, aku kembali ke pantai tempat aku terdampar.

Bagaimana aku sampai di situ? Tak tahu. Tiba-tiba saja sudah ada di situ. Macam lah dalam mimpi kita boleh plan nak ke  sesuatu tempat… ek? Dan aku juga tidak tahu apa tujuan aku berada di situ.

persisiran-pantai-yang-bersih


Bukannya kenangan manis pun. Hanya mimpi terselamat dari lemas atau kena baham dek jerung. Tak best langsung. Seram lagi ada. 

Tapi aku sampai ke pantai ini… dan???

nice-beach-with-Rhu-Tree

Diserang Oleh Reptilia Seperti Buaya

Sambil berjalan di atas pasir dipersisiran pantai bersendirian, tiba-tiba keluar sejenis reptile besar. Bentuknya seakan-akan buaya, tapi bukan buaya. Seperti komodo dragon, tetapi bukan juga.  Biawak sudah pasti bukan.

Komodo-Dragon
Gambar: http://www.livescience.com/27402-komodo-dragons.html

Gambar: https://news.mongabay.com/2015/12/komodo-dragon-one-of-indonesias-rare-conservation-success-stories/

Gambar atas tu sebagai hiasan saja, eh. 

Kalau dalam mimpi boleh ambil gambar kan ke best? Ada orang nak cipta teknologinya tak? 

"You ni crazy ke apa? Ini mungkin soalan dari awek."

Ermmm... Awak yang sedang membaca ni awek ke?

Kalau soalan itu ikut style loghat orang lelaki Kedah pula ianya akan berbunyi, “Hang ni gila nak mampuih apa ka?”

Sebab crazy lah bermacam technology dah ada sekarang ni. Kita orang Islam jer yang asyik guna produk bukan Muslim. Dia orang ada teringin nak guna produk keluaran Muslim? 

Minyak… itu dia mau. Itu pun company dia orang yang korek sendiri. Orang Islam hanya makan royalty. Dia orang sapu untung kaw-kaw.

OK… sambung balik pasal menate macam biawak nih. 

Apa Aku Boleh Buat?

Beberapa ekor sedang menuju ke arah aku. Apa aku nak buat? 

Lari? Atau ajak lawan bertarung?

Mereka pastinya lebih power dari aku dan sangat berbisa air liurnya. Kerbau pun mereka boleh tumbangkan. Inikan pula aku yang kecil kerdil melidi ni. Nak mampus?

Nak masuk laut? Mereka juga boleh berenang. Mampus juga.

Aku terus teringatkan kata-kata seorang kawan, “If you only pray when you are in trouble, then you really are in trouble.”

Tapi aku berdoa siang malam. Adakala panjang ada kala pendek. Dan aku sering ingat akan Tuhan. 

Kenangan dilambung ombak sehingga pengsan dan terdampar di pantai ini masih sangat segar. Ketika itu doa aku dimakbulkan dan aku terselamat.

Kini suasana yang sama aku hadapi semula. 

Kalau dulu tiada siapa yang boleh menolong aku, kini keselamatan aku hanyalah jika reptilia ini beredar. 

Tapi… ya mereka beredar dari kedudukan mereka dan semakin hampir dengan aku. Ibarat sekawan anjing pemburu yang cekap, aku didatangi dan flanked dari segenap sudut. 

Hadapan, kiri, dan kanan. Tiada ruang untuk aku mencelah sekiranya aku mahu lari. 

Aku Sudah Terperangkap

Di belakang aku lautan luas. Nok wat guannor neh???

Nak baca doa Nabi Yunus? 

Tak patut sebab aku bukan buat dosa apa kat sini dan aku tak menzalimi diri sendiri pun. 

Hanya tetiba saja aku berada di sini.

Lalu aku teringat akan kisah Nabi Musa yang dalam kesempitan dikejar Fir'aun sepertimana aku sekarang. 

Tapi aku mana ada tongkat. Kalau ada tongkat pun aku bukan ada mukjizat macam Nabi Musa.

Banyak sungguh soalan dalam kepala aku ketika tu. Tindakan apa pun tak diambil. Hanya risau dan takut.

Risau dan takut bukan boleh hasilkan apa-apa pun. Lagi stress ada.

Tetapi mimpi aku ni dalam dua alam. 

Alam nyata aku sedang berdoa selepas solat maghrib. Alam sana aku sedang mengembara entah di mana dan tiba-tiba dilanda kesusahan nak kena baham oleh reptilia berupa biawak. 

Dan aku tersepit seperti tak dapat nak selamatkan diri. Dan tiada siapa lagi yang boleh menyelamatkan aku kiranya sudah sampai masa semua reptilia itu menyerang aku serentak.

Sambil aku (aku yang dalam mimpi) bingung bagaimana mahu keluar dari kemelut tak mahu jadi menu tengahari kepada biawak-biawak ini… doa aku (aku yang sedang berdoa selepas solat Maghrib) sampai kepada doa Nabi Musa.

 Ø§Ù„ّلهُÙ…َّ Ù„َÙƒَ الْØ­َÙ…ْدُ ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ الْÙ…ُØ´ْتَÙƒَÙ‰ ÙˆَØ£َÙ†ْتَ الْÙ…ُسْتَعَانُ ÙˆَÙ„َا Ø­َÙˆْÙ„َ ÙˆَÙ„َا Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِÙ„ّا بِاللهِ الْعَÙ„ِÙŠّ الْعَظِÙŠْÙ…ِ

”ALLAHUMMA LAKAL HAMDU WA ILAIKAL MUSYTAKAA WA ANTAL MUSTA’AN
WA LAA HAULA WA LAA QUWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL ADZIM”

Ya Allah, segala puji bagi-Mu. Hanya kepadamu, Ya Allah, kami berkeluh kesah. Engkaulah tempat meminta pertolongan.
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah 
yang Maha tinggi dan Maha Agung

Aku mengulangi membaca doa ini sebanyak 11 kali. Ayat kedua pada kali kesebelas aku panjangkan sehingga habis satu nafas. Diikuti dengan mengangkat tangan setinggi yang mungkin. Meminta dan memohon pertolongan dari Allah dengan sangat bersungguh-sungguh.

Laut Terbelah

Serentak dengan itu juga aku yang berada difasa mimpi menghentakkan kaki ke pantai bebarapa kali. Kerana biawak-biawak itu sudah terlalu amat dekat dan sudah bersedia mahu membuat stunt (melompat dengan ganas) membaham aku.

Dengan sekelip mata aku terjatuh tergolek dog dan pening sekejap.

Tapi jatuh ke mana?

Aku lihat sekeliling. Tak ada pun biawak-biawak tadi. Aku melihat seperti ada dinding di kiri dan kanan aku.

Eh… ini dinding air lah. Macam air yang mengalir didinding kaca. 

Korang pernah tengok, kan? 

Kat hotel atau restoren kadang-kadang ada.

Gambar: DON MOEN
Dan aku nampak biawak-biawak tadi terapung-apung dipermukaan laut. Tak apalah… aku dah selamat sekarang. Biarkan dia orang (dia biawak). Pandai-pandailah kobiawak nak hidup.

Ait… ada lorong macam jalan. Might as well aku explore, tengok apa ada… dan mimpi aku bersambung di sini: Mati Kelaparan Atau Makan Saja Apa Ada.

Sebelum anda pergi... meh taruk komen sikit... terima kasih. Kalau Guna HP... kena tekan "view web version" dulu.

Suka ke mengalami mimpi ngeri macam ni? Tak suka... meh tekan butang  ni. 


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.