Balik Kepenatan Dari Hutan Tidur Bermimpi Ngeri - CrazyDuck -->

Header Ads

Balik Kepenatan Dari Hutan Tidur Bermimpi Ngeri

Mimpi Pelik Dan Ngeri Yang Bersambung-Sambung

Pada malam itu juga kami semua berangkat pulang menuju haluan masing-masing. Aku sampai di rumah hampir waktu subuh. Selesai menunaikan solat subuh, mata aku sudah tak boleh tahan.

Tubuh aku terlalu penat. Terus tertidur.

mimpi-ngeri-karam-di-lautan
Sumber: Periksa gambar
Aku bermimpi. Tapi bukan mimpi biasa yang membawa igauan atau bangun berjalan-jalan. Sleep walking kata Mat Saleh.

Mimpi pertama aku ini ialah ulangan atau flashback dari apa yang pernah aku bermimpi sebelum ini.

Tapi aku tak ambil kisah buat pertama kali ianya menjelma. Tak ambil pot. Tak ambil peduli. Tak ambil pusing.

Untuk apa? Mimpi itu kan hanya mainan tidur kata orang?

Namun jalan ceritanya aku ingat sehingga ke hari ini… sambil menulis ni.

Tak ingat macamana nak tulis… ek? Heh… mengong betul aku ni. Tapi tak mereng tau.

Keesokkan harinya aku terus bermimpi lagi. Tetapi bukan waktu tidur malam. Sewaktu aku penat dan ambil nap. Mimpi aku yang semalam bersambung-sambung. Sehingga beberapa hari.

Bukan mimpi yang baru. Tetap juga mimpi yang pernah aku lalui. Ianya seolah-olah mengulang kaji dan ulang tayang apa yang pernah aku lihat dalam mimpi aku.

Eh... Kau Ni Dah Cukup Istighfar Ke?

Dan mungkin ada yang sarankan supaya aku beristighfar banyak-banyak.

Saja nak bagi tau ni… aku dah beberapa kali buat solat tasbih. Dan setiap kali aku tidur atau ambil nap, aku terus saja berzikir. Nafas aku turun naik dengan zikir sekali gus. Adakalanya aku boleh rasa degupan jantung beriringan dengan zikir.

Bermakna, dalam lelap dan nyenyak aku terus saja berzikir dalam auto mode.

Ini mengambil masa yang sangat lama. Bertahun untuk latih diri sebelum dapat masuk auto mode ini.

Perkataan zikir ini sengaja aku lontarkan kat sini supaya sesiapa yang merasa dia tu ahli syorga tak terus menghentam. Untuk puaskan hati mengecam orang lain sudah salah itu ini.

Hanya dia seorang yang benar dan benar belaka. Maha benar dari segala yang benar.

Baiklah… kejap lagi aku mulakan dengan siri mimpi yang pertama – Karam Di Lautan.


Perlu rasanya aku ingatkan kepada pembaca bahawa aku ini bukan siapa-siapa. Tak ada orang yang kenal aku. Dan aku pun tak mahu dikenali.

Biar orang kenal hasil penulisan aku sudah. Penulisan yang datang dari hati dan pengalaman hidup.

Dan kenapa aku menulis tentang mimpi bersiri ini? Jawapannya aku sendiri tidak tahu.

Mungkin satu hari kelak boleh jadi novel misteri. Atau diadaptasikan jadi filem? Aku tak tahu. Dan kalau nasib baik, manalah tahu… ia mungkin terjadi filem box office macam JK Rowlings dengan Harry Porternya gitu.

Heh... angan-angan, bukan main lagi.

Well... I am working on it man. Can't you see it?

Yang aku tahu, aku hanya nak turunkan apa yang aku lalui dalam mimpi tu dalam bentuk penulisan. Itu saja.

Sekiranya ada yang baik… ambillah. Yang mengarut… jangan kutok pula. Bior jer lah.

Sekiranya ada hiburan… syiok juga aku dapat hiburkan korang.

Sekiranya ada tauladan, contohilah.

Anggap saja artikel dari siri mimpi ini sebagai dongeng pelipur lara hati yang tertekan dengan kenaikan kos sara hidup dan ekonomi yang eco-no-money.

Bersendirian Di Lautan Luas. Hanya Sekeping Papan Tempat Berpaut.

Aku tidak tahu bagaimana aku boleh berada di permukaan air di lautan yang luas. Aku melihat sekeliling… tidak ada bayangan dataran atau pantai.

Bagaimana aku boleh berada di sini sudah tidak penting lagi. Jawapan itu tidak akan membantu aku keluar dari masalah yang aku hadapi sekarang.

Soalnya sekarang aku sedang bertarung diantara hidup dengan mati.

Sehingga bila aku mampu bertahan? Siapa yang akan menolong aku?

Andaikata aku menjerit meminta pertolongan, siapa yang akan mendengar?

Papan sekeping yang membantu aku untuk terus terapung tidak boleh aku gunakan sebagai perahu atau sampan.

Aku juga sudah sangat keletihan untuk berdayung. Perut sudah terlalu amat lapar dan tekak aku tersangat dahaga.

Namun aku tetap bertahan dengan segenap tenaga yang masih ada. Tetapi aku sudah lemah. Lemah selemah-lemahnya.


Kaki aku tergantung di dalam air. Ini akan menjadi daya tarikan untuk jerung datang. Nasib aku masih baik kerana tidak ada luka. Sekiranya ada sudah tentu pedih dengan air laut.

Darah akan mengundang jerung dengan pantas untuk sampai kepada aku. Namun, bila-bila masa saja jerung boleh datang dan membaham aku.

Aku akan dilambungnya seperti yang aku lihat dalam television bagaimanan ia membaham anjing laut.

Apa bezanya aku dan anjing laut pada si jerung?

Tak ada… Cuma mungkin saiz aku lebih kecil dan lebih mudah untuk dihadamkan. Dan tidak begitu mengenyangkan pada jerung yang besar. Sedap atau tidak pada jerung itu, aku tak tahu.

Itu saja yang ada dalam fikiran aku sambil terus berpaut pada papan sekeping. Penyelamat sementara.
Aku sudah mati akal dan hilang fokus terhadap apa yang harus aku buat atau mampu aku buat untuk menyelamatkan diri.

Tidak ada alternative atau pilihan selain terus berpaut pada sekeping papan ini. Aku belum mahu mati. Samada secara lemas atau jadi makanan kepada jerung. Aku bertahan dengan setiap gram tenaga yang masih ada.

Boat People Dari Vietnam


Dalam aku bertarung dengan hidup atau mati… ingatan aku terhadap seorang kawan dari Vietnam tiba-tiba menjelma.

Namanya Trung Nguyen.

Dia adalah antara ribuan pelarian Vietnam yang mendarat di Pantai Kerteh pada tahun 80an. Dia menjadi rakan sekelas aku sewaktu belajar.

Dia menceritakan bagaimana keadaan di dalam boat setelah berbulan di lautan dan kehabisan stok makanan dan air.

Hanya air hujan yang ditadah sebagai sumber minuman.

Setelah bekalan makanan habis, mereka memakan baju pula. Hanya untuk terus hidup sekadar ada tenaga untuk bernafas.

Dia dan boatnya akhirnya diselamatkan oleh kapal dagang dan dihantar ke Kerteh, Terengganu. Kemudian dipindahkan ke Kem Pelarian di Sungai Besi sebelum dihantar ke USA.

Ingatan kepada Trung Nguyen menguatkan semangat aku. Andai kata aku diselamatkan oleh kapal dagang… bagus juga. Tapi mana mungkin.

Bagaimana pula sekiranya tiba-tiba kaki aku direntap dari bawah oleh sang Jerung? Atau si jerung membuat summersault dan membaling aku seperti kebiasaannya jerung membaling anjing laut sebelum dibaham?

Tidak ada siapa lagi yang boleh membantu aku. Aku juga tidak akan dapat bertahan lama sebelum lemas dek keletihan berpaut pada papan.



Aku Hampir Berputus Asa... Ingat Akan Allah?

Hanya semangat mahu terus hidup seperti Trung Nguyen membantu aku buat sementara sebelum aku kelemasan atau menjadi makanan kepada jerung.

Angin bertiup kuat dan dari kejauhan aku melihat ombak yang tinggi sedang menuju datang ke arah aku.

Aku hampir berputus asa… tetapi tiba-tiba aku teringat akan doa yang pernah ibu aku ajarkan.

Ianya tentang kisah Nabi Yunus dengan ikan Nun. Ya… hanya tinggal Allah saja tempat aku mengadu dan meminta pertolongan. Tidak ada yang lain yang boleh membantu aku ketika ini.

Aku berdoa besungguh-sungguh memohon pertolongan dari Allah sambil melafazkan doa Nabi Yunus:
“Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, Inni kuntu minadzhalimin”
– Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.

Aku tidak tahu berapa banyak kiraan doa itu aku ungkapkan sebelum aku dihentam dengan ombak kuat. Aku pengsan dan tidak sedarkan diri.

Sesedar aku… terasa bahang panas dari cahaya matahari membakar kulit aku. Oh… aku sedang berada di pantai. Aku sudah selamat. Doa aku dimakbulkan. Alhamdulillah.

Terjaga Dari Mimpi

Tiba-tiba aku terjaga. Baju aku basah dengan peluh. Aku bangun dan merenung semula akan mimpi tadi. Mimpi yang bersambung-sambung dari beberapa hari sebelumnya.

Maka benarlah… kata ibu, “Sekiranya kamu mahu doa kamu dimakbulkan, berdoalah seperti sudah tiada apa yang dapat menolong kamu, kecuali Allah.”

Di situ akan timbul satu keyakinan yang paling mantap.

“Jika kamu berdoa sekadar melafazkan perkataan atau hafalan tetapi masih berharap yang pertolongan akan datang dari manusia… kamu belum lagi benar-benar yakin terhadap pertolongan Allah.”

Sikit lagi nak habis dah... sebelum pergi sila tekan butang  dan LIKE tu dan taruk komen sikit kat bawah ni... ya. Terima kasih.

Selepas terdampar dan selamat… apa yang berlaku seterusnya? Masuk Rumah Baru Buat Tapi Belum Siap. Rumah Ajaib.

Jom tekan butang  ni. Tak mengerikan pun. 



No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.