Tiba-Tiba Kayu Balak Jatuh di Pinggir Kolam Air Terjun - CrazyDuck -->

Header Ads

Tiba-Tiba Kayu Balak Jatuh di Pinggir Kolam Air Terjun

Jaga Adab Ketika Buang Air di Hutan

Setelah selesai menyiapkan khemah kami pergi ke kawasan air terjun. Terdapat kolam yang sesuai untuk bermandi-mandian.

Disebabkan keenakkan bermandi air terjun kami terus berada di kawasan air terjun ini sehingga selepas solat isyak.

outdoor-at-the-waterfall-nyaman-tenang-dan-dingin-di-kawasan-air-terjun
Kolam air terjun. Sejuk dan sangat menyegarkan airnya.

Ya... kami pakat solat atas batu tu. Kawasannya lapang dan agak rata.

Tetapi itu tidak penting. Ada sesuatu kejadian aneh yang berlaku ketika keadaan gelap.

Kami berlampukan cahaya dari torchlight dan juga handphone hanya ketika yang diperlukan sahaja. Selebihnya berpandukan cahaya bulan.

Membuang Air Kecil Di Hutan Atau Kawasan Air Terjun

Kerana kesejukan ada diantara kami yang tidak tertahan mahu membuang air kecil.

Dalam keadaan gelap dan berpandukan lampu dari handphone, beberapa orang berpakat untuk membuang air dipinggiran bukit.

Aku berdiri bersebelahan kolam sambil berjaga.

Setelah selesai upacara rasmi, tempat membuang air disimbah dengan air bersih.

Setelah peserta terakhir selesai dia menyimbah dan membersihkan tempat itu.

Dan pergi ke kolam untuk bermandian semula. Tiba-tiba kedengaran satu dentuman yang tersangat kuat.

Diikuti dengan beberapa siri dentuman kecil.

Aku ternampak sesuatu jatuh dari atas seperti tanah runtuh. Aku hanya mampu terpaku melihat satu demi satu runtuhan berjatuhan.

Tapi dari mana? Tidak ada pokok tua atau reput yang kami lihat pada petang tadi dikawasan berkenaan.

Ya… lain kali bila aku ke sini lagi, aku nak cek apa mungkin ada tunggulnya.

Sekiranya Amaran Dari Siapa Atau Hanya Kebetulan?

Setelah keadaan reda aku diberitahu oleh mereka yang melihat dari jauh sewaktu dentuman pertama berbunyi. Sebatang kayu balak melungsur laju di hadapan aku. Hanya beberapa inci untuk terkena kaki aku.

batu-hampar-di-kawasan-kolam-air-terjun
Batu hampar dan laluan air terjun

Ianya berhenti secara mengejut dalam jarak kurang dari 3 meter tempat aku berdiri dan di pinggiran arus air terjun.

Yang peliknya ia berhenti mengejut. Dengan kelajuan yang amat sangat sekiranya ada benda yang menampan, kayu balak itu boleh saja melantun. Tetapi tidak. Seperti ada brek emergency gitu.

Ada diantara kami cuba menggerakkan kayu balak itu, tetapi ianya tidak bergerak. Terlalu berat dan tidak boleh digolekkan. Sekiranya terkena kaki aku, berkemungkinan kaki aku akan bersepai.

Lebih malang… korang boleh bayangkan sendiri.

Yang lebih ajaibnya ialah, dentuman pertama dan turutan seterusnya berlaku sebaik sahaja peserta terakhir selesai melepasi hajat dan melakukan pembersihan. Bertepatan di tempat pelepasan hajat dilakukan.

Syukur Semuanya Selamat

Andai kata dia masih di situ… aku sangat pasti dia akan jadi seperti ayam penyek. Kerana balak pertama yang jatuh itu terlalu besar dan sangat berat.

Ukur rentang (diameter) lebih kurang satu meter dan panjangnya tidak kurang dari 3 meter.
Berat? Aku yakin tak kurang dari satu tan.

Moral of the Story: Jangan ambil mudah untuk membuang air melepas hajat ketika di hutan belantara.

Kerana kegelapan dan masing-masing sudah kecut… kecut dek kesejukan mandi air terjun dan suspense akan hal yang tak diingini… kami terus belah.

Cadangan untuk bermalam di khemah kami lupakan buat sementara. Lain kali ada cuti kami pergi lagi.

Beruntunglah sesiapa yang pergi ke tempat khemah yang sudah kami siapkan. Sedekah juga tu…

Peristiwa ini lah yang memotivasikan untuk aku menulis tentang perjalanan hidup aku sejak dua tahun yang lepas. Perjalanan di alam nyata dan juga perjalanan dalam mimpi, iaitu di alam sana.

Sekiranya tidak berlaku runtuhan balak yang hampir membunuh aku… aku akan hanya simpan cerita ini dalam kepala hotak aku jer. Cerita pun nanti ada yang kata aku ni sudah mereng apa ka?

Mereng ke tidak… baca jer lah sambungannya di sini: Balik Kepenatan dan Tidur Bermimpi. Mimpi yang bersiri, sambung menyambung.

Kalau rajin... rajinkan lah... sentuh butang bawah ni...

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.