Solat Atas Batu Di Kawasan Air Terjun dan Alam Semula Jadi - CrazyDuck -->

Header Ads

Solat Atas Batu Di Kawasan Air Terjun dan Alam Semula Jadi

Alam Semula Jadi Mendekatkan Diri Dengan Pencipta

Secara peribadi, aku sememangnya dari sejak kecil suka akan alam semula jadi. Berkunjung ke tempat perkelahan yang tidak banyak pencemaran memberikan ketenangan pada aku.


Bunyi deruan air boleh melelapkan mata dan memberi ketenangan jiwa ketika lepak-lepak di kawasan air terjun yang dingin dan menyegarkan.

Dicampur dengan bunyi unggasan dan cengkerik juga menghiburkan. Ada kalanya terdengar juga kokokan ayam hutan. 

Begitulah aku. 

Setiap kali ada peluang cuti panjang aku melawat kawasan air terjun bersama saudara mara atau kawan-kawan jenis sekepala. Jika mereka mahu turut serta dan punya kelapangan.

Berkelah. 

Sudah tentunya di kawasan hutan atau pergunungan. Bukit pun sama juga lah.

Solat Sunat Tahiyatul Air Terjun?

Kebelakangan ini bila aku sampai ke suatu tempat perkelahan yang aku suka persekitarannya, aku terlebih dahulu melakukan solat sunat. 

Ibarat solat sunat tahiyatul masjid apabila sampai di masjid.

Jangan ada pula bakal ahli syorga yang kata… “Mana dalil dan nas yang menyuruh atau menyarankan kamu melakukan solat sunat kat kawasan air terjun?”

Ya… bakal ahli syorga atau ahli booking pintu syorga ni memang ramai. Apa orang buat tak betul belaka padanya. Dia pula siap boleh tempah pintu mana dia nak masuk.

So… aku taruk disclaimer awal-awal kat sini supaya pembaca tidak menganggap aku mahu menyampaikan ilmu. 

Tidak.  

Dan sebab itu juga aku tidak menurunkan ayat atau zikir yang spesifik pada siri tulisan aku yang bertemakan MIMPI ini. Nanti ada yang kata ajaran ilmu sesat lah pula.

Hanya cerita akan kisah hidup yang aku lalui. Yang mahu belajar sila cari guru yang sesuai. OK… ek?

Koleksi Gambar Air Terjun Yang Pernah Aku Lawati

Di bawah ini ialah gambar tempat air terjun yang pernah aku lawati dan juga satu dua gambar yang aku kutip dari internet. Sebab gambar yang dikutip tu cantik pada pandangan mata aku. 

Dan aku ada hajat nak ke sana.

Cerita pasal mimpi solat atas batu dipenghujung artikel ini. Scrol dan enjoy lah lihat gambar-gambar air terjun tu sebelum mikirkan cerita pasal mimpi aku nih. Itu pun kalau baca sampai ke penghujung.

Kalau korang dapat pergi melawat ke salah satu tempat dalam gambar ni... pergi lah. Suasana kehijauan dan deruan air serta kedinginan udara bersih dan segar sungguh amat mendamaikan jiwa.


















Pencemaran di Kawasan Air Terjun

Keindahan dan kesegaran tempat perkelahan sering dicemari oleh tangan-tangan yang tidak punya rasa tanggung jawab terhadap alam sekitar.

Termasuklah tangan orang yang selalu dok claim mereka tu bakal ahli syorga.

Apakah system pendidikan kita hanya memberikan tekanan kepada lulus dan cemerlang dalam peperiksaan? Nilai kemanusiaan dan civic sudah semakin hilang atau bagaimana?


Apabila pergi ke tempat perkelahan semua orang mahukan tempat yang bersih, teratur dan nyaman. Tapi perangai dan sikap sendiri tidak punya keprihatinan akan keselesaan orang lain. 

Tidak semua tapi ramai.

Tempat yang segar menjadi busuk. Tempat yang bersih teratur menjadi serabut dan kotor. 

Orang begini aku pasti tandas rumah mereka juga kotor dan busuk. Bilik tidur berterabur dan berbau hapak.

Di Negara Lain Tak Boleh Nikmati Air Terjun Sepanjang Tahun


Di luar negara yang mempunyai musim dingin mereka tidak berpeluang menikmati suasana damai di kawasan air terjun sepanjang tahun. Hanya di musim bunga dan musin panas. Dikala musim sejuk mereka berperang dengan kedinginan dan ais serta salji.

Kerana apa yang ada pada kita boleh dinikmati bila-bila masa, sikap take for granted menjadi kebiasaan.  Sampah sarap main baling ikut suka hati.



water-fall-turned-to-ice

Solat Atas Batu Di Kawasan Air Terjun

Ok… cukup pasal tempat perkelahan dan air terjun. Meh… kita masuk bab pasal solat atas batu pula.

Selepas lebih seminggu dari peristiwa aku mimpi bernafas dalam air (ketika separa sedar), aku bermimpi duduk di atas batu dan melakukan solat. 

Mimpi separa sedar ini berlaku setelah aku agak khayal (asyik) dengan wirid dan zikir yang dibawa. 

air-terjun-dengan-3-sumber-aliran-masuk-ke-kolam
Gambar: Google image.

Batu tempat aku duduk itu tidak ada yang serupa macam dalam gambar-gambar di atas. Ianya rata dan agak selesa untuk duduk. 

Ada tiga sumber air yang memasuki lurah bukit dan memasuki kolam kecil di sebelah kiri aku. Keluar dari kolam, air itu mengalir turun di hadapan tempat aku duduk dan terus ke bawah bukit. Sedikit mirip gambar di atas.

Selepas hari pertama aku bermimpi (dalam sedar) duduk kat batu ini, kerap kali ketika aku wirid dan berzikir selepas solat maghrib aku merasakan seperti berada di situ. Bukan setiap hari. Tapi diselang seli. 

Ada juga ketikanya mimpi ini bersambung dalam keadaan berbaring sambil nap - selepas solat asar atau zohor. Dalam mimpi tu aku hanya duduk atas batu dipinggir kolam air terjun dan berzikir.

Persediaan Sebelum Solat

Ianya berlaku hanya apabila aku memasuki fasa solat dengan persediaan awal. Perlakuan yang tidak kelam kabut gopoh gapah mahu menghabiskan solat seperti mengejar sesuatu. 

Tetapi tenang... dan bukan berniat untuk dapat mimpi.

Ayat-ayat yang dibaca pula dibaca dengan perlahan dari sudut kelajuan dan juga suara. 

Dan badan aku dalam keadaan bersih – mandi petang sebelum maghrib.

Tidak kurang dari tiga minggu keadaan itu berterusan.

Seperti mimpi bernafas dalam air, yang ini juga aku tidak faham atau mengerti apa maksudnya. Dan kenapa ada sambungan pula?

Biar saja lah fikir aku ketika itu. Asalkan aku dapat melakukan solat dengan kusyuk dan doa aku diterima (mudah-mudahan) sudah lah.

Tetapi setelah mimpi itu bersambung-sambung dan aku kerap kembali ke batu yang sama... maka aku buatlah penulisan ini. Ada lagi ~20 episod selepas next punya.

Mungkin suatu hari nanti yang entah bila aku akan menemui jawapannya. Sama juga dengan mimpi yang seterusnya iaitu Melintas Lautan Dengan Berjalan Kaki.

Teringin nak solat atas batu juga? Pergilah berkelah tapi sebelum tu meh tekan butang bawah ni. Terima kasih.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.