Kepakaran Dan Kehendak Pasaran Tidak Selari
Artist's Impression of Electrically Driven Tesla Semi-Truck |
Sedikit Nota Tentang Tabiat Membaca - Terutama Bagi Usahawan
Membaca tu sangat penting. Terutama untuk usahawan. Lebih penting lagi ialah bahan jenis apa yang dibaca. Dan adakah ianya terkait dengan pekerjaan kita. Adakah ianya membantu?Ada bacaan yang melekakan dan hanya membuang masa. Sekadar hiburan. Atau meningkatkan lagi daya untuk berangan. Mahu itu mahu beli ini supaya dilihat trendy dan mengikut zaman.
Ada jenis yang memberi maklumat semasa. Mungkin bagus untuk bisnes kita.
Episod ini ialah bahagian ke-3a dari sambungan Roadblock Usahawan. Tajuk terdahulu: - KLIK ➤ Menjadi Usahawan: Bagaimanakah Aku Harus Bermula.
Ada bacaan yang mengajar untuk kita menjadi lebih pintar dan cekap. Dan ada bacaan yang mencetuskan idea baik terutama trend yang membuka peluang perniagaan. Atau mengelak dari terjebak dengan perkara yang membawa kepada kerugian.
Ada bahan yang menyedarkan kita akan dosa dan pahala. Bagaimana menjadi manusia yang lebih berguna dan beradab untuk di sini dan persediaan untuk ke sana.
Sangat luas bidang pembacaan kalau nak dibincangkan. Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi (SAW) pun tentang baca dan pembacaan – Iqra’.
Individu yang banyak membaca boleh bersembang tentang banyak hal. Dilihat berpengetahuan malah seperti punya banyak pengalaman.
Membaca itu membuka minda. Menjana idea.
Namun, hanya membaca tiada tindakan susulan akan berjaya membebankan kepala dengan banyak informasi. Sangat banyak angan-angan.
Bagi yang bertindak pula membaca membuatkan tindakannya lebih power. Beban informasi dalam kepala menjadi senjata bila diperlukan.
Apabila apa yang dibaca itu diubah kepada tindakan ianya akan merubah seseorang samada dia menjadi master atau seorang hero.
Every hero was once a zero. And every master was once a disaster.
Pintu Masuknya Di Mana? Apa Kriterianya?
Tetapi soalan selanjutnya ialah di mana entry point aku? Di atas tadi sudah disenaraikan bagaimana aku harus bermula.Dah tahu bagaimana hendak bermula kena lah pula tahu nak masuk track ikut kedudukan kat mana. Pole position? Atau tercorot dibelakang?
Kepakaran
Ada orang entry point mereka berdasarkan kepada kepakaran yang dia ada.Contohnya jika dia seorang Doktor… Ya Doktor yang punya sijil sah (authorized to practice) bukan yang beli atau mengaku memiliki.
Memang ada yang mengaku doktor dan memang sudah pernah ada kes tangkapan pun. Tak percaya? Google je lah.
Doktor perubatan, pergigian atau kanak-kanak mereka mungkin membuka klinik mengikut kepakaran mereka.
Yang punya kepakaran tentang electrical, mungkin membuka firma consultancy pendawaian elektrik dan serentak sebagai contractor pendawaian.
Minat dan Peluang Pasaran
Entry point tidak semestinya bergantung kepada kepakaran. Minat dan peluang yang ada di pasaran juga boleh menjadi sebagai entry point.Contohnya jika seseorang mempunyai minat terhadap kereta, walau pun tidak begitu cekap (bukan pakar) untuk membuat pembaikan (repair) boleh saja berbisnes dalam bidang kereta motor.
Yang penting pasaran masih terbuka dan potensi mendapatkan pelanggan cerah. Bila sudah lama bergiat hal teknikal akan menyerap masuk.
Asalkan mahu mendengar dan belajar mengenal barang dan namanya serta memerhati kerja pembaikan bila ada peluang atau kelapangan.
Bukan semestinya membuat kerja pembaikan, tetapi memahami sudut teknikal bagi memberikan penjelasan kepada pelanggan.
Ini kerana pelanggan suka berurusan dengan orang yang boleh membuat keputusan dan (kelihatan) tahu apa yang dicakapkan.
Atau juga untuk memudahkan perbincangkan kontrak perkhidmatan kepada fleet management sesebuah syarikat besar. Pengetahuan tentang teknikal dan harga sangat membantu ketika perbincangan dan rundingan.
Sebagai pendiri business kerjanya ialah mengembangkan perniagaan. Bukan terperap dan terikat dengan kerja rutin. Itu serahkan kepada yang pakar. Contohnya mekanik.
Jika doktor, mungkin ada susah sikit lah…Nurse boleh melakukan kerja bantuan. Tetapi diagnostic dan prescription ubat mesti datang dari doktornya.
Pakar Segala Bidang?
Ah… ini bukan bahagian point of entry, tetapi mengelencong sedikit. Ia itu tentang apa pendiri business kena buat atau sekurang-kurangnya faham.Supaya tak kena kelentong dengan staff dikemudian hari. Bukan sangka buruk… tapi… alah… memang berlaku apa?
Duit laci pun ada kena kebas. Barang pula pandai nyorok hilang tak jumpa. Bila buat audit stock take… 10-20% barang yang ada tak tally dengan data baki keluar masuk.
Sebagai pendiri business banyak perkara aku kena faham. Mungkin pada waktu permulaan aku kena buat sendiri banyak benda.
Contohnya ialah seperti business plan, perancangan dan gerak kerja marketing, tender dan negotiation jika terlibat dengan service contract, kerja-kerja supervision dan pemantauan di tapak projek, dan sambil tanggung paip telefon customer yang berperangai macam tangkai jering.
Memang anda akan jumpa customer yang sangat liat nak mampus pasal pembayaran ni.
Bila dia minta delivery atau siapkan project, hari ini bayar deposit nak siapnya semalam. Bila dah siap atau barang sudah sampai ada saja alasan belum boleh bayar.
Masa minum kopi cerita juta-juta… time minta bayaran 7 angka sudah jadi 4 angka. Adoi…
Maaf… sekadar gambaran betapa syioknya bila dah masuk dunia usahawan ni. Tu jer nak selit.
OK… meh sambung lagi.
Bukan Pakar, Bukan Minat Tetapi Ada Peluang Pasaran
Peluang bermaksud aku tidak mempunyai kepakaran mahu pun minat dalam sesuatu bidang tetapi dapat mengenal pasti akan potensi pasaran.Biasa dengar orang berkata pandai “menghidu peluang?”
Ibarat tukang masak yang arif, sekali pun dia tidak berada dekat dengan periuk, bau gulai sudah memberikan maklumat. Ia itu samada gulai yang dimasak itu sudah masak atau belum.
Masih ingat akan maksud perkataan yang “digula-i?”
Contoh menghidu peluang dalam berbisnes ialah seperti ini: -
Aku bukan suka membasuh dan bukan pula pakar membasuh bermacam baju yang diperbuat dari pelbagai jenis kain.
Aku juga bukan pakar mesin basuh atau pakar main sabun. Bermaksud tahu sabun apa untuk kain jenis apa. Apa suhu yang sesuai. Berapa banyak dosing untuk setiap pembasuhan.
Brand apa yang paling berkesan tetapi menjimatkan perbelanjaan?
Dalam contoh ini walau pun aku tidak berminat dan bukan pula pakar dalam sains dan seni pembasuhan, aku dapat menghidu peluang untuk membuka laundry service.
Di kawasan yang mana ada sebuah Universiti baru akan dibuka, kedai khidmat laundry sangat bersesuaian untuk wujud. Students sebagai bakal pelanggan tetap yang utama.
Mungkin jenis token layan diri sudah memadai tanpa perlu dobi dan lipatan.
Apabila sudah buka pusat service laundry belajar sikit selok belok tentang sabun, mesin basuh dan hal yang berkaitan. Bukan susah pun.
Apabila sudah stabil, ambil saja pembantu. Gunakan mesin automatic untuk penerimaan wang tunai supaya tidak ketirisan. Maklum lah duiiiittt…. kan?
Apa pun peluang yang dihidu, perniagaan itu mesti menjual produk atau service yang sentiasa laku. Setiap pelanggan ada tempoh pusingannya untuk membeli semula.
Bermaksud aku kena jual apa yang diminta oleh pasaran, bukan apa yang aku boleh jual. Barang baik tapi kurang permintaan, sekejap saja mampus lah business tu.
Kecualilah apabila mempunyai modal besar yang boleh mengenengahkan produk itu kepada pasaran melalui bajet marketing dan pengiklanan yang cukup.
Tesla ialah contoh yang terbaik. Bukan setakat berjaya mendapat pasaran, modal juga mudah didapati dari pelabur.
Tesla shares jump almost 3% after Elon Musk teases October reveal of electric semi-truck
Mungkin ada yang kata... Tesla boleh laa. Dia ada Elon Musk. Kenapa? Sebab Elon Musk tak makan nasi berlauk? Dia tak makan belacan? Tak makan nasi lemak atau roti canai? Hanya makan kentang?
Bersambung...
Siapa yang suka makan nasi... meh tekan ini butang bawah, eh. Terima kasih.
Thank you for your comments