Mengenal Pasaran dan Menyempurnakan Permintaan - CrazyDuck -->

Header Ads

Mengenal Pasaran dan Menyempurnakan Permintaan

Bila sebut pasal business, ia wajib melibatkan penjualan. Berbagai benda yang boleh dijual. Tetapi apa yang aku nak jual? Maka kena kenal akan pasaran dan permintaan terhadap barang yang senang dijual.
Ferrari Cars Out of F1 Singapore Race

Dalam siri Roadblock Usahawan ini, dua episod terdahulu dalam siri ke-3, membincangkan tentang “Bagaimanakah Aku Harus Bermula” dan “Fokus Pada Kepakaran Atau Kehendak Pasaran.”

Sekarang kita masuk dalam bab mengenal pasaran dan permintaan. Pokoknya apa pun bila sebut pasal business… ia wajib melibatkan penjualan. Berbagai benda yang boleh dijual.

Tetapi… Apa Yang Aku Nak Atau Boleh Jual?

Menjual Barangan
• Barang keluaran sendiri [Hasil penternakan – ikan, ayam, kambing, pets; Alatan pertanian, kueh mueh, keropok kerepek… dan sebagainya]
• Barang orang – terlalu banyak pilihan. Sektor pakaian, accessories dan hiasan, barangan rumah dan dapur, barangan exclusive yang mahal, kereta motor… wah senarainya endless.
• Makanan dan minuman:- Warung, gerai atau restoren

Special Limited Edition Products
• Barangan khas bermotifkan koleksi atau accessories mahal. Hanya orang kaya yang mampu membeli.

Perkhidmatan dan Kepakaran
• Consultant [Engineering, Perundangan, Motivasi, Penulisan, Pensyarikatan… dan seterusnya.]
• Contractor [Civil, Electric, Software, Manufacturing System… dan lagi & lagi]
• Kesenian [Architecture, Landscape, Musical, Theater, Martial Arts… dan seterusnya]
• Hartanah [Developer, Property Consultant, Agent, Negotiator… and the list goes on]

Grant dari Government Untuk Commercial-kan Hasil R&D
• Develop product dari R&D dan pasarkan
• New product on Pioneer status

Internet Online Business
• Dropship – entry point tanpa modal tetapi perlukan masa mempromosi dan kemahiran menjual
• Web services dan Apps
• Affiliate & Content Marketing
• Perkara yang terkandung dalam social media. Tersangat banyak juga senarainya boleh sakit kepala mana satu mahu pilih.

Yang pentingnya ialah anda dapat menghidu permintaan pasaran.

Dan adakah anda mempunyai kemampuan untuk menarik pelanggan membeli. Paling penting bolehkah anda memenuhi permintaan itu atau perlu masuk sedikit demi sedikit?

Dan sekiranya anda sama level dengan Steve Jobs bolehlah cakap macam ini:-
Customers don’t know what they want.
In 1997, he told Business Week: “A lot of times, people don't know what they want until you show it to them.”

Yang membezakan aku (juga korang) dengan Steve Jobs ini ialah dia dikelilingi oleh orang-orang terbaik dalam bidang creative. Juga proses yang mereka miliki ialah standard world class.

Korang ada? Tak ada, maka hidulah pasaran dan kenali apa yang pelanggan mahu. Juga berapa banyak permintaan setiap bulan. Atau adakah ianya bermusim?

Channel - Risiko & Benefit

Lain padang lain belalang. Lain permainan lain gelanggang. Lain barang lain kumpulan orangnya.

Setelah masuk gelanggang, kena perhatikan lorong mana kita berada. Kalau lumba lari 100 meter, masing-masing ada lorongnya.

Marathon lain pula. Tapi tetap tak boleh berlari di tengah jalan kalau tak nak kena langgar. Kecuali bila ada pengiring khas. Jalan pula ditutup khas untuk pelumba.

Kalau race kereta atau motor macam F1 dan MotoGP tu pandai-pandai lah kau menyelit.

F1 Mercedes Team Lewis Hamilton

Aku pernah terlibat dengan beberapa channel. Terlibat bukan semestinya menjual tetapi melawat dan membuat perhatian. Juga pembelian.

1. Expo & Trade Exhibition
• MAHA dan Pertubuhan Peladang Negeri
• Expo Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah
• TV3 Sure Heboh
• Mood Republic
• Halal Fest
• Pesta Buku Antarabangsa
• Water World
• Green Technology
• Martrade dan Kementerian Perdangangan Antarabangsa

Senarai di atas hanya sebahagian kecil dari ribuan expo yang sering diadakan setiap tahun. PWTC dan KLCC merupakan venue yang sering mengenengahkan produk samada baru atau sediada.

Ianya juga menjadi tarikan pengunjung yang berbagai peringkat dan kebanyakan mereka mempunyai kemampuan untuk membeli. Peserta expo pula dari berbagai peringkat samada local atau antrarabangsa.

Penyertaan dalam expo yang begini memberikan pendedahan tentang apa yang kita ada bukan setakat kepada orang kebiasaan tetapi kepada orang-orang yang tertentu.

Orang yang boleh membantu untuk kita naik ke tahap lebih baik jika produk itu kelihatan berpotensi. Mungkin dalam bentuk pasaran, penjenamaan, atau juga grant untuk pembesaran operasi.

Pendedahan juga bermaksud mendapat idea tentang cara menonjolkan produk.

Samada melalui susunan dan perhiasan booth atau berpeluang ditemuduga dan disiarkan oleh media melalui majalah, surat khabar, radio atau TV.

Di expo besar sebegini banyak agency kerajaan / GLC yang terlibat.

Mereka sering mencari calun yang berpotensi untuk berjaya supaya dapat di bantu (baca: - menghabiskan dana / bajet tahunan kepada calun yang sesuai) meningkatkan lagi prestasi perniagaan si calun.

Risiko untuk gagal bagi syarikat yang dibantu atau dilaburkan dana agak rendah bila sudah boleh terlibat dengan ekspo-expo besar.

2. Pasar Malam atau Pasar Tani
• Tiap hari kena berangkut. Sangat memenatkan. Berniaga mungkin dari jam 4 petang sampai jam 12 paling lewat. Nasib kurang baik masuk jam 8 pagi jam 12 sudah kena clear. 4 jam saja berniaga... penat tuu.

• Tapak dah siap ada pemiliknya. Bukan boleh main masuk letak barang. Kena halau. Boleh gaduh.

• Pemain baru masuk kena duduk di hujung atau tumpang tempat yang pemilik tapak ponteng. Nasib tak baik tiba-tiba dia datang. Kena pindah susun semula.

Pasar Malam Atau Pasar Pagi Seperti Pasar Tani ada Kelebihannya yang Tersendiri.

Walaupun penat kerana sering pindah randah, bila orang sudah kenal kita dan produk kita, mereka akan tuju terus. Tanpa banyak soal. Yang lari pun ada tetapi yang baru juga ada.

Risikonya ialah bila hujan. Kalau yang menjual jenis masakan dari rumah, hujan boleh mengakibatkan barang jualan tak habis. Untung belum tentu. Nasib tak baik kos mungkin tak boleh di-cover.

Pasar malam, pasar pagi, dan expo kecilan yang dianjurkan oleh majlis perbandaran mengajar aku bercakap tanpa segan silu. Memahirkan kelancaran dalam menjawap soalan pelanggan.

Bukan pula asyik bercakap macam berceramah sampai pelanggan boleh tertidur. Tetapi lebih banyak mendengar dan jawapan diberi seringkas yang mungkin tapi boleh terus difahami oleh pelanggan.

Pelanggan suka didengari. Semua orang pun. Biarlah aku cakap sepatah dia cakap 10. Bukan sebaliknya. Sebab apa aku cakap macam tu?

Kita tidak tahu pelanggan ini latar belakangnya apa. Ada doktor, peguam, atau model tapi pakaian mereka sempoi. Tak tunjuk lagak.

Kita cakap lebih-lebih si peguam dan doktor ni akan terasa macam diperbodohkan. Mereka tak suka dibebel dan cuba untuk dijual. Mereka tahu apa mereka mahu.

Alah… barang pasar malam jer kan? Apa yang complex sangat… yer dok?

OK... cukup dulu setakat ini, siri ini bersambung lagi. Atas tu baru dua, Expo dan Pasar Malam / Pasar Tani. Ada lagi. Tentang kedai...

Tunggulah pengumumannya, atau bila tajuk sudah ada di bahagian sini... ek? Alaa... jadi lah pembaca setia. Gua mau curah ilmu ni.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.