Kekentalan Menjadi Usahawan Ada Diantara Dua Telinga
Gambar: Inhabitat |
Buang Perangai Buruk Gantikan Dengan Sikap Baru
Semua orang ada habit. Perangai baik dan buruk. Kenali apa yang ada dengan perangai buruk kita. Kemudian perbetulkan. Repair. Omputih kata... "unlearn."Hanya selepas mengenali ianya dapat disenaraikan. Tinggalkan sikap dan perangai buruk itu. Dan re-learn. Belajar semula. Ianya memerlukan kekuatan minda untuk terus meninggalkan sikap lama dan menanam serta mengamalkan sikap yang baru.
Bukan satu perkara yang mudah. Contohnya ketagihan melayari internet dan media sosial. Banyak masa terbuang begitu saja.
Artikel ini adalah sambungan dari siri Roadblock Usahawan #1: Jangan Berangan Nak Jadi Usahawan
Antara Dua Telinga
Untuk yang kuat atau kurang kuat ingatan... ingat pesanan ni kuat-kuat:-90% kejayaan bermula dengan apa yang ada antara 2 telinga.
Ya... Minda. Permulaan untuk berjaya bergantung kepadanya. Kejayaan yang seterusnya pun begitu.
Maka tinggalkan (unlearn) apa yang pernah dipelajari atau di-indoctrinated-kan sehingga kita menjadi seperti robot di kilang pemasangan.
Limpahkan minda dengan pengetahuan dan ilmu baru. Cekapkan mulut, tangan, kaki… malah segala anggota untuk bingkas. Mesti ada sense of urgency.
Perkataan nanti sat, sat lagi, malas lah, tak larat, tak apa... buang jauh-jauh. Tak usah ada dalam perbendaharaan kata-kata kita.
Kalau nak kata tunggu sekejap... boleh, tapi bagi masa. 10 minit? Setengah jam? 2 jam? Tepatkan waktu. Jangan dok sat-sat... last-last apa pun tak buat.
Yang dudok antara dua telinga tu... depa kata:-
"Train your mind right and everything else will begin to go right, even though you are turning left or going straight."
Gostan (undur, hundoq) pun masih right juga.
Gambar: Inhabitat |
Hati Tissue Terhadap Soalan dan Ucapan Sinis
Bila dah start berbisnes... akan ada soalan-soalan sinis:-- Woi... hang dah kaya ke belum?
- Bisnes macamana, soalan ditanya sambil dia senyum macam kambing hilang janggut.
- Dah travel cuti pergi mana? Depa kata Korea sejuk err??? Sambil mata dia naik juling berpusing-pusing.
- Awat dok bawak kereta ni ja... kata bisnes bukan main maju...
- Ayah mak kau dah hantar pergi Umrah @ Haji? Hang bila pula nak pergi?
Jadilah seperti tisu lap meja atau lap muka... basah pun dia kuat. Serapan juga sangat bagus. Tahu sebab apa?
Sebab ia mengandungi WET STRENGTH agent.
Usahawan pun kena ada wet strength agent ni... kalau tidak nangis tepi bucu katil... siap keluar hingus lagi.
So... Langgar jer roadblock ini atau menyimpang sikit. Langgar nanti ada yang terasa hati pula... sebab lukanya tak berdarah.
Kerana perkataan ni sebenarnya lebih dalam dari pisau belati. Bila hatinya disakiti... dan kebetulan pula kita sedang jatuh (baca akan jatuh jika belum), mereka akan bersorak.
Siap buat kenduri apa ka?
Atau sok-sek-sok-sek pasal kita masa kenduri. Sakan sungguh.
Dan soalan-soalan sinis ini bukan sekadar datang dari orang yang pernah kita kenali, malah dari ahli keluarga sendiri.
Tak Percaya?
Ada yang tak percaya? Cuba lah usulkan nak berhenti kerja makan gaji dan nak buat business.Komen yang pertama kedengaran mungkin berbunyi... "Heh... muka ni nak meniaga? Habuan lingkup boleh laaa."
Kalau nak juga berbisnes... teruskan perjalanan. Langgar atau menyimpang dari roadblock ini.
Jumpa selekoh, corner lah, jangan "jalan terus." Berehatlah sekejap bila rasa penat. Tidur mesti mau cukup.
Asyik "jalan terus..." boleh terus jalan. Kesihatan juga mesti mau jaga selalu. Itu nombor satu.
Banyak kosong, tak ada kamu yang satu sebagai penggerak tak akan jadi 1,000 atau 1,000,000.
Memang...
Akan ada susah. Juga sangat banyak rejection disamping kata-kata sinis.
Ambil sikap positive dari rejection dan tinggalkan kata-kata sinis.
Kamu yang berusaha membina untuk merealisasikan impian kamu. Bukan impian mereka. Mereka hanya suka melihat kamu setaraf dengan mereka. Mereka mahu melihat kamu menjadi seperti mereka.
Tanpa Jualan Maka Tak Ada Bisnes
Mempromosi, menjual dan collection adalah nadi pergerakkan sesebuah syarikat. Rejection merupakan sebahagian dari response kepada aktiviti pemasaran dan penjualan.Rejection secara terang atau produk yang dijual tidak mendapat sambutan.
Terima setiap rejection tetapi dengan pengertian kenapa rejection itu berlaku.
Lakukan pembetulan. Dari sudut pendekatan, waktu dan ketika bila promosi dilakukan, serta dengan siapa kita berurusan. Susunan ayat dan perkataan yang digunakan adakah sudah cukup baik dan sesuai dalam proses pemasaran dan penjualan.
Lama-kelamaan kita akan menjadi lali dengan rejection itu kerana ianya memberikan maklumat (rahsia yang terserlah atau perlu diteliti) tentang apa yang perlu diperbaikki.
Dengan mengubah dan melakukan pendekatan (cara yang berbeza mengikut kesesuaian suasana dan bakal pelanggan) peningkatan pasti akan berlaku.
Jangan bila reject terus cakap “next” tanpa mengerti kenapa rejection itu berlaku in the first place.
“Jalan terus” dengan “next” tanpa ada pembetulan akan tetap menghasilkan result yang sama. Ia itu rejection yang berterusan.
Apabila tiada perubahan bermaksud same method = same result = same rejection. Hasilnya ialah penat dan kekecewaan kerana tiada hasil atau tidak berbaloi. Peningkatan jauh sekali.
Tetapi ada pengecualian. Kebarangkaliannya pula ialah seperti seekor kambing buta yang tiba-tiba mendapat habuan rumput segar, lembut dan penuh berkhasiat.
Maka akan berpuas hati dan bergembiralah mereka yang mengeluarkan kata-kata sinis tadi. "Aku dah kata dulu. Tapi bantah. Berlagak pandai. Sekarang apa jadi? Padan muka." Dan mereka tetap berada di takuk lama.
Kesan Peningkatan Pada Bisnes
Dan akan tiba satu ketika, sebut saja nama kita... orang akan balas, "Oh... budak itu. Tak sangka. Hebat betul dia. Cekal sungguh. Aku bangga lah dengan dia. Role model aku tu."Haa… kan?
Perlahan-lahan... dalam perjalanan yang jauh dan lama ini - merentas desa atau marathon, kamu akan bertambah matang dengan perkataan yang mengarah kepada "tertipu."
Usahawan yang berjaya pandai mengelak dari tertipu dengan ego sendiri atau tertipu dengan orang.
Tertipu dengan ego sendiri ialah apabila merasakan setiap yang dilakukan itu betul. Lalu tidak mahu meneliti kenapa kegagalan (rejection) berlaku. Kerana memegang konsep “jalan terus.”
Ego juga bermaksud tidak menerima teguran yang diberikan. Menganggap ianya seperti kata-kata sinis atau negative. Lalu berkata pada diri “pedulikan apa orang kata aku jalan terus.”
Perlu bijak membezakan “apa kata orang” dengan nasihat yang mempunyai merit dan patut diterima. Yang patut dihargai dan dikaji.
Membezakan antara kata-kata sinis dengan feedback sangat membantu untuk memperbetulkan mana-mana kesilapan yang telah dilakukan.
Mahu Mengelak Dari Tertipu?
Kena tipu atau sailang (khianat, potong trip)? Bersedialah juga menghadapi hal ini. Wang ringgit nombor satu.Gulai (kari) yang sedap membuka selera untuk makan. Perkataan yang sedap didengar dan manis menggoda adalah kerana ianya digula-i. Sudah ada perancangan, strategi dan taktik yang akan digunakan. Skripnya tersusun rapi.
Tersangat berkesan kepada mereka yang terdesak seperti ikan kekeringan air. Hanya dibuat lorong air lalu masuk ke dalam bubu.
Kata-kata bergula merupakan tawaran dan janji yang tersangat hebat. Kita tidak sedar ianya mengandungi racun dan perangkap. Kerana emosi kita sudah diusik. Ianya seperti jarum yang berkait. Hooked needle.
Percuma kali pertama… diumpan untuk kali seterusnya. Ada up-sell dengan tawaran yang sangat menarik.
Terpikat lalu terjebak? Ya lah dah masuk dalam jebak (bubu), katakan. Tunggu saja tali pengikat (contract) dan pisau (scheduled payment) untuk sampai ke leher. Tidak dimatikan, tetapi darahnya disedut.
Janji
Nak tahu kaki penipu atau tidak senang saja. Antaranya ialah tentang janji.
Sekiranya dia berjanji jam 10 di point A tetapi jam berapa dia sampai ? Awal macam orang Jepun? OK. Lambat... tinggal atau ____?
Lepas itu tanya apa alasan dia. Banyak alasan atau dia minta maaf dengan bukti sebab kelewatan atau bagaimana?
Sengaja lewat dan bermacam alasan... jumpa orang ini macam... jangan takut dia terasa kalau katakan bye-bye padanya. Kalau rasa kesian, bagi peluang kali ke-dua.
Atau pun dia menjanjikan bayaran pada sekian haribulan, berapa kali yang tepat? Berapa kali yang sangkut?
Jangan hanya melihat pada janji pertama. Mahu mempercayai seseorang lihat pada track recordnya. Terus percaya… sangat besar peluang untuk kena scam.
Testimony
Atau pun pada testimony. Banyak testimony yang fake dan diatur dengan pemberi testimony.
Testimony melalui gambar atau mesej pada handphone? Beli kacang goreng atau ais krim boleh lah… bukan yang melibatkan wang berjumlah 4-6 angka atau lebih.
Tertipu kali pertama... salah dia yang menipu. Tertipu kali kedua... heh, depa kata, "Hang memang bodoh sombong badak punya orang."
Makanya... kesiankan diri sendiri dahulu sebelum nak kesian kat orang. Sifat kesian ini juga perlukan kekuatan minda.
Kecuali jika mahu bersedekah… apa jadi pun tak ada ungkitan atau follow-up yang perlu dibuat.
Kenapa perlu kesiankan diri sendiri sebagai keutamaan? Bukan pula ianya bermaksud hanya mementingkan diri.
Pernah naik flight? Ketika penerbangan bermasalah, kenapa si ibu dinasihatkan supaya ambil oksigen terlebih dahulu, bukan utamakan baby? Apakah si ibu disuruh penting kan diri?
You know the answer... eh.
Kesimpulan Roadblock Nombor 2 Kepada Usahawan
1. Kesediaan minda untuk menerima kegagalan sebagai proses pematangan dan bersedia untuk memperbaikki kekurangan. Sanggup menempuhi perjalanan sukar yang jauh tetapi akhirnya berbaloi.2. Buang ego yang tidak mahu menerima teguran dari rejection secara direct atau tiada jualan. Kenali dan bezakan antara kata-kata sinis dan feedback.
3. Serapkan maklumat baik atau buruk seperti kertas tissue grade paper towel, Bukan seperti tissue grade toilet paper (kertas jamban) yang berderai apabila basah.
4. Keraskan hati jangan terpedaya dengan kata-kata manis bergula.
5. Kesiankan diri terlebih dahulu tetapi bukan bermaksud mementingkan diri.
Artikel ini memberikan manfaat? Mohon tekan butang LIKE, satu dari yang sederet kat bawah ni... terima kasih.
Thank you for your comments