Mata Bertentangan. Jantung Berdebar. Hati Bilang Apa? - CrazyDuck -->

Header Ads

Mata Bertentangan. Jantung Berdebar. Hati Bilang Apa?

Orang perempuan selepas kematian suami OK jer… Kalau Lelaki? “Ayah setujulah nak kahwin lagi?”... “Orang lelaki mana yang tak mau kahwin lagi bila dah mati bini… hang pun tau… kan?” “OK… kalau macam tu nanti saya usahakan cari calun untuk ayah. Naa…”

Kaget... Bertemu Lagi Dengannya

Sebulan berlalu dengan pantas. Pak Samad sudah menyesuaikan diri dengan rumah dan tempat barunya. Sekali sekala dihujung minggu dia dan Asmahani balik ke Kuala Kurau.

Ayam-ayamnya subur membiak. Tak perlu beli telur. Gian nak makan ayam kampung, tangkap & sembelih saja.

Ini ayam milik FB Nasaruddin Saron
“Cik Hani… boleh tolong saya?"

"Ada customer ni nak beli sistem POS (Point of Sales) tapi saya tak berapa pandai nak menjawab soalan dia.” Seorang pembantu sales masuk meminta bantuan Asmahani.

Asmahani keluar dari biliknya dan apabila melihat seorang pemuda tercegat dihadapan sales dikaunter dia terhenti. Pemuda itu juga memandang kepadanya.

Episod terdahulu No. 6: Rumah Banglo Lama Style Kampung Melayu

Mata mereka bertentangan.

“Aku pernah tengok orang ini… tapi di mana ya?” Fikir Asmahani.

POS System

“Ah... ini Cik Hani. Dia Boss saya. Dia sangat pandai tentang POS (Point of Sales) ini.”

Cheryl seorang Amoi dan sales trainee memperkenalkan Asmahani kepada pemuda itu.

Menyantuni dan Membantu Pelanggan

“Ya Tuan… boleh saya bantu? Dia cakap Tuan nak tahu lebih lanjut tentang POS ini, ya?”

“Ya betul… Tapi sat. Saya rasa saya macam pernah jumpa dengan Cik ni. Tapi kat mana?”

“Tak apa… kita sembang pasal POS ini dulu. Nanti ingatan tu datang lah.”
Asmahani lebih terarah untuk menyelesaikan masalah pelanggannya.

Dan tidak tergedik dengan pemuda handsome di hadapannya.

Dell-POS-for-Restaurant
Gambar: kaltechpos.com

“Tuan nak gunakan POS ini untuk perniagaan apa. Maksud saya… kedai runcit, bengkel repair kereta, restoren atau jenis apa?”

“Oh ada beza ka?”

“Ya Tuan… lain jenis perniagaan lain software yang kami guna. Hardwarenya sama saja lebih kurang. System software lain-lain.”

“Tengok sales volume dan penting sekali jenis barangan atau service yang dijual. Sebab ia memerlukan listing barangan dan coding yang berlainan.”

“Oh macam tu. Betul juga. Kalau kedai tu buat service kereta tak perlulah ada listing satay macam yang saya jual tu.”

“Oh… Tuan jual satay eh? Restoren tepi jalan depan Bangunan Umno tu… kan?”

“Kalau untuk restoren ada yang simple dan ada yang canggih sikit.”
Asmahani memulakan penerangannya. Tidak memberikan peluang untuk pemuda itu menjawab soalan kerana tercegat kaget.

“Ya-ya… betul saya jual satay depan Bangunan Umno tepi jalan tu. Saya nak upgrade system customer service. Bukan setakat cash register saja.”

“Oh… Okayyyyy...” Ringkas saja jawapan Asmahani tapi meleret. Dia sedar pemuda itu sedang dialun lamunan sambil memandang ke arahnya.

Upgrade Customer Service

“Kami ada system yang boleh terima order melalui handphone atau Tablet. Bila pelayan masukkan order melalui handphone yang ada App kami, system ini akan hantar terus kepada service department.”

“Nombor meja, berapa orang customer, makanan dan minuman yang diorder, order tambahan akan terus masuk dalam system. Harga juga dikira siap-siap.”

“Hmm… macam bagus.”

“So… maknanya, bila saya masukkan App ini kedalam handphone saya, bila saya terima order orang dapur boleh tau order apa yang masuk?”

“Ya… kita boleh bagi big screen untuk kawasan dapur supaya mereka nampak apa order yang masuk. Dan juga order mana yang belum dihantar.” Balas Asmahani.

“So… tak payah nak terpekik terlolong bagi tau apa order yang dikehendaki dan sebagainya.” Pemuda itu menyambung menandakan dia memahami apa yang disampaikan oleh Asmahani.

“Ya betul tu. Order yang sudah selesai penghantarannya tetapi pelanggan belum bayar pun boleh nampak.”

“Kemudian bila customer habis makan, mereka hanya perlu bagi token nombor meja untuk membuat pembayaran. Sistem dah kira siap-siap.”

Banyak lagi hal detail yang canggih, tapi itu kita cerita selepas tuan putuskan system jenis apa yang tuan nak beli.”

“Setelah itu baru kita customized software ni. Termasuk kunci kira-kira untung rugi dan juga GST untuk setiap bulan.”

“Menarik.” Ringkas jawapan pemuda itu.

“Ya... satay sedap. Combined dengan customer service pantas lagi boleh menarik ramai customers.”

Asmahani melengkapkan komen pemuda itu dengan ayat jualannya.

Agak power ayat yang keluar secara spontan itu. Dia pasti pemuda itu akan membeli… tetapi tidak mahu terlalu yakin.

Masih Ingat Kau Sama Aku Ya…

“Oh… baru saya ingat. Cik yang datang dengan satu Pakcik malam tu… kan?”

Makan satay sekali dengan mee kari dan cendol durian. Saya ingat dah…tapi lama tak datang?” Pemuda itu menjawab penerangan Asmahani tentang POS.

“Hmmm… dia masih ingat kat ayah. Dan dia juga masih ingat kat aku.” Kata hati Asmahani.

Asmahani tersenyum memandang wajah pemuda itu dan mata mereka sekali lagi bertentangan. Dia membalas senyuman Asmahani dengan penuh keikhlasan.

Apakah Ini Satu Permulaan?

“OK lah… ini kad saya. Boleh tolong buatkan quotation tak. Bagi lah beberapa alternatives dari yang simple cash register kepada yang canggih macam yang Cik cerita tadi.”

“Oh… Tuan ni namanya Rosli. Saya Asmahani. Orang sini panggil saya Hani saja.”

“Ya… saya akan buatkan quotationnya dan bila siap nanti saya hantar sendiri kat kedai Tuan.”

“Boleh sangat… terima kasih. Saya tunggu quotationnya.”

Dia Mesti Beli Punya… Boss

“Wah… Boss sangat terror menjual POS System ini pada abang tadi tu.” Komen Cheryl kepada Asmahani.

Dia hanya memerhatikan babak episode menjual dan belajar tentang menangkap hati customer.

“Mana ada jual lagi maa. Quotation pun belum buat lagi.” Jawab Asmahani.

“Betul Bos… tapi dia sudah membeli. Hanya duit saja yang belum bertukar tangan.” Balas Cheryl.

“Saya rasa di samping sukakan POS yang Boss terangkan pada dia tadi, dia pun suka juga dengan Boss.” Usik Cheryl.

“Aahh… mengarut la you ni Cheryl.”

“Betul Boss… saya nampak itu pemuda… apa nama, Rosli… kan?”

“Masa dia mula masuk dengan waktu keluar tak sama. Nampak happy sangat. Sudah sampai dekat hujung sana dia beralih pandang sini lagi tau.”

“Aahh… ye lah tu. Itu... ada satu customer baru masuk. Layan baik-baik eh. Jangan gedik. Itu pun handsome punya Abeng.” Asmahani memotong cakap Cheryl dan menuju ke biliknya.

Dia perlu menyiapkan lapuran untuk dihantarkan kepada Business Development Unit bagi membuat proposal dan quotation berasaskan kepada beberapa ciri.

Dari ciri yang simple sampai kepada system yang lengkap sehingga meliputi P&L (Profit and Loss) dan Balance Sheet.

Ayah Tak Nak Kahwin Ka?

“Ayah suka duk sini dan di rumah ni?” Asmahani bertanyakan pada ayahnya pada satu malam semasa dinner.

“Sesuai dengan ayah. Orang kampung ni pun baik-baik. Masjid dekat kedai pun dekat.” Jawab Pak samad.

“Ayah kahwin la lagi. Dulu sebelum pergi arwah mak ada pesan.”

“Pesan apa pulak” Tanya Pak Samad terkejut tapi seakan boleh menjangka apa pesanan berdasarkan soalan anak daranya.

“Arwah mak pesan supaya carikan ayah pasangan bila dia (ayah) dah tamat tempoh bertenang.”

“Ayah pun sunyi duduk rumah sorang-sorang hari-hari.Tambah lagi bila saya keluar outstation bermingu-minggu.”

Perempuan Kematian Suami OK Jer… Kalau Lelaki?

“Hang kahwin la dulu. Selagi hang tak kahwin ayah tak mau.”

“Tapi ayah setujulah nak kahwin lagi?” Tanya Asmahani mahu mendapatkan kepastian.

“Orang lelaki mana yang tak mau kawin lagi bila dah mati bini… hang pun tau… kan?”

“OK… kalau macam tu nanti saya usahakan cari calun untuk ayah. Naa…”

“Esok kakak nak pi kedai jual satay tu. Nak hantar quotation.”

“Quotation apa pulak. Sejak bila company hang supply daging dan ayam?”

“Bukan ayam atau daging laa Yah… Tapi computer system.”

“Untuk tingkatkan kecekapan dan kepantasan customer service. Dan juga boleh siap kira untung rugi tiap-tiap bulan.”

“Tak apa lah… hang pi sorang lah. Ayah dah ada temujanji dengan Jemaah Masjid esok.” Pak Samad mengelak untuk ikut. Dia tak mahu kacau daun.

Bersambung...
Like & Share lah ya.
Gambar: FB Fazlina Zahari