Bayi Cerdik Berkait Dengan Pemakanan Oleh Ibu Mengandung? - CrazyDuck -->

Header Ads

Bayi Cerdik Berkait Dengan Pemakanan Oleh Ibu Mengandung?

Bahagian pertama tentang kesan penjagaan makanan dan amalan ketika mengandung untuk mendapatkan bayi dan anak yang sihat dan cerdik. Cerdik sekarang berkemunkinan besar bahagialah nanti kau orang.
Kobis-hijau-green-cabbage

Kecerdikan Bayi - Apakah Makanan Yang Perlu Diambil Ketika Ibu Mengandung?


Episod terdahulu No. 12: Makanan Yang Perlu Dielak Oleh Ibu Mengandung

Ada Kekecewaan Pada Rosli – Cinta Sudah Mari?

Sewaktu rehat makan tengahari Asmahani ON-kan handphonenya. Bertalu-talu message yang masuk dan satu darinya ialah daripada Rosli.

“Saya ingatkan awak datang sekali dengan Technician dan Engineer.” Ada unsur kemesraan dan ada unsur kekecewaan.

“Maaf… saya sekarang ada di PJ, atas urusan company. Depa dua orang tu expert dalam bidang masing-masing. Saya tak perlu ada bersama… kacau depa saja nanti.” Asmahani menjawab.

Tidak ada balasan dari Rosli.

“Saya perlu masuk meeting semula. HP saya OFF.” Asmahani menghantar satu lagi message sebelum kembali ke bilik mesyuarat.

Aku Sudah Jadi Mat Jiwang?

Rosli tidak membalas mesej terakhir dari Asmahani. Dia dalam kegelisahan.

“Apa kena dengan aku ni? Orang tu bukan ada kat area sini pun.”

“Technician dan Engineer yang datang ni sangat cekap dengan tugas depa. Betul lah apa yang dia kata, dia tak perlu ada bersama.”

“Tak ada sebab kenapa aku nak minta dia datang. Dia datang sekali pun, apa aku nak buat dan apa dia nak buat? Kerja beres belaka.”

Technician dan Engineer POS System (Point of Sales) mengambil data dan maklumat teknikal yang berkaitan. Untuk membuat custom design bagi keperluan khidmat pelanggan restoren keluarga Rosli.

Senarai soalan yang diterimanya dari Asmahani beberapa hari lalu dijadikan asas untuk perbincangan dan hala tuju POS System-nya.

Hatinya puas dengan prestasi kerja oleh dua orang yang dihantar oleh syarikat Asmahani. Namun rasa bengkak dihatinya belum reda tapi logiknya tiada.

Kobis-purple-cabbage
Kobis purple cabbage - Google Images
“Aku ni dah masuk kategori Mat Jiwang kot?” Lalu dia sengeh sendirian.

Rasa rindu terhadap Asmahani mula menguasai fikirannya.

“Tapi macam mana aku nak pujuk supaya dia mau datang? Aku nak pi jumpa dia masa dia balik nanti? Eh… malu lah.”

Rosli melayan perasaan ketika suasana hening sambil System Engineer sibuk meneliti data dan maklumat yang diterimanya.

Tak boleh miss satu benda pun nanti kena ulang tanya. Tak professional.

Senarai Makanan Yang Perlu Diamalkan

Lanjutan dari aktiviti peribadi semalam, Asmahani menyambung cariannya tentang hal ibu mengandung setelah balik semula ke biliknya.

Esok malam dah tak boleh. Ada dinner dan selepas itu dia akan berangkat pulang ke Penang.

Dia memulakan dengan membuat carian jenis makanan yang perlu diamalkan. Sementara mood masih ada.

Semalam dah dapat ilmu tentang jenis makanan yang perlu dielakkan.

Asmahani membuat senarai dan klasifikasi makanan mengikut kategori yang sesuai mengikut pandangannya sendiri.
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. [Al-Baqarah 2:172]

“Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, & kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al-Mukminun 23:51]

1. Sayur-Sayuran

“Hmm… aku biasa duk balun sayur hijau ja - lobak, timun, kangkung, bayam (spinach), daun salad (lettuce), sawi, celery, etc.”

“Sayur yang berbagai warna macamana pula?”

“Kobis warna purple mengandungi ‘indole-3-carbinol’ sangat baik untuk boost DNA dan menghalang pembentukan kanser. Hmmm…baru aku tau.”

Tak kisah apa sayur pun… boleh dikatakan semuanya baik untuk ibu dan anak dalam kandungan.

“Masalahnya orang sekarang terutama kanak-kanak tak suka makan sayur. Kalau ada sayur dalam mee goreng siap pilih dan buang.”

“Mungkin masa mengandung mak dia terlampau memilih kot? Atau memang tak ada selera dengan sayur?”

“Harap aku tak jadi macam tu… arwah mak dulu mesti ada sayur atau ulaman setiap kali makan nasi.”

“Cuma masa mengandung kat aku ja dia pilih ulaman yang tegak atau tinggi… bukan macam kangkung yang menjalar.” Teringat Asmahani akan celoteh ibunya satu ketika dulu sewaktu di hospital.

2. Buah-Buahan

Sengeh & senyum sokmo
Sama seperti sayuran, buah-buahan sangat baik untuk ibu dan anak.

Kecuali buah-buah yang disebutkan dalam senarai makanan yang perlu dielakkan.

Dimakan begitu saja atau dibuat jus. Kelapa muda tak apalah isinya dimakan begitu saja… jangan buat macam Atuk aku cerita masa aku kecik dulu.

Seorang askar Jepun bingai kokak buah mangga bacang mentah bergetah… habis bengkak mulut. Lepas tu Atuk kata Jepun tu nak pancung orang yang lalu… tak kira siapa.

Sendiri punya bingai orang pulak nak dipancungi.

Contoh jus dari buah-buahan yang sangat berkhasiat ialah seperti:-
• Jambu
• Buah naga
• Apple
• Berry
• Kiwi
• Oren
• Betik (yang bergetah lagi jangan dicoba-coba ya)
• Delima
• Tembikai
• Honey dew (orang ada asma elok elakkan)
• Pear
Buah-buahan di atas dan juga manggis mengandungi vitamin dan anti-oxidant yang membantu melawan /mengelakkan dari mendapat berbagai penyakit.

Bersambung...

Ada 8 lagi kategori makanan yang sangat baik untuk ibu mengandung, termasuk mencerdikkan si bayi bila besar nanti.

Butang bawah ni jangan dibiarkan saja ek... Sentuh lah... TQ!!!