Menangislah Dalam Mercedes dan Ketawa Dalam Bas
Lebih baik menangis dalam Mercedes dari dalam bas
Tiga Bintang Sebagai Ukuran?Nak Menangis?
Menangislah,
Lebih baik menangis dalam Mercedes dari dalam bas.
Menangis dalam bas
Walaupun kau punya duit
Kau mungkin dianggap sengkek ibarat pengemis
Sekali pun ayat yang diguna untuk menjelaskan keadaan. Sama jika kau menangis dalam Mercedes.
Ketawa dalam bas kita kelihatan gembira. Nangis atau ketawa tetap punya driver... lebih baik senyum ketawa. Orang lain juga boleh terjangkit tumpang ceria.
Menangis dalam Mercedes
Kerana hutang bertimbun atau kesempitan wang?Orang tetap anggap kau kaki berduit
Perception is a reality... you know.
Besar kemungkinan ada yang menghulurkan bantuan. Asal saja kau pandai guna ayat tahap menangkap.
Atau... ada juga yang berkata, "Padan muka dulu berlagak sangat."
Apa yang kau tangisi?
Penat jerih tak berhasil?
Apa sudah kau menangis di 1/3 penghujung malam?
Kalau sudah apa kau kira tangisan mu sudah mencukupi?
Kenapa menangis membuang air mata?
Kerana tidak ada air yang lain yang boleh keluar pada ketika itu?Basah pipi mu kerana hati mu yang terlalu lembut?
Kerana hati mu tiada syak wasangka?
Kerana wahan dan bersangka buruk itu sikap siperut busuk?
Tahu kah kamu... bila orang melihat kamu menangis
Wajah mu memang buruk di mata mereka
Kau fikir ada yang kasihan dengan kesusahan kamu?
Ya benar... ada
Memang sungguh ada
Kerana kamu pernah berada di sisi mereka
Ketika mereka menangis juga.
Orang yang dulu ketawa bersama kamu bagaimana?
Adakah mereka juga turut menangisAtau terus ketawa
Bukan bersama kamu tetapi akan keadaan kamu.
Apa puas sudah kamu menangis?
Hasilnya apa?
Hati mu bertambah keras?
Keras pada yang sepatutya?
Tetap lembut pada yang haqnya?
Kenapa ada juru audit?
Kenapa ada roadblock?
Kenapa ada peperiksaan?
Kenapa perlu temuduga?
Kenapa perlu site inspection?
Kenapa ada valuator?
Kenapa setiap orang ada ujian?
Apakah asas semuanya ini kerana ada buruk sangka? Kerana kata-kata mu dianggap bohong belaka?
Kalau begitu ramai sungguh orang yang punya buruk sangka ya?
Dan tugas mereka hanya untuk mencari keburukan kamu?
Begitu?
Menangislah...
Jangan ketika kau menaikki basikal buruk. Atau ketika kau memandu kancil 660 yang hampir roboh. Tetapi ketika kau sudah punya driver.Sterengnya punya 3 bintang atau kuda berdiri,
Kerana tangisan ketika itu,
Tangisan yang menggambarkan kesyukuran.
Di saat kau kehilangan apa yang kau miliki, menangislah. Tetapi usah terlalu lama meratap.
Ketahuilah Allah sedang menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Samada kau sedar atau tidak, samada kau sabar atau tidak, samada kau redha atau pun tidak!
Menangis yang sedikit itu adalah penawar, tetapi jika berlarutan bisa menjadi racun dalam nafasmu.
Bangkit, dan kekalkan berdoa. Allah sedang melihat perjuanganmu. Dia bakal merencanakan sesuatu yang baik untukmu. Yakinlah! Dan ketahuilah, masa adalah ujianmu yang paling besar.
~ DSHB
Tak menangis kan? Meh tekan butang kat bawah ni... Terima Kasih!!!
Thank you for your comments