Berniaga Perlu Luaskan Pasaran Kalau Mahu Kejar Mata Keuntungan - CrazyDuck -->

Header Ads

Berniaga Perlu Luaskan Pasaran Kalau Mahu Kejar Mata Keuntungan

Pengiklanan dan Content Marketing. Syarikat besar terus menerus beriklan tanpa henti. Menggunakan TV, Radio, surat khabar, Billboard, Media social, blogs, video dan bermacam lagi cara. Termasuk menaja sesuatu rancangan hiburan atau sukan.
Lee-Thiam-Wah,-pengasas-99-Speedmart
Lee Thiam Wah, pengasas 99 Speedmart. Cacat dan sentiasa menggunakan kerusi roda sejak berumur 8 bulan. Hanya bersekolah selama 6 tahun. Hari ini cawangan 99 Speedmart sudah melebihi 1,000 buah. Jualan berbilion Ringgit setiap tahun. Apa masalah dan alasan kau? Sumber gambar: www.worldofbuzz.com

Pengiklanan dan Content Marketing. Syarikat besar terus menerus beriklan tanpa henti. Menggunakan TV, Radio, surat khabar, Billboard, Media social, blogs, video dan bermacam lagi cara. Termasuk menaja sesuatu rancangan hiburan atau sukan.


“Senang hati Pak Man nampaknya hari ni?” Tegur aku sambil menghulurkan duit bayaran untuk beberapa barangan yang aku beli.

“Alhamdulillah, macam ini lah hari-hari. Pelanggan tak putus-putus dari pagi tadi. Sempatlah rehat sekejap lepas zohor tadi ni. Petang nanti lepas Asar selalunya ramai semula. OK… ini duit baki. Terima kasih dan saya jual barang ya…”

Begitulah Pak Man seperti kebanyakan kedai yang kita lihat, sudah mempunyai pelanggan tetap mereka.

Walaupun tumbuh kedai baru dan hypermarket dengan banyaknya, masing-masing meneruskan kehidupan seperti biasa.

10 tahun yang lalu mereka sama seperti hari ini dan sangat berkemungkinan 10 tahun lagi pun keadaan mereka tetap juga sama. Mereka hidup dalam keselesaan. Cukup keperluan hasil dari perniagaan.

Apa lagi mau, yer tak?

Apa susah, barangan dihantar oleh pembekal. Cukup tempoh, bayar saja. Tunggu di kedai layan ala kadar kerana pelanggan sudah tahu di mana barangan yang mereka mahu beli.

Ambil, bayar dan pergi.

Ada juga jenis peniaga yang lepas buka cawangan, tak beberapa lama buka lagi. Lagi. Lagi dan lagi.

Sehingga seluruh negara ada cawangan mereka. Speed99 yang pemilknya cacat dan tidak berpeluang bersekolah tinggi itu adalah salah satu contoh terbaik.

Syarikat seperti McDonald, KFC, Pizza Hut dan yang seangkatan dengannya terus menerus membesarkan pasaran mereka.

Salah-satu-cawangan-99-speedmarts
Salah satu cawangan 99 speedmarts. Sumber gambar:  www.wargabiz.com.my

Begitu juga dengan Hypermarket seperti AEONBig, Giant, Mydin, Bilion, Tesco. Merata ceruk mereka ada. Speed 99 dan 7-Eleven tak payah cerita dah.

Apakah ianya satu kebetulan?

Bukan kebetulan lah… tapi mereka betul-betul melakukan. Sebaik mungkin yang mereka boleh capai dalam memudahkan dan memuaskan hati pelanggan.

100 peratus pelanggan mereka puas hati?

Heh… mana mungkin. Kesilapan dan kepincangan tetap akan dan boleh berlaku.

Bila dah disedarkan, jangan buat bodoh dan jangan buat lagi.

Minta maaf pada pelanggan atau berikan mereka sagu hati. Lembut dan cair lah… bukan akan boikot tapi mereka akan bawa lebih ramai pelanggan lagi.

Kesilapan-pada-tanda-harga-oleh-99-Speedmart
Kesilapan pada tanda harga, minta maaf dan bagi ole-ole. Selesai. Sumber:- guanamedia.blogspot.com

Mereka terus membuat aktiviti pemasaran. Iklan, promosi, kupon, menaja rancangan TV tertentu, memasuki expo. Tanpa henti mereka menanamkan perniagaan mereka dalam minda pembeli.

Keuntungan perniagaan mereka bukan datang tanpa diundang. Tetapi dikejar dengan cara halus dan memikat emosi. Menimbulkan kesetiaan untuk membeli.

Mana-mana perniagaan yang berpuas hati dengan apa yang ada dan merasa selesa, mereka tidak lagi mengejar keuntungan. Keuntungan yang ada sudah mencukupi untuk sara hidup.

Leka dalam keselesaan, ada yang mengabaikan pengurusan keewangan. Bukan tak tahu dan tak pandai.

Tapi terabai. Selesa sangat.

Bahagia itu syukur dengan apa yang ada.” Dunia jangan dikejar. Kejar lah akhirat… macamlah nak kejar akhirat tu tak payah bermodal.

Kemudian berbelanja lebih dari pendapatan. Kerana sudah ada keyakinan yang kuat. Iaitu perniagaannya akan terus menjana keuntungan secara “cruise control”.

Cakap saja “bulan ni aku nak guna RM XXXK”, lalu untung pun datang dengan sendirinya tanpa perlu dikejar.

Akhirnya dikejar keluar (kalau tak lari malam) kerana tidak lagi mampu membayar sewa.

Atau pun kereta baru yang dibeli dikejar dan ditarik oleh gangster upahan bank.

Perniagaan ialah Satu Medan Pertempuran yang Kejam

Perniagaan ialah satu medan yang ganas tanpa kelihatan keganasannya. Hanya pening dan stress bila darah kepahlawanan yang mengalir dalam perniagaan itu semakin kurang.

Ia itu duitnya.

Aliran tunai. Cashflow. Yang dijana melalui untung. Dengan kitaran stok masuk dan keluar dengan cepat.

Beli kredit jual tunai lagi bagus. Tak ada modal atas barangan.

Tapi modal kepercayaan oleh pembekal. Kerana selalu bayar tepat pada tarikh due date di invoice.

Bukan sebab berapa besar tayar sport rim dan berapa liter saiz enjin kereta. Atau berapa biji kereta kau ada.

Berniaga Tak Nak Kejar Untung?

Apabila perniagaan bermula dengan perkataan “aku berniaga bukan mahu kejar untung” sangat besar kemungkinannya yang berniat begitu akan tiada untung dalam perniagaan mereka.

Selalu jumpa dalam posting media social yang berbunyi lebih kurang begini ,“buat bisnes kerana mengejar duit akan mengecewakan. Buatlah business untuk kebaikan, kebajikan dan menggembirakan orang lain.”

Bagi aku, bisnes mesti buat untung dulu. Business is business and charity is a different thing.

Nak bersedekah jangan tunggu kaya, tapi juga jangan buat duit syarikat macam duit sendiri. Duit syarikat itu syarikat yang punya. Hormati itu, bisnes boleh terus maju.

Bila dah banyak untung apa saja kebaikan dan kebajikan boleh dibuat. Dan untung itu hanya boleh berlaku bila ramai yang membeli dengan harga yang sudah ada keuntungan di dalamnya.

Syarikat Besar Pun Banyak Yang Bungkus

Alangkan syarikat besar yang mantap system perakaunannya pun boleh bungkus, apatah lagi syarikat yang baru bermula sudah mendabik dada kata tak nak kejar untung.

Pada yang tak mahu kejar untung dalam perniagaan ianya sama seperti memasuki pertandingan tapi tiada niat untuk menang.

Pada mereka, bukan sesuatu yang penting untuk mengumpul mata kemenangan ke arah kejuaraan. Masuk pertandingan sekadar masuk dan main secara main-main.

Untuk jadi juara jumlah mata kemenangan mesti yang teratas. Untuk dapat mata pula kena menang atau seri bagi setiap pertandingan seperti bola sepak, hoki, takraw dan seumpamanya.

Atau berada dalam kelompok 10 teratas dalam setiap perlumbaan bagi perlumbaan motosikal atau kereta.

Dan setiap mata yang dikutip itu memerlukan latihan, persediaan, semangat, hadap apa jua risiko yang datang dan memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika beraksi. Bukan boleh ambil sambil lewa.

Atau guna perkataan “kalau rezeki aku ada, dapatlah.”

OK… biarkan kisah orang yang tak mahu kejar untung dalam perniagaan. Kerana yang bercakap tentangnya ialah mereka yang bukan “businessman”.

Lebih mencari populariti dan mahu kelihatan suci. Bukan hanya setakat ada udang di sebalik mee, tapi udangnya lebih banyak dari mee.

Seolah-olahnya membuat untung itu sesuatu yang buruk dan berdosa. Err… ya, memang ada.

Dan ramai yang mengamalkannya. Contoh seperti berikut:-
➤ Menipu dan tiada kejujuran dalam perniagaan. Pernah dengar "karipap angin"?

➤ Cakap hype tetapi delivery tak menepati masa. Atau hasil tak seperti yang dijanjikan.

Scam dengan menggunakan ayat-ayat copywriting yang memukau dan membuai perasaan (emosi). Lalu dihidupkan rasa tamak dalam diri. Memerangkap mangsa dari tawaran percuma kepada membeli kerana terpedaya dengan helah upsell.

Berjudi… ini sudah sangat sahih. Tapi ramai orang Islam yang tikam nombor ekor. Bomoh nombor bertaitelkan Sheikh, Imam, Kiyai, Tok Guru semakin bersepah dalam media social.

Pelacuran, GRO dan kegiatan lain yang berunsur maksiat. Guru pencen pun ada buat kerja macam ini.

➤ Dadah, cuba lihat di pusat pemulihan golongan mana yang ramai. Pengimport, pengedar dan pushernya yang kaya raya. Dan mereka ini dari golongan (bangsa) mana?

➤ Rasuah… ini tak payah cakap lebih. Semua orang sudah tahu. Konsep mereka ialah “kalau ada sambar tak ada minta”.

Syurga Bukan Free, Perlukan Duit Juga Untuk Ke Sana

Jom fokus dan lihat perkara seterusnya. Iaitu membina perniagaan yang berjaya melalui kutipan untung (mata kemenangan dalam pertandingan) sedikit demi sedikit. Tetapi berterusan.

Yang boleh membawa kepada kemenangan. Iaitu jumlah angka yang tertera pada penyata bank (simpanan) setiap bulan. Bagi pemilik perniagaan dan juga staffnya.

Dari duit yang ada itu, buatlah kebajikan di mana yang patut dan di mana yang sesuai.

Nak masuk syurga pun kena ada modal atau perbelanjaan. Yang datangnya dari keuntungan perniagaan pada yang berniaga dan pendapatan bagi yang makan gaji.

Bila tak cukup keuntungan, cashflow pastinya akan bermasalah.

Syarikat GLC yang besar gedabak macam FELCRA pun terpaksa jual asset untuk cover keperluan kerana masalah aliran tunai.

FELCRA ditubuhkan pada 1 April 1966 dan telah dikorporatkan pada 1 September 1997.

Manakala syarikat yang berusia hanya 6 tahun iaitu GRAB hari ini bernilai RM 25 billion dengan modal permulaan sebanyak RM 100,000 pada tahun 2012.

Permohonannya untuk mendapatkan dana dari Khazanah bagi membiayai MyTeksi pada tahun 2014 ditolak.

Apa yang dimaksudkan dengan perbandingan antara FELCRA dan GRAB ini ialah, tidak semua orang yang berpangkat dan bergaji besar itu mampu menghidu keuntungan dan terus menerus menjana keuntungan.

Yang berpangkat dan berkuasa lebih kepada mahu bercakap dan mahu didengari. Kerana ada kuasa dan ada gaji. Apatah lagi bila perlantikan atas dasar kabel dan politik.

Membesarkan Pasaran Tingkatkan Jumlah Pembeli

Syarikat besar terus menerus mengejar keuntungan dengan meluaskan pasaran dan bersaing untuk mendapatkan duit bakal pembeli. Segala macam cara mereka lakukan.

Dan terkini ialah dengan menguasai pasaran melalui penjualan secara atas talian. Menggunakan Apps, pelanggan tidak perlu keluar dari rumah.

Hantar pesanan buat bayaran secara on-line, barangan pun sampai. Jimat masa dan jimat hal-hal yang bersangkutan dengan kenderaan.

Contohnya seperti gambar berikut.
shop-anything-anytime-anywhere-with-the-lazada-mobile-app
Teknologi Online shopping menggunakan smart phone. Sumber:- technology.inquirer.net

Pengiklanan dan Content Marketing

Syarikat besar terus menerus beriklan tanpa henti. Menggunakan TV, Radio, surat khabar, Billboard, Media social, blogs, video dan bermacam lagi cara. Termasuk menaja sesuatu rancangan hiburan atau sukan.

Di mana ada hidangan (content) menarik yang membawa banyak trafik dan orang boleh "terlihat" di situlah mereka beriklan.

Beautiful-Air-Asia-Stewardess-doing-promotion
Melalui pramugarinya yang cantik, Air Asia terus menerus membuat iklan di merata tempat dan media mempromosi skim tambang murahnya.

IKEA-dan-BODY-SHOP
IKEA dan BODY SHOP juga tidak pernah berhenti melakukan promosi dalam berbagai bentuk dan di mana sahaja.

Pizza-Hut-dan-Domino-terus-mempromosikan-produk-mereka
Pizza Hut dan Domino walau pun sudah menguasai pasaran Pizza, tetap terus melakukan promosi. Macam orang belum kenal brand mereka.

iklan-KFC-tak-pernah-berhenti-di-media-atau-di-mana-saja
Pernah tak iklan KFC tak nampak dalam sehari sekiranya menonton TV, membaca majalah atau surat khabar, layan internet atau ketika memandu?

Mereka sudah dikenali, tetapi kenapa terus beriklan? Duit terlampau banyak eh… tak tahu macamana nak menghabiskan tapi terpaksa dihabiskan?

Ini biasa aku dengar dari Jabatan Kerajaan… macam-macam mereka belanjakan. “Kena habiskan, kalau tak habis tahun depan tak dapat bajet yang kita minta.”

Bisnes boleh buat macam ni eh?

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.