Panduan Mencari Rakan Kongsi Niaga - 9 Jenis Orang Yang Anda Perlu Jauhi - CrazyDuck -->

Header Ads

Panduan Mencari Rakan Kongsi Niaga - 9 Jenis Orang Yang Anda Perlu Jauhi


Pilihlah Betul-Betul Rakan Kongsi Niaga

Apabila kita mahu memulakan perniagaan, jenis orang yang akan menjadi rakan kongsi sangat penting. Merekalah yang akan selalu berada disekeliling kita ketika pahit manis tinggi rendah jatuh dan naik.  Gembira ketawa juga ketika menangis.

Kita perlu mengenali dan menjauhi sembilan jenis orang ini dari berada dalam kumpulan kita. 

Ibarat mencari pasangan hidup sebagai suami-isteri begitu jugalah pentingnya rakan kongsi yang serasi dengan matlamat kita dalam membentuk pasukan perniagaan. 

Kata orang, kita adalah apa yang kita makan dan apa yang kita fikirkan.   Pemakanan mempengaruhi tahap keimanan kita.  Apa yang kita fikirkan membawah hala tuju dan tindakan yang akan berlaku.  Begitu juga dengan siapa kita bergaul rapat dan bekerjasama.

Orang yang paling rapat dengan kita selalunya mempunyai pengaruh terhadap kita – untuk kebaikan atau sebaliknya.  Namun, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari great new connection dan teman untuk kita kumpulkan sebagai ahli (inner circle) atau puak (tribe).  Mereka ini kita perlukan untuk menyokong, membantu, memberi semangat, memotivasikan, dan menggalakkan kita supaya terus kuat untuk bergerak maju.

Agak mudah untuk kita mengenali ahli yang menjadi pengekang kepada apa yang kita mahu hasilkan.  Perhatikan jika anda mempunyai orang seperti salah satu dari sembilan jenis ini, dan jauhkan mereka dari anda atau anda menjauhkan diri dari mereka.

Kaki Bangkang (1)

Mereka ini berkemungkinan besar sangat bijak bertutur dan memutar-belitkan dan mengarahkan fakta kepada kepentingan sendiri.  Egonya tinggi dan pandangan yang diberikan lebih kepada gembar-gembur.  Ibarat tong kosong yang tembus – bunyi kuat tetapi kosong tidak boleh diguna sebagai takung.

Pendapat yang diberikan selalunya untuk memenuhi nafsu egonya.  Apabila berbicara tentang kegagalan dia berpendapat semua orang juga akan gagal sepertinya.  Tiada siapa yang boleh menjayakan apa yang pernah ditempuhinya.  Banyak perkara negatif yang keluar dari mulutnya.

“Pilihlah orang yang selalu bertanyakan soalan yang berwibawa, mengongsikan pengalaman samada baik atau buruk, dan mencari jalan melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza, serta menawarkan khidmat apabila sesuatu masalah menjelma.”

Jauhkan diri dari orang yang selalu meramalkan hal-hal keburukan yang hanya berasaskan kepada pengalaman buruk dan sedih mereka.  Hasil anda tidak semestinya sama dengan apa yang telah mereka terima kerana anda bukan seperti mereka. 

Dan anda tidak memerlukan orang seperti mereka ini.  Mereka ini bukan dari jenis pengusaha yang kuat bekerja dan segalanya mereka mahu pantas dan selesa.

Kaki Bodek & Tukang Kipas (2)

Berbeza dengan kaki bangkang, kaki bodek ialah mereka yang sentiasa menyokong apa sahaja pendapat atau tindakan kita.  Mereka sentiasa berlakun seolah-olah kagum, mengakui kehebatan, dan memuji keluar-biasaan kita.

Pujian tanpa syarat adakalanya menggembirakan tetapi selalunya tidak membantu.  Tidak semua orang sebegitu bijak, memahami setiap situasi dan keadaan, atau mempunyai bakat yang sangat besar. 

Kesalahan dan kesilapan tetap akan berlaku.  Namun, kita hanya menyedarinya selepas diberitahu dengan jujur akan perkara itu.

Amatlah mudah untuk orang memuji akan kehebatan kita.  Sebaliknya,  amat susah untuk mereka – kecuali benar-benar kawan rapat untuk memberitahu yang kita telah melakukan kesilapan atau ada sesuatu yang boleh diperbetulkan.

Pujian melampau (hype) adalah musuh kepada kemajuan dan keupayaan mengelak dari penipuan.  Apabila anda sudah kenal akan sikaki bodek, tidak perlu memberi perhatian kepada apa yang dikatakan.   Mereka hanya pentingkan diri dan akan cepat berubah angin apabila kita dipandang sudah tidak punya kuasa.

Biarkan ibu anda sahaja yang menjadi kaki bodek…
– Apa yang dikatakan sememangnya sangat ikhlas
– Lebih penting lagi ialah kerana doanya sangat makbul !!! 

Pemberi Maklumat Dalaman (3)

Politik dalaman dan gossip ujud di mana-mana.  Adakalanya amat payah untuk mengelak dari terlibat – sekurang-kurangnya mendengar dan menganggukkan.  Contohnya ialah mengenai sebab-sebab kenapa sesuatu keputusan dibuat, tindakan yang telah diambil, atau maklumat tentang sesuatu agenda tersembunyi.  Ya… sangat payah untuk tidak terlibat.

Masalah utamanya ialah… orang yang memberi maklumat (rahsia) tentang orang lain kepada kita, mereka juga akan memberikan maklumat yang mereka dapat dari kita kepada orang lain.  Malah mungkin rahsia perniagaan kepada pesaing perniagaan kita… dan ini saya sudah terkena.

Orang yang kita mahu ialah orang yang hanya mengongsikan maklumat dalaman tentang apa yang mereka rasa dan fikirkan – bukan menggosip.  Hanya maklumat yang benar dan untuk kebaikan bukan mencari dan mencanang keaiban orang.

Penikam Dari Belakang (4)

You scratch my back, I scratch back your back.  Sering sangat kita dengar ungkapan ini dan ianya membawa konotasi yang negatif dari sudut ketelusan dalam perniagaan dan organisasi.  Ianya lebih kepada komplot untuk kepentingan diri.

Orang dari jenis penikam dari belakang ini atau backstabber perlu tidak ada di dalam kumpulan kita.  Semua ahli sebaiknya menjaga belakang kawan.  Backstabber ialah orang yang menikan dan memakan kawan.

Aku, aku, dan aku… (5)

Sekiranya aku tidak menjaga kepentingan aku, siapa pula yang akan mengambil berat?  Biasa dengar, kan?

Agak mudah untuk mengenali mereka ini.  Soalan terawal mereka ialah:
  • Jawatan atau pangkat saya nanti sebagai apa?  Kenaikan pangkat macamana pulak
  • Mereka ini gilakan pangkat, kuasa dan kedudukan.
  • Berapa gaji permulaan, elaun rumah, elaun kereta, lain-lain elaun, cuti tahunan.  Mereka hanya pentingkan apa yang mereka akan dapat
  • Pelaburan ini untungnya tiap bulan, kan?  Tidak ada istilah risiko dan rugi bagi mereka.
 Manakala penceritaan mereka pula ialah:
  • Nasib baik aku ada kat situ, kalau tidak bungkuslah mereka
  • Sentiasa memperbesarkan kejayaannya walaupun dari hasil orang lain – ambil kredit
  • Orang lain semuanya salah belaka
  • Dia adalah seperti graviti dan pencetus utama setiap kejayaan
  • Lakunan mereka termasuk cara berpakaian yang mungkin bagus dan dapat meyakinkan pendengar.  Anda pernah dengar “Gucci Boy?”, atau “Ferrari Guy?”
Menjaga kepentingan diri itu bagus supaya kita tidak tergolong dari orang yang leka akan keadaan sekeliling, memenuhi syarat-syarat dalam perniagaan, dan juga menjaga silaturrahim.

Orang yang terlalu mementingkan diri sehinggakan tidak menghargai apa yang ada disekeliling apatah lagi bekerja secara kumpulan “perlu untuk tidak ada” dalam kumpulan kita. 

Jangan cuba-cuba untuk mengubah sikap orang seperti ini.  Pergi sahaja darinya… dia tidak akan perasan akan ketiadaan kita.

Tukang Ramal Kepada Halangan Yang Bakal Tiba (6)

Ibarat Pak Nujum yang sangat terrer, orang ini maha mengetahui akan setiap halangan atau kejayaan yang bakal tiba.  Tetapi satu pun tidak pernah menjelma. 

Apabila sesuatu itu tidak berjaya dia sentiasa akan ada alasan – biasanya kesilapan dipihak pemilik atau pengusaha – kenapa sesuatu itu tidak berjaya.  Apabila halangan yang dikatakan itu tidak datang dia akan mengaku dia sudah melakukan sesuatu supaya halangan itu tidak terjadi.

Tidak ada sesiapa mahu melakukan kesilapan sekiranya boleh mengelak.  Apabila ada seseorang yang meramalkan kegagalan kepada setiap idea kita dengan pelbagai alasan atau sebab musabab, maka apa sahaja yang kita mahu lakukan akan terbantut.

Dia hanya akan menimbulkan seribu keraguan tentang apa sahaja yang kita mahu lakukan.  Terlalu banyak risiko yang mungkin datang dari pemerhatian yang serong, pengalaman lampau yang sudah basi, dan pendapat yang tiada asas.  

Mereka ini sebenarnya musuh utama dalam mencari atau membuat peluang dan pencapaian kejayaan.  Untuk mendapatkan pulangan, peluang apa yang tidak mempunyai risiko?  Orang yang sebegini elok sahaja menjadi tukang ramal nasib. 

Katakan kepada orang ini – aku mahu tahu.  Tolong beritahu kenapa idea ini tidak boleh berjaya dan berikan cadangan apa atau bagaimana caranya untuk mencapai kejayaan itu.  Dengan itu kita akan boleh bersama ke mana saja kita mahu pergi.  Jika tidak kita akan mengikuti jejak dan arah masing-masing.

Pencari Kabel (7)

Membangunkan rangkaian dan saluran (channel) perniagaan itu sangat penting.  Rangkaian dan saluran bukanlah hasil yang kita mahu, tetapi ia adalah permulaan bagi sesuatu perniagaan.

Terlalu banyak membina rangkaian dan saluran juga bererti terlalu banyak permulaan, tiada penghujungnya yang membuahkan hasil.  Tidak mungkin kita boleh membina rangkaian yang bererti dan bermanfaat dengan ratusan orang.  Mesyuarat di sana, perbincangan di sini, makan-makan lagi… akan hanya banyak membuang masa dan perbelanjaan untuk bersembang.

Tukang kabel ini hanya berminat untuk mencari rangkaian dan kenalan, itu sahaja.  Kesusahan orang lain untuk memenuhi janji yang ditaburkannya tidak dihargai.  Yang penting baginya ialah rangkaian itu terhasil disebabkan olehnya, bukan oleh kebagusan produk atau perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Rangkaian yang tergugur atau tidak diurus dengan baik akan dikatakan berpunca dari produk atau perkhidmatan yang tidak baik. 

Dia akan terus menerus mencari rangkaian baru.  Itu sahaja yang dia suka.  Bukan mengukuhkan rangkaian yang sedia ada sebagai punca pendapatan / jualan berulang.   Kabel yang disambung sangat rapuh.

Kemaruk Pujian dan Perhatian (8)

Setiap kilang atau organisasi tertentu mempunyai pasukan (tim) khas atau vendor yang dipilih untuk melakukan kerja-kerja penyelangaraan.  Samada terhadap peralatan kilang, pengangkutan, mesin-mesin dan lain-lain.  Tujuannya ialah supaya operasi berjalan lancar dan tiada semput dikala keadaan memerlukan.

Begitu juga dengan manusia – terdapat orang yang memerlukan perkhidmatan penyelengaraan atau service yang berterusan.   Ibarat mesin, mereka ini boleh terbarai (dari sudut emosi) sekiranya tidak diberikan perhatian yang secukupnya. 

Adalah routine yang baik untuk selalu mengukuhkan perhubungan dengan jaringan perniagaan kita.  Tetapi bagaimana pula bila kita mempunyai “orang dalam” yang sentiasa memerlukan khidmat penyelenggaraan seperti pujian, diajak makan, keluar bersama, sentiasa perlu dihubungi dan ditanya khabar?  Mereka akan merajuk bila tidak mendapat “keperluan penyelangaraan” ini.

Hubungan dalam perniagaan lebih terjurus kepada hubungan profesional, bukan peribadi.  Kita memerlukan orang yang sedia membantu apabila kita memerlukan bantuan dan kita juga sentiasa sedia memberikan bantuan apabila mereka memerlukan kita.  Bantuan ini tidak sama dengan keperluan “penyelenggaraan” yang dimaksudkan.

Merewang Atau Melalut (9)

Orang jenis ini samada kelihatan sibuk tak tentu pasal atau pun jenis yang merayau-lepak hanyut dalam khayalan tanpa ada perancangan atau tujuan tertentu.  Dari hari ke minggu dan tahun demi tahun hidupnya tetap sama - seperti mayat hidup.

Lingkungilah diri kita dengan orang yang bersemangat tinggi, mempunyai cita-cita, yang melakukan perancangan dan bertindak ke atas perancangan itu, dan yang mahu mencapai matlamat yang bererti.  Walaupun matlamat mereka berbeza dengan matlamat kita, kesan positif dari aura mereka akan menempiasi kita.  Mereka juga akan menerima tempiasan dari energy yang kita limpahkan.

Jauhi kaki rewang, kali lepak, dan yang suka melalut tanpa matlamat.  Pastinya mereka tidak akan membunuh kita, tetapi mereka akan membunuh semangat dan motivasi kita untuk maju dan berdaya saing.

Kredit gambar: makwepakwekintan.blogspot.com
Perbaiki diri dengan menjauhi 9 sikap dan perangai ini andainya tidak mahu dijauhi orang. Kita akan menjadi orang yang lebih baik apabila dikelilingi oleh orang-orang baik.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.