5 dari 13 Tabiat Mereka Yang Jiwanya Kental dan Cekal
Orang yang buat kerja bodoh bukan sebab bodoh tapi mahukan pengalaman "jatuh". He he he... |
Belajar Menghadapi Walaupun Kekecewaan Lebih Dari Segalanya
Sebelum meneruskan dengan tabiat orang yang berminda kuat berjiwa kental dan cekal, terlebih dahulu mari lihat satu posting di Facebook oleh Pn. Suzana Md Zin. Ianya berkaitan dengan “dugaan dan rasa.”“Pernah tak kau cuba positif setiap dugaan yang datang pada kau. Tapi, setiap kali kau positif, setiap kali itulah yang datang pun bukan yang kau mahu, atau lebih teruk lagi, keadaan semakin teruk.
Tapi, kau still positif lagi. Kau baca kata-kata semangat yang berkeliaran yang asyik 'point' kan ayat "Bila kita positif, semua yang datang pada kita pun positif" tapi hakikatnya tidak.
Maka, kau semakin penat untuk positif. Kau dah mula rasa fed up, kau dah mula rasa mual.
Orang disekeliling pun berikan pelbagai tips untuk kau terus positif, tapi kau dah give up. Kau dah cuba lakukan. Semua yang disarankan kau dah lakukan. Endingnya....
Kau mula letih. Kau mula tertekan.
Kau mula rasa nak nangis sentiasa.
Kau mula rasa nak lari jauh-jauh.
Kau mula salahkan diri.
Kau mula rasa nak putarkan semula waktu.
Kau mula rasa tak boleh tidur.
Kau mula sakit sini sana.
Kau mula rasa diri kau tak guna.
Kau mula rasa kebodohan diri kau.
Pernah?
Nampak? Masalah sama. Tapi kekuatan kita tak sama. Berbeza. Berteguhlah untuk diri mu. Kerana, hanya kau sahaja mampu menempuhnya.
Kuat atau tak, tabah atau tak, kau tetap kena belajar menghadapi walaupun kekecewaan kau lebih dari segalanya. Titik!”
– Suzana Md Zin, Makcik anak tiga –
OK… jom sambung lagi apa yang Pak Hamid leterkan pada aku tentang EQ yang membuatkan seseorang boleh memiliki kekuatan minda hati yang kental.
9. Tidak Menuntut Hak Kelahiran Tapi Lebih Banyak Memberi
Mahu dihormati? Belajarlah menghormati. Mahu mendapat? Belajarlah memberi.Aku anak so and so… korang kena hormat dengan aku. Aku ada hak banyak mana aku nak tibai. Eh bang… you earn what you deserve lah… You kerja kuat banyak lah you dapat.
Orang yang punya EQ tinggi tidak memaksa tetapi berusaha mendapatkan apa yang mereka mahu dengan cara yang betul. Bahasa yang molek. Senyuman yang manis. Service yang baik. Bukan potong line atau sailang kawan.
10. Minda Yang Selalu Terbuka Bukan Hanya Aku Yang Betul
Mengakui dan menerima bahawa orang lain juga mempunyai pendapat. Menurut sudut pandangan atau pengalaman mereka.Mengakui orang lain itu betul memerlukan kekuatan minda. Boleh mencalarkan ego.
Kerana pendapat yang dilontarkan itu berbentuk positif dan ada meritnya. Tidak sama dengan kata nista negative yang mencaci dan mencerca.
Tapi kalau betul sendiri sudah silap, orang yang mempunyai EQ tinggi tidak akan teragak-agak mengakui kesilapan dan memperbetulkan kesilapannya.
Tak lut pada sindiran tetapi cair dengan saranan yang memperkasakan.
Minda yang terbuka memberi peluang untuk idea baru masuk. Menambahkan ilmu dan memperkasakan tindakan. Mempercepatkan penghasilan. Mengurangkan kos dan bebanan.
Kekuatan EQ dapat menapis mana yang perlu diambil dan yang mana perlu diabaikan.
Cerita dari seorang kawan:-
Pengalaman berkuli semasa di Aussie
"Tokey marah pung pang pung pang. Kita jangan menyampuk atau menjawab. Tunggu sampai dia habis cakap.Bila dia dah habis cakap kita terus say “I'm sorry boss, please teach me if I'm wrong.”
Bila dah dua tiga kali kita buat macam tu confirm dia pun akan respek kita dan tak akan kedekut ilmu nak ajar kita.
Pengajarannya walau di mana kita berada, selagi langit dijunjung dan selagi bumi dipijak ingatlah adab dan budi bahasa mencerminkan siapa diri kita."
- Sandira Othman
Pengalaman memetik anggur (penganggur) di Australia. Sandira Othman |
11. Kebahagiaan Bukan Kerana Menang Atau Orang Lain Kalah
Apabila kebahagiaan itu hanya dapat dikecapi setelah membandingkan diri dan merasa ada kelebihan, seseorang itu bukan lagi dikawal oleh EQnya.Tetapi ego.
Dan tidak hairan bila mereka suka menunjuk-nunjuk. Mereka merasa menang bila dipuji. Dan sedih bila ditinggal sepi. Lalu berbelanja lebih untuk sentiasa kelihatan up to date.
Walaupun terpaksa berhutang. Ya… itu lah menang. Menang di luar kalah di dalam. Kerana tak pernah ada ketenangan.
Teramat suka malah sehingga meminta pujian. Tak dipuji… tak nak kawan. Atau pun ugut nak UF… ha ha ha. Macam budak kecik.
Lebih menarik lagi tentang orang yang punya EQ tinggi ini ialah mereka merasa sangat bahagia apabila dapat membantu orang lain. Yang kesusahan (keewangan) atau yang perlu dibantu untuk peningkatan pencapaian.
Mereka tidak ada perasaan tergugat apabila orang lain memiliki lebih kemampuan. Apabila mereka sesama mereka dalam satu kumpulan, kumpulan ini akan bergerak secara berjemaah.
Masing-masing tahu tugas dan tanggung jawab. Saling lengkap melengkapi dengan bidang kemahiran yang berbeza.
Kebahagiaan mereka tidak bergantung kepada “kelulusan orang lain” untuk bahagia. Mereka yang mencipta dan mereka sendiri yang menjaga.
12. Dengki dan Iri Hati Hanya Memakan Diri
Dengki dan iri hati kesannya lebih kurang sama dengan dendam. Rasa tak puas hati selalu membuat-buak.Akibatnya keseronokan dan kebahagian terhakis. Ini kerana impian dan angan-angan yang belum tercapai. Tetapi selalu ditayangkan oleh kenalan apa yang mereka ada. Dan itu antara yang kita idamkan. Padahal ia bukan sesuatu yang perlu pun…
Indvidu yang punya EQ tinggi tak kisah langsung tentang apa yang orang lain ada. Kalau rasa nak terjebak dan mahu mengelak dari terikut dengan orang lain, dalam media sosial ni senang saja. Tekan butang UF… selesai.
Apabila EQnya tinggi dan disokong pula oleh SQ yang baik kerana rajin beribadat, akan timbul rasa kesyukuran terhadap apa yang dimiliki.
Ia memberikan ketenangan. Memberikan rasa kaya. Kerana kemahuan atau keperluan itu hanya sedikit. Ada sikit atau banyak… keperluan peribadi sentiasa mencukupi.
Tanpa ada rasa dengki dan iri hati memudahkan seseorang itu untuk memberikan manfaat kepada orang lain. Kerana jiwanya yang kaya.
Yang tidak bahagia, yang mahu macam-macam apa tah lagi dengan meminta-minta (%) itu ialah orang yang miskin jiwa. Walaupun dalam bank akaunnya ada berjuta.
“Kebahagian dan keseronokkan itu tidak terhad. Berapa kau nak?” Tanya Pak Hamid.
Dan katanya lagi, “Bila kau sudah dapat, tak ada siapa yang boleh ambil dari kau. Hanya kau saja yang boleh merosakkan kebahagiaan sendiri. Dengan berdengki dan sikap iri hati.”
Maka… jagalah EQnya.
Tetapi bukan pula bererti syukur dengan apa yang ada itu boleh tidur terus-terusan. Tidur yang cukup dan nyenyak sudah laa… kerja tetap kuat. Hanya hasil belum tiba… rujuk peranggan awal dipermulaan artikel pada bahagian pertama.
Pak Hamid juga bilang orang yang suka menunjuk-nunjuk ini ibarat tin kosong. Bunyi saja kuat. Manakala tin yang penuh ianya berat dan senyap.
Scammer menggunakan unsur emosi untuk memerangkap orang yang EQnya rendah. Mempamerkan kekayaan sangat berkesan sebagai umpan memancing ikan-ikan yang sedang kelaparan.
Mana satu pilihan hati? Gambar:- FB Harimau malaya, Putra Inhil, Puteri Nur II. |
Makanya… sesiapa yang redha dengan rezeki Allah, dia tidak akan sedih dan cemburu dengan apa yang ada di tangan orang lain. Dan sudah tentu dia tidak akan mudah terpancing oleh scammer.
13. Kenangan Lama Yang Manis Tapi Boleh Diolah Semula
Setiap kali interview, sangat besar kemungkinan soalan tentang background akan muncul. Setuju? 80% akan berkata ya.“Penting sangat ke kisah silam? Perkara yang lepas tak akan kembali lagi… kau biasa dengar, kan?” Soal Pak Hamid tanpa aku berikan apa-apa jawapan.
Kegagalan masa silam sangat payah untuk dilupakan. Apatah lagi bila pernah melalui zaman kegemilangan yang berpuluh tahun seperti diceritakan sebelum ini.
Kegagalan memang tak siapa mahukan. Ianya berlaku kerana mengambil risiko dan mahu mencuba melakukan sesuatu yang payah dan getir.
Individu yang memiliki EQ tinggi mengerti kejayaan sangat bergantung kepada kemampuan mereka untuk bangun dari kejatuhan. Dan mereka tahu ini tidak mungkin boleh berlaku jika mereka terus dibuai dengan kegemilangan masa lalu.
Sears, ToysRUS dan semua syarikat besar yang terpaksa gulung tikar bukan sebab mereka tidak pandai mengurus perniagaan. Tak tahu Markeing, atau tak cukup channel. Segalanya mereka ada… kecuali apa yang Amazon ada.
Mereka yang gulung tikar ini memiliki bukan setakat puluh atau ratusan, tetapi ada yang mencecah ribuan cawangan. Tetapi semuanya tak boleh bertahan disebabkan oleh jualan yang merudum.
Syarikat-syarikat besar ini mengambil tindakan keras dan tegas menutup mana-mana cawangan atau keseluruhan perniagaan yang terus mendatangkan kerugian. Klik sini dan sini untuk rujuk pada 2 artikel terdahulu.
Zaman buat duit sudah berakhir. Perlu guna cara lain kalau mahu bangkit. Mereka tidak dibuai dengan kejayaan lepas. Yang lepas itu pengajaran. Pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapan.
Dan mengelak kesilapan menjadi sangat penting dalam perniagaan, malah apa jua pertandingan. Apatah lagi perniagaan ini yang disama-ertikan dengan peperangan. Kau silap kau mati.
Itulah sebabnya setiap temuduga soalan tentang latar belakang sangat penting dijawab dengan betul.
Mengagung-agungkan kejayaan lampau itu bagus sebagai track record tetapi keupayaan mengenal risiko dan mengelak kesilapan sangat lebih pentingnya. Ia datang dari pengalaman.
MotoGP. Valentino Rossi in action. |
Dalam perlumbaan MotoGP atau F1, satu kesilapan boleh menghancurkan peluang. Malah dengan jenteranya sekali hancur terbarai.
Terlalu dibuai dengan kejayaan lampau bermakna hidup kita masih dizaman lampau. Bukan pada hari ini sebagai persediaan untuk menghadapi esok.
Seorang juara perlumbaan dilitar Sepang pada tahun lepas belum tentu boleh menjuarai perlumbaan pada hari ini. Peluangnya untuk menang berbanding dengan pelumba baru mungkin lebih sedikit disebabkan pengalamannya di situ.
Manakala pelumba baru yang menggunakan jentera yang lebih baik pula mungkin berupaya memintas pelumba yang lebih berpengalaman.
Makanya… yang lepas itu lepas sudah. Hidup pada hari ini dengan cabaran hari ini. Kepakaran silam ditambah baiki untuk menempuh esok yang pasti menanti.
Kesimpulan
Peningkatan prestasi dan mencapai kebahagiaan sangat bergantung kepada EQ.Secara semula jadinya EQ akan menjadi bertambah baik bila ada gabungan atau sokongan dari IQ, S2Q. Dan EQ itu ialah minda yang menjaga dan mengawal tindakan emosi.
Sebelum berpisah Pak Hamid berpesan. Fahamilah:-
✦ berapa digit yang ada dalam akaun bank kau tu,
✦ berapa jumlah jualan yang kau dapat,
✦ bagaimana keadaan kesihatan kau,
✦ apa keperluan kau sebenarnya,
✦ hubungan kekeluargaan dan silaturrahim,
✦ dan sekiranya kau bekerja… apa jawatan dan tanggung jawab yang kau sandang
… tidak lain tidak bukan semuanya adalah hasil dari pemikiran kau sendiri.
Dan pemikiran itulah yang mengarahkan apa tindakan yang kau lakukan dan bila ianya dilakukan. Kematangan pemikiran kau sangat bergantung kepada EQ.
Dan sekiranya kau tidak suka (tetapi tetap bersyukur) terhadap mana-mana perkara yang aku sebutkan tadi – simpanan, hasil jualan, kesihatan, keperluan, perhubungan… cari jalan untuk peningkatan daya pemikiran yang terarah kepada EQ yang lebih baik.
Tingkatkannya dan lakukan sekarang.
Jangan bertangguh dan jangan banyak beralasan. Sikit-sikit alasan yang perlu sebab tak cukup duit untuk buat payment pada supplier OK lah.
Kehebatan orang berjaya ialah rancangan dan tindakan mereka. Kehebatan orang yang tak berjaya pula pada sembang & alasan mereka. Begitulah ungkapan terakhir dari Pak Hamid sebelum kami berpisah...
Moga artikel ini memberikan manfaat. Sudikan tekan butang bawah ni, ya...
Thank you for your comments