Jangan Jadikan Diri Anda Mangsa Kepada Alahan dan Penyakit Asma - CrazyDuck -->

Header Ads

Jangan Jadikan Diri Anda Mangsa Kepada Alahan dan Penyakit Asma

Bahan herba aktif dari sabun organik ini meresap melalui liang roma dan merangsang tubuh untuk menyembuhkan diri (self-healing). Bagi yang tak suka minum atau telan ubat, ini adalah option terbaik bagi yang bukan kaki minum.
rawatan-sakit-alahan-atau-asma

Alahan Itu Petanda Rezeki Sudah Ditarik?

Alahan atau allergy terhadap makanan tertentu merupakan satu penyakit yang susah dikawal. Ini adalah kerana selera dan keinginan untuk memakan makanan kesukaan. Atau tanpa kita sedari bahan makanan terlarang tanpa sengaja termasuk ke dalam makanan yang dihidangkan. 

Terutamanya bila makan di restoren.

Mereka yang terdedah kepada alahan akan merasa gatal yang amat atau sakit perut yang terlalu sakit selepas memakan makanan yang sepatutnya mereka berpantang.

Boleh saja kita mengatakan bahawa rezeki kita sudah ditarik dari menikmati makanan kesukaan. Lalu pasrah dan redha saja tanpa perlu berusaha mencari penyembuhan. 

Tunggulah, kalau Allah nak bagi aku rezeki menikmati makanan kesukaan aku, DIA bagilah. Sembuhlah nanti. 

Dan nanti itu bila? 

"Errr... tak baik cakap macam tu... kau ni dah macam bersangka buruk dengan Allah pula."

Bolehkah Kita Melawan Takdir?

Qada itu suatu ketetapan yang tak boleh diubah. Seperti lahirnya kita sebagai lelaki atau perempuan. Mak bapak kita orang jenis bangsa apa. 

Qadar itu pula ialah kadar hasil dari kadar usaha kita. Tidak ada kena mengena dengan melawan takdir.

Kalau tak makan, takdirnya kau akan lapar. Kadar kelaparan pula bergantung kepada berapa lama kadar masa yang kau tak makan. Dan kadar kekenyangan pula bergantung kepada kadar jumlah makanan yang kau balun. 

Dan dalam sehari berapa kali? Bila lebih dari 3 kali sehari itu dah kira melantak dan kau hairan pula kenapa jadi gemuk. 

Kadar gemuk = kadar melantak.

Dalam hal penyakit kita boleh berserah atau kita boleh berusaha mencari penyembuh kepada penyakit yang kita hadapi. 

Supaya bila ada orang lain terutama orang kesayangan menghadapi masalah yang sama tau jer kita apa ubat nak guna dan mana nak cari.

Asma (Athma) Juga Merupakan Sejenis Alahan

Pesakit asma selalunya sangat sensitf dengan debu, debunga, dan juga habuk sawang. 

Sesak pernafasan boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera.
Kebelakangan ini, banyak makanan yang kita ambil terdiri dari makanan yang sudah diproses. 

Contohnya seperti hot dog, burger, atau sliced turkey. 

Makanan ini mengandungi pengawet nitrate. Nitrate inilah yang menjadikan asma mudah menjangkiti pemakan makanan yang sudah diproses.

Ini adalah hasil kajian dari Perancis. Tak percaya... pergi search sendiri. 

Eleh... tak kan nak Google pun harap orang juga, eh? Benda merapu tau jer kau nak search sana sini. Ayah mak lalu depa muka pun tak angkat kepala, punya laa khusyuk. Awek cun lalu pandai pula kau bagi response...

Ini yang orang Indon cakap "daasarrrrr..."

Inhaler (ventolin) hanya membantu melapangkan dada dari gelema (mucus) yang menyumbat aliran udara ke paru-paru. Tetapi tidak melegakan penyakit asma. Asma boleh menyerang bila-bila masa sekiranya pesakit tidak berhati-hati dengan habuk.

Termasuklah habuk seperti jerebu dan asap dari pembakaran terbuka di sawah ketika musim menuai.

Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang boleh membantu pesakit alahan dan juga asma. Dari ubat perubatan moden hinggalah Homeopathy dan berbagai minuman kesihatan yang diperbuat dari herba seperti jus daun lidah buaya (Aloe Vera).

Pilih saja mana disukai dan sesuai. Yang penting, jangan jadikan diri anda mangsa kepada alahan dan penyakit Asma. Tak best langsung bila kena serangan penat.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.