Header Ads

Bolehkah Penyakit Darah Tinggi dan Sakit Jantung Dielak?

Anda sebenarnya ada pilihan. Tapi bila Dah Kena Darah Tinggi Apa Nak buat? Tak ada pilihan kecuali pergi hospital jumpa doktor. Dan apa doktor akan buat? Dia akan buat macam-macam test dan procedure untuk mengenal pasti di mana masalah yang sebenar. So, apa pilihan anda?

Cara Mengatasi Atau Mengelak Dari Terkena Penyakit Darah Tinggi





Dari apa yang dijelaskan oleh Dr. Maslan, untuk aku mengelakkan dari terkena atau menghidap darah tinggi dan sakit jantung ialah melakukan apa yang disebaliknya. Maksudnya tidak membiarkan faktor yang boleh menyebabkan darah tinggi dan lemah jantung singgah.
.
jantung-pisang-baik-untuk-kesihatan-darah
Jantung pisang baik untuk darah tinggi. Gambar FB Mid Gulai Kawah.
.1. Menjaga (Memilih) Pemakanan (Diet)
Hindari (kurangkan) makanan penyebab darah tinggi terutama yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti ikan masin, pekasam, jeruk masin dan yang seumpamanya.

Sikit-sikit sebagai penyedap rasa tak apa, asalkan bukan ruji.

Juga makanan yang mempunyai lemak (saturated fat) dan kolesterol yang tinggi.

Sebaliknya pilihlah makanan seperti bahagian ayam yang kurang lemak. Lebihkan sayuran seumpama bayam, broccoli, tomato, dan ubi kentang. Buah-buahan seperti apple, anggur, jambu guava, dan pisang (termasuk jantungnya).

Buah yang bawah ni... errr... nak kena jumpa Dr. Azhar atau Dr. Maslan balik lah.

buah-najib-melon

Gambar: FB Raja Mohd Shahrim
Makanan fast food dan yang sudah diproses juga ada antaranya kurang sihat. 

Selain lemak yang tinggi terdapat bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet seperti nitrate. Contoh ialah hot dog, burger atau sliced turkey.

2. Biasakan Bersenam
Senaman ringan tetapi lama untuk jantung yang kuat. Bukan lama mana pun… 30 minit jer minima.

Berkebun merupakan sejenis senaman ringan yang dilakukan tanpa paksaan. Badan sihat hasil pun dapat. Kalau malas atau tak punya tanah yang sesuai… berjoginglah. 

Tiga kali seminggu sudah memadai. Juga supaya tidak menjadi gemuk. 

Masih ingat akan Mat Gemuk yang mati muda?

3. Kurangkan Stress Dengan Berzikir
Pada yang bukan Islam mereka mengamalkan Yoga untuk mendapat ketenangan. Tradisi orang Cina pula melakukan senaman Ying-Yang atau Qi pada waktu pagi. 

Sesetengahnya pula mengamalkan tafakur (meditation). Terutamanya Mat Saleh.

Sebagai orang Islam kita sudah disediakan dengan zikir-zikir tertentu. Antaranya yang biasa dibawa ialah salah satu dari berikut:-
①. Bismillahir Rahman Nir Rahim
②. Subhanallah
③. Alhamdulillah
④. Astagfirullah hal 'Adzim
⑤. La ilaha illallah
⑥. La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah
⑦. La ilaha illallah AlMalikul Haqqul Mubin Muhammadur Rasulullah Sodiqul Waqdul Amin

Apabila zikir-zikir ini sudah sebati dengan diri stress tidak mudah melekat. 

Sentiasa ada ketenangan walau dalam keadaan yang sangat kecoh sekali pun. Hanya perlukan latihan sehingga zikir ini boleh mengikut rentak pernafasan. 

Dilakukan tanpa paksaan (voluntary) tetapi melalui involuntary action. Meski pun ketika berfikir atau melakukan sesuatu kerja. Malah dalam tidur juga. 

Sampai tahap ini hati (roh) yang berzikir bukan otak, tubuh, atau jasad lagi.

4. Doa Menghindarkan Stroke
Doa bagi menjauhkan terhindar dari atau merawat angin ahmar (stroke) dan juga penyakit kronik:-

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar.

Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dan dari penyakit berat. 
 .

Bila Dah Kena Darah Tinggi Apa Nak buat?

Tak ada pilihan… kecuali pergi hospital jumpa doktornya. Dan apa doktor akan buat? Dia akan buat macam-macam test dan procedure untuk mengenal pasti di mana masalah yang sebenar. 





Dan cara untuk mengubati.

Jika keadaan pesakit memerlukan ubat untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, Beta-blockers akan diberikan.

Ubatan ini ada berbagai jenis. Bukan skop artikel ini untuk mengorek jenis ubat-ubatan ini. Tetapi secara umum, beta-blockers mengurangkan tekanan darah dengan mengurangkan penjanaan hormone epinephrine, iaitu adrenaline.

Kesan ubat ini ialah degupan jantung akan menjadi lebih perlahan dan dengan kekuatan yang lebih rendah. Lalu menurunkan tekanan darah.

Namun terdapat bebarapa kesan sampingan dengan pengambilan ubat ini. Antaranya:-
• Pening atau rasa terawang-awang
• Lemah tenaga batin

• Masalah susah tidur nyenyak tetapi sering mengantuk (drowsiness)
• Lemau atau pun kurang tenaga

• Sejuk pada tangan dan kaki
• Bengkak pada sendi di buku-lali, kaki atau pada bahagian paha / betis

• Hilang semangat (depression)

Atas tu bukan doktor mana-mana bagi, tapi aku korek cari sendiri maklumatnya. Rujukannya kat sini: High Blood Pressure and Beta-Blockers.

Sebelum pergi ke sambungan berikutnya, izinkan aku akhiri bab ini dengan sedikit pesanan. 

Jangan ambil ringan jika symptoms darah tinggi dan sakit jantung sudah dirasai. Disamping beringat, lakukan lah perkara yang boleh mengelakkan darah tinggi dan sakit jantung dari menjadi kenyataan.

Ianya bukan kenyataan yang enak didengar atau sedap dipandang. Kalau anda tak jaga kesihatan sendiri… siapa lagi?

Artikel ini bersambung pada tajuk berikut:- "Penyakit Darah Tinggi - Bukankah Lebih Baik Mengelak Dari Merawat?" Pautannya nun kat bawah
.
bestnya-baby-ni-tidur-nyenyak
sabun-herba-merawat-sakit-darah-tinggi
Tak ada darah tinggi boleh tidur nyenyak macam baby ni. 
.
Temui Kami di Hizbul-Bahr Tesco Setia Alam 
Lot F-46 Tingkat Satu

Sila lawati halaman berikut untuk anda mendapat diskaun kaw-kaw atau membeli secara on-line. ProdukID: C17-P1 Darah Tinggi:-


Masukkan kod diskaun tambahan: JoF-A-22 dari halaman ini pada ruangan di borang pesanan.

Promosi ini ditamatkan pada Febuary 27, 2017. Hanya satu kod diskaun diperlukan bagi setiap pembelian yang merangkumi beberapa produk atau pakej tertentu.
.
konsultansi-percuma-datanglah-melawat-kami
Selain sabun untuk merawat darah tinggi Hizbul-Bahr juga mengeluarkan sabun untuk 
beberapa penyakit yang lain. Terutamanya untuk rawatan dan kecantikan kulit. KLIK gambar 
untuk melihat senarai lebih 60 produk kesihatan dan kecantikan berasakan herba.
.
Artikel Berkaitan
.
gulai-kawah-atau-gulai-umbut-pisang
Tak ada darah tinggi nak melantak
gulai sedap macam ni pun... lantaklah.
FB Mid Gulai Kawah.
Baca semua artikel yang berkaitan dengan artikel ini. Pautannya seperti disenaraikan di bawah:-


Jantung ada gegar? Meh tekan butang bawah ni supaya tenang Kemudian tekan lagi untuk share. Dapat pahala kongsi benda baik macam ni... kan?

Lagi Artikel Menarik