Kenapa Perniagaan Tertua di Dunia Akan Terus Subur di Bumi Malaysia? - CrazyDuck -->

Header Ads

Kenapa Perniagaan Tertua di Dunia Akan Terus Subur di Bumi Malaysia?

Takut atau anda sudah naik muak? Selagi namanya manusia dan punya sifat tamak rasuah akan terus subur. Rakyat pula ditakutkan dengan risiko penjara konon kerana bocorkan rahsia negara.

Rasuah – Takut Atau Anda Sudah Naik Muak?

Selagi namanya manusia dan punya sifat tamak selagi itulah rasuah akan terus subur. Mungkin selari dengan perniagaan tertua di dunia (apa tu?).  

Rasuah… oh rasuah.

police-slept-over-a-can-of-beer
Lentok on the job?
Bermaksud ianya tak mungkin akan lupus. 

Yang berkemungkinan lupus ialah mereka yang cuba melupuskannya. Dan itu yang membuatkan orang takut untuk tampil.

Aku pasti korang sudah muak dan meluat dengan isu rasuah ni terutamanya yang bersangkut dengan RM 2.6B tu? 

Heh… semua orang dah naik menyampah dengan putar belit – dari Pak-pak dan Cik Menteri sampai lah ke AG.

Bagaimana pula dengan kes terbaru kat Sabah tu? 

Jutawan rasuah duit mengalir masuk macam projek air yang dijaga mereka. Ini pun orang akan jadi muak juga.

Kemudian dilupakan terus. Selalunya begitulah. Hidup perlu diteruskan, kan? Syiok dia orang...
Ataupun dimaafkan saja. Orang Malaysia ni sangat pemaaf sebenarnya.

Eh… yang kau tulis pasal isu ni apa hal?  Tak takut ke?

Takut? Takut amende?

Mahathir-jangan-takut-untuk-kritik-najib
Oh... OK-OK, faham.

Aku tau ramai yang takut untuk tampil dan sentuh isu yang sebegini. 

Isu yang ada kena mengena dengan kepincangan gomen atau jabatan tertentu

Sebabnya… ya lah rezeki. 

Kena pecat kata Tun M. Rezeki mereka akan terganggu dan terbantut apabila dilihat sebagai anti gomen.

Wei… aku bukan anti gomen laa. 

Aku sekadar rakyat biasa yang masih punya perasaan, berkemampuan untuk berfikir dan ada sikit keberanian untuk menyuarakan apa yang terlintas dihati aku.

Tengok video kat bawah ni. Tekan jer kat gambar tu.

money-exchange-handsRasuah – Adakah Lebih Baik Duduk Atas Pagar & Play Safe?

Aku tahu… banyak dalam FB dan media sosial ramai yang memilih untuk duduk atas pagar.  

Stay and look neutral. Play safe bro

Woi… orang yang playsafe tu sebenarnya penakut. Tak berani ambil risko dan pak turut.

Laa… meluahkan pendapat dan isi hati yang benar pun ada risiko? 

Risiko kena label atau black listed dan peluang nak dapat itu ini terbantut. Contoh: vendor, geran dan soft loan.

Eh… korang belajar tinggi-tinggi kat Universiti yang bertingkat-tingkat tu untuk apa ek? 

Jadi pembodek? Tukang kipas? Tukang jilat? 


Know Who Is Better Than Know How?

Bersaing atas tiket kabel – know who bukan know howWell… yes know how to join the cable. And this is a very important know how.

Mana pendirian? 

Oh… ya lah… kan dah sebut pendirian atas pagar. Lebih kurang lalang.  Nak hidup.  Nak cari makan.

Kat sekolah kita diajar menghafal atau berfikir?  Pemikiran yang kreatif dan kritikal dah pergi mana?

Maksud aku… mana yang betul dan bermanfaat tu kita sokong.  Yang tak betul tetap tak betul – kenapa mesti angguk juga? 

Disebabkan korang dibagi jawatan dan pangkat serta bergaji… apa gomen buat semua betul?  Asal dapat makan dapat duit... angguk?  Atau angguk untuk dapat duit?

Itu belum tiba Dajjal lagi.  Dajjal nanti kemarau wei… berapa… 7 tahun ka?  Aku tak pasti … pergi cek sendiri. 

Dia bagi air masa korang dah nak mampus terlampau dahaga. Dia suruh korang mengaku dia tuhan… macam korang mengaku rezeki tu datang dari angguk-angguk sekarang ni. 

Amacam?  Boleh mampu lawan godaan Dajjal nanti?

Jangan Jadi Seperti Burung Unta

.
Rafidah-Aziz-over-ostrich-bird-behavior
Konsep Setia - Buta dan Tuli ek?

Tan Sri Rafidah Aziz kata, “jangan jadi seperti BURUNG UNTA. Sorok kepala di bawah tanah tetapi yang lainnya terdedah boleh dilihat semua orang. TOLONG BERHENTI DARI MENDENGAR CERITA-CERITA YANG MENYEDAPKAN TELINGA."

Aku tambah… jangan main angguk saja. Kena berani bila mau angguk dan bila mau geleng. 

Angguk dan geleng atas pendirian sendiri bukan sebab cari makan.

Mungkin kalau bawak beg serupa dalam gambar ni ada berani sikit kot? 


bag-pack-made-from-ostrich-skin-hilang-takut
Mahal bag ni susah nak jumpa. Dari OH Media.


Ostrich-bird
Ini rupanya burung Unta tu. Google images.
Beg ni rasanya diperbuat dari kulit burung Ostrich – burung unta tu lah.

Berani, bukan maksud aku suruh atau minta korang jadi rebel… just be yourself sudah laa.  

Itu pun tak boleh?

Takut? 

Takut pada apa, pada siapa, dan kenapa? 

Biar berpura-pura asal perut boleh isi? 

Oh…Pak Menteri pun ada cakap, “cari makan” kan? Masih ingat? Idola korang kat situ lah? 

leather-handbag-made-from-ostrich-skin
Bag kulit burung unta... lembut & special.
Kalau tak dilatih dari sekarang, Dajjal datang nanti… amacam? 

Oh… mesti korang ingat lambat lagi, kan? Atau Dajjal tu akan datang juga tapi bukan waktu kita semua ni masih hidup?

So… tak payah berlatih… gitu, kan?  Dan kita pun angguk saja lah?

Tak apa…  Eh… korang nak puji pun aku tak kisah. 

Pujilah dengan apa yang berlaku kat M’sia sekarang ni. 
Atau katakan ianya sebagai sudah ketentuan Ilahi sejak azali dan tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan. Terima sajalah seadanya.

Bila nasib korang baik, pujian tu dapat bayaran pulak.  Kan?

Aku… aku tetap nak luahkan rasa kat sini – nak baca, bacalah.  Dah meluat kalo… pergi main jauh-jauh. 

Kalau rasa nak baca juga sampai habis, pastikan ada beg macam beg kat dalam gambar tu, ek.

Atau pun sememangnya dah sedia ada?

Ramai yang dah sedia ada… aku tau.

Eh… aku bukan seorang yang negative atau toksik tau…

Cuma nak menyedarkan saja pada yang masih diulit mimpi. 

Tapi kalau nak kata juga yang aku ni toksik atau negative – kata pi lah. Tak luak sikit pun.

1.5 Juta Bangla Akan Masuk Malaysia

.
flight-cost-using-Boeing-777
Gambar: Azman MatNoh Kki
Rakyat mahu pelabur asing, yang dapat pekerja asing.  Ambik kau.

Adoi… OK… Ini satu lagi… 1.5 juta orang Bangla sudah mau masuk Malaysia. Ingat apa? Tak ada kesan ker?  Sendiri mau fikir eh.

Apa pula tak ada kesannya… satu kepala berapa RM kena charge?  Sekali masuk berapa chargenya? Setiap bulan berapa pula? Dharablah dengan 1.5 juta orang. 

Boleh kira dengan tangan atau main congak dalam kepala hotak saja?  Berapa angka dia?

Heh… calculator biasa-biasa pun tak cukup ruang nak paparkan angka dia tau tak?  Kalau masuk penerbangan pulak macamana? Jawapan pada gambar kartun tu ya.

Apabila angkanya sebegitu besar apa mungkin tidak mengundang rasuah untuk berlaku?  Biarlah korang sendiri yang jawab dalam diam. Aku tak mau kata apa. Lu sendiri PK laaaa.

Kesan pada korang pulak macamana? Pak cik aku kat kebun getah sana dok motong harga getah berapa duit saja?

rubber-tapper-and-people-in-agriculture-suffer-from-rising-living-cost
Gambar: FB Gila Kentang
Sekilo getah harga RM 1.60.  Penoreh dapat RM 0.8 setelah separuh dibayar kepada pemilik kebun

Ikan temenung saja sekarang (FEB 2016) sudah RM 16.00. Ada dia orang (men-tree) nak kisah?

Tak boleh nak termenung sakanlah – kena ada 20 kg getah untuk sekilo ikan yang termenung. 

Ikan lain yang aktif gembira suka ria (sehingga kembung-kembung?) pakcik aku boleh lambai tangan jer lah.

Nota: Ikan kembung / temenung murah memang ada pada harga 5 RM/kg. Hanya kena tahu dan pandai cari di mana tempat dan bila waktunya.

Tapi korang pun tahu kan… PRU datang… itu jam memang dia orang kisah punya. Siap dengan “puteri-puteri” gedik tak gedik semua cukup pergi round singgah rumah ke rumah.
.

Bukan Rasuah Tapi Derma. Kan Sedap Bunyinya?

.
derma-dan-hadiah-politik.-Bukan-rasuah-tauTapi ini bukan rasuahlah. Biasalah pemberian derma waktu kempen.

Dengan beras sekampit, gula sebungkus-2, kopi dan mungkin juga salam berisi note RM 50 sekeping dua rayuan undi pun diterima.

Habis PRU… lu orang pergi mampus.  Gua sudah boleh gasak projek juta-juta punya.

SRP, SPM, STPM dah cukup laa wei... padan muka ngaji tinggi-tinggi last-last jadi kuli. 

Ait... terhormat punya yo!!!  Pakai tie duduk bilik air cond bro.

Eh… bang, akak, bro and sis…sampai bila kita nak merdeka dari “cari makan” ni ha? Dibagi sikit ole-ole dicucuk hidung selamanya selagi mereka berkuasa.

Ini hasut ke apa, ek? Tak lah... sekadar mengulangi apa yang berlaku depan mata kita. Ada ketika kita terlupa. Yang pernah terlibat jangan buat boddow lah eh.

Aku tak minat nak hasut dan aku pun bukan ada kepentingan apa dalam politik nih. Hanya nak melepaskan kegusaran dengan apa yang sedang berlaku dalam Malaysia hari ini.

Banglasia-RM-0-ringgit-currency
Gambar: FB Soffi Adam
Betullah tu… derma. Derma lagi tepat dan sedap perkataannya. Mana ada rasuah. Haisshh…
Untuk bahagian ni aku nak tutup dengan gambar duit sepuluh ringgit ni. Disusuli dengan gambar apa nak jadi tak berapa lama lagi. 

Korang nampak apa akan jadi nanti? Sekarang benih dan putiknya dah depan mata.

Pelan-Pelan Dia Concur. Maka Jadilah ???

.
kongsi-gelap-asing-penguasa-pasar-borong

Banglasia-in-Kuala-Lumpur-during-holidays
Gambar: FB Ibrahim Mat Isa
KL memang dia orang akan atau sudah pun concur.  

Termasuk perkataan yang ada “cur” kat hujung ejaan. He he he. Tak "pe-la", kan? 

Maka perniagaan tertua di dunia akan terus subur di bumi Malaysia. 


Dan rasuah ialah antara faktor utama yang mengukuhkannya. Sana Puchong polis pun siap boleh bersekongkol dengan perniagaan tertua di dunia nih.

Sambungan penulisan ini boleh dibaca kat sini: Perlukah Aku Ambil Kisah Pasal Rasuah?

Artikel ini ada bau politik. Entah berapa orang yang akan bagi response.

Tak ramai rasanya yang mahu tekan ini butang. Sebab ianya busuk, eh?

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.