Dengan Ego dan Kesombongan Aku Berjaya Jadikan RM13 kepada RM3 Ribu
RM 13 Terakhir
Dalam poket aku hanya ada RM 13. Kalau aku makan nasi tengahari ni, katakan ianya RM 5. Baki akan tinggal 8. Malam ni dan esok macamana pula? Minyak motor lagi?
Aduh… aku pening.
Tapi aku mesti cari jalan keluar dengan hanya baki duit RM 13 ini. Tak kan nak pergi melutut minta sedekah dengan orang lain pula? Inilah harapan terakhir yang aku ada.
Pandangan dari kemuncak Banjaran Titiwangsa Di Lebuhraya Timur Barat |
Orang muda badan sihat gagah perkasa, nak minta belas kasihan dan ihsan orang? Heh… ego aku terlalu tinggi untuk menerima cadangan sebegitu.
Pertama… pergi cari kedai makan isi perut dulu. Duit yang berbaki selepas tu berapa pun tak kisah. Kemudian pergi cari kerja. Kuli apa pun tak apa, asalkan dapat duit untuk menampung perbelanjaan harian.
Kedua… ikat perut sekejap, minum air paip dan duit yang ada ni aku jadikan modal meniaga.
Ya meniaga…
Mulakan Langkah Berniaga Dengan Modal RM 13?
Dengan modal RM 13 tu? Kau gila?Ya… gila ke crazy ke… aku akhirnya memilih untuk gunakan RM 13 ini sebagai modal berniaga.
Bukan perniagaan.
Tapi sekadar membeli dan menjual sesuatu. Perkataan perniagaan terlalu besar maksudnya.
Aku sudah pernah kerja kuli dengan orang. Dari kerja kontrak buat rumah sebagai tukang kayu dan ikat bata, sehinggalah kerja kuli kat kedai hardware dan juga kedai makanan. Tapi semuanya tak lama.
Jiwa aku selalu memberontak dan tak boleh menerima arahan. Aku terlalu ego dan sombong untuk diarah ke kiri kanan atas dan bawah buat itu dan ini.
Ego Dan Sombong Yang Bertempat
Ego dan kesombongan aku juga memaksa aku membuat perancangan dan mencari jalan pantas.Bagaimana menukar duit baki RM 13 ini kepada satu nilai yang lebih besar. Atau sekurang-kurang aku tidak mati kelaparan.
Aku merayau-rayau dalam kampung dan terberselisih dengan Pakcik Pakistan jual karpet. Aku kemudian mengekorinya dari jauh supaya dia tidak perasaan yang dia sedang diintip.
Dari pergerakkan Pakcik Pakistan Karpet aku mendapat idea dan terus bergegas ke bandar. Minyak motor masih cukup untuk 2-3 trip.
Aku singgah dibeberapa kedai menjual kain batik. Setelah negotiate harga aku membeli sehelai dengan harga RM 8. Baki di tangan masih ada RM 5.
Aku juga meminta satu karung plastic yang besar tetapi agak lusuh. Ianya digunakan sebagai bungkusan kain-kain yang datang ke kedai itu.
Hari masih awal dan aku meronda kawasan perkampungan yang padinya baru dituai. Orang mesti ada duit ketika ini.
Cuba Nasib Teroka Pasaran
Dari kejauhan aku ternampak beberapa orang perempuan sedang berkumpul. “Borak-borak agaknya”, kata hati aku.“Akak… ni saya ada bawak kain batik. Tinggal satu helai saja lagi.” Aku menyapa mereka yang kelihatan menerima kehadiran aku tanpa ada rasa sangsi walaupun tidak dijemput.
Bohong sunat aku mendapat perhatian mereka. Sarung plastic besar yang sememangnya orang tahu digunakan untuk membungkus kain kelihatan agak lusuh meyakin mereka.
Melihat hanya ada sehelai yang tinggal (itu jer pun yang ada) seperti menandakan kain batik aku laku keras.
“Hmmm… cantik juga. Berapa harga?” Tanya seorang Makcik.
“RM 15 jer.” Aku menjawab sambil jual-jual mahal. Konon korang nak ambik-ambik lah... tak ambik pun aku tak kisah. Padahal dalam hati??? Tuhan saja yang tahu.
“OK lah tu. Corak bunganya cantik, warna menarik, kuailiti pun elok. Harga murah.” Balas seorang lagi Makcik. Ia mendorong Makcik yang bertanya tadi untuk lebih berminat.
Sambil berpaling… dia mengeluarkan bungkusan dari ________ (teka lah).
“Nah RM 15. Kalau ada lagi datang lah ya.” Dia menghulurkan duit dan kain batik pun bertukar milik.
Sebelum beredar, aku sempat mengambil nombor telefon beberapa orang Makcik di situ.
Aku sekarang sudah punya sejumlah RM 20. Kalau 20K kan bagus? RM 20 pun nak heboh.
Perut aku semakin lapar.
Aku berhenti disebuah gerai menjual nasi campur.
Muka Tak Malu Mulut Manis Rezeki Murah
“Akak… saya hanya mampu membeli nasi dan lauk serta minuman dengan harga RM 3.” Tanpa segan aku menegur Makcik yang menjual. Lauknya kelihatan hampir habis.Dia mungkin sudah bersedia untuk “call it a day” untuk hari itu.
“Nasib kau baik Man. Akak nak tutup dah ni. Nah… nasi extra campur dengan ayam kari last kopek."
Ini air sirap yang tak habis dijual. Akak ingat nak lupuskan jer tadi. Makan lah… rezeki kau baik hari ini.”
Ini air sirap yang tak habis dijual. Akak ingat nak lupuskan jer tadi. Makan lah… rezeki kau baik hari ini.”
Alhamdulillah… rezeki aku murah. Nasi dengan dua ketul ayam masak kari ni dan segelas sirap kalau harga biasa mau cecah paling kurang pun RM 7.
Dengan baki ditangan sebanyak RM 17, aku membeli 2 helai lagi kain batik dan mengisi minyak motor sebanyak RM 1. Habis. Kosong. Liaw. Elek pocik dah duit aku.
Berbekalkan 2 helai kain batik aku membuat rondaan lagi. Skrip jalan cerita sama. Dan aku berjaya menjual 2 helai kain batik dan sekarang sudah punya RM 30.
Follow Up Pelanggan Sediada
Masa pantas berlalu dari hari ke minggu dan mencecah bulan.Bermula dengan RM 13 dan dengan buat follow up pada mereka yang aku kutip nombor telefon aku berjaya membuat banyak jualan.
Bermodalkan sedikit kreativiti (termasuk creative visualization) dalam penyampaian serta dicampur dengan muka tak malu aku, aku dapat mengumpul sebanyak hampir 3 ribu ringgit.
Baru ada 3K dah heboh. Orang yang punya 3 juta pun dia senyap jer. Ek?
Tetapi masa menuai sudah lama berlalu dan begitu juga sale aku mula menurun. Musim berganti dan aku perlu menyesuaikan diri dengan musim baru dan pelanggan baru juga.
Antara Sombong dan Merendah Diri
Dengan duit yang ada aku boleh mengorak langkah yang lebih besar. Kesombongan dan keegoan aku membantu aku keluar dari kesempitan. Merendah diri pada ketika yang betul sangat memurahkan rezeki.Aku sudah biasa dengan buat muka tak malu dan menerima rejection demi rejection. Biasalah… menjual. Bukan semua orang suka dijual barang walaupun mereka suka pergi shopping.
RM 13 memaksa dan mengajar aku akan kebebasan memilih, bertindak, dan bergerak pada waktu yang sesuai.
Tapi cara menjual begini ada limit ceilingnya. Juga sangat memenatkan.
Namun ilmu menjual yang aku pelajari sangat berbaloi. Sebagai bekalan untuk aku terus bergerak ke hadapan.
Tapi cara menjual begini ada limit ceilingnya. Juga sangat memenatkan.
Namun ilmu menjual yang aku pelajari sangat berbaloi. Sebagai bekalan untuk aku terus bergerak ke hadapan.
Aku sudah mendapat idea bagaimana mahu mengatur langkah seterusnya. Kesombongan dan ego (keras kepala berhati batu) aku, aku gunakan untuk mencipta peluang baru dan memacu kehidupan yang lebih baik.
Bukan untuk berlagak takabur tak tentu pasal yang menyakitkan hati orang. Juga buat dosa kering.
Itulah cerita Azman (aku dalam cerita di atas) kepada aku (yang menulis ini) sewaktu dalam kereta menuju ke Jeli.
Kami berhenti rehat sebanyak dua kali. Di kemuncak Banjaran Titiwangsa dan Tasik Banding.
Aku tidak bertanyakan kenapa dia hanya ada RM13 dalam penceritaannya. Itu tidak penting dan aku tak perlu jadi penyiasat untuk ambil tahu. Tak ada faedah pun.
Tetapi pengajaran bagaimana dia keluar dari kesusahan, itu yang lebih memberi pengajaran dan pedoman kepada aku.
Selepas bergerak semula dari Tasik Banding menuju Jeli, aku masih jadi pemandu. Azman menceritakan satu lagi kisah. Iaitu tentang hal sailang (potong trip kawan) yang membunuh perniagaan sendiri. <<== Klik pautan untuk membaca.
Sudikan tekan satu dari butang sederet ini ya. Juga jangan tak taruk komen.
Bukan untuk berlagak takabur tak tentu pasal yang menyakitkan hati orang. Juga buat dosa kering.
Itulah cerita Azman (aku dalam cerita di atas) kepada aku (yang menulis ini) sewaktu dalam kereta menuju ke Jeli.
Kami berhenti rehat sebanyak dua kali. Di kemuncak Banjaran Titiwangsa dan Tasik Banding.
Tasik Banding |
Tetapi pengajaran bagaimana dia keluar dari kesusahan, itu yang lebih memberi pengajaran dan pedoman kepada aku.
Selepas bergerak semula dari Tasik Banding menuju Jeli, aku masih jadi pemandu. Azman menceritakan satu lagi kisah. Iaitu tentang hal sailang (potong trip kawan) yang membunuh perniagaan sendiri. <<== Klik pautan untuk membaca.
Sudikan tekan satu dari butang sederet ini ya. Juga jangan tak taruk komen.
Thank you for your comments