Aku Berdosa Terhadap Perempuan dan Lelaki Itu
Khidmat Mereka Tiada Yuran Super Platinum Coaching
Nangis Tak Tidur Malam
Selesai aku melepas, tak kiralah kecil ke besar punyaDia tanpa segan silu atau merasa geli… terus saja membersihkan
Menghilangkan ketidak-selesaan aku
Ketika gigi aku baru nak tumbuh,
Aku menangis tak berhenti akibat sakit gusi,
Tangisan aku membuatkan perempuan itu tidak dapat tidur,
Terus saja dia mendukung dan cuba memberi ketenteraman kepada aku,
Walaupun kepalanya sudah nampak bintang akibat kekurangan tidur.
Tapi kenapa bila dia meminta sesuatu pertolongan,
Aku selalu beralasan dan bertangguh-tangguh?,
Akhirnya dia membuatnya sendiri kerana meluat menunggu aku.
Sebaliknya aku lebih selesa melayan handphone,
Dari melayan permintaannya,
Kenapa aku sanggup jadi begitu???
Ketika Dalam Kandungan
Sewaktu aku dalam perut,Perempuan ini memberikan makanan,
Makanan seperti kacang almond dan segala yang berzat,
Supaya aku jadi lelaki gagah atau perempuan cantik gebu.
Dia juga mengelak dan berpantang,
Dari mengambil makanan kesukaan tetapi boleh mencacatkan aku,
Cacat samada pada fizikal atau otak pemikiran.
Tekan gambar lihat video |
Bermula dari sebentuk cecair kemudian terbentuk menjadi manusia,
Ada ketikanya aku terasa sangat sempit dan tidak selesa,
Lalu aku menendang-nendang,
Tanpa peduli akan kesakitan yang dihadapi perempuan itu.
Ketika berada di alam kegelapan itu,
Dia mendoakan supaya aku berjaya dalam kehidupan kelak,
Dibacakannya Al-Quran seperti Surah Yusuf,
Agar aku menjadi manusia yang cantik sedap dipandang mata.
Tetapi kenapa aku berat untuk mendoakan mereka,
Padahal kejayaan aku adalah sebahagian dari doa mereka.
Dengan doa itu,
Pergerakkan aku dipermudahkan,
Hasil kerja aku dilancarkan.
Tetapi kenapa aku terlalu percaya,
Yang semua kejayaan itu adalah kerana kebijaksanaan dan usaha aku sendiri?
Maka benarlah… kesenangan dan kejayaan itu satu dari bentuk ujian.
Ampuni daku ya Allah… aku hamba mu yang lemah.
Yang terkadang menerima hasutan syaitan.
Mengakui kehebatan diri hingga terlupa anugerah Ilahi.
Sudah Sampai 9 Bulan 10 Hari
Aku sudah tak larat berada di sini,Lalu aku mencari jalan keluar dari kegelapan ini,
Ku selusuri lorong itu dan memaksa diri,
Menjengah untuk melihat dunia.
Akibatnya…
Ada bahagian pada badan perempuan itu,
Yang koyak atau terpaksa dibedah potong,
Kesakitannya hampir membawa maut,
Demi menyambut aku sebagai penghuni baru di dunia ini,
Oh Allah… besarnya pengorbanan perempuan ini terhadap aku.
Orang Pertama Memperdengarkan Azan
Suara lelaki itulah,Yang memperdengarkan azan and iqamah ke telinga aku,
Yang mahu aku menjadi anak dan manusia soleh,
Yang mahukan aku mendoakan baginya satu ketika nanti.
Lelaki itu bersama perempuan itu,
Berkat doa mereka telah membentuk aku yang aku sekarang.
Bagaimanakah anak-anak aku akan mendoakan aku?
Jika aku sering lupa dan alpa,
Dari mendoakan kesejahteraan untuk lelaki dan perempuan ini?
Oh… I Love My Life!!!
Selama dua tahun,
Makanan utama aku ialah susu.
Setiap kali aku menangis atau mahukan perhatian,
Perempuan itu menyumbatkan nenennya ke mulut aku. Memberikan dakapan hangat yang melegakan.
Aku terus tertidur keenakkan dalam dakapannya.
Oh… I Love My Life!!!
Tapi bilakah kali terakhir aku mencium dan mendakap perempuan itu?
Dan bolehkah dia mengatakan ungkapan yang sama disebabkan aku?
Kerana dia (iaitu aku)… hari ini aku (perempuan itu) masih boleh menyebut…
Oh… I Love My Life!!!
Diwaktu aku Kesunyian, Kegelisahan dan Kemurungan
Diwaktu aku kesunyian, kegelisahan dan kemurungan.Akibat stress kecundang,
Kerap saja aku menelefon perempuan ini.
Ketika aku sibuk dengan kawan bergelak ketawa,
Aku terlupa yang keceriaan aku,
Asalnya datang dari kata motivasi dan doa darinya.
Dia yang mendoakan kejayaan aku,
Tapi aku terlalu sibuk untuk mendoakan kesejahteraannya,
Apa punya jenis manusia aku ini?
Astaghfirullah hal adzim ya Allah...
Ampuni daku ya Allah…
Kedai Makan Yang Melayan Aku
Aku puji dan datang berulang-ulang.Harga mahal apa aku nak kisah.
Namun…
Bila perempuan itu memasak,
Aku anggap tak sedap lalu aku tak sentuh,
Padahal bukan tak sedap tapi perut aku yang sudah penuh.
Dan dia memasak dengan rasa penuh kasih sayang,
Sayangnya aku yang tak reti menghargai,
Tidak seperti sewaktu kecil dulu.
Tentang harga pula,
Di luar berapa harga pun aku tak berkira,
Tetapi untuk membeli barang masakan supaya dia boleh masak sedap,
Aku berkira dan beralasan konon tak reti membeli.
Tapi itulah makanan yang telah membesarkan aku,
Sebelum aku punya wang sendiri untuk makan di mana aku suka,
Allahu… sombongnya aku bila hanya dikurniakan sekelumit kemewahan.
Aku Menjadi Tumpuan Utama Lelaki Itu
Lelaki itu…Walaupun sering pulang lewat dari kerjanya,
Kerana membanting tulang dan memerah fikirannya,
Ada ketika melakukan dua kerja pada hari yang sama.
Sesampai di rumah sudah terlentok tiada daya,
Hanya kerana mahu melihat aku tersenyum,
Dengan membelikan apa yang aku perlu atau mahukan.
Juga agar perut ku tidak kosong sewaktu ke sekolah,
Agar punya segala keperluan untuk memandaikan aku,
Bukan sekadar pandai dalam pelajaran tetapi juga dalam kehidupan,
Mengajar aku erti perjuangan dan survival.
Tetapi aku berkira untuk memberikan padanya,
Pembiayaan kereta yang punya unsur riba bagiku lebih utama,
Juga pembayaran sewa rumah yang aku malas nak tunda-tunda,
Termasuk makan luar bersama kawan di tempat yang mahal harganya.
Padahal…
Sewaktu aku kecil,
Aku menjadi tumpuan utama lelaki ini,
Sungguh sangat kuat dia bekerja,
Demi seorang manusia yang bernama anak.
Ada ketika dihujung bulan,
Aku ada sesuatu permintaan,
Yang tidak termasuk dalam bajet bulanan.
Maka dikorbankan kemahuannya sendiri,
Meski pun terpaksa membilang,
Beberapa keping kertas biru bergambarkan sultan,
Dan kepingan logam putih dan kuning yang masih ada dalam genggaman.
Astaghfirullah hal Adzim,
Aku sudah berdosa dengan lelaki ini,
Keramat hidup yang sanggup melakukan apa saja agar aku dapat gembira.
Sungguh aku berdosa terhadapnya,
YA Allah… ampuni segala dosa ayah ku,
Kau permudahkanlah segala keinginannya seperti mana dia mempermudahkan kemahuan ku.
Sambungan:- Terima Kasih Kepada Perempuan dan Lelaki Itu
Mohon yang membaca sehingga di sini untuk tekan salah satu butang di bawah.. Terima kasih.
Thank you for your comments