Melihat Memerhati Mengimbau Menghargai Merindui Menghormati Merenungi - CrazyDuck -->

Header Ads

Melihat Memerhati Mengimbau Menghargai Merindui Menghormati Merenungi

Ringkasan Artikel Yang Lebih Kepada Paparan Gambar. Mengajak Anda Untuk Melihat dan Merenungi...

Melihat dengan kecantikan. Peluang pada yang baru dan juga yang antik.

Lebah itu matanya mencari bunga yang cantik, wangi, dan bermadu saja.

Madu yang menyihatkan. Walaupun pokoknya sudah tua.


Artikel teratas merupakan entry terbaru.

5. Bulan Gerhana Luar Biasa Di Palestine Petanda Kiamat Sudah Hampir?

Apabila gerhana luar biasa berlaku di Palestin, dikatakan akan muncul bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ada hadith yang membawa maksud umur umat Islam adalah selama 1,500 tahun. Bermaksud, telahan mereka di Asia Barat, terutama mereka di tanah Palestine yang dijajah bahawa sekarang ini adalah abad terakhir. Kiamat akan muncul..

4. Gambar Ini Akan Membawa Anda Ke Satu Masa Dahulu

Zaman terus berubah. Begitu juga dengan teknologi penanaman dan penuaian padi. Yang tak berubahnya ialah pemandangan cantik dan menenangkan bila berada di kawasan sawah yang menghijau dengan padi yang subur.

3. Kisah Helang Tua Yang Ada Contoh Depan Mata

Kisah perjuangan. Ada sesuatu persamaan antara kisah Helang ini dan persada politik Malaysia. Berpuasa selama 5 bulan dan mencabut kuku, paruh, dan bulunya ini sebenarnya adalah dongeng. Pengorbanan dan kemampuan untuk bertahan ialah inti pati cerita ini.

2. Pernahkah Anda Merasai Kegembiraan Sebegini Ketika Kanak-Kanak?

Zaman kanak-kanak di kampung sawah padi atau kawasan yang berparit sangat berbeza dengan anak-anak zaman sekarang. Yang melihat gambar ini dan mendatangkan ingatan juga kerinduan, bermakna anda sudah berumur 40 ke atas. Anak zaman sekarang ramai yang guna jari ajaib, tunjuk saja ikan boleh dapat. Anak dulu-dulu kena tolong ibu bapa di sawah atau menangkap ikan. Di tunjuk, ikan lari. Kena guna serangkap atau bubu.

1. Bila Sudah Lama Di Bandar Adakah Anda Merindui Suasana Begini?

Pastinya bila melihat gambar-gambar pemandangan dan aktiviti persawahan, akan membuka kenangan lalu. Imbauan yang menggamit kerinduan. Terutama kepada anda yang pernah berkecimpung dengan kegiatan persawahan. Atau pun yang pernah tinggal dan membesar di kawasan sawah padi.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.