Antara Kata-Kata Tersurat dan Maksud Yang Tersirat - CrazyDuck -->

Header Ads

Antara Kata-Kata Tersurat dan Maksud Yang Tersirat

Berborak tentang rezeki & redha Ilahi. Ada duka dalam ketawa. Dalam nada positif yang tersurat. Dengan gaya menasihati. Juga cara berkongsi. Sambil bercerita apa objektif yang mahu dicapai hari ini.

Duka Dalam Ketawa

Dalam nada positif yang tersurat
Dengan gaya menasihati
Juga cara berkongsi
Sambil bercerita apa objektif yang mahu dicapai hari ini
kebuntuan-fikiran-memikirkan-apa-yang-tersurat-dan-tersirat
Blog-nightmare-alive.tumblr.com
Berborak tentang rezeki & redha Ilahi
Perkataan yang ditulis aku jelas memahami

Kerana ianya memang sudah jelas tersurat
Semuanya mahu berjaya dan kaya

Perkataan yang tidak ditulis juga 
Seakan berbunyi dan bersuara 

Reading beyond the lines
Sipi-sipi erti secara “subtle” ia menjelma
Dalam kata-kata semangat pengubat jiwa

Ramai antara kita sebenarnya
Duka dalam ketawa
Menangis dalam senyuman
Seperti gembira tetapi kecewa

Tubuhnya sihat jiwanya sakit
Tidur berbaring lenanya tidak
Tangan di stereng fikiran sudah nak mereng

Niat mahunya ke point A
Sampainya pula di point B

Buntu eh?

Perancangan dibuat
Langkah dan tindakan juga diambil
Namun hasil tidak berbaloi dengan modal

Modal fikiran, tindakan, masa dan barangan
Adakalanya merasa buntu tapi masih boleh berangan

Apa lagi yang tidak aku lakukan
Ilmu sudah ku cari
Seminar situ sini juga sudah aku pergi

Ada yang kata bertindak dan buat jer
Tindakan pantas hasilnya juga jelas
Jelas benar atau jelas silapnya

Ilmu hanya seperti buku
Dibaca tidak dipraktik 

Buku itu hanyalah bait-bait tulisan
Kertasnya pula boleh dikitar semula

Memang… aku bukan dok berangan
Atau hanya berimpian sahaja
Segala yang aku dok buat 

Dan juga terus mencuba
Tapi… aduuuuiiii tak menjadi juga laaa...

Niatnya Kerana Apa

Ada gak yang bagi nasihat 
Dan kata-kata semangat motivasi
Hang doa hang solat hang zikirlah bebanyak 


Solatlah yang sunat sebelah pagi dan penghujung malam
Insya’Allah rezeki diperluaskanNYA

Tapi… jangan silap niat tau
Sahaja aku solat sunat XXX kerana Allah Taala + supaya rezeki aku bertambah

Yang dilafaz dan tersurat tu sudah betul dan jelas
Yang senyap tersirat itu yang bawa melencong dari point A ke point B

Rezeki Dari Allah Usaha Sendiri Mau Buat

Rezeki Allah tu tak akan salah masa dan juga alamat
Sampai masa sampai lah dia
Kekadang dia sampai banyak
Kita ingat waaaa... sudah menjadi nih


Porsche-911-lambang-kemewahan-yang-tersurat-dan-tersirat
Tersurat depan mata tersirat pening nak settle
Lupa diri sat...
Gambar aku siap dengan muka 
Mendongak angkuh
Sekali dia sentap?
Haa... tu dia laa

Dari 5 nama institusi yang diberi
Dalam dan juga luar negeri
Satu pun tak boleh mengaku
Yang depa dah menganugerahi

Loghat orang Baling depa kata...
Apa tu... err... pi-eh-dee kot?

Maka datangnya rezeki tinggal sikit
Tapi dalam dok sikit r
ezeki yang datang itu
Tak pernah pula 
Minyak kereta aku jadi below red warning

Tak pernah pula dapur tak berasap 

Sebab pakai gas kot
Tak pernah miss pun belanja anak sekolah
So… hang nak kata apa sebenarnya?

Rezeki Tak Cukup-Cukup?

Tak cukup pada kehendak hang?
Bukankah yang mana yang hang perlu 

Sentiasa ada?

Walaupun tak tau bila nak ada
Tau-tau sampai masa yang hang perlu
Dia mai jengoi tunjuk muka Agung 

Siap ada signature Ibu Zet sekali

Saja membebel mengubat hati sendiri
Kalau bukan sendiri siapa lagi?

Orang lain memasing ada masalah
Yang perlu mereka tangani
Tak kurang juga bebanan dan tekanan

Atas bawah kanan dan kiri

Naik Jangan Tak Naik Ek...

Macam-macamlah
Harga barang naik darah naik sale naik 
Tapi ada juga yang turun tak naik-naik
Heh... masalah tu. Nanti kena marah
Ya... yang ini maksudnya tersirat

Yang naik orang bising 
Yang turun orang senyap
Yang bising itu tersurat
Yang senyap itu tersirat

Gee… Iced Tea?
Thanks... but I would like a glass of syrup

Apa tu? Dia kata GST ke atau apa?
Yang tu tak payah cakap dah
Ingat depa nak ambik kisah?
Hang cakap banyak… tong simen mau?

Mmm... saya mau air sirap saja bukan iced tea

Kering lah Pulok

Bagaimana dengan mereka yang sudah kekeringan?
Tersangat kering
Ikan kering boleh juga dijual dan dimakan

Tasik kering?
Sawah kering?
Poket lagilah kering kontang

Apa pun…syukur... aku masih bernafas lagi
Esok belum tau lagi
Mau ka tak mau… mati itu satu kemestian

Apa pun aku ingat pesanan Steve Jobs dan Dr. Richard Teo
Korang nak mati pun mati lah
Jangan lupa pada Tuhan sudah

Itu kata mereka walaupun mereka tahu ianya sudah terlambat
Kejayaan dan harta benda tu ada limit penggunaannya
Untuk ke SANA bekal yang dibawa bukan sesuatu yang nampak dimata

Aku mahu jalan menuju ke kubur ku dipenuhi
Dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami
Bila dah nak mati dan juga selepas mati

Segala harta kekayaan sudah tidak berguna
Dan tidak boleh dibawa mati
Ia tetap akan terus berada di dunia

Yang mana sudah diinfaqkan itulah bekalan
Oh... ayat atas ni bukan dari Alexander the Great

Apa masih bingung? Tersuratnya apa? Tersiratnya pula?
Ya... tulisan ini tentang hal yang tersirat
Yang faham dia faham laa...
Yang tak boleh faham... tidak mengapa

Dia orang cakap... "Jalan Terus"
Dia orang juga cakap... "Faham ke Faham?"

Jika faham suratkan LIKE anda. Kat satu dari butang sederet ni.