Mark Zuckerberg dan Alexander The Great – Apa Kaitan Antara Mereka? - JoF | Journeys of Freedom

Header Ads

Mark Zuckerberg dan Alexander The Great – Apa Kaitan Antara Mereka?

Mark Zuckerberg dan Alexander the Great adalah watak kehidupan yang mempunyai empayar tersendiri disamping berkeupayaan membeli kepakaran. Namun tiada siapa boleh mengatasi kuasa Allah,



Mark Zuckerberg & Isteri Priscilla Chan Bakal Menimang Cahaya Mata Perempuan

Kisah Mark Zuckerberg orang muda terkaya di dunia dengan isterinya Priscilla Chan seorang doktor boleh dikaitkan dengan kisah dan pesanan dari Alexander The Great.
Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg, 31 dan isterinya Priscilla Chan, 30 bakal mendapat anak pertama mereka setelah berkahwin selama 3 tahun.

Ini adalah babak terbaru dalam hidup kami. Kami sangat bernasib baik kerana berpeluang terlibat dan menyentuh kehidupan ramai orang diseluruh dunia.”

“Isteri saya seorang doktor dan pendidik manakala saya melalui komuniti FB dan pendermaan.”

“Kini kami sedang fokus berusaha menjadikan kehidupan di dunia ini lebih baik, bagi anak-anak kita dan juga generasi akan datang.”

Pasangan suami-isteri ini mengalami kesulitan mendapat zuriat dan membuat keputusan untuk berkongsi masalah mereka dengan orang ramai.

“Ia bertujuan untuk memberi harapan kepada mereka yang mengalami masalah kesuburan sama seperti apa yang kami alami.”


“Selama tempoh 3 tahun ini, isteri saya mengalami keguguran sebanyak tiga kali,” terang Mark dengan nada penuh emosi.

“Kebanyakan orang tidak (mahu) membincangkan perihal keguguran kerana gusar masalah peribadi sebegini akan mencerminkan kekurangan diri atau dianggap telah melakukan sesuatu kesalahan yang mengakibatkan timbulnya masalah kesuburan diri.”

“Tanpa perkongsian, anda terumbang-ambing seorang diri tanpa sokongan.”

“Sikap keterbukaan, saling berhubung dan berbincang melalui media sosial sangat membantu merapatkan tali sillaturrahim.  Kesefahaman dan sikap toleransi memberikan harapan kepada kita.”

Pesanan Alexander The Great Ketika Menanti Saat Kematiannya

Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan Generalnya melakukan 3 perkara berikut:

Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat.

➽ Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

➽ Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini:

➽ Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.

➽ Aku mahu jalan menuju ke kubur ku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati.  Ia tetap akan terus berada di dunia.

➽ Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA.

Kesimpulan dan persoalan dari dua kisah ini:




1. Dengan kekayaannya, Mark Zuckerberg boleh saja mengubati masalah kesuburan samada dari dia atau isterinya untuk mendapatkan zuriat, tanpa menunggu 3 tahun selepas perkahwinan untuk mendapatkan anak yang kini masih dalam kandungan ke-empat kali.

Tetapi Allah tidak mengizinkan.

Kekayaan tidak dapat membeli zuriat dan tidak dapat menghalang kematian.

2.   Dengan kepandaian seorang doktor, isteri Mark boleh saja mencari jalan untuk mengelak keguguran. 

Tetapi Allah tidak mengizinkan.

Dengan kepandaian dan kepakaran doktor dalam mengubati penyakit ia sekadar usaha dan ikhtiar yang mesti kita lakukan untuk mendapat apa yang kita mahu (kesembuhan) – apabila diizinkan Allah.

Juga, MASA menentukan apakah penyakit itu akan sembuh atau tidak.  MASA itu terhad dan tidak boleh ditukar ganti.  Dan masa tidak boleh dibeli untuk mempercepatkan apa jua proses kehidupan.

Apabila MASA sudah pergi, maka hilanglah ia – biar semana mahalnya jam yang ada pada lengan kita.

3.  Melalui medianya Facebook, Mark menceritakan perihal masalah peribadinya kepada umum dengan tujuan baik berkongsi masalah dan memberikan harapan, tetapi berapa orang yang mendapat hidayah dan petunjuk akan kekuasaan Allah?

4. Apakah Mark tidak membaca kisah Alexander the Great?  Atau jika dia membacanya hidayah tidak didatangkan kepadanya oleh Allah? 

Umum tahu yang Mark ialah seorang atheist.

5. Zaman sudah jauh berubah.  Dizaman Alexander hebahan berita, maklumat dan pengajaran melalui pandangan mata dengan bukti yang kukuh.  Dizaman sekarang segala maklumat dihujung jari.

Yang tidak berubah ialah hidayah dan petunjuk itu tetap dari Allah – maka berusahalah untuk mendapatkannya. 

Dan berusaha juga agar hati tidak dikeraskan oleh Allah dan menghalang dari penerimaan hidayah – baca dan fahami Surah Al-Baqarah ayat 1- 11.




6.  Kedua-duanya mempunyai empayar.  Seorang empayar tanah jajahan, seorang empayar alam maya.

7. Seorang baru membina keluarga sendiri seorang lagi dipenghujung hayatnya. 

8. Walaupun dipenghujung hayatnya, keikhlasan memberi tunjuk ajar mahu diteruskan. Pembelajaran melalui proses kematian dan pengkuburannya.

9.    Yang muda ini sungguhpun sudah kaya raya, billionaire sebelum umur 30 tahun kita belum tahu apa akan terjadi padanya dalam pelayaran bahtera kehidupan selanjutnya dan pada saat nafas tiada lagi mampu dihembuskan. 

Dia mungkin dibukakan hidayah oleh Allah pada suatu hari nanti… mana kita tahu, kan?

10. Apakah hanya disaat kematiannya Alexander baru tersedar segala apa yang dimilikinya tidak dapat membantunya? 

Apa mungkin tidak timbul pada dirinya sewaktu berkuasa perasaan angkuh, sombong dan riak yang hanya disesali disaat akhir kehidupnnya? 

Kuasa setinggi mana pun tidak akan dapat menghalang kita dari ketuaan dan menemui saat kematian.

Artikel berkaitan:

Sumber:
a.  Ahlia An-Nur Facebook posting of Elite Readers
b.  Mark Zuckerberg & Wife Priscilla Chan Expecting First Child.
     http://www.accesshollywood.com/

Setuju? Meh tekan butang bawah ni... Terima Kasih!!!