Kematian – Pesanan Steve Jobs & Dr. Richard Teo Kepada Aku Yang Masih Hidup - CrazyDuck -->

Header Ads

Kematian – Pesanan Steve Jobs & Dr. Richard Teo Kepada Aku Yang Masih Hidup

Mereka Mati Disaat Kegemilangan

Steve Jobs mati diusia agak muda. Ketika syarikat yang diasas dan dibangunkannya mengecap era keemasan. Dari segi teknologi produk dan penguasaan pasaran.

Syarikat yang pernah memecatnya kemudian mengambilnya semula.

Manakala Dr. Richard Teo seorang pakar bedah yang "kaya dan berjaya" kerana masyarakat melihat dan menyamakan sesuatu yang mahal itu dengan nilai yang tinggi.

Dia mengambil kesempatan terhadap pelanggannya yang mahukan kecantikan. Padanya pelanggan bukan pesakit tetapi sumber yang bersedia untuk diperah wang.

Sebagai mesin ATM. Mereka hanyalah ibarat nombor-nombor yang boleh dipilih.

Steve-Jobs-ketika-sakit-sebelum-kematian
Itulah apa yang Ah Matt dapat fahami dari artikel yang dibacanya. Tetapi dia belum puas. 

Dia lalu membuka laptop computernya – model dari Apple.  

Sambil berbaring di atas katil bersebelahan isterinya, dia melayari internet. 

Dia mahu mencari maklumat tambahan tentang Steve Jobs dan Dr. Richard Teo.

Disamping itu dia mahu download dan menyimpan artikel-artikel ini dalam bentuk elektronik.

“Awak nak tidur, tidurlah dulu… abang nak cari cerita pasal Steve Jobs dan Dr. Richard Teo ni.

Orang kaya multi-millionaire dan billionaire yang mati muda.  

Mereka punya pesanan untuk kita yang masih hidup – bagaimana nak hidup dengan tenang dan bahagia.

Pakai Masker Waktu Malam Ye?


“Hmmm… ya.”

Isterinya hanya mampu menjawab ringkas kerana wajahnya sedang diselaputi masker produk kecantikan yang dipakai pada waktu malam.

Dia juga berharap masker ini akan membantunya merawat masalah resdung.  

Dia kerap bersin apabila memakan makanan seperti pekasam ikan laut, belacan, atau budu.

Tiga jenis makanan ini sentiasa menjadi menunya.

Terutama belacan dan budu. Yang disertai oleh ulam-ulaman. 

Akibat terikut-ikut dengan selera suaminya.

Herba ubat resdung yang dicampurkan ke dalam masker produk kecantikan yang digunanya sudah banyak mengurangkan masalah resdung.  

Di restoran tadi dia mula memberanikan diri memakan sotong masak pedas yang mengandungi belacan.
.
Gambar: FB Mid Gulai Kawah
Gambar: FB Mid Gulai Kawah

Umur Aku Untuk Apa?

Ah Matt terus melayari dan mendownload beberapa artikel yang dijumpainya.  

Sambil mengimbas kandungan artikel-artikel itu ingatannya kepada dua artikel dari Ah Zam bertambah kuat.  

Ianya seperti mengulang kaji.

Timbul persoalan dalam benak fikirannya… 
                                    ...Andainya aku mati malam ini bagaimana?  

Jika minggu depan bagaimana pula? Jika setahun lagi sudah bersediakah aku?  

Jika umurnya dipanjangkan sehingga lanjut apa mahu dicapainya? Umur yang diberikan itu untuk apa?

Jika tidak punya pilihan (ada ke?), mampukah aku mati dalam tahun ini?

Hidup Dengan Kekayaan Pun Masih Nyesal?

Setelah menutup komputernya… Ah Matt melayan fikiran tentang apa yang dibacanya. 

Ya… dua orang ini (Steve Jobs dan Dr. Richard Teo) hidup dengan kekayaan wang dan harta tetapi seakan menyesali akan kehidupan yang mereka lalui.  

Kesedaran mereka hanya muncul ketika sudah sangat hampir dengan saat kematian. 

Dan mereka mengetahui ianya sudah terlambat untuk berpatah balik – tiada kemungkinan untuk itu.  

Mati dalam kekayaan tetapi penuh kekesalan.  

Hanya disaat kematian baru mereka teringat akan Tuhan. 

Apakah aku mahu menurut jejak mereka?  

Sungguh pun dia sudah bertaubat dan meninggalkan hal-hal rezeki yang tidak halal tetapi apakah dia pasti taubatnya diterima?  

Soal Ah Matt pada dirinya dan sambil berzikir dia terus terlelap.

Katil Berkemas Isteri Pun Senyum

“Bang-bang-bang… jom bangun dah subuh ni. Tu orang dah azan.” Isteri Ah Matt mengejutkannya.

“Urghhhhh… hmmm… aaaagghhh  ngantok lagi laaaa.”

“Itu lah… tidur lewat sangat asyik sangat dengan komputer. Tak baik lambat-lambatkan subuh."

"Abang juga yang selalu kata, solat yang sengaja dilambatkan menyebabkan rezeki lambat dan susah nak masuk.”

“Masuk pun tak berkat.”

Toinggggg… kena seketul.  

Dia bingkas… malas nak mendengar leteran selanjutnya.  Bagus juga dapat bini kaki leter ni… bisiknya dalam hati.  Oh… aku tak mati lagi rupanya.  

Alhamdulillah.

Selesai solat subuh dia mengemaskan komputer dan katil.  Bantal dan cadar disusun rapi. 

Sejuk sikit hati isterinya bila keluar dari bilik air nanti melihat katil yang sudah kemas gitu.

Nak Breakfast Kat Mana?

“Kita nak breakfast kat mana nanti ya?” Tiba-tiba isterinya bertanya sebaik keluar dari bilik air.  

Melalui cermin, dia melihat isterinya senyum dan mengangkat kening berkali-kali.  

Dia faham apa maksudnya. Kalau katil tu tak kemas haram nak senyum. Itu sudah pasti. Kata hatinya.

“Semalam ada nampak kedai kopi dekat simpang jalan masuk sini. Kat situ cukuplah.  Nampak OK juga kedai tu."

"Boleh sembang lanjut sikit dengan Ah Zam.  Sedara dia tengah hari baru sampai sini dari Ipoh.” Jawab Ah Matt.

“Budak-budak semua dah bangun ke?"

"Elok kita keluar terus dengan beg-beg sekali. Mana tau mungkin lambat balik dari sarapan nanti."

"Boleh serah terus kunci rumah ni sebelum kita pergi.” Ah Matt berpesan pada isterinya.

“Ya… OK-OK.” Ringkas jawapan si isteri.

Soal Kematian Dan Tayangan Semula Filem Kehidupan

“Oh… patutlah kau simpan artikel tu dalam kereta. Fahamlah saya sekarang.” Ah Matt memulakan perbualan sebaik menaikki kereta untuk menghantar kunci rumah Homestay.

“Ermm… bersaya-saya ni rasa kita macam formal sangatlah Matt.  Kalau guna aku-kau rasa dekat dan mesra sikit, ya dak?”

“Setuju… aku setuju."

"Tapi entah rasa macam segan dan janggal sikit."

"Tak apa… aku belasah jer, lepas tu hilanglah segan.  Jadi biasa macam aku dengan Ah Bee.” Sambut Ah Matt.

“Ya betul kata kau tu Matt… dua artikel ini memberikan bayangan bahawa orang yang nak mati tu ketika mereka sakit semua yang pernah mereka lakukan ditayang semula.”

“Ada orang dia simpan dalam hati tapi dua orang ini mereka sempat merakamkan untuk tatapan kita yang juga akan mengikut jejak mereka – menemui kematian.”

“Betullah Zam.  Kau ingatkan aku dengan arwah jiran aku."

"Beberapa minggu sebelum dia meninggal, dia banyak cerita pasal kisah suka duka masa lampaunya.  Aku tak faham tapi layan sajalah.”

“Rupanya itu satu petanda.”

“OK, ini pasal Steve Jobs dan Dr. Richard Teo ni."

"Kalau aku dapat ingat balik, ini adalah antara apa yang diperkatakan oleh mereka dalam artikel tu.” 

Ah Zam cuba mengingati semula point-point yang terdapat dalam dua artikel itu yang ada bersangkutan dengan kehidupannya.

1. At this moment, lying on the sick bed and recalling my whole life, I realize that all the recognition and wealth that I took so much pride in, have paled and become meaningless in the face of impending death. – Steve Jobs

Sebenarnya ada artikel dalam internet yang mengatakan ayat ini adalah palsu.  

Pada aku palsu ke tidak kita boleh ambil pengajaran. Di mana bila berada dikatil pesakit, apa yang kita miliki dah jadi tak penting.  

Dah nak mati pun.

Ibarat kata Alexander The Great – “semua kekayaan yang aku ada semua akan ditinggalkan satu pun tak boleh bawak masuk kubur.  Bawa sekali pun tak ada faedah.

Point kedua dan seterusnya bersambung pada tajuk: "Pulang Ke Pangkal Jalan Ketika Dipuncak Kejayaan"

Sebelum pergi, Jom tekan butang LOVE ni dulu, ya? Terima kasih!!!.


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.