10 Tips Content Marketing Yang Boleh Diikuti dan Menguntungkan
Content Yang Baik, Cabang Pendidikan, dan Kenali & Berhubung Dengan Audience
Setelah puas mendengar konsep content marketing dan aku sudah ambil faham, Matt memulakan pemberian tipsnya. Aku tak tahu dari mana dia dapat. Jika tidak dari pembacaan tentunya dari salah satu seminar pemasaran yang dihadhirinya.Untung aku… tak payah bayar ribu-riban nak dapatkan tips yang tinggi nilainya bila digunakan dengan betul. Sekadar baca tetapi tidak diguna… memang tak guna sungguh.
Tapi entah boleh ke tidak aku ikuti… itu akan disaksikan dalam masa beberapa bulan lagi.
Sekarang aku hanya mahu taruk ini content dalam blog dan kongsikan dulu. Senang nak refer sebab sudah bertulis. Kalau dalam buku nota… lama-lama lupa atau hilang terus sebab note book silap letak tak jumpa dah.
OK… meh kita lihat tips ni satu persatu.
Tip No. 1. Publish Content Yang Lebih Baik
“Mendapat nombor 1 atau tersenarai dalam top 10 teratas di halaman carian Google itu bagus. Nilai sebenarnya ialah kandungan content itu sendiri.” Kata Matt.“Walaupun dalam top 10 disebabkan oleh SEO dan keywords yang digunakan, tetapi bila dibaca kandungannya tak seperti yang dikehendaki oleh pembaca, mereka akan pergi. Dan mungkin tak akan kembali lagi.”
“Nama blog atau penulisnya sudah dikenali. Black mark kalau tak diblack listed.”
“Kepercayaan sudah hilang. Ini penulis pandai tulis tajuk yang mencuit emosi dan boleh duduk dalam carta top 10 Google search. Tapi isi penulisannya hampeh.”
“Bila sudah dapat ranking top 10 tu… seeloknya contentnya juga cover mana-mana kelemahan dan kekurangan artikel-artikel lain yang berada dalam top 10 tu.”
“Apabila seimbang dengan ranking dan penerimaan pembaca, pembaca berkemungkinan besar akan bookmark web page kita. Tak perlu sangat bergantung pada Google lagi. Sudah ada pelanggan tetap.”
“Dan artikelnya pula kena banyak… bukan satu dua. Kecuali jenis Apps yang orang guna on-line. They just keep coming lagi dan lagi bila mahu guna apps tu.”
Baca juga ➥ Ingat pasal Upin dan Ipin?
Tip No. 2. Content Marketing Itu Satu Cabang Pendidikan
“Perubahan terus berlaku dan akan terus berlaku dalam dunia on-line. Awal-awal dulu e-mail menjadi kegilaan. Sekarang Facebook, Linkedin, Twitter, WhatsApp, dan sebagainya.”“Juga berubah ialah pendekatan.”
“Ramai sudah yang terkena… samada outright scam atau separa scam.”
“Mereka hilang kepercayaan terhadap MLM atau penjualan “SISTEM PENJANAAN WANG” yang selalu dipasarkan melalui on-line.”
“Bermacam janji dan harapan diberikan… Cuma yang pasti setiap bulan kena bayar fee.”
“Maka lama-kelamaan orang akan lari. Nama penulis dan website kalau keluar dalam search engine, atau pun diterima melalui e-mail… akan dibiarkan mengisi ruang dalam Google Drive saja. Tak dibuka.”
Selesaikan Masalah Pembaca
“Berikan perhatian terhadap apa yang orang kisahkan sangat. Apa masalah mereka. Apa penyelesaian yang boleh kita usulkan melalui penulisan.”“Ini ialah bab tentang mengenali keperluan pasaran. Mendidik mereka dengan idea dan bahan yang kita ada. Supaya mereka tahu kita layak dan boleh membantu.”
“Pembaca boleh menghidu ayat manis yang punya maksud tersembunyi mahukan wang mereka. Orang sekarang dah pandai mengelak dari tertipu, walau pun masih ada yang rela ditipu.”
“Peningkatan engagement terutama dari sudut perkongsian akan berlaku dan pembaca lain akan turut mengikuti perkembangan. Blog atau website ini akan subur. Ini tidak lagi bererti menembak secara rambang. Buang peluru. Rugi.”
Tip No. 3. Kenali dan Fahami Kehendak Audience Dan Buatkan Content Untuk Mereka
“Do the right thing first? Do the first thing right? Do it right the first time and all the time? Do the right thing, the first time and all the time?”Aku diajukan empat soalan serentak. Pening nak menjawab. Biarlah… lain kali saja aku jawab atau huraikan.
Meh tengok apa kata Matt lagi… mungkin anda boleh menjawab salah satu atau keempat-empat soalan tadi tu dengan tepat.
Main Tembak Rambang Saja?
“Perkara pertama dalam menjana content yang mengandungi kempen pemasaran berkesan ialah menetapkan siapakah golongan orang yang mahu kita berikan perhatian dan perkhidmatan.”“Kamu jangan buat content tentang apa saja dan tentang segala apa jua.” Kata Matt memetik isi notanya.
Wah… ini memang kena kat aku sebiji. Aku tulis apa saja yang aku fikir orang akan akan suka. Tidak betul-betul fokus kepada satu niche dan jadi master dalam niche tu.
“Kalau kamu upaya dan boleh… apa salahnya. Tetapi bila buat macam-macam yang terlalu banyak macamnya… kamu akan penat. Banyak kerja. Kamu mungkin tak boleh fokus langsung.”
“Berbeza dengan apabila kamu fokus kepada hanya beberapa niche untuk servis kepada golongan tertentu sahaja. Mudah untuk memenuhi kehendak mereka. Lama-kelamaan kamu akan jadi Master dalam niche ini dan jadi pakar rujuk.”
“Nama dan website atau blog kamu akan dikenali dan diingati. Pengunjung akan mempunyai kepercayaan yang tinggi. Mereka yakin untuk membeli produk yang kamu promosikan.”
Tip No. 4. Perlukah Berhubung Dengan Audience?
“Apa yang dimaksudkan dengan berhubung?”“Setiap hari, atau setiap minggu atau sebulan sekali malah setahun sekali bercakap dengan mereka melalui telefon?"
“Atau kunjungi mereka dan ajak minum kopi. Ngeteh?”
“Atau menggunakan software tertentu yang menghantar ucapan Selamat Tahun Baru, Selamat Hari Raya… atau juga mengucapkan Selamat Hari Jadi?”
“Malah ada SMS yang auto send menghantar peringatan akan sesuatu servis yang akan tamat tempoh pada tarikh tertentu.”
“Ya itu perhubungan secara direct. Memang baik bila mampu dibuat. Pilih saja mana yang sesuai.”
“Seperkara lagi tentang perhubungan ialah berhubung melalui emosi. Apabila kita memahami kesusahan atau keinginan audience dan kita menulis dengan hati… kita mampu memasuki jiwa mereka.”
Perhubungan Melalui Emosi
“Apabila mereka membaca terasa seperti tulisan itu ditujukan kepada mereka. Jiwa mereka terusik. Emosi mereka samada terganggu atau mendapat semangat baru.”“Mereka akan kongsikan dengan rakan dan kenalan mereka melalui media social. Maka kamu akan dapat berhubung dengan lebih ramai bakal pelanggan.”
“Itu adalah antara contoh SEO dalam penulisan yang boleh membantu kamu untuk berjumpa dan berhubung secara maya dengan ramai bakal pembeli.”
Wah… pasal emosi dan masuk jiwa orang - psychology? Pasal SEO? Aiyoo… banyak lagi aku kena belajar dan practice neh.
Artikel ini bersambung, pautannya nun kat bawah... gi lah melawat.
Artikel Berkaitan Content Marketing Dalam Siri Ini:-
➽ Tak Faham Kenapa Content Marketing Itu Penting? Malu Nak Bertanya? Baca Sini
Sebelum pergi dari sini... butang kat atas dan tepi sebelah kanan gedik menunggu untuk disentuh. Sentuh jer lah... ek. Terima kasih.
Thank you for your comments