Selepas 20 Tahun Hasilnya RM300 Juta
Pedulikan Saja Apa Kata Mereka
Merajuk? Serot? Terasa hati? Malu? Tersentot hati? Tak ada tempat nak letak muka? Harga diri bagaikan hilang? Tak ada siapa mahu mendengar? Terasa ingin saja tarik diri? Harapan sudah tak ada lagi? Alaa... give up saja lah.Perkataan di atas adalah cabaran yang selalu terungkap difikiran sebelum seseorang itu mencapai kejayaan. Perkataan tinggal perkataan. Mereka padamkan dari perbendaharaan kata lalu mengubah kepada yang lain. Yang menjana adrenalin, semangat dan kekuatan.
Aku belum membuat yang terbaik. Oh... dari situ aku sudah dapat idea baru. OK... esok aku sambung lagi percubaan. Sekarang baik tidur rehatkan badan. Dari penat dan pening. Badan nak pakai lama wey...
Tapi usaha terus. Cuba dan terus mencuba buat tetap buat. Sedikit demi sedikit kemahiran diasah.
Lalu...
Yang gagap jadi petah. Yang gemuruh jadi selamba. Yang kalut jadi tenang. Yang serabut jadi teratur. Yang lembab jadi pantas. Yang terkeliru semakin jelas. Ya... masa untuk memetik buah. Pokok yang ditanam dan dibajai sejak 20 tahun lalu kini sudah berbuah dengan lebatnya.
Begitulah yang berlaku kepada seorang pemuda kulit hitam Amerika. Ikuti kisahnya di:- Selama Hampir 20 Tahun Dicemuh Hari Ini Buat Lebih RM300 Juta
Tak Ada Istilah Short Cut Dalam Mencapai Kejayaan Besar
Sebuah rumah tidak terbina begitu sahaja. Kecuali istana Nabi Sulaiman. Ia bermula dari butir-butir pasir halus yang dicantumkan dan dibentuk. Dicampur dengan simen dan air serta tetulang besi. Menjadi tiang dan juga alang (beam). Daripada seketul bata menjadi dinding.Dan... proses itu berterusan. Tak ada kasut nak jalan? Kasut Bata kan hado? Murah jer...
Tiada jalan singkat... sekali pun hari ini semua orang sudah boleh terbang dengan murah. Tetap saja perlu berhenti untuk transit.
Sebagai manusia biasa tak ada jalan singkat. Mahu jadi yang luar biasa... ikuti jejak 2 lelaki ini, KLIK pada tajuk ➽ Selama Hampir 20 Tahun Dicemuh Hari Ini Buat Lebih RM300 Juta
Sebelum ke sana... meh tekan butang bawah ni dulu... Terima Kasih!!!
Thank you for your comments