Bersuluk Sendirian di Puncak Gunung
Sekadar hiasan: Viking |
Tiada Arah Hanya Mengikut Langkah Kaki
Dalam perjalanannya yang tiada arah tetapi hanya mengikut atur langkah, dia tiba di satu tempat. Sebelah kirinya terdapat sebuah bangunan. Manakala dihadapan jalan merentasi padang pasir dan menghala ke bukit.“Ada orang kot kat rumah tu…” Bisik hati Pak Samad lalu terus menelusuri lorong menuju ke rumah yang tidak begitu jauh dari jalan utama.
“Inilah orang yang saya katakan akan datang melawat kita.” Jelas terdengar padanya satu suara dari dalam rumah itu.
Artikel terdahulu (No. 18): Cinta dan Business Boleh Dicampur Aduk?
Pintu dibuka dan ramai anak-anak muda belasan tahun keluar. Semuanya berpakaian jubah putih dan berserban. Seorang yang sudah agak berumur datang kepadanya dan menjemputnya masuk.
Dalam hatinya siapakah dirinya pada mereka ini? Kenapa mereka seolah-olah telah bertemu dengan orang yang ditunggu-tunggu akan ketibaannya?
Padanya, dia hanya mahu merehatkan diri sebentar sebelum meneruskan perjalanannya yang entah ke mana hala tuju. Dia sendiri tidak tahu.
Orang yang berumur tadi ialah guru kepada anak-anak muda ini. Mereka sedang mengaji Al-Quran dan sessi pengajian dihentikan untuk memperkenalkan kepada Pak Samad kegiatan mereka.
Pasukan Berkuda
Sambil mendengar penjelasan aktiviti kegiatan mereka, tiba-tiba kedengaran bunyi seperti guruh.Bukan hari mahu hujan, tetapi bunyi dari satu gerombolan pasukan berkuda. Mereka berhenti di hadapan rumah dan beberapa orang turun mendapatkan guru tadi. Mereka bersalaman dengan Pak Samad setelah diperkenalkan sebagai “tetamu istemewa.”
Sekadar hiasan: Viking itu pasal ada anjing. |
Pak Samad difahamkan mereka adalah alumni pusat pengajian itu. Mereka dalam perjalanan menuju ke satu kawasan perladangan di sebalik bukit. Ladang yang mengandungi tanaman dan juga ternakan.
Setiap minggu anak-anak dari pusat pengajian ini dibawa ke ladang. Mereka jadi budak suruhan. Tetapi pada masa yang sama belajar selok-belok bidang pertanian atau penternakan.
Mengikut minat masing-masing.
Hasil dari ladang yang diusahakan oleh alumni pengajian ini membekalkan keperluan pusat pengajian.
Mereka tidak perlu meminta-minta dari orang ramai atau mana-mana organisasi.
Pusat pengajian itu adalah satu dari rangkaian aktiviti konglomerat yang lebih besar.
Kebanyakan pelajar yang tamat pengajian dari pusat menyambung pengajian mereka di tempat lain tetapi berkait dengan pertubuhan itu.
Setelah tamat pengajian pada satu-satu peringkat ramai diantara mereka yang berkhidmat dengan konglomerat itu dalam pengukuhan bidang ekonomi dan cabang kehidupan yang lain.
Terus Menerus Tidak Mengerti
Begitulah penjelasan guru tadi kepada Pak Samad. Tetapi tetap saja dia tidak mengerti kenapa dia disambut seperti orang kenamaan dan diberikan taraf istimewa.Bunyi tiupan angin dipuncak gunung itu semakin kuat. Guruh pun ada juga.
“Eh… ada lagi ke gerombolan berkuda?” Bisik hati Pak Samad.
Percikan air hujan memasuki khemahnya… dan dia terjaga.
“Laa… aku bermimpi rupanya.”
Melihat jamnya… waktu Asar belum masuk. Tadi dia tertidur di atas sejadah selepas selesai solat Zohor. Terlalu kepenatan mengangkut barang dari kereta dan menyiapkan khemah dan mengemas kawasan sekeliling.
Hiasan. Khemah - terapeak.com |
Tiada Yang Istimewa Tentang Mimpi Ini?
Dia termenung mengingatkan semula mimpinya.Alah… tak apa lah tu. Mimpi saja pun.
Pasal alumni yang berkuda tu, sama saja dengan banyak organisasi yang support anak-anak muda dalam pelajaran. Bila graduate mereka bekerja dengan organisasi yang sponsor pengajian mereka.
Contoh terdekat ialah Petronas.
Pak Samad tidak mengambil serious tentang mimpinya tadi. Dianggapnya biasa-biasa saja. Sekadar mainan tidur. Siang pula tu.
Dia terus mengemaskan pintu khemah supaya air hujan tidak masuk.
Sambil menunggu Asar dia membaca Al-Quran. Ada ketikanya dia hanya membaca versi Arab dan ada ketikanya dia hanya membaca bahagian terjemahan.
Pengalamannya belajar terjemahan al-Quran sewaktu di luar negara bersama teman dari Indonesia membantunya memahami apa yang dibaca.
Ada sesetengah surah dia memahami kenapa surah itu diturunkan. Pemahamannya lengkap dengan sanad dan cerita atau hikmah disebalik sesuatu ayat yang diturunkan.
Bersendirian Dengan Alam Semula Jadi
Hari ini adalah hari pertama dia bersendirian di puncak gunung. Cuaca yang dingin menggamit kenangannya kepada satu ketika sewaktu dia tinggal di luar negara.Tujuannya datang bersendirian ke puncak gunung ini hanya satu. Iaitu mendekatkan diri dengan Pencipta.
Bukan dia tidak boleh membaca al-Quran dan berzikir di rumah atau di masjid.
Suasana sangat berbeza. Tumpuan juga tidak 100%. Penghayatan tidak sama. Manakan hasilnya akan serupa?
Di sini suasana sekeliling benar-benar suasana yang natural. Semula jadi. Segalanya back to basic.
Hanya dia dengan alam. Dan alam yang menunjukkan kebesaran penciptaan. Bukan sesuatu yang terjadi dengan tiba-tiba. Banyak perkara yang boleh direnung, diperdalami dan dihargai.
Tidak terpengaruh dengan khayalan drama. Yang di depan mata semuanya real belaka. Terasa kecil diri dengan apa yang ada disekeliling.
Selepas dua hari bekalan air bersih untuk minuman, basuhan, mandi dan pembersihan sudah habis.
Pak Samad turun pergi ke kawasan tadahan air. Ada punca air mata dan dijadikan telaga. Airnya bersih sejuk sungguh menyegarkan.
Air Bukit Untuk Ubat Dan Penawar?
Sesampainya di kawasan telaga sudah ada ramai orang.Dia memerhati dari kejauhan. Ada yang mandi bunga. Bersintuk. Juga mandi dengan limau nipis atau limau purut.
Ada yang mengambil air untuk dibawa pulang.
Dia tidak menegur tentang air yang dibawa pulang. Kerana dia sendiri akan mengambil air itu untuk bekalannya dipuncak gunung.
Tetapi kedengaran padanya dari perbualan mereka air itu untuk dijual dikedai. Orang yang tak mampu atau tidak berkesempatan naik ke gunung selalu membeli untuk kegunaan membuat “ubat.”
Mungkin sama juga dengan konsep “ubat” dengan mandi dengan limau nipis, limau purut dan bunga-bungaan.
“Biarlah mereka… kalau aku tanya atau tegur nanti bermasam muka pula. Ini hal sensitive dan peribadi. Mereka melakukannya tentu dengan kepercayaan yang kuat dan sungguh yakin dengan apa yang dilakukan.” Fikir Pak Samad.
Setelah semuanya selesai dengan urusan mandian mereka, Pak Samad mengambil gilirannya.
Hatinya sedih melihat kawasan persekitaran.
Diaper bersepah. Bekas minuman dan botol plastik juga bertaburan. Pinggan pakai buang dan pembungkus makanan dari polystyrene merata-rata.
Bunga dan kulit limau nipis dan limau purut bertaburan di atas lantai.
Setiap Orang Bisa Memilih
Dia mengambil penyapu dari bonet kereta dan mengumpulkan sampah sarap tersebut. Dikutipnya setiap bungkusan diaper, botol plastic dan segala bahan buangan yang kelihatan.Dikumpulkan pada satu tempat.
“Sebenarnya ubat yang korang perlukan ialah ubat hati. Kalau perangai tak kisah akan kebersihan dan main campak saja, mandilah berapa banyak air telaga bukit sekali pun, perangai buruk tu tetap tak akan hilang.” Pak Samad berbisik sendirian.
“Bukan mandian dengan air bukit yang menghilangkan penyakit dalaman, terutamanya hati… tetapi sikap dan rasa tanggung jawab.” Dia terus bercakap dengan dirinya.
“Tak apa lah… terima kasih korang semua. Aku diuji hari ini. Aku boleh bersikap sama macam korang, mengeluarkan kata-kata makian atau aku boleh membersihkan kawasan ini.”
“Aku pilih untuk bertindak ke arah yang baik. Bukan susah sangat pun. Hendak dengan tak mahu saja. Aku boleh maintain ego aku. Tapi untuk apa?” Timbul rasa kesyukuran dihatinya kerana diberi peluang untuk diuji.
Pak Samad kembali ke puncak gunung… meneruskan apa tujuannya datang ke sini – bertafakkur.
Bersambung...
Gambar kenangan Pak Samad bersama Asmahani di luar negara. |
Meh sentuh butang bawah ni dan komen lah. Nak tahu juga apa yang korang fikirkan... Terima kasih.
Thank you for your comments