Memulakan Bisnes Dengan Sekadar Apa Yang Ada
Sedutan Ringkas Tentang Menantu Paling Tidak Berguna
Seringkali kita teruja melihat kejayaan seseorang. Tapi pernahkan kita menyelami apa yang mereka lalui bermula dari "Business Start-Up" untuk sampai ke tahap yang kita seronok melihat?Dan dari seorang yang kita lihat berjaya terdapat berpuluh atau ratusan malah mungkin ribuan yang masih bertungkus lumus.
Kebanyakan mereka yang berjaya hari ini permulaan mereka tersangat humble. Contoh terdekat ialah beberapa orang billionaire IT yang hanya bermula dari garage atau bilik asrama (dorm).
Korang sendiri tahu siapa mereka... so tak perlu lah saya senaraikan nama mereka di sini. Kalau nak juga... tanya dalam ruangan komen. Ramai yang boleh saya bagi contohnya.
Yang terpenting ialah apa yang ada dalam dada. Semangat dan usaha yang 90% orang tidak mahu melakukan. Maka jadilah mereka 10% terbaik dan juga terkaya.
Usaha Yang Tidak Kenal Erti Penat dan Lelah
Bertungkus lumus untuk meneruskan kejayaan-kejayaan kecil atau bertungkus lumus keluar dari gaung kejatuhan. Ramai juga yang sudah terpaksa selesa dengan sekadar cukup-cukup makan.Usia sudah tidak mengizinkan. Cukup makan sudah lah... boleh tarik kain selimut (ada maksud lain yang tersirat). Banyak masa diluangkan untuk persediaan ke SANA.
Ini adalah gambaran kepada artikel panjang. Teruskan membaca dengan KLIK pada tajuk ➤ Kasut Koyak Tak Apa Jangan Hati Yang Koyak.
Artikel ini mengisahkan hal seorang anak muda membina perniagaannya dengan terpaksa menggunakan kudrat dan sekadar apa yang ada padanya ketika diawal permulaan.
Kehabisan duit sehingga di label sebagai "menantu paling tak berguna." Kecekalan dan berterusan berusaha mengubah nasibnya dan berjaya menjadi seorang jutawan.
Behind every successful person, there is an untold pain in his / her heart...
- Bill Jacobs
Thank you for your comments