Rasuah Sudah Diajar Sejak Kecil?
Rasuah dan Politik, Bolehkah Dipisahkan?
Rasuah ada di mana-mana. Kecil besar, terus terang, tersembunyi atau berkias. "Kau pergi buat kerja sekolah, dapat 4A ayah bagi basikal." Apakah ianya sebagai insentif atau ada terselit unsur rasuah yang tidak diniatkan?Apabila insentif ini menjadi kebiasaan, sipembuat kerja bukan lagi membuat kerja dengan keikhlasan tetapi disebabkan ada hadiah (reward) dipenghujung.
Sama juga dengan pekerjaan. Terutama yang ada kuasa untuk meluluskan sesuatu. Atau membantu mempercepatkan kelulusan sesuatu proses permohonan, pelepasan, atau perjalanan. Atau mengelakkan dari hukuman yang boleh mengakibatkan masalah berpanjangan. Juga mengelak pesalah dari terkena denda yang berat.
Hari ini seperti sudah menjadi peraturan yang tidak bertulis - open secret and unwritten rules. Tender untuk mendapatkan kontrak kerajaan perlu diselitkan beberapa persen untuk dibayar kepada "pegawai" atau kumpulannya.
"Saya yang terima quotation, buka, dan meluluskan. Kalau setuju dengan kami... kontrak ini memang syarikat Encik yang punya." Biasa alami perkara sebegini?
Politik
Seperti rasuah, politik juga ada di mana-mana. Di pejabat. Antara jabatan. Kawasan perniagaan. Malah dalam rumah tangga. Yang busuknya ialah politik merebut kuasa. Kerana kuasa membawa maksud wang dan harta. Pangkat dan keistimewaan. Mungkin juga wanita pada yang menyukai perempuan.Maka lifestyle orang yang mengamalkan rasuah ini sangat ketara mewahnya. Dari kereta, pakaian, accessories, rumah... dan entah apa-apa lagi semuanya branded dan mahal belaka. Tempat makan dan lepak minum mesti ada class.
Dan jangan terkejut... ada diantara mereka ini yang mendapat Lato' dan sangat rapat dengan Man-Tree. Menjadi proxy. Padahal sekolah hanya setakat SRP. Maka benarlah kata mereka... "Orang ingat aku cerdik pandai sebab aku banyak duit."
Mengikut perhatian kepada senario hari ini, politik dan rasuah sudah menjadi sebatian yang tidak boleh dipisahkan. Ianya ibarat "emulsion" iaitu campuran air dan minyak tetapi tidak terasing antara satu sama lain. Kerana adanya faktor ketiga. Iaitu nafsu tamak.
Ikuti cerita selanjutnya tentang seorang pengamal rasuah yang menggunakan lobby hotel sebagai portnya untuk memancing bakal mangsa. KLIK SINI ➤ Melobi Projek di Lobby Hotel
Thank you for your comments