Setiap Businessman Punya Kisah Perit
Glamour Di Luar Sakit Di Dalam
Kalau takut bermain ombak jangan berumah di tepian pantai. Tidak sanggup mengharungi cabaran dan dugaan berniaga jangan cuba cari pasal. Usahawan hanya untuk yang punya jiwa cekal dan kental.Ada masa mereka murung. Ada masa mereka menangis ada masanya mereka stress tak hinnnggattt... Jatuh bangun merupakan asam garam kehidupan setiap orang yang bergelar usahawan.
Ada yang kecundang dan tidak kurang juga yang memilih untuk jalan singkat. Derita sudah tidak tertanggung. Akibat pilihan sendiri...
Hari ini siapa yang tak kenal Elon Musk? Eh... ramai ya? Yang tak kenal tak apa. Tak rugi apa pun.
Dua keping gambar di bawah ialah kereta mesra alam oleh Tesla, syarikat yang dipeloporii oleh Elon Musk. Kereta Tesla sudah diuji dan diiktiraf sebagai kereta terpantas di dunia dengan kepantasan 2.28 saat untuk mencapai tahap 100 km/jam.
Lebih laju dari semua kereta yang terdapat di atas jalan raya. Termasuk model dari pembuat seperti Ferrari, Lamborghini atau Bugatti.
The Tesla Model S can go from zero to 60 faster than any other street-legal car around. That includes Ferraris, Lamborghinis, Bugattis and any other crazy exotic sports car you can think of.
The Tesla Model S P100D, with 760 horsepower and all-wheel-drive, jumped from a dead stop to 60 miles an hour in 2.28 seconds in a test by Motor Trend.
It's the first car to ever do that in under 2.3 seconds in the magazine's testing. With this sort of power, merging into the traffic on the highway is less of an issue than trying not to rear-end anyone while you're doing it.
That's quicker than high-priced hybrid supercars like the $1.5 million Ferrari LaFerrari, the $1.1 McLaren P1 or the $845,000 Porsche 918 Spyder. - CNN TechApa yang aku nak cuba sampaikan ni?
Pasal kereta? Pasal orang kaya? Pasal businessman yang berjaya?
Tidak. Tetapi pasal menangis.
Orang Berjaya Kerana Berjaya Kawal Emosi
Ramai orang yang tertekan dengan bermacam perkara. Ada yang kuat bertahan ada yang tersungkur. Sebagai perangsang dari alam semula jadi boleh lihat di dua artikel ini:- Life is not meant to be easy. dan How to Survive and Successful in a Ruthless World.Contoh yang kita tahu ialah:- Chester Bennington penyanyi dari kumpulan Linkin Park yang mengakhiri hidupnya sendiri pada 21 July 2017. Kita tidak tahu apa yang telah beliau hadapi, Tetapi tentunya sesuatu yang amat berat dan tidak tertanggung lagi baginya.
Pesan Elon Musk:- The reality is great highs, terrible lows and unrelenting stress. Don't think people want to hear about the last two.-- Elon Musk (@elonmusk) July 30, 2017.
Ya... ramai orang hanya mahu tahu dan berkongsi kegemerlapan kejayaan. Stress dan turun naik cabaran dalam berbisnes orang tak tahu dan tak mahu ambil tahu.
Dan selalunya mereka yang berjaya itu bijak mengawal emosi. Tidak membuat keputusan dalam keadaan marah sebagai contoh. Berbelanja apatah lagi. Mereka pandai memilih masa bila untuk berkira.
Dan setiap masa mereka sangat cekap mengira... risiko, peluang, pulangan dan pelaburan yang diperlukan.
Baca juga:- Jangan Berangan Nak Jadi Usahawan.
Mereka Orang Hebat Tapi Mati Muda
Gambar di bawah ini petikan dari artikel The Sportster. Menceritakan manusia hebat, kuat, gagah perkasa. Apakah mereka pernah berfikir akan mati ketika usia muda? Pastinya tidak.Menangislah Bila Perlu
Keterlupaan untuk menangis - samada dalam bentuk penghayatan atau benar-benar mengalirkan air mata. Tentang kehidupan yang dijalani samada terlalu senang dan kaya atau terlalu susah dan miskin.Menangis memberikan kekuatan. Untuk pulang ke pangkal jalan atau untuk meneruskan perjalanan di lorong yang betul dan benar. Tersasar... maka jangan hairan kita akan mati seperti mereka yang diceritakan di atas.
Teruskan membaca di sini ➤ Menangislah Dalam Mercedes dan Ketawa Dalam Bas dan Mati itu satu kemestian.
Thank you for your comments