Siapakah Perempuan dan Lelaki Itu - CrazyDuck -->

Header Ads

Siapakah Perempuan dan Lelaki Itu

Aku manusia yang punya emosi, rasa gembira, dan sedih. Dikala sedih dan tertekan, perempuan itulah yang memberikan aku semangat untuk bangun semula.Untuk memikirkan langkah dan apa tindakan yang perlu aku lakukan. Bila sudah bangun dan berlari aku kemudian seakan terlupa bangunnya aku kerana kata-kata dan doanya. Namun tak pernah dia meminta bayaran consultation seperti mana seminar atau Platinum Membership Coaching.

Memberi Tips Sebagai Tanda Menghargai atau Bersedekah

Dihotel atau tempat yang dikatakan standard
Setiap kali makan aku tinggalkan tips
Sebagai menghargai atau tujuan bersedekah
Atas khidmat dan layanan baik yang diberi

Artikel ini adalah sambungan dari:- Aku Berdosa Terhadap Perempuan dan Lelaki Itu

Tetapi aku berkira untuk memberi kepada perempuan itu
Juga kepada lelaki itu
Padahal khidmat mereka tiada harga yang boleh dibayar

Tapi kenapa bila aku menghulurkan seratus dua atau lebih
Aku rasa ianya sudah terlalu besar seperti membayar balik khidmat mereka?

Aku seperti sudah telalu berjasa dan mengenang budi
Ya Allah… permudahkanlah aku dalam membahagiakan ibu dan ayah aku

Nyamuk dan Homestay

Gambar:  FB Razali Ishak
Aku dibesarkan di kampung ini
Berperang dengan nyamuk ketika kehabisan ubatnya
Suasana kampung membiasakan aku dengan ketabahan
Tanpa aircond sekali pun cuaca panas membakar

Tetapi aku ikut kemahuan anak untuk tidur di Hotel atau Homestay
Hanya untuk beberapa hari ketika menyambut cuti Hari Raya
Agar tiada gangguan nyamuk dan tidur dalam kedinginan yang selesa

Tapi kata lelaki itu…
Sudah lupa kah kamu sewaktu kecil dulu
Suasana itulah yang memberikan kekuatan kepada kamu

Kamu yang kamu hari ini
Apakah kamu mahu anak-anak kamu
Lembik, kurang jati diri, dan kuat komplen tanpa henti?

Ya Allah… jadikanlah aku hambamu yang tahu bersyukur dan berterima kasih.

Terima kasih ayah… kau yang membentuk aku menjadi manusia berani dan kental.

Yes Boss

Dengan boss aku cepat saja menjawab soalan atau Whatsappnya
Dengan perempuan ini atau lelaki itu aku sering saja bertangguh
Alasan biasa dan mungkin sudah jemu pada pendengaran mereka
“Saya sibuk lah…”

Dengan boss aku menjawab “ya” bila disuruh melakukan sesuatu
Dengan perempuan itu aku sering berkata…
……… “kejap lagi lah. Mengantuk ni. Penatlah…”

Dengan boss aku menjawab “Ya” atau “Yes Boss”
Dengan perempuan itu aku manjawab…
……… “ha… tengoklah macamana.”
Dan ada juga ketika aku menjawab, sekali pun hanya dalam hati
………. “Ish… tak boleh tengok orang senang langsung.”

Oh ibu... ampuni anak mu ini… aku telah lalai selama ini
Aku berjanji membuatkan ibu tersenyum setiap ketika aku bersama mu
Atau hanya dengan mendengar suara ku dicorong telephone

Aku Lupa Rupanya

Kerana doa dan redhanya lah
Aku boleh bersama dengan si Boss ini
Menjadi orang kepercayaan dan dimurahkan rezeki
Dipermudahkan perjalanan dan disenangkan pekerjaan

Sungguh… aku seperti seorang yang tidak tahu mengenang budi
Ampuni aku wahai ibu… ampuni aku wahai ayah
Hari ini aku tersedar akan kesilapan aku
Tanpa kalian berdua siapalah aku…

Perempuan Itu Tidak Pernah Mengecewakan Aku

Bila saja aku meminta sesuatu dari perempuan itu
Tidak pernah dia mengecewakan aku
Sekali pun tiada kecukupan atau kesuntukan waktu
Dia selalu berjanji dan memberi harapan… bukan alasan

Harapan yang belum pernah mengecewakan aku
Sampai waktu dan ketika
Menjelmalah apa yang dikatanya

Sungguh… aku berdosa dengan perempuan itu
Aku hanya tahu take things for granted…
Kerana tahu dia sangat menyayangi aku
Atau kerana memang hak aku (birth right) untuk disayangi???

Kini…

Aku sedar aku sangat berdosa padanya dan pada lelaki itu
Ya Allah… Kau berikanlah keselesaan dan kebahagiaan pada mereka
Kasihanilah mereka seperti mana mereka kasihkan aku sewaktu kecil

Diketika aku terlalu tertekan dengan kehidupan

Ketika aku kecewa dan merajuk atau mengadu padanya
Tanpa berlengah terus saja dia memberikan kata semangat
Juga bekalan doa-doa penenang jiwa

Memujuk dan mencium aku memberikan kekuatan dalaman
Lalu aku boleh bangun semula meneruskan apa yang aku perjuangkan

Diketika aku terlalu tertekan dengan kehidupan
Sehingga ada ketikanya aku bertanya
Kenapa aku dilahirkan dan untuk apa?
Bukan aku meminta pun untuk lahir ke dunia

Adakah hanya kerana…

Sarung getah yang dipakai oleh lelaki itu
Terbocor akibat kegagahannya
Lalu aku bebas untuk berentap dan merempit
Dengan puluhan juta pesaing lain
Dan aku sampai dahulu di bola penamat
Sebagai satu-satunya pemenang
Ketika itu tiada nombor dua atau tiga

Klik gambar lihat video.

Maka lahir lah aku
Seorang lelaki yang punya perwatakan seperti lelaki itu
Sado gagah berani dan cekal
Tiada beralasan dan tiada mengelak akan ujian

Boleh dikatanya boleh… tiada kemampuan dikatakannya tidak
Bukan jenis yang memberi harapan kosong
Seraya berkata “Insya'Allah” sebagai penyedap telinga ku

Tetapi apabila “Insya’Allah” diungkapkannya
Ianya seperti janji pasti yang tidak perlu aku ragui

Tetapi kenapa bila aku berjanji dengan mu acapkali ianya tidak ditepati?
Dengan orang lain boleh pula aku memenuhi
Apakah orang lain itu terlebih penting dari ayah dan ibu?

Oh ibu oh ayah... kata-kata kalian seperti ukiran di atas batu
Tapi mengapa aku tidak mengambil sikap yang sama sebegitu?

Aku Manusia Yang Punya Emosi

Aku manusia yang punya emosi, rasa gembira, dan sedih
Dikala sedih dan tertekan…

Perempuan itulah
Yang memberikan aku semangat untuk bangun semula
Untuk memikirkan langkah dan apa tindakan yang perlu aku lakukan

Bila sudah bangun dan berlari aku kemudian seakan terlupa
Bangunnya aku kerana kata-kata dan doanya
Namun tak pernah dia meminta bayaran consultation
Seperti mana seminar atau Platinum Membership Coaching

"Aku" Yang Perempuan

Pada “aku” yang perempuan yang membaca tulisan ini
Tak aci jika aku hanya bercakap bagi pihak lelaki…

"Aku" menjadi secomel dan secantik seperti perempuan itu
Keayuan "aku" terkadang membuatkan "aku" lupa
"Aku" mewarisi sesuatu darinya

"Aku" juga mewarisi ketabahan dan pekertinya
Tapi kenapa tidak "aku" gunakan sebaiknya
Untuk membahagiakan dia
Yang sudah sekian lama membahagiakan aku dan "aku"?

Terima kasih

Terima kasih ibu, terima kasih ibu, terima kasih ibu
Terima kasih ayah

Aku berjanji akan selalu mendoakan kalian
Aku berjanji tidak akan mengambil enteng lagi

Terima kasih atas doa kalian
Terima kasih atas kasih sayang yang tiada bandingan

Maafkan anak mu ini
Aku akan selalu mencuba berbuat baik kepada kalian berdua
Sekali pun tanpa diminta-minta
Sebagai tanda aku bersyukur mempunyai orang tua seperti kalian berdua

Tidak mengapa
Kalian mungkin tidak membaca tulisan ini
Tapi aku mahu mengucapkan sekali lagi
Ya… Terima kasih sekali lagi… wahai ibu dan ayah

Mohon yang membaca sehingga di sini untuk tekan salah satu butang di bawah.. Terima kasih.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.