Pengalaman dan Pemulihan Sihir Dalam Perniagaan
Banyaknya lauk dan hidangan... pening nak pilih. Semua nampak sedap. |
Satu ketika tu dalam masa seminggu dan pada hari yang berlainan, 3 plug letrik kat dinding terbakar. Plug untuk peti ais dan kipas di rumah cair terus. Kemudian plug untuk aircond di pejabat pula. Seminggu selepas tu extension plug untuk mesin basuh pula terbakar.
Sembang Sambil Makan Nasi Lauk Asam Pedas Di Restoren Dekat Masjid Kampung Hulu, Melaka
“Kerusi ni ada orang tak?” Seorang lelaki dalam lingkungan umur lima puluhan bersama isterinya menegur aku ketika sedang asyik enjoy makan nasi dengan lauk asam pedas ikan merah.“Silakan Encik, Puan. Saya sendirian jer ni. Bagus juga ada teman.” Aku menjawab mesra.
“Terima kasih. Kami pergi ambil makanan dulu ek.” Jawab isterinya.
Aku menyambung makan dan mereka ke tempat lauk. Tetapi tiba-tiba aku teringatkan yang aku ternampak mereka sewaktu aku memakai kasut sebelum keluar dari masjid tadi.
Ada sesuatu yang menarik tentang pasangan ini. Aku membiarkan mereka makan sehingga habis sebelum bertanyakan apa yang aku agak mereka lakukan sewaktu di masjid.
“Tadi solat Zohor Masjid Kampung Hulu, kan?” Aku memulakan perbualan setelah mereka selesai makan dan pelayan juga membersihkan meja.
Sambil membuat pembayaran, aku pesan kopi panas untuk 3 orang. Elakkan mengantuk. Mudah untuk berbual lebih lama.
“Ya betul. Ini kali pertama kami sampai ke sini. Sebenarnya kami datang dengan beberapa orang lagi.”
“Selesai solat tadi dia orang pergi tempat lain dan kami ke sini untuk cari masakan Melaka.” Jawab En. Halim suami kepada Puan Maryam. Mereka memperkenal nama setelah kopi sampai.
Gambar: Muhammad Zuhairi Zuber |
“Maaf… saya nak tanya ni. Saya curious dan nak belajar sesuatu.” Aku meminta izin.
“Silakan… jangan tanya yang berat-berat sudahlah. Kalau kami boleh jawab, kami jawab. Tak boleh… kami cakap tak boleh.” En. Halim memberi laluan sambil beralih ke wajah isterinya. Puan Maryam senyum dan mengangguk.
“Err… tadi saya nampak En. bawa 2 botol besar air masuk ke kereta. Air kolah, kan?” Aku bertanya mahukan kepastian.
Aku ada dengar air kolah dari masjid ini sering digunakan untuk tujuan perubatan. Tapi aku tak pernah ambil kisah. Ini peluang aku untuk mengetahui sesuatu. Elok terus bertanya kepada orang yang mengamalkannya.
“Kami datang dari jauh, ikut rombongan beberapa orang yang lain. Ada yang datang dari Klang, dari Perak, dan juga Banting.”
“Sebelum ke sini, kami pergi Pulau Besar. Tiga hari tiga malam di sana. Ketua rombongan seorang Ustaz dari Perak.” Puan Maryam memberikan penjelasan tanpa aku pinta.
“Oh… ya ka. Err… kat Pulau Besar tu buat apa. Dan apa kaitanya dengan air kolah masjid ni?” Aku bertanya ikhlas mahu mengetahui lebih lanjut.
“Di Pulau Besar tu aktiviti kami lebih kepada penyucian jiwa. Hanya melakukan solat dan berzikir. Juga membaca Quran terutama Surah Yaasin.”
“Samada di dalam surau atau pun di sekitarnya. Bersendirian atau berkumpulan. Terutama di kawasan makam Sultan Al-Ariffin.” En. Halim mengambil giliran menyambung jawapan.
Surau Pulau Besar selepas Maghrib |
Gambar: Soscili |
Gambar: alfakirhelmi.blogspot.com |
“Suasana tenang membolehkan kita menghayati apa yang dibaca. Seolah-olah kita sedang berbicara dengan Allah.” Puan Maryam menyampuk.
“Menarik ni… sesuatu yang belum pernah saya tahu secara mendalam. Sekiranya tak keberatan dan ada masa, kalau En. Halim dan Puam Maryam sudi kongsikan cerita macamana boleh terlibat dengan aktiviti kerohanian macam ni… sangat saya hargai.” Aku meminta ala-ala merayu.
“Err… sekejap. Bagi saya 5 minit. Saya nak contact dia orang sekejap.” En. Halim mencapai handphonenya dan bercakap tentang perubahan jadual dan arah perjalanan.
“Dia orang nak beli souvenir dan jalan-jalan kat Bandar Melaka ni. Asalnya saya nak terus balik ke Penang. Tapi tadi saya confirm untuk ikut dia orang ke Klang.”
“Lambat lagi dia orang nak balik. Jadi boleh lah kita sambung sembang pasal Pulau Besar dan air kolah masjid Kampung Hulu ni.” En. Halim memberikan persetujuan terhadap permintaan aku.
“Ada apa kat Klang?” Tanya ku.
“Memang bersangkut dengan hal di Pulau Besar dan air kolah masjid ni.” Kata En. Halim.
Aku melambai kepada pelayan restoren dan kemudian memesan air suam dan juga minuman tambahan. Untuk mengelak tekak tersangkut-sangkut kekeringan. Memudahkan mereka untuk mereka bercerita.
Aku mendengar dengan penuh khusyuk. Bertanya hanya bila perlu untuk penjelasan atau membantu mereka mengimbau kisah silam. Kisah yang membawa mereka ke sini.
Shah Yang Banyak Hutang dan Bini Lari
“Salah seorang dari peserta trip kali ini dari Kapar, Klang. Namanya Shah. Buat bisnes restoren nasi kandar. Beberapa tahun yang lepas dia hampir berputus asa dengan hidup.”“Hutang banyak. Bini lari.”
“Dia berjaya bangkit semula. Sekarang kedainya maju.”
“Bermula dengan satu sekarang sudah ada empat pintu. Berkahwin lain dan sudah ada anak satu. Vellfire yang park bersebelahan kereta saya tadi kalau you perasan, itulah kereta dia. Baru jer beli. Hidupnya bahagia sekarang.”
“Kami belum pernah ke restorennya lagi. So… lepas ini kami akan follow dia orang ke Klang.”
“Oooo…" Aku terlopong.
Puan Maryam menambah, “Perjalanan hidup kami pun lebih kurang macam dia juga. Dan kami laki-bini pun hampir berpisah. Anak-anak berantakan. Rumah tangga hampir berkecai. Perniagaan kami musnah. Sekarang… Alhamdulillah. Keadaan semakin pulih.”
“Ustaz Abbas yang mengetuai program ini berasal dari Rohingya, Myanmar. Duduk di Malaysia hampir 25 tahun. Ahli keluarganya banyak yang terkorban akibat kekejaman tentera Myanmar.”
“Kami diberitahu dia diberikan bilik khas di sebelah restoren Shah tu. Sebulan atau dua bulan sekali dia datang bertandang.”
“Banyak orang datang meminta pertolongan dia. Dan dia adalah salah seorang dari 20 orang Ustaz yang kami jumpa dalam masa 3 tahun ni.”
En. Halim memulakan imbauan perjalanan kehidupannya…
Dulu-dulu, saya dengan benda-benda ghaib, tahyul, dan paranormal ni memang kurang arif. Tak bergiat dan tak punya kefahaman langsung. Hanya percaya yang benda ghaib dan sihir itu wujud.
Setakat itu saja.
Kejadian dan Peristiwa Pelik
Satu ketika tu dalam masa seminggu dan pada hari yang berlainan, 3 plug letrik kat dinding terbakar. Plug untuk peti ais dan kipas di rumah terbakar. Cair terus. Kemudian plug untuk aircond di pejabat pula. Seminggu selepas tu extension plug untuk mesin basuh pula terbakar.Kami tak fikir tentang perkara yang pelik. Mungkin kilat kuat atau ada power surge ke atau macamana. So, gantikan yang baru jer lah.
Masa berlalu dan berlaku beberapa perubahan yang hanya hari ini kami dapat kenal. Sewaktu ianya berlaku kami anggap perkara biasa saja. Contohnya macam ini:-
1. Penemuan Anak Patung Terbakar Dikawasan Letak Kereta Di Rumah
Kami menganggap ianya mainan budak-budak dikawasan perumahan. So tak ambil port. Tapi gambarnya kami ambil dan simpan.2. Suasana Dalam Rumah Seperti Panas. Panas Hati Bukan Suhu
Anak-anak sering bertengkar dan bergaduh sesama mereka. Tak ada lagi gurau senda sakat menyakat. Silap sikit merajuk, bersuara tinggi, atau ringan tangan untuk memukul.Keceriaan hilang berganti dengan wajah yang masam murung dan tak ada lagi senyum tawa yang manis dan girang.
Masuk bilik berkurung. Kau-kau aku-aku.
Tak ada lagi makan sekali. Dulunya berpakat masak sesama, hidang dan masing-masing pangil yang lain dan ayah mak untuk makan sekali. Tinggal kenangan.
Kami suami isteri pula tidur berasingan.
“Kalau abang tidur atas, saya tidur bawah. Dia tidur bawah saya naik atas.” Puan Maryam menyampuk dan mencubit lengan En. Halim. Mereka ketawa…
3. Kesihatan Mula Terganggu
Puan Maryam menyambung…En. Halim dulunya mesti sarapan sebelum ke pejabat. Tidak lagi. Dia hanya berhenti disalah satu kedai on the way ke pejabat dan beli roti jagung. Itulah makan dia untuk seharian. Kita ajak makan sekali waktu lunch dia selalu mengelak.
Macam-macam alasannya.
Malam, kami hanya beli nasi bungkus atau nasi goreng. Masing-masing ambil dan makan dalam bilik. Tak ada lagi nak berebut lauk macam dulu. Suasana rumah sepi.
“Ya… berat badan saya susut. Sehinggakan ada satu pelanggan lama yang tiba-tiba muncul menegur, “Kena kencing manis ke?” En. Halim mengakui apa yang dikatakan oleh Puan Maryam.
Dan saya pula mula mengumpulkan lemak badan. Asyik terasa lapar. Bangun malam belasah apa ada dalam peti ais. Orang perempuan bila stress memang ramai yang macam tu. Kuat makan. Sambung Puan Maryam sambil ketawa.
“Err… ini Puan nampak slim jer? En. Halim pun berisi sado jer pun.” Aku memberi komen positive dan Puan Maryan semakin bersemangat untuk berceloteh.
Alhamdulillah… sejak kebelakangan ini saya mendapat kekuatan. Boleh amalkan puasa selang seli (intermittent fasting). Tak bangun malam buka peti ais lagi. Kami tidur pun dah sekatil. Puan Maryam menjelaskan.
Abang ni pun sarapan dah back to normal. Rutin makan dah ikut waktu. Puan Maryam memegang tangan suaminya. En. Halim membalas dengan menggenggam tangan Puan Maryam. Dan mereka saling berbalas senyuman.
Manis. Mesra. Romantik pun ada. Jeles la juga aku tengok. Ha ha ha…
4. Politik Di Tempat Kerja
Pada waktu yang sama selepas kejadian plug terbakar, selain anak-anak yang bertelingkah dan kami suami isteri tidak tidur sekatil… keadaan di tempat kerja pun jadi lain semacam.Staff yang dulunya rajin dan datang tepat waktu sudah kelihatan mengulat. Pelanggan datang tidak dipedulikan. Tunggu disuruh atau kita sendiri yang pergi layan customer.
Bila disuruh… tarik muka masam. Sebab kena berhenti layan handphone. Lama-kelamaan pelanggan pun semakin berkurang.
Kalau dulu mereka tahu dan mahu buat kerja tanpa disuruh, tetapi berubah kepada banyak duduk dan bersembang gossip. Ada saja yang tak kena pada mereka.
Kita nak minta dia orang buat sesuatu perlu menyembah “minta tolong.” Kita yang bayar gaji, mereka bertukar jadi boss pula.
Ada seorang dua “OTAI” yang jadi batu api. Tapi sekarang mereka ini sudah tak ada. Keadaan perniagaan sudah kembali normal macam asal.
Kami datang sini pun boleh harap bisnes jalan terus macam biasa. Hanya cek sekali sekala melalui on-line CCTV. Atau WhatsApp mereka jika perlukan sesuatu yang urgent.
En. Halim menyambung lagi. "Dalam masa 3 tahun ni macam-macam dugaan yang kami hadapi. Antara perkara lain yang masih menjadi pedoman (atau hikmah) bagi kami ialah seperti:-"
✦ Kena kejar dengan supplier minta payment dan mereka mengugut untuk tak hantar barang.
Tetapi ia memaksa kami untuk mencari supplier baru. Ia membuka peluang pada kami untuk berurusan dengan supplier lain yang dahagakan pelanggan.
Sekarang kami punya ramai suppliers dan boleh cek harga on the spot jika mereka cuba nak tipu.
✦ Pelanggan korporat yang liat bayar sehingga kami terpaksa slow talk dengan suppliers untuk dapatkan bekalan.
By the way, harga yang kami dapat dari suppliers sama saja jika beli tunai atau credit. Sebab mereka pun bergantung kepada kami sebagai antara pembeli terbesar mereka.
✦ Pelanggan korporat yang jenis liat bayar sekarang kami tak layan. Ada deposit 50% kami mulakan project. Invoice dihantar sekali dengan delivery.
Kami tak ambil order untuk next project jika masih ada bayaran tertunggak.
Mereka pun berdisiplin lah sekarang. Sebabnya mereka tak boleh nak dapat service macam yang kami boleh bagi.
Mereka yang bagi tahu apabila kami bertegas dan usulkan kepada mereka supaya mencari di tempat lain.
Sebab supplier kami pun bukan satu-dua. Banyak. Pilih mana yang terbaik sajalah.
“Hidup ni mudah kalau kita lihat ianya sebagai mudah. Jalannya akan terbuka. Dan akan jadi susah bila kita kata susah. Lalu jalan pun tertutuplah.” Puan Maryam menyampuk lagi.
Bersambung... Lagi perkara pelik dan "Proses Memulihkan Gangguan Sihir."
Thank you for your comments