Proses Pemulihan Sihir Pada Keluarga dan Perniagaan - CrazyDuck -->

Header Ads

Proses Pemulihan Sihir Pada Keluarga dan Perniagaan

Anak perempuan kami menjerit sekuat hati kerana terlalu amat sakit ketika dirawat. Setelah diam seketika dia bercakap dan suaranya seperti suara lelaki. Apabila ditanya, dia menerangkan secara detail apa yang ada di pejabat padahal dia tak pernah ke situ.
Masjid-Kampung-Hulu,-Melaka
Gambar hiasan Masjid Kampung Hulu, Melaka: wikipedia

Tidak Menyedari Kehadiran Gangguan Sihir. Bahagian ke-2

Aku melihat jam di tangan. Takut juga belum sempat habis cerita, kawan-kawan En. Halim yang pergi shopping tadi sampai dan ajak pergi.

Aku nak dengar sangat apa yang dibuatnya untuk pemulihan. Proses yang dilaluinya sehingga bertemu dengan Ustaz Abbas.

Dan apa yang membuka hatinya untuk ke Pulau Besar dan ke Masjid Kampung Hulu ini.

Seperti dapat membaca apa yang aku fikirkan, En. Halim menyambung ceritanya…

Kami disedarkan yang kami punya masalah apabila menghadiri satu program di Hotel Batu Ferringhi.

Kami 3 beranak iaitu bersama dengan anak perempuan sulong, kami menghadiri satu majlis keraian.

Sedang bersembang dikawasan lobi selepas majlis makan yang baru selesai, seorang perempuan menghampiri dan menegur isteri saya.

“Maaf, akak. Saya nak tanya sikit boleh tak?” Kata perempuan itu.

“Ya… silakan lah’” Jawab isteri saya.

“OK… sebelum saya perkenalkan diri siapa saya, saya nak tanya 2-3 soalan. Akak jawab dengan jujur, betul atau tidak saja.”

“Kalau semuanya betul, saya akan cerita lanjut. Kalau ada satu yang tak betul… saya akan berhenti. Bermakna saya yang tersilap.” Kata perempuan itu lagi.

Kami pun setuju. Dan dia bertanya beberapa soalan.

Soalan dan jawapan:-
S1: Adakah sekarang abang dengan akak hubungan suami isteri jadi sangat renggang dan dingin tak macam 6 bulan yang lepas?
J2: Ya

S2: Rumah bukan syurga macam dulu-dulu. Bukan tempat untuk rehatkan badan dan minda. Tapi berserabut dengan berbagai masalah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Hati masing-masing cepat panas. Tak boleh silap sikit?
J2: Ya, betul.

S3: Abang dengan akak berniaga, kan? Dan kebelakangan ini pelanggan semakin berkurangan dan orang yang berhutang sangat liat nak membayar. Syarikat ada masalah dengan pusingan modal. Betul?
J3: Ya.

“OK… orang panggil saya Wati. Mak saya cakap saya ada bau-bau keturunan dari Wali Songo.”

Badan Seperti Bau Mayat

“Tadi semasa akak ambil makanan, saya beratur betul-betul di belakang akak. Bau badan akak macam bau mayat. Tak ada siapa yang tahu atau perasan. Hanya saya seorang yang boleh hidu.”

“Sekarang masih ada?” Puan Maryam bertanya.

“Masih ada, tapi tak ada siapa yang dapat menghidu. Hanya saya seorang. Akak dengan abang percaya tak apa yang saya cakap ni?” Si Wati mahukan pengesahan kami.

Dan berasaskan kepada 3 soalan tadi, yang semuanya betul kami tak ada ruang untuk keraguan. Puan Maryam mencelah.

Lalu kami pun bertanya, ”bau” yang dapat dihidu itu datang dari mana dan apa yang patut kami buat. Dan sekiranya kami buat tak endah apa seterusnya akan berlaku?

Si Puan Wati tu hanya kata ada “benda” yang ikut. Dia mengusulkan kami supaya pergi berjumpa dengan seorang Imam Masjid di Kati, Perak. Pekan kecil antara Kuala Kangsar dan Lenggung. Katanya Ustaz tu tahu apa yang perlu dibuat.

Katanya lagi, dia tak mampu untuk tolong sebab tak punya kekuatan. Dan kalau kami tak nak buat apa-apa, dia pun tak kisah. Sekadar memberitahu apa yang dia tahu. Katanya lagi keadaan rumah tangga kami dan bisnes yang sedia bercelaru akan bertambah serabut.

Kami pasti niatnya memberitahu sangat ikhlas dan tak ada apa-apa agenda. So… kami pun satu hari pergi ke Kati berjumpa dengan Ustaz Yusoff.

Kami diberikan rawatan untuk mengeluarkan ”saka” ataupun “benda” yang sentiasa mengikuti kami ke mana saja.

Yang peliknya… setelah membacakan ayat-ayat tertentu dan membaringkan orang yang mahu dirawat… hanya dengan menyentuhkan lada hitam pada ibu jari atau mana-mana jari kaki, sakitnya teramat sangat.

Menjerit bagai nak runtuh rumah. Jari terasa bagaikan nak tercabut.

Akhirnya setelah beberapa kali berulang alik, keadaan semakin baik. Kali terakhir kami pergi tak ada kesakitan lagi. Bermakna “benda’ yang sentiasa mengikuti sudah pergi.

Ustaz Yusoff juga mengusulkan supaya kami mencari Uztaz-Ustaz yang tertentu untuk pemulihan diri kami. Katanya dia bukan pakar sangat dalam hal-hal “dalaman” seseorang. Kalau ada yang menumpang, itu bidang dia untuk membuang.

Hal dalaman bermaksud kekuatan diri. Mempunyai pedinding. Ustaz Yusoff itu mungkin ada pedindingnya tetapi hanya untuk kegunaan dirinya saja. Tidak boleh untuk berkongsi dengan orang lain.

Ada Lembaga Atas Bumbung

Ada beberapa insiden pelik berlaku dalam masa kami berulang alik membuat rawatan.

Ada satu malam tu, anak lelaki kami yang dua orang tak ikut sama. Mereka pergi ke KL atas urusan pendaftaran untuk menyambung pengajian.

Balik dan sampai rumah sudah hampir maghrib. Selepas keluar dari kereta dan sebelum membuka pintu rumah, mereka terdengar seperti sesuatu yang berat ditarik atas lantai di tingkat atas.

Si abang terus hantar sms bertanya pada maknya ada siapa di rumah. Setelah dibalas yang semuanya datang ke Kati… bermakna rumah tak ada orang.

Lalu si abang mengambil cangkul dan si adik ambil skop sebelum masuk dalam rumah. Sebagai senjata. Bersiap sedia sekiranya ada penceroboh.

Mereka masuk rumah dan naik ke tingkat atas. Tak ada apa. Kemudian terdengar pula bumbung seperti digeser-geser.

Mereka turun, kunci rumah, dan terus mahu pergi ke Kati. Sebelum bertolak dan sewaktu membetulkan kedudukan kereta, si adik yang duduk di sebelah kiri ternampak semacam ada lembaga di atas bumbung.

Diberitahu pada abangnya, dan abangnya juga nampak benda yang sama. Waktu sudah masuk maghrib dan cahaya kelam-kelam. Tidak begitu jelas tapi dia orang tahu ia bukan sesuatu yang pernah ada di situ.

Sampai di Kati mereka menceritakan apa yang mereka nampak pada Ustaz Yusoff. Ustaz mengangguk dan katanya tak apa. Dia sudah pergi. Sengaja dia menonjolkan diri.

“Kita tengok dulu perkembangan selanjutnya macamana. Tapi jangan takut sangat. Biar saja. Bukan boleh buat apa pun kalau risau atau takut-takut.” Sambung Ustaz Yusoff.

Benar seperti apa yang dikatakan Ustaz Yusoff. Tiga hari kemudian bila kami datang lagi, kesakitan yang biasanya ada ketika dia merawat kini sudah tak ada. Seperti sudah sembuh.

En. Halim menjelaskan dan terus menyambung ceritanya…

Menyebut Benda Yang Tak Pernah Dilihat Tapi Benar

Dalam salah satu sessi perubatan yang dilakukan, anak perempuan kami yang balik bercuti dari asrama turut datang. Saja dia nak tahu. Sebab tak pernah tengok atau alami sendiri. Asyik dengar cerita saja.

Ketika gilirannya dirawat, dia menjerit sekuat hati kerana terlalu amat sakit.

Secara tiba-tiba dia diam untuk seketika dan kemudian suaranya berubah seperti suara seorang lelaki. Bila ditanya oleh Ustaz Yusoff siapa dia dan apa namanya. Dia ketawa.

Eleh… hangpa tau aku ni sapa, dia menjawab.

Ustaz menyuruh kami menyoal untuk membuktikan “siapa” yang sedang bercakap. Lalu dia menjawab dengan detail apa yang ada di kawasan tempat kerja.

Dia bercakap tentang kabinet tempat simpanan fail, kedudukan alat penimbang yang berbagai saiz, rak peralatan di sebelah mana, dan apa yang ada atas rak.

Dalam laci meja ada beberapa buku nota. Meja tu ada berapa laci. Dan macam-macam lagi. Semuanya memang betul. Padahal anak perempuan saya tu tak pernah pun masuk ke kawasan yang diceritakan.

Bila ditanya untuk apa dia datang. Katanya dia tahu ada “benda” yang tak elok diletakkan dalam kawasan tempat kami berniaga.

Kata Ustaz Yusoff, yang masuk ke tubuh anak perempuan kami dan bercakap tu roh dia saja.

Tapi apa yang diceritakan iaitu ‘benda’ yang diletakkan memang betul-betul ada. Mungkin rohnya tak aman kerana mengetahui sesuatu tetapi turut merahsiakannya. Padahal itu tempat dia cari makan.

Bersambung dengan benda-benda pelik dikeluarkan dari tempat perniagaan...

Sudikan tekan butang bawah ni, ya... Terima Kasih.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.