Mengeluarkan Gangguan Sihir dan Bina Pertahanan Diri
Minyak antara bahan sihir yang dikeluarkan. |
Benda Yang Diletakkan Oleh Pengamal Sihir (Bah. 3)
Aku terus tekun mendengar En. Halim dan isterinya menceritakan kisah hidup mereka yang pernah dilanda ujian. Kini dalam fasa pemulihan dan bangkit semula. Memperkemaskan kekuatan diri dari sudut jiwa dan kebatinan.
Ustaz Yusoff menyuruh kami mencari perawat yang boleh mengembalikan kekuatan dalaman dan amalan untuk dijadikan pedinding secepat mungkin.Dia juga menyuruh kami mencari orang yang boleh mengeluarkan sekiranya ada sesuatu yang ditanam atau diletakkan dalam kawasan perniagaan kami atau di rumah.
Pencarian kami agak mudah bila dipertemukan dengan seorang yang ahli dalam hal ghaib.
Ia berlaku di sebuah pejabat travel agent sewaktu menemani Pak Ngah kami yang mahu ke Mekah.
Saya terdengar beberapa orang bersembang akan hal-hal pelik. Selesai mereka berbicara, saya pun masuk daun.
Saya ceritakan apa yang berlaku. Lalu salah seorang dari mereka berkata… “Encik dah jumpa orangnya. Ni dia. Pak Guru ni boleh bantu.”
Lalu saya, Puan Maryam, dan dia berpindah tempat ke meja yang agak jauh dari pendengaran orang lain.
Dia meminta sebotol air kosong. Saya belikan saiz besar 2 botol.
Kumat kamit dia membacakan sesuatu pada air. Kemudian katanya kami perlu membuat penyucian menggunakan air itu. Waktu tu saya belum mengerti apa yang dimaksudkan dengan “penyucian.”
Sambungnya lagi, lepas selesai dengan penyucian boleh datang ke rumah dia untuk rawatan lanjutan. Tarikh pun ditetapkan.
Air yang dibacakannya ayat-ayat tertentu, disuruhnya kami minum, sapu muka, dan juga untuk mandian selama 7 hari tanpa selang.
Air tu kami pisahkan kepada 7 bahagian untuk saya dan isteri. Setiap bahagian untuk satu hari penggunaan.
Untuk mandian dicampur dengan air bagi jirusan terakhir. Juga diberikannya doa dan ayat-ayat Quran untuk dibacakan bagi setiap perlakuan.
Selesai 7 hari dan pada tarikh yang dijanjikan, kami ke rumahnya di negeri Kedah.
Sebelum rawatan dimulakan, dia terlebih dahulu membacakan doa dan mengusap kepala dan dada saya.
Kami dibawa ke sebuah bilik dan dia mengajarkan step-step berzikir untuk kami sebut zikir dalam hati dengan hujung lidah ditonggakkan kepada langit-langit.
Tujuan zikir itu ialah bagi menghilangkan titik hitam dalam dada kami.
Ha ha ha… hitam ke putih ke kelabu ke… ikut sajalah. Kita nak baik dan hilangkan masalah.
Selesai sessi zikir kami dibawa ke satu bilik lain. Disuruhnya kami tunggu dan dia masuk ke bilik bersebelahan.
Tiba-tiba terdengar sesuatu jatuh. Beberapa minit kemudian dia keluar dengan sesuatu ditangannya.
“Nah… nin dia.”
Dia menunjukkan satu bungkusan kain putih yang dalamnya ada sesuatu.
“Apa tu Pak Guru?” Saya bertanya.
“Ini dihantar dari tempat hangpa meniaga. Nak bukak atau dak?” Dia seolah meminta kebenaran untuk membuka.
Mungkin itu syaratnya, saya tak tahu. Tapi saya angguk saja dan dia pun membuka.
Ini dia gambarnya… cuba you tengok.
Buluh tumpat, serbuk, dan sesuatu dalam botol. |
Ada dua set buluh tumpat yang ruasnya sangat rapat. Ranting buluh tu mengarah ke atas dan ke bawah ruas. Selalunya ranting buluh akan menegak. Tapi ini tidak.
Kemudian dalam botol tu macam ada cincin. Kami tak buka pun. Serbuk yang nampak atas kain putih tu mungkin sesuatu yang beracun atau dari sumber yang tak elok.
Kami tak bertanyakan lanjut kenapa barang-barang ini digunakan. Yang pasti ia bukan sesuatu yang punya tujuan elok.
Ia juga memberikan ingatan saya kepada sessi di rumah Ustaz Yusoff. Ketika anak perempuan kami dirasuki oleh roh orang yang mengatakan ada sesuatu yang diletakkan di tempat perniagaan kami.
Inilah dianya.
Sebelum kami pulang, Pak Guru berpesan supaya kami datang lagi dalam masa 3 bulan. Kalau keadaan belum pulih atau jika semakin teruk, dipercepatkan sikit.
Takut nanti ditambah lagi atau diganti dengan yang baru selepas mereka tahu yang ini sudah dikeluarkan dan dimusnahkan.
Benda Baru Seperti Minyak Dikeluarkan
Selepas pulang dari Kedah keadaan kami di rumah seperti ada kelegaan. Sarapan pagi semuanya bersama. Begitu juga makan malam.Di tempat perniagaan seperti ada keceriaan. Suasananya hidup. Pelanggan keluar masuk silih berganti. Kontrak pun ada pertambahan.
Kami mahu mengunjungi Pak Guru lagi untuk memberi makluman yang keadaan rumah dan perniagaan kelihatan sepertinya ada pemulihan. Mahu ucapkan terima kasih kepadanya.
Sesampai kami di rumah Pak Guru ada beberapa orang sedang menunggu. Pak Guru tak kelihatan dan kami dimaklumkan dia dengan tetamu di bilik khas.
Tetamu yang menunggu tu ada yang datang dari Pahang, Terengganu, dan juga Kelantan. Kami orang paling dekat, dari Penang.
Tiba giliran kami bertemu dengan Pak Guru, kami di bawa ke bilik lain, ia itu bilik di mana bungkusan kain putih dikeluarkan.
Sebelum bercerita lanjut, saya minta Pak Guru sahkan pembacaan beberapa doa yang diajarkannya tempohari.
Ini bagi memastikan betul atau tidak dari sudut sebutan. Kerana mukjizat ayat Quran yang dijadikan doa (senjata dan perisai) hanya keluar apabila sebutan terhadap huruf dan barisannya betul.
Selesai bab itu kami meminta Pak Guru untuk cek samada rumah dan tempat perniagaan kami sudah betul-betul bersih.
Seperti 3 bulan yang lalu, dia masuk ke bilik bersebelahan. Dia keluar semula beberapa minit dan menunjukkan kepada kami botol yang berbalut dengan kertas putih.
Dia membuka balutan kertas selepas meminta izin dari kami. Ada lapisan kapas di bawah kertas. Dan dibahagian dalam kertas itu ada tulisan Siam.
“Baru dihantar. Baru sangat. Mungkin sehari dua ni saja.” Kata Pak Guru.
Minyak sihir |
Pembalut botol minyak sihir dibuka |
Minyak sihir yang mengandungi keledak |
Pembalut botol ditulis dengan tulisan Siam. Tulisan tak ditunjukkan di sini. |
Membina Kekuatan Dalaman
Anak perempuan kami yang ikut bersama ke Hotel di Batu Ferringhi tu dia kerja di KL. Salah seorang kawannya berketurunan Boyan. Dilahirkan di Malaysia dan ayah dan ibunya sudah mendapat taraf Penduduk Tetap (Permanent Resident).Dia menceritakan apa yang berlaku kepada kawannya. Dan kawannya menceritakan kepada ayahnya.
Lalu diberikan usul supaya kami bertemu dengan kawan ayahnya yang mahir dalam hal perkara ghaib. Terutama hal kekuatan dalaman.
Kami diperkenalkan dengan Pek Helmi di Gombak Setia.
Setiap kali kami bertemu dengan Pak Helmi, kami kena reserve 2 hari. Perjalanan jauh dari Penang. Sebabnya, dia hanya melakukan rawatan atau lebih kepada konsultansi selepas waktu Isya’.
Siangnya dia bekerja di dusunnya.
Satu perkara tentang Pak Helmi ini ialah dia tidak akan menceritakan apa masalah yang kita ada. Walaupun dia tahu.
Kita sendiri perlu bertanya dan minta panduan dengan perkara yang spesifik dan jelas masalah yang mahu dirungkaikan.
Sekiranya business yang bermasalah, dia akan usulkan hal pemulihan khas untuk business sahaja. Tidak campur dengan hal keperibadian.
Begitu juga dengan hal peribadi seperti jodoh, kerja, temuduga, atau jika terlibat dengan politik. Sebutan masalah kena jelas.
Kalau kita tak punya duit pun dia tahu. Tapi dia tak akan bagi tahu kecuali itu yang kita sentuh atau dia “terpaksa” sentuh.
Contoh maksud “terpaksa” ialah ada seorang yang datang dan selepas selesai bersungguh-sungguh mahu memberikan duit, dia tak mahu terima.
"Kamu lebih memerlukan wang itu berbanding saya, simpanlah..." katanya
Bersambung dengan cerita En. Halim tentang amalan yang diberikan kepadanya untuk kekuatan dalaman dan pedinding diri.
Sebelum beredar sudikan tekan butang bawah ni, ya... Terima Kasih.
Thank you for your comments