Rangkaian Perniagaan Dari Kalangan Orang Sekepala - CrazyDuck -->

Header Ads

Rangkaian Perniagaan Dari Kalangan Orang Sekepala

Sekepala... Apa Maksudnya?


“Untuk berjaya, kita kena kelilingi diri kita dengan orang yang sudah berjaya."


Gambar: Leon Lee. MLM ni khabar anginnya kurang enak didengar. Tunggu dan lihat.

Bila jadi business owner, kita kena buat sebanyak mungkin kawan dengan orang-orang yang berjaya – luaskan network dan tambah channel.”

“Mungkin mereka boleh tolong kita, mungkin juga kita boleh menolong mereka."

"Menolong orang yang berjaya memudahan kita untuk terus berjaya.”

“Kerja-kerja pejabat dan yang biasa-biasa tu kita boleh bagi pada kakitangan syarikat."

"Kerja kita bina rangkaian.  Banyak rangkaian mudah untuk kita pilih jalan."

"Tak semestinya bermaksud “kabel” yang selalu kita dengar tu.  Itu kerja orang dalam.  Saya tak berapa suka ikut cara tu.”

"Sekepala bukan bermaksud sama jenis perniagaan. Tetapi cara pemikiran."

"Cara melihat masalah. Cara menyelesaikan masalah dan tukarkan ianya kepada peluang."

"Lain bidang lain perniagaan tetapi boleh menjadi rangkaian yang membantu antara satu sama lain."

"Bukan sekadar berkongsi peluang tetapi berkongsi masalah juga."

"Masalah kita peluang orang, masalah orang peluang kita."

"Dua kepala tetap lebih baik dari satu. Lebih baik bila dua-duanya sekepala."

"Sepemikiran."

Itu adalah antara celoteh panjang lebar Ah Zam semasa dalam kereta menuju ke Pulau Pinang.

Seni Beramah Mesra
“Macamlah aku ni orang nak meniaga”, bisik hati Ah Matt. Tetapi timbul padanya satu minat untuk mengenal dengan lebih mendalam tentang karekter Ah Zam.

Sewaktu acara santai berlangsung, Ah Matt melihat Ah Zam sedang berbual rancak bersama seorang kenalan barunya. 

Bersebelahan dengan kereta Toyota Alphard Vellfire milik Ah Zam. 

Mungkin kedua-dua mereka mempunyai minat yang sama – kereta mewah. Dia menghampiri mereka. 

Melihat kelibat Ah Matt berdekatan, Ah Zam memanggilnya.

“Ha, ni orang kuat sebelah utara – Aq-Qeri nama dia.” Ah Zam memperkenalkan kawan barunya itu.

Dengan mesranya Aq-Qeri menyambut salam dari Ah Matt. Dan Ah Matt dapat menyelami perasaan bangga Aq-Qeri bila dipanggil “orang kuat” oleh Ah Zam. 

Itulah seni perbualan Ah Zam, dia bijak menggunakan kata-kata untuk memesrakan suasana.

“Kalau nak buat projek hartanah, Tuan Aq-Qeri ni banyak lubang.  

Dia pernah kerja di pejabat tanah dan sekarang banyak terlibat dengan projek perumahan dan juga projek-projek kerajaan negeri”, sambung Ah Zam. 

Tiba-tiba Ah Bee muncul.  “Hai, rancak sembang … projek besar apa ka?”  Tegurnya. 

“Ya, sungguh … macam dah kenal lama ni”, sampuk Ah Matt pula.  

“Macam tu lah … minat pun sama, projek pun lebih kurang.  Kebetulan pulak saya ni tengah dok kumpul senarai kontraktor kelas A.  Ada dua-tiga projek yang kerajaan negeri minta saya "bantu”, dengan nada bangga Aq-Qeri menyambung.


Menjaga Kepuasan Pelanggan

Sebagai salah seorang dari AJK penganjur pertemuan itu, Ah Bee perlu memastikan peserta berpuas hati dengan suasana dan keadaan tempat.  

Dia mahu setiap perserta mencapai tujuan masing-masing menyertai gerombolan kali ini. 

Ini juga adalah sebahagian dari perniagaan sampingannya (event management) bersama beberapa orang teman lain.  

Tujuannya mencelah perbualan tiga orang kenalan baru itu ialah untuk memaklumkan tentang perubahan pada acara lewat petang di pantai nanti yang ditunda kerana keadaan cuaca yang kurang baik. 

“Baiklah, izinkan saya beredar dulu”, mohon Ah Bee.

Dia mahu meneruskan tugasnya bertemu dengan sebahagian peserta yang berada di luar ruang hotel yang tidak mendengar pengumuman melalui pembesar suara.  

Dia berpuas hati melihat Ah Matt dan Ah Zam mendapat kenalan baru.

“Eh Bee… terima kasih banyak kerana aturkan perjalanan kami."

"Banyak pelajaran yang aku terima dari Tuan Ah Zam semenjak semalam sampai sekarang ni”, Ah Matt mengambil kesempatan menyampaikan penghargaannya sebelum Ah Bee bergegas untuk beredar.

Ah Bee senyum lebar dan memberikan tanda LIKE lalu terus pergi dengan kelam kabutnya.

Keadaan bertambah mendung.  Ketiga-tiga mereka bersetuju untuk ke bilik khas di hotel untuk acara seterusnya seperti yang dimaklumkan oleh Ah Bee.

Cukup lah kot sampai sini. Panjang-panjang jemu nak baca. Tapi kalau nak lagi boleh sambung tajuk ni: Melobi Projek di Lobby Hotel. Klik jer lah tajuk tu.
Proses menulis dan mengedit. Tulis padam-tulis padam. Susah tau menulis nih tapi syiok. Ada rasa nak support tekan butang LOVE ni tak? Mesti laaa ek... TQ!!!. 



No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.