Melobi Projek di Lobby Hotel - CrazyDuck -->

Header Ads

Melobi Projek di Lobby Hotel

Hotel lobby ialah port bagi cable connector. Terutamanya wakil orang politik yang cari makan dengan menjual projek kerajaan. Mereka ini runner kepada menteri atau orang-orang yang punya kuasa untuk memberikan tender. Sekarang sebut pasal projek kerajaan semua orang tahu rahsia terbuka. Duit tepi kena sedia.

Hotel Lobby Ialah Port Bagi Cable Connector

Bunyi angin kuat kedengaran dari dalam hotel dan pantai Batu Ferringhi dilanda ombak kuat. Tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebatnya.

Aq-Qeri, Ah Zam, dan Ah Matt meneruskan perbualan mereka selepas menerima pesanan dari Ah Bee. Mereka terus berbincang di ruangan lobby hotel seperti tiada apa berlaku di luar.

Aq-Qeri menunjukkan gambar communication tower yang masih dalam pembinaan sebagai salah satu dari projek yang diaturnya antara kontraktor (pembekal) dengan kerajaan negeri.

maxis-and-celcom-communication-tower-for-signal-transmission-under-construction

Ah Matt tidak banyak berkata-kata tetapi lebih banyak memerhati gelagat Aq-Qeri dan Ah Zam.

Gaya Aq-Qeri sedikit flamboyant dengan pen Montblanc, jam Rolex, kasut Ballynya dan entah apa-apa lagi yang segalanya branded dan mahal-mahal belaka.

rolex-watch-model-sky-dweller
Rolex Sky Dweller.
Kunci kereta Mercedesnya sengaja diletakkan di atas meja

Jelas sungguh dia mahu menunjukkan yang dia adalah seorang yang berjaya dan loaded.

Ini adalah “typical Gucci Boy” bisik hati Ah Matt.

Aq-Qeri menunjukkan gambar-gambar projek termasuk projek perumahan selain pemasangan tower pemancar tadi melalui I-Phone 6-nya 

Dalam tekun Ah Zam kelihatan gelisah dan seakan-akan mula menyampah dengan gelagat Aq-Qeri.

electronic-parts-of-communication-tower-for-signal-transmission
Tekun mendengar itu mungkin lakunannya sahaja kerana dia mahu tahu lebih lanjut apa maklumat yang boleh didapatinya melalui Aq-Qeri. 

Aq-Qeri sudah seperti mabuk dengan pujian Ah Zam. Lalu menceritakan latar belakangnya dan orang-orang politik yang didampinginya.

Kerana Teruja Habis Bocor Rahsia

Tanpa sedar diulit pujian, kebijaksanaan Ah Zam membuatkan Aq-Qeri membocorkan banyak rahsia, termasuk hal-hal yang melibatkan "Pak Mantree". 

Ada yang mengambilnya sebagai proxy untuk pembelian tanah dan juga penyaluran dana politik yang sepatutnya ditujukan kepada rakyat.

Selang beberapa minit, penganjur program membuat hebahan tentang acara di dalam dewan utama.  Masa untuk mereka beredar sudah tiba. 

“Hah… lega.  Saya nak belah lama dah… tapi dia asyik dok membebel.”

“Saya pun apa lagi puji kaw-kaw laa… banyak rahsia dia saya dapat korek.  Ha ha ha …” Ah Zam meluahkan rasa kegembiraan sewaktu dia dan Ah Matt beriringan ke dewan utama.

Cekap mengenal Pemangsa (Scammer)

“Itu cara dia tarik bakal mangsa agaknya kot?” Ah Matt mencelah. 

“Wah… cekap kau ya.  Dalam diam tu.  Tak apa lah… kita boleh lupakan dia.  Tapi maklumat yang dia bagi ada yang boleh diguna pakai.  Pemangsa adakalanya juga boleh jadi mangsa.”

“Tapi saya yakin dia boleh dapat banyak connection dengan cara dia tadi tu.”

“Ramai akan ter-percaya dia seorang yang sangat berjaya dan akan mahu menumpang tuahnya."

"Di situlah dia buat checkmate – offer project juta-juta dan syaratkan wang pendahuluan.”

“Tidak terkecuali beberapa percent untuk dia bila projek dah mengena.”

“Kerjanya hanya sebagai cable connector dengan pihak berkuasa yang meluluskan projek.”

"Orang yang ambil projek dan buat kerja keluarkan modal. Collection mungkin lambat. Untung terdedah pada risiko. Ikut nasib harga pasaran bahan mentah. Imported punya barang, kalau USD naik dan tak buat pegging... sakit lah jawabnya.

“Tapi kerja dia senang saja. Untung sudah pasti.”

“Tapi saya tak minat dengan orang jenis ni. Mungkin saya seorang jer kot yang tak reti guna peluang baik macam ni.”

Ah Zam menyambung bebelannya dan berhenti setelah sampai di tempat duduk.

Ah Bee membuat pengumuman rancangan akan bermula seminit dua lagi sementara ahli panel jawatankuasa mengambil tempat masing-masing.

Pembentukan Khas Kumpulan Perniagaan
Ramai peserta melihat program seperti ini boleh dijadikan sebagai platform untuk mereka bergabung secara “berjemaah.”

Kemudahan internet dan teknologi terkini diguna sebaiknya dengan membentuk kumpulan dalam media sosial. 

Melalui kumpulan ini mereka dapat membina perniagaan yang berjaya melalui jaringan orang-orang yang sudah berjaya.   

Cara hidup (lifestyle) mereka banyak persamaan.  Mereka mudah memahami antara satu sama lain.  Kesepakatan juga sangat mudah untuk diatur.

Scammer juga mudah mencari mangsa mereka yang kelaparan dan tamak tapi mau guna jalan mudah.

Ahli kumpulan dapat bertukar pandangan tentang masalah dan cara menangani masalah perniagaan mereka. 

Mereka dapat memberi sokongan antara satu sama lain, samada dari sudut peluang dan persaingan juga maklumat produk dan pasaran secara on-line.

Tetapi bagi Ah Matt dia sudah nekad mahu meninggalkan kumpulan ini.  Dia punya misinya yang tersendiri.

Soalan penutup bagi episod ini, INI, dan INI:-
1. Gerombolan kereta atau motor yang terdiri dari ahli-ahlinya yang tersendiri merupakan “tribe” yang boleh digunakan sebagai jaringan perniagaan jika diurus dengan betul. 

stylish-and-powerful-sport-bikes-BMW-and-Aprilla
Jika tidak ianya hanya aktiviti mingguan membuang masa berseronok tanpa hujung pangkal. 

Anda tergolong dalam tribe yang jenis macamana? Atau tidak punya tribe tapi bergerak secara solo?

2. Cara berpakaian biasanya mencerminkan latar belakang seseorang. 

Pada yang pandai ambil peluang dan bijak dalam pemasaran, pakaian sangat penting untuk menonjolkan diri sebagai orang yang berjaya. 

Bukan sekadar berjaya yang memang berjaya tetapi juga berjaya memperdaya. Jangan sesekali anda mudah terpengaruh dengan penampilan seseorang. 
Anda pernah kena scam tak?  Scammer ada pakai selipar?

3. Bijak  mendengar dan memuji – anda akan dapat banyak maklumat. Maklumat untuk mengelak dari kerugian atau untuk terus bergerak membuat keuntungan.

Bergerak dalam kumpulan sememangnya baik untuk perniagaan – maklumat dikongsi. Ibarat sekumpulan ikan bilis dapat mengelak dari kena makan tapi senang kena pukat. Oopsss...

Safety in numbers. Really?

Episod seterusnya boleh dibaca dengan klik pada tajuk ini: Keajaiban Rezeki Dari Allah – Apa Sungguh Kamu Yakin?

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.