Cinta dan Business Boleh Dicampur Aduk?
Meja Serabut Dengan Pinggan Tak Dikemaskan
“Heh… berceramuk betul meja dengan pinggan. Pelanggan baru sampai terpaksa kemas sediri meja kalau nak selesa. Tak macam kedai satay Rosli.”Tiba-tiba saja teringat dia akan si Rosli dengan service yang baik, peramah, dan pantas memberikan keselesaan pada pelanggan.
Ya… sejak menerima SMS dari Rosli beberapa hari yang lepas mereka tidak lagi berhubungan.
“Entah macamana dengan POS System yang dipasang tu. Dia dah start guna ke belum.” Fikirnya.
Sambil dia duduk datang seorang waiter bertanyakan apa mahu dimakan. Sambil itu meja dilapnya dengan senyuman tak kering dari bibir.
“Hmm… tempat ni self-service, tapi ada juga penggerai yang ambil inisiatif untuk bertanya pelanggan. Rezeki kamu lah…” Kata hatinya.
Sambil melihat menu yang diunjukkan, Asmahani memesan minuman jus oren dan beberapa ketul kueh.
Dia tidak mahu makan nasi, takut mengantuk untuk pemanduan ke Penang. Tambahan pula nasi kandar… kebiasaannya ada serbuk kas-kas.
Masih ada lebih kurang 2 jam perjalanan.
Sementara menunggu pesanan tiba… dia mencapai HP.
Handphone Berbunyi Jantungnya Pula Yang Berdebar
Smartphone berbunyi dan bergegar. Rosli memandang dengan debaran. Itu ringtone yang disetkan khas untuk Asmahani.“Assalamu’alaikum… saya kat Gopeng sekarang, OTW balik Penang. Tuan Apa khabar. POS System dah OK ka?” Mesej dari Asmahani membuka bicara.
***
“Err… ini kak. Air oren dan kueh yang akak pesan tadi.” Seorang gadis comel meletakkan pesanan di meja.“Terima kasih dik… berapa semua harga?”
“Ini bilnya kak.” Asmahani diunjukkan resit oleh si gadis comel.
Tarik Nafas Panjang
“Nah… yang lebih tu adik ambillah.” Asmahani menghulurkan note RM 10 pada si gadis comel sambil tersenyum.“Terima kasih kak…moga rezeki akak selalu dimurah dan dipermudahkan.”
“Aameen… terima kasih dik.”
***
“Ini Rosli punya mesej kot” Jeling Asmahani ke arah hand phone-nya yang sedang bergegar.“Wa’alaikum salam… Oh, dah habis meeting ka? Bila ada free boleh kita jumpa lagi?” Mesej dari Rosli.
“Hmm… ini sudah macam personal jer bunyinya. Bukan setakat business lagi ni.” Tangan Asmahani tiba-tiba terasa menggeletar. Debaran jantungnya terasa laju.
Lama dia terdiam tidak tahu apa mahu dijawab akan mesej tadi. Dia menarik nafas panjang sambil terus menghabiskan tegukan terakhir jus oren.
“Ahh… jawab as per business sudah lah.” Bisik hati Asmahani.
Tidak mahu jual murah.
Dia juga yakin POS System sudah beroperasi dengan tiada masalah. Rosli sudah pasti akan komplen sekiranya ada isu yang belum selesai.
***
Sepuluh minit berlalu mesej tiada jawapan“Aku sudah silap kot? Tanya terlampau direct sangat.” Rosli menggelisah menunggu smartphonenya berbunyi.
“Awat tu… macam kucing nak beranak ja?” Rosli dikejutkan oleh emaknya.
“Eh… mak. Tak dak apa aih. Budak perempuan yang jual POS System tu tanya OK ka mesin tu.”
“Ehh… tak kan pasai mesin tu hang sampai boleh jadi gelisah tara tuuuu… hang ni mak ingat dah angau lah.”
“Bukan apa mak… takut nanti dia mai minta duit bayaq perabih, mana nak cekau.” Rosli cuba berdalih.
“Hang tok sah nak tipu mak lah… hang punya trick apa semua tu duk dalam baju mama ni.” Emaknya memberikan final knockout blow kepada Rosli.
Rosli tersipu dah beredar ke kawasan dapur. Emaknya tersenyum.
“Tak lama lagi aku buleh menantu laa gayanya ni.” Bisik hatinya.
“Oppocot…” Rosli terkejut dari lamunan apabila tiba-tiba smartphonenya berbunyi tahap maksima.
Entah apa yang sudah ditekan pada setting sehingga bunyi deringan ter-set sebegitu kuat.
“Hah… ini mesti dia ni.” Rosli terus mengambil handphonenya yang diletakkan pada charger. Seolah terlupa deringan itu memang dikhaskan untuk Asmahani.
“Kalau saya datang lusa, boleh ka? Nak ambik rehat sikit esok. Penat travel ni.” Mesej dari Asmahani.
“Yaaaahoooo…” Rosli menjerit dalam hatinya sambil menggenggam penumbuk.
“Yes-yes-yes…”
“Mmm… tapi nak kena bagi kemas cantik molek laa kedai ni untuk terima kunjungan hormat.” Bisik hatinya sambil tersenyum ala kera sumbang.
“OK-OK… no problem. Terima kasih.” Balas Rosli dan terus mengajak beberapa orang staffnya melakukan kerja-kerja mengemas kawasan kedai.
Begitulah Rosli… dia tidak menyuruh staffnya melakukan sesuatu kerja tanpa dia sendiri terlibat atau memberi petunjuk. Bukan hanya mengarah.
“Eh… awat budak ni. Buang tabiat apa ka? Tak pernah dia buat perangai rajin mengemas macam ni.”
“Err… biaq pi lah kat dia. Mesti ada kena mengena dengan budak pompuan tu.” Teka si emak dan berlalu pergi ke tempat simpanan sayuran.
Meneruskan Perjalanan Pulang
“Terima kasih.” Asmahani membalas mesej Rosli dan beredar menuju ke kereta.Dua jam pemanduan Asmahani sampai di Bukit Mertajam. Sebelum ke rumah, dia berhenti membeli dua bungkus Kuey Teow Goreng.
***
“Sedap Kuey Teow ni. Hang beli kat mana?” Tanya Pak Samad setelah Asmahani selesai memindahkan barangan dari kereta dan mereka duduk makan bersama.“Tengah panas memang sedap Yah… kalau dah sejuk tak best dah. Saya beli kat tepi jalan tadi tu dekat simpang Tesco. Tak pernah pun beli kat situ tapi saja nak try.”
Sale Mesti Ada Follow-up Dengan Collection
“Esok kakak ambil cuti. Company bagi rehat sehari lepas travel jauh dan meeting berat macam ni.”“Lusa kakak nak kena pi jumpa budak jual satay tu. Nak tengok kot-kot dia ada isu apa yang nak bincang dan juga buat collection.” Terang Asmahani kepada ayahnya.
“Eloklah… menjual tak buat collection, payah jadinya. Tak kira dengan siapa kita berurusan, bila masuk bab bisnes collection kena jaga betul.” Sokong Pak Samad.
“Eh… ayah nak pi Gunung Jerai lah minggu depan.”
“Nak buat apa Yah?”
“Saja nak bersendirian di sana. Duduk atas bukit mendekatkan diri dengan alam semula jadi. Renungkan apa yang patut.” Jawab Pak Samad.
“Ya lah… ayah sekarang banyak masa free. Tak macam masa duk kampong dulu. Hari-hari ke sawah atau kebun nyior.”
“Kakak pun dah selesa dengan rumah ni dan keadaan sekeliling. Tempat kerja pun tak jauh. Kakak tak kisah apa ayah nak buat… yang penting ayah bahagia sudah.”
“Bagus lah kalau macam tu. Esok ayah nak pi cari barang-barang kelengkapan apa yang patut untuk bekalan. Ayah ingat nak duduk sana paling kurang pun seminggu.”
Bersambung… Pak Samad memulakan perjalanan solonya. Mencari dan mendekati sesuatu.
Butang bawah ni jangan biarkan ianya kesepian... eh. KLIK lah. Terima kasih.
Thank you for your comments