Best Tak? Anda Penat Tulis Artikel. Dicuri Kemudian Dia Post Semula - CrazyDuck -->

Header Ads

Best Tak? Anda Penat Tulis Artikel. Dicuri Kemudian Dia Post Semula

Anda boleh cek sekiranya artikel anda dicuri dan dipost semula oleh blog dan Facebook Page ini. 19 Blog yang artikel mereka sudah dicuri juga disenaraikan.
jalan-pintas-itu-pantas-short-cut-is-faster
Jalan selamat lambat jalan pintas pantas

Blog dan Facebook Page 

Blog dan Facebook Page adalah antara dua medium utama penggiat on-line business buat duit dan jana pendapatan.
Internet markerter (IM) dari Gen-Y faham sangat pasal ni. Muda-muda lagi dah pakat jadi jutawan.
Ini ialah satu dari beberapa artikel bersiri yang aku tulis pasal penulisan dan cari makan melalui blog. 

Dah seminggu lebih aku tak buat posting (publish) artikel yang baru dalam blog dan Facebook Page.

Ulang tayang yang lama jer.

Saja nak peram kemudian edit ayat atau bahagian mana yang patut. Lepas tu baru publish. Supaya ada continuity dari setiap episod.

Ini idea tengah datang, malas nak mengedit. Kasi balun taruk hantam idea kasi turun dulu. Kalau menulis sambil edit jadi tersekat-sekat dan tak begitu produktif.

Masa menulis… kita balun tulis saja. Kira macam draft dulu.

Kemudian masa edit… termasuk gambar apa nak taruk, fokus yang itu saja.

Habis edit… fokus buat posting / publishing ke Blog dan Facebook Page. Cari masa waktu internet laju. Selalunya tengah malam.
.
Tapi aku buat begini untuk artikel yang panjang jer lah.

Artikel yang telalu panjang orang susah baca sampai habis. Sebabnya orang sekarang membaca sambil berjalan tunduk sopan.

Jimat dan tak buang masa.

Ramai yang sedar akan kebenaran surah Al-Asr ayat 1 & 2. 
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.”

Artikel Pendek Senang Dihadam

Buat pendek-pendek senang orang nak hadam dari topik ke topik. 

Padahal ianya sub-topik dari cerita yang panjang.

Zaman dah berubah… dari PC ke mobile… so kena ikut arus peredaran. Tak nak ikut tak apa. Jadilah macam Blackberry, Nokia, Kodax dan yang seangkatan dengan mereka.

Pakat bungkus kemas-kemas belaka.

Setengah orang dipanggilnya main gulung-gulung tikar.

Padahal banyak jer orang-orang smart dan bijak pandai dalam companies tu. 

Terlajak pandai agaknya. Tak boleh terima pendapat orang bawahan yang lebih peka dengan pergerakan dan kehendak pasaran.

Tak nak jadi Pak Turut pun barangkali juga.

Sebenarnya ia bukan soal Pak Turut tapi mengikut selera pelanggan. Produk dibuat untuk pelanggan bukan untuk tempek kat dinding syok sendiri.

Atau hebatnya showroom dengan produk yang tak laku.

Kita orang Melayu selalu kutok bangsa sendiri konon lembab dan tak cekap berbisnes.

Dalam company yang aku sebut tadi (Blackberry, Nokia dan Kodax) ada berapa orang Melayu dalam tu ek?

Tu… siapa CEO MAB (ex-MAS)… dia pun nak resign juga. Ker dah resign? Melayu ka yang tu?

Ryan Air… yang nak promote Syariah compliance… pun dengar khabar jumpa Dato’ Vida minta tolong inject duit modal. Bukan Melayu pun owner Ryan Air tu.

So… macam tu lah... tak kira apa bangsa semua kena ikut peredaran kehendak pasaran.

Itu pasal aku sekarang tulis pendek-pendek. Antara 500-1000 perkataan. Dah pasaran nak macam tu. Kita ikut jer lah.

Jalan Paling Mudah Jana Trafik Guna Blog dan Facebook Page

Contoh penjanaan trafik ada dalam artikel ini: - “Wanita Ini Punya Daya Tarikan Hebat Semula Jadi @ Jadian Semula.

Tapi ini banyak kerja dan mengambil masa. Cara mudah?

Curi jer lah kalau tak ada hati perut dan tak kisah pasal halal haram rezeki yang didapati. Sama juga dengan rasuah atau derma-derma tertentu.

Heh... apa punya nasihat daa? Tapi ramai orang buat tau.

Tak percaya?

Di bawah dekat penghujung artikel ini ada senarai beberapa blog yang artikelnya telah dicuri. Aku tak tahu samada pemilik blog dan penulis artikel perasan atau tidak.

Atau kalau tahu pun buat-buat tak tahu?

Aku tak tahu… I just don’t know.

Artikel dari blog aku juga telah dicuri (no. 12 dalam senarai di bawah) secara copy paste.

artikel-anda-dicuri-dan-post-semula-oleh-pencuri-siber
Artikel in asalnya diWordPress. Pindah sini pula.
Copy paste boleh dikatakan hampir atau 100% dan dimuatkan semula ke dalam blog-blog palsu. 

Tujuan mereka ialah membuat duit dari artikel yang dicuri melalui pengiklanan.

Iklan seperti Adsense, Ad Choice, Innity dan pelbagai iklan dari banyak agency lain.

Ya… inilah caranya yang paling mujarab untuk membanjirkan blog anda dengan artikel terbaik dan viral.  

Pantas dengan memintas.

Tak perlu susah payah macam saya memikior idea apa nak tulis dan penat menaip.

Macam burung bodoh. Ya lah… bodoh.  

Burung yang pandai guna semua jari dan paruh untuk patuk dan makan. Aku hanya guna 2-3 jari saja untuk menaip.

Lambat.

Itu pasal sangat memenatkan.
.

Kaki Copy Paste Bebas Mencuri

unethical-copy-paste-is-same-as-work-smart?
Copy Paste = Work Smart & Sempoi?
Apa mungkin copy paste itu boleh dikategorikan sebagai work smart?

Jalan pintas dan pantas. Walaupun ianya memburukkan keadaan? Jalan selamat lambat, kan?

Guna software atau Apps cari artikel yang viral, kemudian sedut dan paste kat kita punya blog.

Satu hari senang-senang jer dapat curi 10 artikel. Hanya tukar 1-2 ayat bahagan tajuk dan ubah sikit heading… BOOM!!!

Pemilik artikel bukan nak kisah pun. Dia orang punya ego tersendiri. Sangat tinggi ego dia orang. Itu pasal kerja copy paste bebas sebebasnya nak mencuri.

Pencuri artikel menggunakan kedua-dua platform blog dan Facebook Page untuk menarik pembaca dan trafik.

Artikel dari blog akan keluar pada Google search (SEO). Facebook Page pula digunakan untuk promote artikel pada LIKErs.

Kongsi Artikel Curi di Blog dan Facebook Page Kongsi Juga Dosa

LIKErs pula pakat-pakat share bila artikel tu sensasi atau seksi. Begitulah cyclenya. Sama-sama kongsi dosa orang mencuri tanpa disedari.

Sipencuri gelak sampai ke bank!!!

Halal ke haram duit tu?

Heh… pencuri dia nak kira ke duit tu halal ke haram?

Dalam bank statement nombor saja maa? 

Babi yang bertongkol tu sungguh lah haram <== KLIK.

Sama juga yang kaki rasuah… aku ambik duit ja. Dah dia yang hulur – senyum lagi. Bukan aku paksa atau ugut nak tembak dia pun. Macam perompak. 

Dia derma ikhlas la tuu.
Duit kertas ni sudahlah bersih baru keluar dari wallet, keras dan wangi lagi. Pasti suci dari najis mukhalazah atau pun “mashitah” punya.

Senarai Blog dan Facebook Page Yang Digunakan Promote Artikel Curian


A. Senarai Blog Yang Artikelnya Dicuri
1. www.sentiasapanas.com/
2. sejarahmelayu.blogspot.my/
3. www.brilio.net/
4. bulletinmedia.blogspot.my/
5. www.mynewshub.cc/
6. beautifulnara.com/
7. pixelperfext.blogspot.my/
8. malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/
9. bulletinmedia.blogspot.my/
10. www.utaranews.com/ (2 items)
11. www.mynewshub.cc/
12. www.tulisjerwangmari.co/ (Ini sudah deactivated sejak September)
13. astrollawatni.blogspot.my/
14. lokmanamirul.blogspot.my/
15. taotauajer.blogspot.my/
16. www.beritaunik.net/
17. eksidenz.com
18. http://1malaynews.blogspot.my

ambo-media-network-promote-artikel-curian
Amboi Media Punya lebih sejuta LIKErs.
Ini yang baru jumpa… sebenarnya sangat banyak lagi yang jadi mangsa. 

Mangsa senyap jer.

Mangsa report nanti masuk lokap pula. Yang mencuri bebas mencuri lagi.

B. Senarai Facebook Page Yang Digunakan Untuk Promosi Artikel Curian


Banyak lagi… tapi biar senaraikan yang ini dulu.

Penutup Untuk Bahagian Blog dan Facebook Punya Cerita
“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu;"

"dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya saja kamu beribadah. [QS. Al-Nahl:114]" – Dari Status FB Nor Zarina Binti Hat

Sambungan artikel ini memberikan penjelasan yang lebih detail tentang artikel yang dicuri dan siapa pencurinya. 

KLIK sini untuk mengetahui lebih lanjut => Pemilik Blog Berdiam Diri Walaupun Artikel Mereka Kena Curi.

⇓⇓⇓ Suka berterus terang? Jom tekan butang bawah ni.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.